Pages

Monday, November 11, 2013

APA ITU SAKA...


Jin dan iblis punca penyakit saka - gambar hiasan...


Saka berpunca daripada dendam iblis kepada manusia. Cara iblis membalas dendam adalah dengan menyesatkan manusia mengikut kepercayaan penduduk setempat, misalnya penduduk di Nusantara percaya dengan batu, kayu pokok, gunung dan busut. Sebagaimana yang diketahui sebelum dijadikan manusia, bumi ini telah dihuni oleh jin. Merekalah yang duduk di gunung, batu, kayu, pokok dan busut. Kemudian nabi Adam diutus dan umat manusia menyebar di seluruh muka bumi. Apabila benda-benda itu disembah secara tidak langsung ia memuja jin.

Disebabkan janji iblis pada Allah untuk menyesatkan manusia seperti yang disebut di dalam surah alA'raaf ayat 16-17, bermaksud, Iblis berkata: Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

Dengan alasan itu iblis terus menyesatkan manusia setelah dihalau keluar dari syurga kerana keengganannya sujud pada nabi Adam. Di bumi, iblislah yang mengajar jin bagaimana untuk menguasai manusia. Dialah yang mengajar kepada jin ilmu tentang kebal, kekuatan, pendinding, perdukunan, perbidanan dan rawatan.

Perjanjian manusia dan jin pun bermula. Jin berjanji akan membantu orang yang memujanya termasuklah menjaga rumah keluarga, jadi kebal menjadi pendekar, hulubalang atau orang yang hebat serta luar biasa.

Orang Melayu, apabila ia berdamping dengan jin mereka memberinya nama mengikut tugasan yang diberikan seperti polong, puntianak, hantu raya, toyol dan lain-lain lagi. Tapi sebenarnya itu semuanya adalah jin yang termasuk di dalamnya syaitan dan iblis. Ia jelas disebut di dalam surah al-Khafi ayat 50, “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat; Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah daripada golongan jin maka ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya."

Jin itu pula ada beberapa jenis iaitu yang duduk di langit, tanah, sungai, pokok semuanya berbeza fungsinya. Ada juga orang dahulu-dahulu hendakkan cantik, ketika itulah iblis datang mencucuk dan memberi ilham kepada manusia dalam bentuk mimpi. Maka bermimpilah orang itu berjumpa seorang puteri di Gunung Ledang atau sebagainya. Maka di dalam mimpi itu dikatakan bahawa ada barang yang disorokkan di satu-satu tempat maka disuruh mengambilnya tapi bersyarat. Apabila syarat itu dituruti maka jin itu akan meresap ke dalam tubuh dan ia akan bergerak mengikut aliran darah. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya syaitan itu meresap masuk di dalam diri manusia itu menerusi aliran darahnya." (HR Bukhari dan Muslim).

Dan situlah jin membiak di dalam diri anak Adam. Harus maklum bahawa pembiakan jin ini berbeza dengan pembiakan manusia. Jika manusia mesti ada pasangan dan pernikahan dan boleh melahirkan zuriat tetapi jin tidak begitu. Di dalam hadis juga ada disebutkan, jin juga beranak pinak sebagaimana halnya anak Adam bahkan jumlah mereka jauh lebih banyak.

Begitu juga halnya dengan syaitan, mempunyai keturunan dan Allah mengecam golongan manusia yang menjadikan keturunan syaitan sebagai pemimpin. Hal itu secara jelasnya disebut di dalam surah al-Khafi ayat 50 bermaksud, "..Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan-keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim."

"Di situ memang sudah jelas bahawa jin mempunyai keturunan dan beranak pinak. Jin akan membiak apabila terangsang dengan sikap manusia walaupun sekadar mengatakan bersetuju untuk didampingi. Perasaan gembira kita menerima pendamping itu pun sudah cukup untuk menyebabkan jin itu terangsang maka ia membiaklah," 

Jin juga boleh membiak apabila manusia seronok dengan maksiat, terhibur dengan majlis tari-menari, pesta-pesta dan bersorak kegembiraan. Maka ketika tepuk sorak manusia bergema, itulah saatnya jin terangsang dan ia akan membiak. Begitu juga halnya dengan pergaduhan adik-beradik, suami isteri dan perkelahian akan membantu jin. Tenaga atau getaran yang dikeluarkan dari pergaduhan itu akan menyebabkan jin beranak pinak.

Selain itu sikap, tingkah laku dan perbuatan seharian yang negatif adalah pil kesuburan untuk jin terus membiak. Setiap sesuatu yang disarankan Rasulullah agar jangan marah, bertelagah, tergesa-gesa, waswas dan semua sifat negatif ada sebabnya. Salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan jin itu terus membiak di dalam badan manusia.

SAKA ITU SEPERTI DNA

Saka ada tiga jenis iaitu yang diwarisi dari keturunan, saka yang dipelajari dan saka dari sihir yang tidak dibuang. Saka boleh datang dengan mempelajari silat kebatinan, ilmu perdukunan, perbidanan, mengurut dan mengandam. Kebanyakan silat memang ada saka mengikut ritual yang dijalankan.

Saka juga boleh datang apabila seseorang kena sihir. Hal itu terjadi apabila sihir itu tidak dibuang, lama kelamaan ia akan menjadi saka. Misalnya kena santau berubat tetapi tidak dihabiskan. Jin santau itu yang sudah beranak pinak di dalam badan akan masuk ke dalam aliran darah akan dipindahkan pula kepada anak dan generasi yang seterusnya.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. bahawa jin itu masuk ke dalam badan manusia melalui aliran darah. Jadinya apabila jin sudah berada di dalam badan maka ia akan mengikut peredaran darah kita ke seluruh badan. Aliran darah itu umpama lebuh raya bagi jin. Seperti mana lebuh raya yang ada R&R, maka aliran darah itu pun ada benda yang sama. Bagi aliran darah, R&R adalah organ penting, kelenjar dan nadi yang terdapat pada seluruh badan. Pada titik itulah syaitan atau jin akan duduk kerana pada tempat itu ada getaran.

Yang pastinya apabila jin bersarang di organ penting, ia akan menimbulkan kepincangan fungsi organ. Jin akan menguasai tubuh badan manusia menerusi organ yang menjadi sarang. Misalnya jika ia duduk di bahagian pankreas maka akan terjadi kencing manis. Begitu juga halnya jika duduk pada kelenjar maka ia akan mengganggu hormon. Manakala di jantung akan menyebabkan sakit jantung dan singgah di payu dara akan menjadi kanser. Begitulah hal seterusnya amat licik permainan jin itu.

Sebagaimana yang telah diterang­kan pada awal tadi, jin itu masuk ke dalam tubuh manusia melalui aliran darah. Maka apabila anak-anak Adam itu berkahwin dan mempunyai zuriat maka jin itu secara tidak langsung akan diturunkan kepada generasi seterusnya. Ia seumpama genetik yang boleh diturunkan daripada nenek moyang hinggalah kepada anak cucu dan cicit.

"Jin itu akan diturunkan kepada keturunan kita secara spontan tanpa ada persetujuan waris atau syarat. Selama ini ramai yang menyangka, saka itu tidak akan melekat kepada waris jika dia menolak untuk menjadi tuannya. Sebenarnya anak pinak jin itu sudah pun mendiami tubuh keturunan manusia yang mempunyai saka sejak awal lagi. Meminta tuan itu hanya sebagai tipu helah saja.

"Ia diturunkan kepada anak cucu dan cicit tanpa disuruh atau dipaksa. Saka itu ada pada semua keturunan nenek moyang yang pernah berjanji setia dengan jin. Hanya yang mengelirukan apabila jin itu bermain-main dengan meminta tuan pada anak sulung. Saka itu akan diwarisi segenap keturunan pemiliknya sampai kiamat jika tidak dibuang," terangnya.

Bagi yang merasakan saka itu karut dan ingin terus menyimpannya kerana tidak mendatangkan mudarat, iblis tidak akan pemah putus asa untuk menyesatkan manusia. Itu janji yang termaktub di dalam al-Quran. Mungkin hari ini tidak nampak kesannya walaupun sedar di badan mempunyai saka. Kita masih lagi boleh beribadat, tidak pernah tinggal solat, alim, tok guru, tok imam tapi kita tidak menyedari bahawa iblis mencucuk jarumnya perlahan-lahan.

Mungkin bukan hari ini ataupun tahun depan. Bagaimana kalau ia terjadi di saat kematian datang menjemput? pada pengakhiran hidup ini apabila tua, jatuh sakit dan membawa kepada strok kemudian sakit tua hingga nyanyuk. Apabila nyanyuk, koma dan strok ketika tua nanti bila masanya kita hendak beribadat dan mengucap? 

Akhir kalam, bukankah kita akan sesat kerana tidak mampu lagi mengucap Yang menjadi kuncinya adalah pada akhir hidup kita, sesat itulah tujuan iblis. Walaupun ulama besar, imam, tok guru tetapi pada akhir kehidupan terlantar koma. Jadi, bila masanya kita hendak mengucap ketika hendak menghadap Allah. 

Memang benar ada yang mengatakan bahawa orang strok pun boleh mendengar apabila diajar mengucap. Masalahnya, bolehkah kita pastikan bahawa dia juga turut mengucap seperti yang diajarkan. Itulah sebenarnya permainan syaitan untuk menyesatkan manusia pada saat kematian.

"Seperkara lagi yang amat membimbangkan dewasa ini, menularnya penyakit kanser. Saya percaya bahawa kanser adalah satu penyakit moden yang ada hubung kaitnya dengan saka. Ia memang berasas, jika kita kaji semula kebolehan jin yang boleh menjelajah ke langit untuk mencuri dengar berita dari langit. Hanya setelah Rasulullah diutus barulah aktiviti itu terhalang.

"Dengan pengetahuan itulah mereka menjadikannya senjata untuk menyesatkan manusia. Tidak mustahillah jika jin sudah mengetahui hal yang akan berlaku pada masa akan datang. Iblis tahu pada akhir zaman nanti ada satu teknologi moden dalam bidang perubatan iaitu kimoterapi. Dan pengetahuan itulah jin saka itu mencipta satu penyakit yang boleh dirawat dengan kimo.

"Memanglah kimo itu untuk membunuh sel kanser tapi bukan sekadar itu, ia juga membunuh sel yang sihat. Apabila semua sel sihat pun mati, apa lagi yang tinggal? Tidak ada apa-­apa. Akhirnya kimo membawa pada keadaan yang menyedihkan iaitu koma dan meninggal. Soalnya sempatkah kita mengucap saat nyawa dicabut? Jika tidak, faham-faham sajalah. Itulah sebabnya saka itu harus dibuang agar di akhir hayat nanti ia tidak akan menyesatkan kita.

TANDA-TANDA ORANG YANG MEMPUNYAI SAKA

  • Menderita penyakit yang tidak ada punca. Sakit tetapi apabila pergi ke hospital doktor kata tidak sakit. Begitu juga halnya dengan sakit jantung tanpa diketahui puncanya tiba-tiba dapat serangan jantung.

  • Sakit yang dideritai berpanjangan dan berulangulang. Misalnya gastrik, kencing manis, darah tinggi, migrain yang tidak akan sembuh dan kekal di dalam badan penghidapnya. Hilang hanya seketika kemudian datang semula.

  • Menderita penyakit misteri yang berpanjangan. Asyik terkena sihir saja, nampak sihat tetapi sebenarnya sedang sakit. Ada ketikanya tidak boleh tengok matahari, sentiasa hendak tidur, lemah, lesu dan sakit pada badan yang tidak diketahui sebabnya.

  •  Penyakit keturunan seperti kemurungan, gout dan gila.

  • Jodohnya panas. Bertunang putus, susah dapat jodoh, ada orang suka tetapi akhirnya tidak jadi, kadang­kadang sama-sama suka tapi akhirnya tidak jadi kahwin. Semua itu ada kaitannya dengan saka, ia mengganggu perasaan orang lain.

  •  Sukar mendapat zuriat, kadang-kadang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi masih tidak mendapat cahaya mata. Apabila saka itu sudah ada di dalam badan maka ia tidak mahu berkongsi dengan orang lain apabila sudah dapat makan dari tubuh manusia. Ada yang boleh mengandung, tetapi sering keguguran, biasanya dari pengalaman mengatasi masalah saka biasanya perempuan yang menghadapi masalah itu berhadapan dengan saka jin nenek. Anak hilang di dalam kandungan itu juga disebabkan oleh saka itu dinamakan saka bunian atau saka kayangan, ia jenis hanuman.

  • Mempunyai emosi yang tidak stabil, sering beremosi, / cepat merajuk, cepat marah, sensitif yang keterlaluan, cemburu keterlaluan dan cepat naik angin.

  • Jauh daripada Allah, semakin lama makin liat untuk melakukan ibadat. Ada juga kes yang apabila diberi sepotong ayat al-Quran dan zikir untuk diamalkan mereka tidak mampu mengamalkannya, rasa panas, malas, mengantuk sangat hingga tidak mampu melakukannya.

  • Di dalam keluarga ada anak-anak yang sangat nakal, kecil-kecil sudah melawan orang tua dan terlalu degil.

  • Salah satu tanda lelaki yang mempunyai saka ialah isteri orang sangat tertarik kepadanya dan bukan anak dara. Lelaki itu dipandang manis, sekali pandang sudah terpikat terutamanya isteri orang. Itu semuanya kerja saka, jika berjaya maka satu kejayaan besar bagi iblis memporak-perandakan rumah tangga anak Adam. Berhati-hati dengan lelaki yang mempunyai daya penarik!

3 comments:

  1. a'kum en. biar saya perkenalkan diri saya dahulu. saya mohd saiful nizam b abd aziz. saya sedang mencari bantuan. dipendekkan cerita saya tidak pernah bertemu bapa saya semenjak saya berumur 3 tahun. jadi 7 tahun lepas bapa saya yang entah dimana tah, menghantar berberapa jin untuk saya tanggung sakanya. dan baru saya dapat tahu saya berketurunan bomoh siam dan bapa saya masih amalkan benda itu. berpuluh2 perawat sudah saya ketemui tetapi gagal akhirnya terjawap juga apabila saya sendiri scan diri saya sendiri kerana kemahiran yang datang dari darah daging bapa saya. saya dapati bapa saya sentiasa menghantar jin2 ini kerana dia mahu kan saya menjadi pewarisnya. jin siam. pernah sekali salah seorang perawat yg pernah berjaya sembuhkan saya selama 2 bulan meninggal dunia disihir bapa saya. saya dah mati akal bagaimana mencari jalan penyelesaian untuk tidak mahu menanggung kuasa ilmu hitam ini kerana hati saya snetiasa kepada Allah S.W.t. jadi sekiranya en rozaimy boleh memberikan apa2 jenis bantuan yang memberikan jalan penyelesaian, saya mat berbesar hati kerana saya skrg amat terdesak. paling kronik ialah 2 tahun lepas ketika saya sdg solat, benda tu jijak kepala saya ketika tgh sujud. malah melumpuhkan kaki saya ketika mahu mengambil wudhu untuk tahajud. 3 bulan lepas dibalingnya tombak ghaib ke belakang saya. saya mengerang kesakitan di jalan raya mrr2. saya dah tak berdaya nak melawan. dia yang pilih ilmu hitam kenapa saya yang kena tanggung?> dahlah tak kenal rupa dia. tolong...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum En. Saiful Nizam....
    Saya amat bersimpati dengan masaalah yang tn tanggung.
    Saya cadangkan tn mendapatkan rawatan di rumah kebajikan Nurhati seperti alamat di bawah:

    No. 2, Jalan Rasmi 11, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor. Email: noor_nurhati@yahoo.com

    Nombor telefon : 0133547403 / 0122255842.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Semuanya berpunca dari iblis dan syaitan. Tapi masih ada yg menjadikan makhluk ni sebagai teman baik mereka.

    ReplyDelete