Pages

Saturday, January 25, 2014

LAWATAN KE KILANG ZULL DESIGN AUTOTRONIC, RAWANG SELANGOR...

Selepas selesai menyaksikan demonstrasi perawatan penyakit Kering Kulit di FELCRA Berhad Kawasan Sg. Choh, pasukan kami meneruskan lawatan ke kilang Zull Design yang terletak No. 35 , Jalan Seri Pagi 1, Pusat Perdagangan Seri Pagi, Sg. Choh, 48200 Rawang, Selangor.

Sebelum lawatan bermula, rombongan kami telah diberikan satu taklimat tentang operasi Zull Design oleh pegawainya Cik Nor Maiza, diikuti oleh En. Zulkifli dan Pengerusi Zull Design Dato'.  

Tempat-tempat yang di lawat adalah:

1. Kilang Zull Design
2. Homestay
3. Pusat ternakan Ikan Kerapu
4. Nursery

Keempat-empat tempat yang dilawat di atas adalah perusahaan yang dimiliki oleh En. Zulkifli Hj. Haron iaitu pemilik Zull Design.

Sedikit Info mengenai Zull Design Autotronic.    
 
Zull Design Autotronic mula beroperasi pada penghujung tahun 80-an. Nama “ZULL” diinspirasikan daripada nama Pengarah Urusan Syarikat, Zulkifli Hj. Haron, seorang pereka cipta peralatan berteknologi di negara ini. 

Beliau telah berjaya membina reputasi Zull Design Autotronic sebagai sebuah syarikat yang boleh merealisasikan impian para pelanggan daripada pelbagai sektor melalui bidang penciptaan memandangkan sebelum ini, peralatan berteknologi didominasi oleh syarikat luar. 

Peningkatan kepercayaan serta kesedaran pengguna dan organisasi masyarakat Malaysia mengenai kos masa kini juga menyumbang kepada perkembangan syarikat kerana semakin banyak organisasi mula memberi perhatian serius ke arah penjimatan tersebut dan menjadikan Zull Design Autotronic sebagai satu pemangkin. 

Penglibatan Zull Design Autotronic dalam bidang rekacipta juga mendapat liputan meluas dan menjadi sasaran media serta mendapat restu daripada Kerajaan Pusat dan Negeri. Galakan dan insentif daripada kerajaan, telah membangkitkan semangat dan memberikan nafas baru kepada Zull Design Autotronic untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia bukan hanya sekadar pengguna tetapi mencipta peralatan yang setaraf dengan teknologi luar dan tidak semata-mata bergantung kepada mereka. 

Zull Design Autotronic, menawarkan perkhidmatan:-
  • Rekaan mesin atau alat mengikut spesifikasi yang di tentukan oleh pelanggan

  • Membaik pulih peralatan berteknologi seperti sistem robotik atau mengubahsuai mesin import yang tidak efisyen .

  • Kerja menaik taraf projek–projek khas

  • Khidmat nasihat, Kursus dan latihan.
  • Ternakan ikan air masin di dalam tangki fiber yang menggunakan “Sistem Oceantronic”. 

Atas dasar itulah, maka Zull Design Autotronic menjuruskan perniagaan dalam bidang penciptaan memandangkan penerokaan ini memberikan makna simbolik kepada hasrat kerajaan. Di Zull Design Autotronic, kami percaya kreativiti anak tempatan adalah setanding dengan masyarakat barat malahan kadangkala melebihi ‘standard’ pemikiran mereka. Sokongan masyarakat Malaysia bakal menyaksikan produk tempatan boleh berdiri sama tinggi dan boleh dibanggakan.

Saksikan rakaman video dan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang lawatan kami di Zull Design.

Rakaman video yang ditunjukkan di kilang Zull Design ialah
penggunaan Mesin Pembersih sampah sarap di sungai dan tasik, 
Alat Penorehan pokok getah, Mesin Pemotong Pokok 
dan Mesin Pengisi Tanah ke dalam Polybag.

Cik Nor Maiza sedang memberikan taklimat kepada kami di bilik gerakan...

En. Zulkifli Hj. Haron, Pengarah Urusan Zull Design...

Pegawai-pegawai FELCRA Berhad dari Ibu Pejabat dan Wilayah Tengah 
sedang memberikan tumpuan terhadap taklimat yang disampaikan...



Brig. Jen. (B), Dato Husainy b. Hashim, Pengerusi Eksekutif Zull Design...

En. Mutalib Tais, Pengurus Kanan Bhg. Khidmat Ladang,  Ibu Pejabat
sedang menyampaikan ucapan...



Taklimat tentang penggunaan
mesin pembersihan di sungai dan di tasik...

Mesin pembersihan di sungai dan di tasik...


Injin mesin pembersihan...




Salah seorang pelawat sedang merasai kekuatan 
tiupan angin dari mesin pembersihan...

Suasana di dalam kilang Zull Design...


En. Zulkifli sedang menunjukkan cara-cara penggunaan alat penorehan...



Mesin pembersihan getah skrap...


Bakul getah skrap sedang dikeluarkan dari mesin pembersihan...

Getah skrap yang telah dibersihkan...

Bahan kekotoran yang telah diasingkan...


Mesin mengisi tanah ke dalam polybag...





Mesin pemotong pokok...




Mesin perincih sampah sarap seperti daun-daun pokok dan sebagainya...


Sisik ikan yang telah dibersihkan dengan mesin pembersih...
Mesin kuih semprit...

Mesin membuat kuih maruku...


Cik Nor Maiza, Pegawai Zull Design...



Alat untuk pagar elektrik...


Mesin merebus ayam...



Mesin getah skrap...


GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI IALAH 
HOMESTAY MILIK ZULKIFLI HJ. HARON...

Makan tengahari kami ditaja oleh En. Zulkifli di homestay milik beliau...





Keadaan di dalam bilik...






Sembahyang Zohor di beranda homestay...

Persekitaran homestay...


Para pelawat berehat selepas makan tengahari dan sembahyang Zohor...



Pokok Mahkota Dewa turut di tanam...





Menuju ke kolam ternakan ikan kerapu...



Beberapa ekor ikan kerapu yang diternak di dalam kolam air tawar 
tetapi telah di masinkan dengan mencampur garam bagi membolehkan
 ikan kerapu itu terus hidup dan membesar seperti di habitatnya...
 








Pegawai penerangan ini merupakan anak kepada En. Zulkifli Haron. 
Beliau telah dilatih dan cukup pengetahuan untuk memberi penerangan kami 
tentang kolam ternakan ikan kerapu ini... 





LAWATAN KE NURSERY MILIK ZULKIFLI DAN RAKAN KONGSI...








6 comments:

  1. Rencana yang amat menarik untuk tatapan staf syarikat. Syabas kepada Blogger atas inisiatif.

    ReplyDelete
  2. saya ingin membeli mesin pembersih sisik ikan seperti yang dipaparkan di atas. bagaimana saya boleh dapatkannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam...Saudara boleh lawat kilangnya seperti alamat di bawah...
      Tq.

      No. 35 , Jalan Seri Pagi 1, Pusat Perdagangan Seri Pagi, Sg. Choh, 48200 Rawang, Selangor.

      Delete
  3. Pm mesin isi tanah ke dalam polybag

    ReplyDelete
  4. Sy nak tanya brp harga mesin buat kuih kapit.

    ReplyDelete
  5. Salam..adakah sy bleh mendapatkan bantuan teknikal dlm penciptaan produk?

    ReplyDelete