Pages

Tuesday, March 4, 2014

TIDUR BERSAMA MAYAT ISTERI...


VIETNAM: Seorang lelaki sanggup tidur bersama mayat isterinya sejak tujuh tahun lalu. Biarpun mendapat bantahan dari penduduk tempatan, Le Van, 57, bersama dua orang anaknya tidak menghiraukan bantahan itu.

Van berasal dari Quang Nam, amat menyayangi isterinya. Walaupun menyedari isterinya, Leak, 47, sudah mati, dia tetap setia kepada arwah isterinya dan sanggup menyimpan mayat isterinya di rumah.

Kata Van, isterinya mati kerana mengidap penyakit barah selama empat tahun. Van menghalang mayat isterinya di bakar atau dikebumikan. Mayat Leak di simpan di dalam biliknya dan diawet untuk kekal abadi bersamanya.

Bagi memastikan mayat isterinya kelihatan sempurna, Van meletakkan mayat isterinya dalam sebuah patung berbentuk wanita dan meletak pewangi untuk mengelakkan dari bau busuk. Setiap malam, Van tidur di dalam bilik bersama mayat isterinya. Dia percaya roh isterinya sentiasa mendampinginya sepanjang malam biarpun ramai yang menyifatkan dia gila. 

 

Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan melarang Van menyimpan mayat isterinya di rumah. Namun, Van merayu agar mayat isterinya dibiarkan di biliknya kerana dia tidak dapat berpisah dengan isterinya.

"Saya tahu ramai beranggap saya gila kerana membiarkan mayat isteri saya di rumah. Saya tak sanggup membiarkan isteri saya dibakar atau ditanam," ujarnya.

Setiap hari sebelum berkebun, Van membersihkan mayat isterinya seperti dia memandikan isterinya sewaktu sakit tenat dahulu. Cinta dan kasihnya terhadap isterinya tidak pernah berbelah bagi walaupun sudah meninggal dunia. Sejak berita Van tersebar luas, Van menjadi tumpuan ramai. Setiap hari, rumahnya sentiasa dikunjungi ramai tetamu untuk melihat sendiri keadaan mayat isterinya.

Ramai yang mengambil kesempatan bergambar bersama mayat isteri Van sebagai kenangan mereka. Mereka juga menyumbangkan wang sebagai tanda simpati mereka kepada Van. 

 


Menurut pengunjung tempatan, Tien De, 39, dia amat simpati dengan nasib yang dilalui Van. Walaupun ramai menganggap dia gila tapi cinta terhadap isterinya mengusik perasaan mereka.

"Dia seorang suami yang baik. Cinta terhadap isterinya tidak pernah pudar walaupun ramai yang menggelarnya gila. Saya sangat kagum dengan cinta sejati,' ujarnya.

Sehingga kini, rumah Van menjadi tumpuan ramai Hampir setiap minggu rumahnya sering dikunjungi tetamu terutama dari luar. Rezekinya juga bertambah apabila ramai memyumbangkan derma atas rasa simpati mereka kepada Van.

3 comments:

  1. Sifat setia Van patut dicontohi oleh kaum lelaki yang bergelar suami. Mesti ada sesuatu yg istimewa pada isteri Van tu ya.... Mr. Bloger cuba risik2 apa keistimewaan itu....bole kita kongsi...

    ReplyDelete
  2. ADA LAGI KE CINTA SEPERTI INI, YANG ADA ARI NIE MERAUNG KAT ATAS KUBUR ESOK DAH SIBUK CARI

    ReplyDelete
  3. ADA LAGI KITA CINTA SEPERTI NIE, YG BANYAK ARI MERAUNG KEMATIAN ESOK MERAUNG DAPAT BINI BARU KAH. KAH........

    ReplyDelete