Pages

Monday, June 8, 2015

SEMUA MANGSA GEMPABUMI DI SABAH DISAHKAN TERKORBAN...


PENDUDUK kampung bersama malim gunung 
mengangkat keranda Robbi Sapinggi untuk dikebumikan di Kampung Kiau, semalam.
Robbi adalah malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi Jumaat lalu.



RANAU 7 Jun - Semua mangsa yang dilaporkan terkandas di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi pada Jumaat lalu disahkan terkorban.

Bagaimanapun seorang daripada mereka, Mohd. Khairuladzuan Abdul, 39, dari Kuala Lumpur yang disenaraikan ‘hilang’ disahkan selamat dan dilaporkan telah turun bersama kumpulan kedua pendaki pada awal pagi semalam.

 
ANTARA mangsa yang terkorban akibat gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/semua-mangsa-disahkan-terkorban-1.100360#sthash.LEo4fETc.dpuf

ANTARA mangsa yang terkorban akibat gempa bumi 
di Gunung Kinabalu, Sabah.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, seramai 16 mayat mangsa telah dikenal pasti kerakyatannya iaitu enam rakyat tempatan, tujuh dari Singapura serta masing-masing satu dari Filipina, China dan Jepun.

Menurut beliau, pihaknya mengklasifikasikan dua lagi mangsa iaitu warganegara Singapura sebagai ‘hilang’.

“Kita jumpa lima mayat dan cebisan anggota mayat pada operasi hari ini. Kesemua mayat itu telah dihantar menggunakan helikopter ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

“Dua mangsa yang diklasifikasikan hilang itu ialah guru dan murid dari Tanjong Katong Primary School, Singapura,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah.

Ditanya mengapa dua mangsa itu diklasifikasikan ‘hilang’ Masidi memberitahu, pasukan penyelamat gagal mengenal pasti identiti mangsa dan dipercayai berada dalam cebisan mayat-mayat yang telah dibawa untuk bedah.

 
 SEBAHAGIAN anggota pasukan penyelamat bersiap sedia di Laban Rata 
bagi membantu operasi menyelamat dan mencari mangsa gempa bumi 
di Gunung Kinabalu, Sabah, semalam.

Katanya, setakat pukul 4 petang, sebanyak enam beg mayat mengandungi cebisan anggota badan mangsa telah dibawa ke HQE.

Dalam pada itu, ujar beliau, operasi mengesan dua lagi mangsa yang diklasifikasikan hilang akan diteruskan oleh pasukan mencari dan menyelamat esok.

Sementara itu, dua gegaran susulan berlaku di kawasan Kundasang dan sekitar awal pagi ini dan 1.35 petang.

Pusat Kawalan Operasi di Timpohon Gate ditutup dan dibuka di pekan Kundasang bagi memudahkan penyelarasan pelaksanaan operasi melalui helikopter.


AHLI keluarga murid Tanjong Katong Primary School, Singapura
 tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan kejadian gempa bumi 
yang meragut nyawa murid-murid sekolah tersebut di Gunung Kinabalu. 
Enam murid dan seorang guru antara 16 yang disahkan terbunuh 
dalam kejadian pada 5 Jun lalu. AFP

Sumber : Utusan Malaysia...

1 comment: