Pages

Thursday, July 2, 2015

PROGRAM TADARUS AL QURAN PERDANA FELCRA HQ 1436H...

Sepertimana pada tahun-tahun lepas, program Tadarus Al Quran Perdana peringkat Ibu Pejabat diteruskan lagi pada tahun ini dan ianya telahpun dilangsungkan pada hari Rabu, 1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadhan 1436H bertempat di Surau, tingkat 1 bermula jam 2 hingga 4 petang.

Program yang dianjurkan oleh Biro Agama ini telah mendapat restu dari CEO FELCRA Berhad, Y. Bhg. Dato' Ramlee bin Abu Bakar. Pihak Biro Agama amat berterima kasih kepada Dato' yang selama ini sentiasa memberikan sokongan, buah fikiran serta meluluskan peruntukan untuk setiap program keagamaan yang hendak diadakan.

Menurut Penolong Setiausaha Biro Agama merangkap penyelaras Program Tadarus Al Quran Peringkat Ibu Pejabat, En. Rafia Olhusni bin Hj. Ghazali yang dihubungi selepas majlis berlangsung memberitahu bahawa program kali ini sangat berjaya di mana sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Jumlah penyertaan adalah seramai 150 orang yang terdiri dari 80 peserta lelaki dan 70 peserta wanita. Apa yang lebih membanggakan ialah terdapat ramai juga golongan muda yang rata-ratanya berumur 30 tahun ke bawah yang menunjukkan minat yang lebih terhadap program ini dengan turut menyertainya. Mereka-mereka ini bolehlah dikategorikan sebagai 'celik' Al Quran kerana boleh membaca dengan baik serta lancar dan kesalahan bacaan yang dilakukan amat minimum.  


En. Rafia Ol Husni memberikan sedikit ucapan 
dan penerangan sebelum Tadarus Al Quran dimulakan...

"Sepatutnya Dato' CEO dan semua Pengurus Besar Kumpulan (PBK) akan hadir kerana telah dilantik untuk menjadi ketua kumpulan tadarus masing-masing. Tetapi di saat-saat akhir hanya dua orang PBK sahaja yang dapat hadir, walaubagaimanapun ini semua tidak melemahkan semangat kami untuk terus bertadarus kerana matlamat utama kami adalah untuk menghidupkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan membanyakkan membaca Al Quran" ujar En. Rafia lagi. 

Tn. Hj. Jahare b. Abu Bakar, 
PBK Perhubungan Kerajaan & Industri 
turut dapat hadir di dalam Program ini...

Seorang lagi yang dapat hadir ialah 
Tn. Hj. Ahmad Shaari, PBK Hal Ehwal Korporat... 

Ustaz Nasaruddin Omar, seorang pendakwah bebas telah dijemput
untuk memimpin dan memberi tunjuk ajar semasa program ini berlangsung...
Kelihatan beliau sedang memberikan sedikit komen terhadap prestasi
 pembacaan Al Quran oleh para peserta tadarus...

Meneruskan lontaran kata-katanya, En. Rafia Ol Husni memetik beberapa potong hadis yang menyebutkan bahawa membaca Al-Quran berkumpulan secara tadarus (yakni saling membaca dan menyemak bacaan al-Quran) adalah sabit dari Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Apabila berhimpun sekumpulan manusia di suatu rumah Allah (masjid) kerana membaca kitab Allah (Al-Quran) dan saling mempelajari antara sesama mereka, maka turunlah ke atas mereka ketenteraman, mereka dilimpahi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut nama mereka di hadapan malaikat-malaikat yang berada di sisiNya”. (Riwayat Abu Daud).

Menurut ulamak; maksud tadarus ialah saling mempelajari Al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memerhati bacaannya. Setelah ia selesai membaca, disambung pula oleh orang lain. 

Berkata Imam al-Minawi; maksud “membaca kitab Allah (Al-Quran) dan saling mempelarinya antara sesama mereka” ialah mereka saling mengikuti bacaan sesama mereka, kerap mempelajarinya dan berusaha menjaga/menghafalnya sesama mereka kerana takut lupa” (Faidhul-Qadier, hadis no. 7776).

Dari sudut pahala pula, apabila kita membaca dan mempelajari al-Quran secara bersama yakni seorang membaca dan yang lain mendengar, semua yang terlibat akan mendapat pahala. Yang membaca akan mendapat pahala tilawah sekalipun bacaannya tidak lancar. Ini sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya (bermaksud); “Orang yang mahir membaca Al-Quran dia akan bersama dengan malaikat safarah (pembawa wahyu) yang mulia dan taat/berbuat kebajikan. Manakala seorang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tergagap-gagap (yakni tidak lancar) di mana ia menghadapi kesukaran dan kepayahan ketika membacanya, maka dia akan memperolehi dua ganjaran” (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.).

Yang mendengar pula akan mendapat pahala istima’ (mendengar tilawah/bacaan orang lain) dan pahala menegur (jika sahabat yang membaca tersalah).

Firman Allah (bermaksud); “Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang, agar kamu mendapat rahmat” (Surah al-A’raf, ayat 204). Sabda Nabi s.a.w.; (bermaksud); “Sesiapa yang mendengar dengan teliti satu ayat dari kitab Allah (Al-Quran), ditulis baginya dengan kebaikan yang berganda-ganda dan sesiapa yang membacanya maka ia akan menjadi cahaya untuknya di hari kiamat”. (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.), kata En. Rafia mengakhiri perbualan. 

Begitulah hebatnya apabila kita membaca dan bertadarus Al Quran kerana ia akan menjadi pelindung ketika kita berada di alam barzakh yang pada ketika itu, tiada sesiapa yang boleh menolong dan membantu melainkan amalan-amalan soleh yang dibawa bersama semasa kita mengerjakannya di dunia dahulu.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan juga diberikan kepada  jawatankuasa biro agama kerana berjaya menganjurkan Program Tadarus Al Quran pada tahun ini dengan jayanya. adalah diharapkan dengan adanya usaha-usaha murni seperti ini, ianya akan dapat menarik minat terutama pada golongan muda untuk terus mendekati Al Quran yang kita sedia maklum  bahawa ianya merupakan salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w. yang teragung selain dari hadisnya. Kedua-dua kitab ini jika kita berpegang teguh dan mengikuti setiap apa yang diajar di dalamnya pasti akan dapat menjamin hidup kita tidak akan tersesat selama-lamanya di dunia ini.

Sebelum majlis berakhir, semua peserta tadarus menerima cenderahati yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Jahare Abu Bakar. 

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung....

En. Rafia Ol Husni, Penolong Setiausaha Biro Agama 
merangkap Penyelaras Program Tadarus Al Quran...

Muhamad Badran dari Bhg. MIS bersama salah seorang peserta kumpulannya 
sudah bersedia untuk memulakan bacaan...

En. Zailani dari Bhg. Hal Ehwal Korporat sudahpun memulakan bacaan. 
Beliau suka membaca secara bertaranum dan taranum yang diminatinya ialah Hijaz...    

Tn. Hj. Jahare dan kumpulannya dikehendaki membaca Juz 2... 



En. Fauzi sedang membaca ayat Juz 1 
sambil disemak oleh Tn. Hj. Ahmad Shaari...

Muhd Faiz (belakang) dari Akaun Projek...

Shaharuddin Sahli (kanan) dari Pej. Setiausaha Syarikat membaca Juz 4...

Tn. Hj. Ahmad Shaari memperkatakan sesuatu kpd Tn. Hj. Zainuddin (kiri)... 

Dari kiri : Rosli, Fadzly & Faiz membaca ayat dari Juz 3...

Norjumali (kiri) bersama Badry Putra dari Bhg. Khidmat Teknikal...

En. Kamarul Hisham meneliti bacaan oleh peserta kumpulannya...

Afzal Al Amin dari Bhg. Perancang Business 
mengalunkan bacaan dgn taranum Bayati...

En. Aris dari FELCRA Niaga hadir disaat akhir kerana 
katanya ia tidak tahu adanya program Tadarus ini...

En. Munawir merenung ayat2 Al Quran kerana katanya 
merenung pun dah cukup dapat pahala jugak...

En. Md Zin, Kumpulan Perladangan (kiri) dan Noorul Azam dari Caw. Perolehan 
berkongsi satu Al Quran kerana tak larat nak pi ambik yg banyak kat rak tu....

En. Ahmad Salleh (kanan) membaca dengan penuh khusyuk sampai terlelap 
manakala Miswan pun nampak gayanya macam nak ikut jer...


En. Yusri (kiri), Qari dari Bhg. Usahawan dlm satu group dgn bossnya...



En. Mohd Azam Md. Noor, Qari dari Bio Teknologi...

En. Zohdi baju pink baca juz 5...

En. Shafiee, Qari dari Bhg. Perancang Projek, baca juz 6... 

En. Bazlan, Qari dari Felcra Bekalan baca juz 6....

En. Ilias, Qari dari Bhg. Khidmat Teknikal baca Juz 7...

En. Johan, Qari dari Caw. Perolehan membaca dgn Taranum Nahwand...

Tn. Hj. Rahim (kiri) baca, Hj. Zahiruddin menyemak.

Qari dari Audit, En. Mohd Farhan baca Juz 8...

En. Zamri, masa program Maal Hijrah hari tu jadi pelakon teater (anak derhaka) 
lepas mak dia meninggal, dia bertaubat dan pergi mengaji pondok di Kelantan, 
sekarang dah hafaz 30 juzuk...malam ni jadi imam taraweh pulak...

Tn. Hj. Ali Ibrahim dah khatam quran 50 kali, tiap malam 
mengajar anak2 jiran mengaji secara percuma... 

En. Anuar, Qari dari Puchong. Teknik pembacaan beliau mesti pejam mata, 
kalau tak pejam mata, entah apa yang dia baca pun tak tau...

En. Nizam meneliti bacaan Mohd Farhan...

Tn. Hj. Maruan dari Kumpulan Perladangan. Kalau dengar bacaannya sebijik
macam suara Allahyarham Tn. Hj. Ismail Hashim,  Johan Tilawah Al Quran 
Pkt. Antarabangsa sebanyak 7 kali di tahun 1970an dulu...  

"Petang ni buka puasa nak makan apa ye?"
mungkin itu yang difikirkan En. Farizal ni. 
Orang suruh semak bacaan Shah tu betul ke tak?... 

Sapa yang baca, sapa yang semak, comfius aku dgn gelagat dua org qari ni...


Qariah dari Kuala Nerang Cik Damia (tudung biru) sungguh lancar bacaannya...
Org Kedah memang pandai baca quran...calon suami mesti boleh jadi imam...   

Pn. Rooslah (tudung pink), Qariah berasal dari Bukit Kepong.
Masa sekolah dulu tak habis mengaji sebab berlakunya tragedi Bukit Kepong. 
Sekarang jgn main2, kalau dia dengar kita baca, dia dah tau tang mana silap bacaan kita tu... 

Yang baju biru ni otai, Pn. Zailifah namanya. Anak didiknya dah banyak berjaya 
dlm pembacaan Al Quran. Ada yang dah sampai ke peringkat antarabangsapun...

Pn. Misah (baju biru), dah pencen dlm perkhidmatan 
tapi baca quran tak dak istilah pencen...Katanya Selagi hayat dikandung badan, 
dia akan tetap membaca quran sebagai perisai di alam yang kekal abadi nanti... 

Ni budak2 baru tak berapa nak kenai lagi...

Antara senyum dan tangis...


Pn. Tasha (tudung merah)...Masa ambik gambar tadi, 
terdengar bacaannyanya sungguh merdu dan lunak, 
Dari segi tajwid, qolqalah, idgham tak dak satupun 
bunyi sumbang, semuanya 'sharp'.

Pn. Ziela, (kiri) Qariah dari Kg. Gajah, bacaan qurannya macam Sharifah Qaseh. 
Cakap kat Siti Hawa di sebelah tu tak payah semaklah bacaan dia tu, 
takkan jumpa punya salah silap dia... 


Tak tau nak komen sebab tak dengar bacaannya tadi...

Pn. Mahanom, Bacaannya bagus, berkat rajin mengaji sejak usia kanak2 lagi...  



Dua beranak, Aishah (kanan) dan Ieka. Kat rumah pun macam ni lah jugak, 
ada jer masa lapang, dua beranak ni akan mengaji. mengaji...mengaji...  

Pn. Roos!!!, sekarang mengaji dah juz berapa Ros?...
Rasanya dah banyak kali khatam ni...
Tengok senyum pun dah tau...

Pn. Halimah, Qariah dari Bhg. Kewangan...

Cik Mimah kita ni rajin mengaji, Darahpun tgh manis ni....

Pn. Salmelly. Qariah dari MIS...

Sekarang nak baca quran pun dah senang, dlm handphone pun boleh ngaji...

Teknik bacaan yang paling tepat dari Hjh. Faridah, gerak bibir dan bentuk mulut 
semasa melontarkan bacaan hendaklah sepertimana bunyi huruf yang disebut... 

Selepas dah landing, wajahpun relax,
 tak payah nak kerut2 muka...
steady je Hjh Faridah ni...


Pn. Madinah Mohd Anas (kiri), Qariah dari Negara Timur Tengah...


Pn. Jizah (tgh), (same department), selalu tengok dia bukak quran masa lunch...  


Zalikha pun bukan calang2 dlm bab mengaji nie....
Tengok member sebelah tu mengaji pun dah tau salah silapnya...

Pn. Esah Abas, sentiasa istiqomah dalam pengajian Al Qurannya...


Pn. Hjh. Fauziah Jaafar (kiri) & Pn. Hjh. Wan Norasiah (Tgh). 
Dua-duanya pandai mengaji...

Pn. Hatimah, walaupun tak berapa sihat, 
tapi  sentiasa hadir dlm setiap kuliah ilmu yg diadakan di surau pejabat.





En. Rahman Isa (kiri), dan Redha (Eddy) baca Juz 2...
Bacaan mereka berdua ok, aku bagi 5 bintang...

En. Rafia Ol Husni, tulang belakang Biro Agama.
Komitmen beliau sangat tinggi dlm memperjuangkan Syiar Islam...
Harap dia boleh tolong panggil aku naik ke atas di akhirat nanti...

Ustaz Nasaruddin, Pendakwah bebas yang sentiasa mendapat tempat 
di dalam majlis2 ilmu yg dianjurkan oleh Syarikat....

Tn. Hj. Zainuddin, Imam Besar Surau Ibu Pejabat...

Peserta berstatus Muallaf , Betoi ka dia baca tu
sampai Ustaz Nasa pun berkerut muka...

Gambar Ustaz Nasa dan gambar Rafia Ol Husni (bawah) 
kena bubuh banyak sikit sebab mereka ni tempat rujukan...


Pemandangan secara keseluruhan di dalam surau...




Kesempatan diambil untuk bertanyakan beberapa persoalan 
kepada Ustaz Nasa yang berkaitan dengan permasalahan 
yang timbul semasa melakukan ibadat....

Qari terbaik dlm Tadarus Al Quran tahun 1436H...



Dari kiri : Zack, Fadzly, Faiz & Rosli kelihatan gembira
 selepas majlis tadarus dah selesai...

Ustaz Nasa memimpin bacaan Juz 30 dengan kami semua mengikutinya beramai2...

En. Rafia mengakhiri majlis dengan ucapan terima kasih 
kepada semua peserta yang mengambil bahagian...


Gambar2 di bawah adalah majlis penyampaian cenderahati 
yg disampaikan oleh Tn. Haji Jahare kepada para peserta









6 comments:

  1. Terbaik Mr. Bloger...
    Mudah- mudah kerja amal Tuan ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari ALLAH SWT..

    ReplyDelete
  2. Terbaik Mr. Bloger...
    Mudah- mudah kerja amal Tuan ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari ALLAH SWT..

    ReplyDelete
  3. wsahhhhh en blogerr ni,, bagusss laaa. nanti i nak masukan dia kurusus dekat rtm nanti,,,,

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..semoga beroleh pahala dan keberkatan...

    ReplyDelete
  5. Liputan yang menyeluruh dan tersusun..Penulisan yang nampak bersahaja namun kreatif itu ada...tahniah tuan atas penerbitan blog yang berinformasi dan menghiburkan..moga kita semua bertambah keberkatan amal di bulan Ramadhan tahun ini...salam hormat drp. Afzal Aziz

    ReplyDelete
  6. Hi Blogger..

    Informasi yang bernas dan semoga semua mendapat manafaat dari penganjuran aktiviti ini. Tahniah kepada Biro Agama kerana berjaya menganjurkan Tadarus ini..

    - Harun

    ReplyDelete