Pages

Thursday, July 30, 2015

RUMAH AMAL RAUDHATUL JANNAH PERLU SUMBANGAN...


Aku respect kat rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu kerana bangsa ini memang diketahui sangat suka bersedekah samada dengan harta benda, wang ringgit atau tenaga. Mereka tidak pernah ambil kisah siapa yang meminta sedekah itu, samada pendatang asing, rumah kebajikan atau mereka-mereka yang selalu mengambil kesempatan di atas keperihatinan bangsa Melayu yang beragama Islam. 

Apa yang mereka harapkan ialah dengan bersedekah itu nanti, mereka akan beroleh pahala yang akan menjadi bekalan di hari Akhirat nanti selain dari doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat.

Tetapi satu saja yang mereka lupa, adakah sedekah yang diberi itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang menerimanya. Kalau ya, Alhamdulillah, tapi kalau wang ringgit yang mereka dermakan itu jatuh ke tangan sendikit yang mempergunakan pengemis untuk tujuan menipu dan kesenangan hidup di dunia yang sementara ini, itu tidak dapat dipastikan samada mereka tetap juga beroleh pahala atau sebaliknya.

Kita sepatutnya kena ambil tahu ke mana sedekah atau sumbangan yang patut diberikan dan bukannya ambil mudah sahaja. Perbuatan memberi sedekah atau sumbangan kepada golongan penipu ini seolah-olahnya menggalakkan mereka ini terus menipu dan malas berusaha.

Sebagai jalan penyelesaiannya dan supaya sumbangan ikhlas kita beroleh pahala yang berpanjangan maka kita sepatutnya memberi sumbangan kepada rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua, masjid, surau atau madrasah, pondok-pondok pengajian, sekolah-sekolah agama dan banyak lagi.

Salah satu Pertubuhan Kebajikan yang pada masa ini sangat memerlukan sumbangan ikhlas dari kita semua adalah Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah (PKARJ) yang terletak di Olak Lempit, Banting, Selangor.

Latar Belakang  

Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah (PKARJ) telah ditubuhkan pada 25 Mac 2015 dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Cawangan Selangor bagi mengelolakan dan membantu urus tadbir Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah (PKARJ) yang memerlukan bantuan dan perhatian.

Seramai 36 penghuni menginap di rumah tersebut yang terdiri daripada 21 orang penghuni lelaki dan 15 orang perempuan di mana mereka masih memerlukan bantuan pelbagai keperluan dan kemudahan.


Pengusahanya, Zawalajam Mashod berkata, setakat ini sumber dana Raudhatul Jannah bergantung kepada sumbangan derma dan infaq daripada orang awam.

Menurutnya, ahli jawatankuasa PKARJ sedang merangka pelbagai strategi untuk mendapatkan dana bagi merealisasikan matlamat PKARJ. Antara usaha dilakukan ialah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi bantuan geran, mendaftar dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk sumbangan Pusat Zakat, memohon sumbangan dari badan dan individu korporat.


Oleh itu, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan orang ramai. Sumbangan tersebut boleh disalurkan ke akaun Maybank : 5646 8710 8450 atas nama Pertubuhan Kebajikan Asnaf Raudhatul Jannah.

Selain itu, sumbangan juga boleh diberikan terus ke PKARJ di alamat Lot PT11537 Jalan Sepakat, Kampung Olak Lempit, 42700 Banting atau hubungi Zawalajam Mashod di talian 010-2318581 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment