Gambar hiasan...
Saat kembali menghadap Allah SWT adalah waktu yang terindah
bagi orang Mukmin, tetapi sebaliknya bagi golongan yang sentiasa melakukan
maksiat dan berpaling daripada peringatan Allah SWT. Sesungguhnya pada saat
kematian nanti ada antara manusia akan menemui nikmat, namun ramai yang akan
diazab.
Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah SAW sering membaca
doa: "Ya Allah tolong lindungiku daripada azab kubur, sesungguhnya azab
kubur itu menakutkan aku, dan juga daripada azab api neraka."
Ketika Saad bin Mu'adz cedera, Rasulullah SAW meminta
seorang wanita untuk merawat dan menjaganya sehingga akhirnya beliau gugur
syahid. Malaikat Jibril datang dan memberitahu khabar itu kepada Rasulullah
SAW, katanya, "Semalam telah meninggal dunia seorang lelaki dalam kalangan
kamu yang menggoncangkan arasy Allah. Gegaran itu kerana cintanya untuk bertemu
dengan Allah, malah malaikat turut menangis dengan kewafatannya."
Doa ringankan seksaan
Rasulullah SAW datang ke kuburnya dan menyebut Allahuakbar,
kemudian Baginda menyebut Lailahaillah dan seterusnya Baginda melafazkan
Subhanallah. Setelah itu Baginda berpaling dan pulang. Hannad berkata, ketika
Rasulullah datang ke kubur, sahabat bertanya kepada Baginda: "Ya
Rasulullah, kami tidak pernah melihat kamu melakukan begitu sebelum ini.
Baginda menjawab: Tadi aku melihat dirinya dihimpit oleh kubur dan diazab, aku
berdoa kepada Allah untuk meringankan seksaannya. Sekali dalam hidupnya, dia
tidak membersihkan kencingnya. Rasulullah menceritakan bahawa tanah kubur itu
menghimpitnya dengan sekali himpitan sehinggakan tulang belulangnya remuk dan
tubuhnya menjadi seperti sehelai rambut.
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi perkongsiannya dalam
slot Mau'izati di IKIM fm yang bersiaran setiap Khamis, jam 5.15 petang,
menjelaskan dahsyatnya azab kubur itu sehinggakan ia mampu didengari oleh
binatang.
Zaid bin Thabit meriwayatkan, ketika mereka bersama
Rasulullah SAW di Bani Najjar, tiba-tiba keldai yang ditunggangi oleh Baginda
terhenti. Keldai itu menjadi liar sehingga hampir menjatuhkan Rasulullah SAW.
Ternyata terdapat beberapa kubur terletak berhampiran kawasan itu. Hariri
berkata, Rasulullah bertanya siapakah yang mengetahui mengenai kubur itu dan
bilakah penghuni kubur itu meninggal dunia.
Salah seorang daripada sahabat menyatakan penghuni kubur itu meninggal dunia dalam keadaan musyrik. Lalu Baginda berkata bahawa mereka sedang menghadapi ujian di dalam kubur dan seandainya sahabat yang sedang bersama Rasulullah ketika itu mati dan dikebumikan, nescaya Baginda pasti akan memohon kepada Allah supaya diperdengarkan dan diperlihatkan kepada mereka semua azab kubur yang sedang berlaku ketika itu." (Riwayat Imam Muslim).

Antara faktor lain seseorang itu diazab di dalam kubur
kerana memalingkan diri daripada al-Quran dan meninggalkan solat. Ramai yang
tidak mengendahkan keadaan dirinya yang tidak dapat membaca al-Quran.
Hadis riwayat Samurah Ibn Jundab, bahawa Rasulullah SAW
duduk bersama sahabat pada suatu pagi dan berkata:
"Malam tadi aku bermimpi didatangi oleh dua orang.
Kedua-duanya berkata padaku: Mari ikut bersama dengan kami. Lalu aku ikut bersama
dan mereka membawa aku keluar ke tanah suci. Kami lantas mendatangi seorang
yang sedang berbaring, sementara yang lain berdiri sambil memegang batu besar.
Kemudian dia melepaskan batu yang besar itu di atas kepala orang itu sehingga pecah. Apabila kepalanya pecah, batu itu pun hancur. Kemudian orang yang berdiri itu mengejar lalu mengutip semula batu yang hancur itu. Namun kepala orang yang pecah itu telah kembali seperti sedia kala. Selepas itu aku melihat mereka mengulangi perbuatan yang sama dan aku bertanya kepada orang yang membawaku tadi, mengapa berlaku sedemikian.
Mereka mengajak aku berjalan lagi. Kami mendatangi seorang yang tidur terlentang, sementara mereka yang berdiri sambil membawa besi penggantung anjing. Orang kedua lalu mendatangi salah satu sisi wajah orang yang pertama, dia mengoyak tepi mulutnya hingga ke bahagian tengkuk. Kemudian dia berpindah ke sisi wajah lain, lalu melakukan hal yang sama seperti tadi dan tidak berhenti berbuat demikian sehingga wajah itu kembali seperti asal. Aku bertanya lagi kenapa berlaku sedemikian, tetapi kedua-dua orang itu mengajak lagi aku meneruskan per jalanan.

Rasulullah SAW meneruskan perjalanan sehingga tiba ke suatu
tempat yang menyerupai tempat pembakar roti. Di dalamnya kedengaran suara
bertempik dan jeritan yang kuat, dan terdapat beberapa orang lelaki dan
perempuan dalam keadaan telanjang, di bawah mereka itu muncul lidah api.
Baginda bertanya lagi siapakah mereka ini, tetapi Rasulullah dibawa lagi meneruskan perjalanan dan kemudian melintasi kawasan sungai merah seperti darah. Di dalamnya terdapat seseorang yang sedang berenang, sementara di tebingnya ada orang yang membawa banyak batu-bata. Apabila orang yang berenang itu menghampiri bahagian tebing sungai, dia akan dilempar dengan batu. Seperti biasa Rasulullah SAW bertanya lagi siapakah mereka ini, namun mereka meneruskan lagi perjalanan. Lalu mereka mendatangi orang yang sangat benci dan takut melihat cermin dan ada api yang membakar di sekelilingnya.
Kemudian perjalanan diteruskan sehinggalah mereka bertemu dengan sebuah taman yang sangat hijau dan di dalamnya terdapat pelbagai jenis bunga, dan ada seorang yang sangat tinggi sehingga tidak kelihatan bahagian kepalanya. Rasulullah SAW berkata, terdapat beberapa anak kecil di sekelilingnya. Baginda meneruskan lagi perjalanan dan melintasi sebuah taman yang sangat besar dan indah.

Bohong, berzina
Akhirnya apabila Rasulullah bertanya lagi apakah yang
dilihatnya di sepanjang perjalanan itu, mereka menjelaskan bahawa merekalah
Malaikat Mikail dan Jibril. Peristiwa
pertama yang disaksikan Baginda itu ialah orang yang mengambil al-Quran lalu
melemparkannya serta tidak mendirikan solat wajib.
Kejadian mulut dikoyakkan itu ialah mereka yang bercakap
bohong. Kemudian mereka yang dibakar itu adalah orang yang berzina ketika
hidupnya. Orang yang berenang di dalam sungai seperti darah itu adalah golongan
manusia pemakan riba, manakala orang yang benci melihat cermin dan dibakar
dengan api adalah mereka yang merancang kejahatan.
Lelaki yang tinggi dalam taman itu adalah Nabi Ibrahim dan anak mengelilinginya adalah anak yang meninggal dalam keadaan yang suci. Ini adalah mereka yang menerima azab dan nikmat sehingga Kiamat nanti seperti yang terdapat dalam gambaran mimpi Rasulullah SAW.
Sumber : BH
Penulis : Fairuz Noordin...
No comments:
Post a Comment