Pages

Saturday, April 16, 2016

HIMPUNAN KELUARGA ARWAH MOHD JAIS DAN ARWAH HABSAH...

Kisah ini bukan satu kisah sedih, tetapi ianya merupakan satu kisah perjuangan hidup ayah dan ibu kami yang mempunyai ramai anak. Ayah dan ibu kami sangat tabah dalam membesarkan anak-anak demi menyahut tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawab oleh Allah Subhanahuwataala ke atas bahu mereka. Berkat susah payah dan kesabaran yang tinggi, mereka akhinya berjaya mendidik kami menjadi manusia yang berguna disisi masyarakat.

Ikuti kisahnya...

Dulu masa keluarga kami tinggal di JKR quarters, di Taiping seawal tahun 1940an, siapa tak kenal dengan ayah kami iaitu Pak Jais dan isterinya makcik Habsah. Rasanya tak salah kalau aku katakan bahawa salah satu sebab mengapa jiran-jiran semua kenal Pak Jais dan makcik Habsah adalah kerana mereka mempunyai ramai anak. 

Bayangkan, selepas ayah dan emak mendirikan rumahtangga, mereka telah dikurniakan anak yang pertama yang dilahirkan pada tahun 1945 dan anak itu diberi nama Mohd Ariffin @ Abdul Rani bin Mohd Jais. Kalau nak dikira umurnya pada tahun 2016 ini, umurnya telahpun mencecah 71 tahun. Manakala anak mereka yang terakhir dilahirkan di quarters ini sebelum berpindah ke Rancangan Perumahan Awam, Simpang pada tahun 1970 adalah anak yang ke 15. Anak itu adalah anak perempuan dan dilahirkan pada tahun 1968. Semasa pendaftaran kelahiran dibuat di Balai Polis Taiping, anak perempuan itu diberi nama Romina bt Mohd Jais.  Kalau nak dikira umurnya sekarang ini pada tahun 2016 umurnya kini telah mencapai 48 tahun.

Ini bermakna dalam tempoh 23 tahun tinggal di quarters, mak dan ayah telah dikurniakan 15 orang anak dan kalau dipuratakan kelahiran, maka bolehlah aku katakan yang setiap 1 atau 2 tahun, emak akan melahirkan anak. Walaubagaimanapun salah seorang dari anak lelaki kembarnya yang bernama Abdul Rahman dengan kedudukan no. 12 dalam keluarga telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya ketika masih kecil. Dengan kematiannya itu maka anak-anak emak dan ayah yang masih hidup tinggal 14 orang sahaja.  

Dalam membesarkan anak-anak seramai 14 orang dengan gaji ayah yang bekerja sebagai penulis notis di Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan pendapatannya yang tak seberapa manakala emak pula tidak bekerja, boleh tak kita bayangkan bagaimana mereka hendak membesarkan anak-anak mereka yang seramai 14 orang itu. 

Tapi Allah maha kaya, dan telah berjanji bahawa tidak akan papa seseorang itu jika mempunyai ramai anak malah rezeki mereka akan bertambah. Janji Allah itu benar. Bagi menyara anak-anak, selain bekerja, ayah telah mengusahakan tanah di belakang rumah dengan menanam pisang, ubi kayu, jagung serta sayur-sayuran, walaupun hasilnya tidak dijual tapi ianya cukup untuk kami makan dan tidak perlu berbelanja di pasar lagi. Selain itu ayah juga menternak ayam dan itik dan dengan telur dan dagingnya itulah kami jadikan lauk pauk. 

Selain makan daging ayam dan itik serta telur dan juga sayur-sayuran yang di tanam, abang-abang yang sudah dewasa juga  rajin memancing ikan di laut Port Weld yang sekarang ini dikenali sebagai Kuala Sepetang. Setiap hari minggu cuti sekolah, abang-abang yang pergi memancing akan membawa pulang hasil yang diperolehi dan ianya tidaklah mengecewakan. Kami merasa puas menikmati makan tengahari dan malam berlaukkan ikan-ikan segar yang diperolehi dari hasil usaha abang-abang yang sentiasa rajin membantu emak dan ayah.  

Selain ayah, emak juga seorang yang rajin dan berkebolehan, emak telah diberikan kelebihan oleh Allah dengan kebolehan menjahit, membuat kuih muih, menganyam tikar mengkuang yang diambil di paya-paya yang banyak terdapat dipersekitaran quarters. Selain itu emak juga rajin membuat bantal dan tilam dari pokok kekabu yang banyak tumbuh di belakang rumah dan setiap malam kami tidur nyenyak di atas tilam dan bantal yang emak buat dari kekabu itu.

Jika ayah rasa bertuah mempunyai anak-anak lelaki yang rajin membantu di kebun dan di laut, emak juga turut rasa bertuah kerana mempunyai anak-anak perempuan yang juga sangat rajin membantu membuat kerja-kerja di dapur seperti memasak, membasuh dan menggosok pakaian serta menjaga adik-adik lain yang masih kecil. Di samping itu anak-anak perempuan ini turut membantu emak dalam menghasilkan kerja-kerja kraftangan seperti yang disebutkan di atas. 

Selepas hampir 25 tahun tinggal di quarters dengan anak seramai 14 orang, maka pada tahun 1970, keluarga kami berpindah ke Rancangan Perumahan Awam, Simpang yang terletak 2 km dari quarters kami sebelum ini kerana ayah telah membeli sebuah rumah teres di situ.

Setelah 3 tahun tinggal di sini, maka pada tahun 1973, emak dan ayah telah dikurniakan seorang lagi anak perempuan dan ia merupakan anak mereka yang ke 16 dengan mengambilkira no 12 yang telah meninggal seperti yang diceritakan di atas tadi. Anak perempuan itu yang juga merupakan adik bongsu kami ayah daftarkan di balai Polis Simpang dengan nama Shamsiah bt Mohd Jais. Pada tahun ini umurnya sudahpun mencecah 43 tahun. 

Pada tahun 1977, ayah yang pada ketika itu sudahpun berumur 55 tahun telah menamatkan perkhidmatannya dengan bersara wajib. Semasa ia bersara, anak-anak yang masih bersekolah pada ketika itu masih ada 7 orang lagi dan ia sesuatu yang memeritkan. Walaubagaimanapun dengan didikan yang sempurna, abang serta kakak yang telah bekerja banyak membantu ayah menyara adik-adik yang masih bersekolah.

Pada tahun 1999 ayah yang sudah berusia 77 tahun ketika itu telah menyahut panggilan Ilahi akibat penyakit prostat dan 11 tahun selepas itu iaitu pada tahun 2011, emak pula dijemput Allah dalam usia 73 tahun akibat stroke.

Walaubagaimanapun sebelum meninggal, emak dan ayah merasa puas dan berbangga kerana dapat membesarkan kami dengan memberikan pendidikan dunia dan akhirat dengan sempurna.

Selepas kedua-duanya sudah tiada, Rumah kami yang beralamat di no. 28 dan meninggalkan banyak kenangan itu telah disewakan kerana kami semua tinggal di rumah sendiri. Walaubagaimanapun penyewa yang menyewa di rumah itu tidak kekal lama dan sering silih berganti menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menjualnya.

Setelah hampir 6 tahun berlalu selepas kematian emak pada tahun 2010, kakak kami Jamaliah dan suaminya Zakaria berminat untuk membeli rumah tersebut dengan harga yang dipersetujui sebanyak RM70K. Kami semua amat bersyukur dan berterima kasih pada Jamaliah dan suaminya Zakaria kerana sanggup membeli dan menetap di rumah itu dan kami adik beradiknya juga sangat gembira kerana sekurang-kurangnya masih dapat menumpang tidur di situ bila sesekali pulang ke kampung dan sekaligus mengembalikan nostalgia sepanjang tinggal di rumah itu semenjak kecil sehinggalah kami dewasa dan berkeluarga.

Semua urusan penjualan dan pembelian rumah kini telah selesai. Semua adik beradik telahpun mendapat habuan masing-masing. Bagi menyempurnakan penyerahan hakmilik kepada Maliah dan suaminya Zakaria, maka pada 19 Mac 2016 bersamaan hari Sabtu, jam 10.30 pagi, kami semua bersama keluarga masing-masing telah berkumpul di rumah tersebut untuk mengadakan bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat, Doa Kesyukuran, Doa Hajat, majlis potong kek hari lahir bulan Mac, sessi bergambar, jamuan makan tengahari, bersalam-salaman sambil memohon ampun dan maaf sesama kami dan akhirnya bersurai dan pulang ke destinasi masing-masing.

Terima kasih kepada semua adik beradik beserta keluarga yang hadir pada hari tersebut dan kepada yang tidak dapat hadir diharapkan kita dapat bertemu lagi di lain hari. Inshaa Allah....

Kepada ibu dan ayah kami yang telah lama pergi, tiada apa yang dapat kami berikan melainkan doa yang ikhlas dan kami amat berharap semoga roh keduanya diampuni Allah dan ditempatkan bersama roh para solehin. Amin...  

Saksikan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.

     Buku Aturcara Majlis dan penyata kira-kira yang telah disediakan
 oleh Tn. Bendahari Tn. Haji Shamsuddin Mohd Jais...

Gambar keluarga. (gambar lama)
Ikut susunan dalam keluarga...
Duduk dari kiri : Hj. Abd. Rani, Zakaria, Mohd Izhar, Habsah Man (ibu), Aishah, Hj. Omar, Fatimah, Berdiri dari kanan : Hj. Shamsuddin, Azizah, Johari, Jamaliah, Ahmad, Abdul Rahim, Amri, Romina dan Shamsiah...


Gambar terbaru yang dirakam semasa majlis...
Dari kiri : Amri (14), Abd. Rahim (13), Ahmad (11), Johari (9), Hj. Shamsuddin (7),
Zakaria (2), Hj. Abd. Rani (1), Hj. Omar (5), Azizah (8), Fatimah (6) dan Jamaliah (10)
Tiada dalam gambar : Mohd Izhar (3), Aishah (4), Abd. Rahman (12, meninggal),
Romina (15) dan Shamsiah (16)...
No. dalam kurungan adalah nombor mengikut susunan dalam keluarga...


Bergambar ramai himpunan keluarga yang hadir pada majlis tersebut...

Carta keluarga...dah lama tak update...

Arwah Ayah, Tn. Hj. Mohd Jais b. Yunus bersama sijil kematian...

Majlis bacaan yassin bermula...

Tn. Hj. Abd Rani abag yg sulung memimpin bacaan...







Zakaria Jais, abg. no 2 dan Tn. Hj. Omar abg no 5
sedang mengaminkan doa...

Majlis penyerahan geran rumah disampaikan oleh Tn. Hj. Abd Rani Jais
kepada Pn. Jamaliah Jais no. 10 dlm keluarga yang telah membeli rumah ini.

Tn. Hj. Shamsuddin no. 7 dlm keluarga membentangkan penyata...



Abg Ngah Zakaria sedang menyampaikan ucapan terima kasih...





Adik beradik beserta keluarga yang hadir...



Ucapan dari Mr. AJ...

Abg Din No. 7 dalam keluarga sedang
membentangkan penyata kewangan...


Apa yang lucu sgt tu?...

Abg. Joe, no. 9 dalam keluarga... 

Dari kiri: Abg Zakaria Rabaie (tn. rmh), Harussani, Din 
dan Abg. Joe, sedang mendengar taklimat... 

Abg Zakaria no. 2 dlm keluarga sedang 
menyampaikan ucapan terima kasih...

Tn. Hj. Abd Rani (abg yg sulung) sedang 
membentangkan penyata kewangan... 

Abd. Rahim, no. 13 dlm keluarga, kembarnya Abd. Rahman, no 12 
meninggal dunia semasa kecil... 

Mr. AJ, (penulis), no. 11 dlm keluarga 
sedang menyampaikan ucapan terima kasih...  

Aton, jiran sebelah rumah turut diundang makan tengahari...

Dari kiri : Jihan dan Nuraini cucu arwah atok Jais dan opah Habsah...  


Jamaliah, no. 10 dlm keluarga bersama anak-anak dan cucunya
 sedang menjamu selera... 


Firdaus cucu atok dan opah bersama keluarga sedang menjamu selera... 

Otai2 sedang membincangkan satu topik yg tak berapa jelas...

Tn. Hj. Omar, no. 5 dan Tn. Hj. Shamsuddin, 
no. 7 dlm keluarga sedang menjamu selera... 

Kek utk mereka yg menyambut birthday bln Mac 2016...


Menantu arwah atok Jais dan opah Habsah, Zamzanariah 
dan Hajjah Asni Alias sedang menjamu selera...

Cucu atok Jais, Aina dan ibunya Hjh Siti Aishah 
(menantu atok Jais) dah selesai makan...

Anak2 dan menantu Romina...
Cucu2 atok Jais iaitu anak2 Abd. Rahim...

Hjh. Siti Hajar, menantu Arwah Atok Jais 
bersama anaknya Zuriana dan cucu2nya... 

Tn. Hj. Abd Rani, abang sulung kami...

Keluarga Firdaus cucu atok...

Keluarga Nuraini cucu atok...

Keluarga Wati dan Din, cucu atok...

Sham dan Nuruddin, cucu atok...

cicit-cicit atok...

"Tak payahlah hang nak menung Sham, habiskan cepat nasik tu,
 kang sejuk dah tak sedap"..

"Apa yang hang tunjuk dua jari tu Zaini? ada makna ka?
Hang jgn nak provoke abg Joe tu...bahaya..."

Aizat, cucu arwah atok...

Isteri dan adik ipar Nuruddin, cucu atok...


Nuruddin dan Aizuddin, cucu atok...

Nur Suriani, cucu atok sedang mengambil makanan... 

"Jangan malu2 Suria, tak dak sapa nak marah, makanan banyak tu, 
penuhkan cepat pinggan tu"...
"Apa?, takut gemuk!!!
"Apa takut, ubat kurus banyak jual kat farmasi tu. Beli jer...

"Haa!!! mcm tu la, ceduk selagi tak penuh...hahaha..."

Betulke depa ni sambut harijadi bulan Mac? macam tak caya pulak...

Kak Yang dan Eyka, cucu atok...

Arina, cucu atok yang tengah naik...

Bini sapa pulak ni? macam kenai...

Din, menantu Abg Izhar mewakili mertuanya yang tak dapat hadir..

Kak Cik cucu atok bersama suami dan anaknya...

Bertambah cantik suria ni, Q putih, barulah putih
Rayyan anaknya pun handsome, ramai peminat bila dah besar nanti...

Ayah budak2 ni pi mana Suria?




Kedai koboi lokasi tempat jamuan diadakan...

Romina, no 15 dalam keluarga bersama suami, anak-anak 
dan menantu berposing di bawah pokok kelapa...

Cucu2 atok Jais, Berdiri dari kiri, Alia, Arifah, Amza dan Fatin...
Duduk dari kiri : Arina, Asfarini, Hanis (Kak Yang) dan Fatin Amri... 

Laa!!! tak habis lagi makan...ke second round...





Hui...laksa...sedapnya. berkecoq ayaq lioq...
Rugi sapa tak mai...

Kek untuk warga emas...

No comments:

Post a Comment