Pages

Sunday, October 2, 2016

KEMBARA MEDIA FELCRA 50 TAHUN, LAWATAN KE FELCRA BERHAD KAWASAN LEKIR, PERAK...

En. Ahmad Nahar b. Md. Yatim, 
Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Lekir...
Di bawah pimpinannya, peserta hidup aman dan makmur
manakala pengurusan ladangnya berada ditahap memuaskan... 

Team Kembara Media 50 Tahun Felcra Berhad tiba di Padang Mini Astaka, Felcra Lekir pada jam 3 petang setelah 5 jam berkonvoi termasuk berhenti untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Sungai Ranggam, Kota Setia, Teluk Intan. Perak.

Ketibaan kami disambut mesra oleh En. Ahmad Nahar b. Md. Yatim, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Lekir bersama barisan stafnya. Pasukan kompang dari Kumpulan Seni Warisan Felcra Berhad Lekir yang dianggotai oleh anak-anak peserta telah mengiringi rombongan kami sehingga ke tengah padang untuk melihat pertunjukan seni silat gayong yang dipersembahkan oleh anak-anak muda bersemangat waja mirip pahlawan melayu di zaman Kesultanan Melaka.

Pasukan kompang dari Kumpulan Seni Warisan mengarak para wartawan,
bloggers dan tetamu yang lain masuk ke tengah padang...



Pertunjukan silat oleh Kumpulan Seni Warisan...




Wartawan, bloggers dan staf sedang menyaksikan 
pertunjukan seni silat gayong oleh Pasukan Seni Warisan
 FELCRA Lekir...

Pasukan kompang dan silat bergambar ramai
selepas acara yang disertai mereka selesai...

Tn. Hj. Syed Jamalullil b. Syed Nong 
dilantik sebagai pengacara majlis...

Bacaan doa selamat disampaikan oleh 
Ustaz Abd. Kahar b. Man, Imam Masjid Al Muttaqin...

Selesai pertunjukan silat, kami kemudiannya di bawa ke khemah utama untuk menikmati jamuan makan tengahari dengan menu istimewanya nasi putih, gulai kawah (daging dan ayam), ikan bakar dan air asam, masakan ayam berempah, ulam dan sambal belacan serta tempoyak, air minuman pula adalah sirap limau dan limau ais manakala buah-buahannya pula adalah durian, dokong dan rambutan.

En. Mohammad b. Abdul Rahman (kanan) 
sedang menikmati buah-buahan tempatan... 

FELCRA Bikerz Club...

Pegawai-pegawai dari HQ...

Pn. Dina (kiri) dan Wan Hasreena...

Turut kelihatan Cik Anne Estella (tengah) dan rakannya (kiri).
Mereka berdua didatangkan khas dari Pejabat PBW Sabah
manakala di kanannya Pn. Mariam Yusof dari HQ....

Kiri : Tn. Hj. Ahmad Salleh (PBW Tengah) dan
En. Wan Mokhtar Wan Muda (PBW Utara)

Tn. Hj. Mutalib b. Tais, PBW Pahang, (tengah)
turut menikmati buah durian yang dihidangkan...

Rosli dari HQ (kiri) dan Azizi staf PBW Perak...

Wartawan dan bloggers......

En. Khalil (kanan) bersama staf dari PBW Pahang...

Team KESURA merangkap Pegawai dari HQ, Dari 
kiri : En. Jaafar Malim, Najib Miswan, Azman Ahmad dan Yusri... 


Tn. Hj. Syed Jamalullil Syed Nong, pengacara majlis....


En. Abdul Halim Ahmad, merupakan pegawai FELCRA Lekir
yang bertanggungjawab merancang, mengatur dan
melaksanakan tugas semasa program lawatan
Kembara Amal 50 tahun FELCRA Berhad
dengan baik dan cemerlang dan dibantu oleh
semua staf kawasan...


Wartawan dan bloggers...

Wartawan dan bloggers...

Peserta FELCRA Lekir...



Kumpulan River Walk Buskers (RWB) yang dianggotai 3 anak muda telah menghiburkan para tetamu dengan lagu-lagu merdu merangkumi lagu lama dan baru sepanjang majlis berlangsung. Rata-ratanya para tetamu sangat terhibur dengan persembahan dari mereka ini.


Dari kiri : Tn. Hj. Hamzah b. Samad, En. Sopian b. Abidin 
dan En. Ismail b. Abdullah...

Acara diteruskan lagi dengan pengkisahan nostalgia menggamit memori oleh En. Sopian b. Abidin (tengah). Beliau dibantu oleh En. Ismail b. Abdullah (kanan) dan Tn. Hj. Hamzah b. Samad (kiri). Mereka bertiga telah berkongsi pengalaman dan kenangan pahit manis sepanjang mereka menjadi peneroka di kampung ini hampir 43 tahun yang lalu.  

Sejarah Pembukaan Kampung Felcra Lekir...

FELCRA Lekir mula dibuka pada tahun 1973. Ia boleh dihubungi melalui jalan raya Persekutuan daripada Pekan Kampung Koh, Pekan Sitiawan dan Pekan Air Tawar. Pada asalnya ia merupakan Rancangan Tanah Belia di mana belia-belia dari Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor telah dipilih sebagai peserta-pesertanya.

Pada peringkat awal, peserta-peserta telah ditempatkan di bangunan asrama kayu yang telah disediakan. Di peringkat ini, kehidupan mereka sangat memeritkan kerana bekalan api dan air belum ada, begitu juga dengan prasarana dan perhubungan awam yang sangat daif. Tanah yang diperuntukan kepada mereka untuk tanaman sawit dan getah telah diusahakan sendiri oleh mereka dengan tulang empat kerat menggunakan peralatan yang serba kekurangan.  


Pada 1 April 2015, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung FELCRA Lekir (JKKK) telah ditubuhkan. Sebagai permulaan awal JKKK, seramai 15 orang telah dilantik untuk menerajui JKKK ini dengan dipengerusikan oleh Tn. Haji Mohd Shrif Bin Sain bagi penggal 2015.

Pelbagai misi dan visi telah dirangka untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dan mencapai golongan sasar. Menariknya jawatankuasa ini turut melibatkan belia atau generasi ke-2 FELCRA Berhad. Namun begitu, penubuhan awal ini memerlukan satu momentum yang agak besar untuk menjayakan agenda kemasyarakatan ini. Modal yang sedikit bukanlah satu penghalang untuk melakukan aktiviti bagi mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung. 

Pertubuhan dan NGOS yang berperanan sebagai ejen pembangunan telah diujudkan dalam usaha menggembeling kerjasama masyarakat tempatan untuk menjadikan kawasan penempatan sempurna dan harmoni seperti JKKK / JKKP, Perkumpulan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA), Persatuan Belia Generasi Kedua dan sebagainya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

  • Projek Ekonomi seperti Koperasi, Ternakan, Produk Makanan dan Butik Pengantin. 
  • Program Kemasyarakatan seperti Gotong Royong, Marhaban, Kompang KOSPEU dan Bomba Sukarela. 
  • Program Pendidikan dan latihan seperti Kelas Tambahan, Kelas Pengajian dan Kursus-kursus. 
  • Program Keagamaan seperti Tadarus A1 Quran, Ceramah Agama, Sambutan Hari Kebesaran Islam dan Ihya Ramadhan.

Antara aktiviti yang dijalankan...

Isteri peserta-peserta belia di zaman remaja.
Kebanyakan mereka ini sekarang sudah berusia hampir 60 tahun...

Tn. Haji Hashim, Ketua media sedang menyampai
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan rumah...


Rasanya lawatan kembara media ini tidak lengkap jika mereka tidak diberi peluang untuk menjelajah sekitar Perkampungan Aman Jaya ini dari dekat bagi melihat aktiviti penduduk kampung yang dijalankan serta dapat bersua kenal dengan mereka. Untuk itu, dua buah traktor telah disediakan dengan diiringi oleh kumpulan bikerz FELCRA Lekir.

Perkampungan Aman Jaya, adalah nama baru yang telah diberikan kepada perkampungan peserta FELCRA Lekir ini. Ia adalah berdasarkan keindahan, keharmonian serta kemajuan yang telah dicapai sepanjang 43 tahun lalu. Beberapa kemudahan asas yang lengkap telah dibina di sini di antaranya ialah sebuah Sekolah Rendah, Sekolah Agama, stesen minyak, kedai koperasi, perpustakaan, Pusat IT, masjid, gelanggang futsal, dewan orang ramai dan sebagainya.

Dari pemerhatian yang dibuat, keadaan kampung ini sungguh aman, teratur dan cantik. Kebanyakan rumah-rumah peserta yang dibina dari kayu pada asalnya telahpun bertukar menjadi sebuah banglo. Ini menunjukkan bahawa taraf hidup serta ekonomi mereka telah meningkat hasil kerja keras dan usaha gigih mereka selama ini. Penat lelah mereka juga telah berbayar dengan pemilikan harta seperti rumah, ladang serta keluarga yang bahagia. Anak-anak mereka ramai yang berjaya di bidang pelajaran dan berpeluang melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dan seterusnya menjawat jawatan yang tinggi di sektor awam dan swasta.

Sehingga ini jumlah penduduk di Perkampungan Aman Jaya, FELCRA Lekir  adalah seramai 944 orang dengan bilangan rumah sebanyak 169 buah.  


Para media sedang berkumpul untuk menaiki traktor bagi
membuat lawatan ke perkampungan Aman Jaya FELCRA Lekir...








Bikerz Club mengiringi lawatan media
 ke Perkampungn Aman Jaya FELCRA Lekir...


Anak-anak sekolah sedang menikmati persembahan
Kumpulan River Walk Buskers (RWB)...

Bergambar di pentas utama sebelum bersurai...

Sekolah Kebangsaan Gugusan Lekir....

Sekolah Rendah Agama Rakyat An-Nabawiyah...

Tabika Kemas

Masjid Al Muttaqin...

Gelanggang Futsal...

Pusat mini RTC...

Klinik desa...

Rumah Rehat...

Pintu masuk ke Perkampungan Aman Jaya, 
FELCRA Lekir


Gambar-gambar di bawah adalah rumah banglo kepunyaan peserta yang dibina baru bagi menggantikan rumah peserta asal yang dibina dari papan...


Rumah asal peserta Lekir...

Rumah-rumah banglo yang dibina menggambarkan 
taraf hidup peserta lekir telah meningkat  hasil penat lelah 
mereka mengusahakan tanah ladang selama ini 
dengan bantuan FELCRA Berhad...






Imbas kembali gambar-gambar nostalgia 
FELCRA Lekir

Majlis Pelancaran Desa Wawasan dan Penutup Jubli Perak
FELCRA Berhad Kawasan Lekir oleh Dato' Md. Ariff b. Ariffin,
Ketua Eksekutif FELCRA Berhad.
Gambar tahun 1997.

Majlis penyerahan hakmilik tanah ladang
oleh YAB. Dato' Seri Tajol Rosli b. Hj. Ghazali (MB. Perak).
Gambar tahun 2006...





Majlis makan tengahari selepas selesai
acara penyerahan hakmilik tanah ladang
oleh YAB. Dato' Seri Tajol Rosli b. Ghazali (MB. Perak).
Gambar tahun 2008

Perlawanan bolasepak antara pasukan
peserta peserta Lekir. Gambar tahun 1979

 Roll-call sebelum ke ladang. Gambar tahun 1973...

Pasukan bolasepak asrama 'E' menuju ke padang bola
dengan menaiki traktor di belakang asrama panjang beratap rumbia.
Gambar tahun 1978.

Majlis perasmian penorehan getah baru
oleh YB. Tan Sri Abdul Kadir b. Yusof (Menteri KKLW).
Gambar tahun 1979...

Majlis perasmian rumah peserta oleh
YB. Tan Sri Abdul Kadir b. Yusof (Menteri KKLW).


Sila  Ikuti video korporat FELCRA Lekir....

8 comments:

  1. Tq blogger memaparkan kg kami yg indah permai...

    ReplyDelete
  2. Byk sekali gambar2 yg menggamit memori. Ada yg telah hilang di dlm simpanan.

    ReplyDelete
  3. Laporan tambah cantik & menarik sbb disertai video yg memaparkan aktiviti peserta. Syabas & tahniah kpd semua pegawai serta staf yg kerana berjaya menerajui felcra lekir hingga berjaya ke tahap yg ada sekarang...

    ReplyDelete
  4. Tima kasih di atas paparan program ini dengan gambar2 menarik dan lengkap

    ReplyDelete
  5. terbaikkk... saya sayang tempat saya membesar ni...

    ReplyDelete
  6. Tambah cantik menarik tertarik..tq blogger memaparkan kisah ibu bapa kami....

    ReplyDelete
  7. Tahniah..!!! Terbaik..!! Blogger dpt memaparkan sejarah yang indah..
    Sayu & berbangga dengan usaha2 staf FELCRA terdahulu meninggikan taraf hidup penduduk luar bandar. TERUSKAN USAHA GENERASI TERKEMUDIAN...

    ReplyDelete
  8. Tak sangka kg ni yg dulunya tak punya apa2 skrg cantik dan indah. mereka2 yg dpt tanah di sini dikira sgt2lah bertuah. Kalau ada anak2 dara yg sudi boleh la saya dtg meminang dan nak menetap di kg felcra Lekir @ Aman Jaya....

    ReplyDelete