Pages

Saturday, August 7, 2021

AIR TERJUN LEMBAH HARAU...

Jalan2 ke Pekan Arau
Para pelancong ramai yang datang
Seronoknya mandi Air Terjun Lembah Harau
Hingga tak sedar hari dah petang...
Maklumatnya dikongsi
di perenggan akhir artikel ini...

Bergambar ramai di Lembah Harau...
Berdiri depan dari kiri: Norli, Lina, Zaerah dan Rahmah.
Berdiri belakang dari kiri: Alias, Halim, Zainal dan AJ... 

Lembah Harau popular dengan tebing-tebingnya yang tinggi
dan bergema bila kita melaungkan suara...

Jalan masuk ke Lembah Harau...

Lembah Harau jaraknya dari Padang sejauh 138km dan dari Bukittinggi sejauh 47km dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit untuk tiba. Ia terletak di kota Payakumbuh, Kabupaten Limapuluh Koto. Perjalanan menuju lokasi berkelok-kelok. Bagi Anda yang kerap mengalami mabuk darat, sebaiknya hendaklah  menyediakan pil tahan mabuk di dalam saku atau beg. Kesulitan yang ditempuhi berbaloi apabila kami tiba di Lembah Harau. Perkara pertama yang pemandu pelancong minta kami lakukan sebaik tiba di sini ialah kami disuruh untuk melaungkan suara sekuat yang boleh kerana titik gema suara yang kami laungkan akan bergema dan memantulkan apa yang kami laungkan tadi.

Laungan kita akan bergema dan memantul balik
apa yang kita laungkan tadi...

Masing-masing teruja 
untuk membuat laungan...

Menjaga kebersihan adalah wajib dan menjadi keutamaan
walau ke manapun kita pergi...

Keindahan alam dan tebingnya membuatkan Lembah Harau menjadi tempat latihan pecinta olahraga panjat tebing. Kawasan ini juga mendapat julukan  Indonesian Yosemite. Lembah Harau terletak di kawasan seluas 270.5 hektar. Pada 10 Januari 1993, daerah ini telah di rasmi dan dikenali sebagai 'Cagar Alam'. Berbagai spesies tanaman hutan hujan tropika dan binatang asli Sumatera terdapat di sini.


Kawasan ini mudah dikenali dengan adanya tebing-tebing batu pasir yang menjulang tinggi yang menjadi rumah bagi tujuh air terjun yang ada. Tinggi tebingnya antara 100-500 meter.

Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan pemandangan alam yang asli. Sejauh mata memandang, hanya hamparan sawah hijau dan tebing-tebing tinggi menjulang. Biasanya kalau kita melalui kawasan ini kita akan menghentikan kenderaan semata-mata untuk mengambil foto pemandangan yang cantik dan menarik.

Tebing-tebingnya yang tinggi antara 100-500 meter
menjadi mercu tanda di Lembah Harau... 




RESORT DI LEMBAH HARAU...

Lembah Harau mempunyai tiga resort iaitu Resort Aka Barayun, Resort Sarasah Bunta, dan Resort Rimbo Piobang. Ketiga-tiganya memiliki suasana yang berbeza, meskipun begitu kawasan Rimbo Piobang belum dibangunkan sepenuhnya. Di lokasi Aka Barayun pula terdapat tiga buah air terjun yang salah satunya diberi tambahan kolam renang bagi menarik lebih ramai pengunjung terutama bagi keluarga yang membawa anak-anak kecil dan remaja. Bentuk fizikal Aka Barayun yang berbukit dan berbatu pejal menjadikan ia berpotensi untuk dikembangkan menjadi arena olahraga panjat tebing.

Fasiliti yang terdapat di Akar Berayun ternyata lebih lengkap dan terdapat beberapa penginapan yang berupa homestay dengan sewa yang berpatutan bermula dari Rp 50.000 hingga Rp 2 juta per malam. Jika kita bosan bermain di air terjun, kita boleh menikmati pemandangan Lembah Harau dari atas tebing. Pihak pengurusan menyediakan tangga untuk memudahkan perjalanan kita bagi mencapai puncaknya. Setelah itu, kita boleh melanjutkan perjalanan ke taman kupu kupu-kupu yang terdapat di kebun binatang mini, atau melaungkan suara bergema di titik gema (echo point) yang ada di kawasan ini.

Resort Sarasah Bunta terletak di sebelah timur Aka Barayun. Di kawasan ini terdapat empat buah air terjun iaitu Sarasah Aie Luluih, Sarasah Bunta, Sarasah Murai, dan Sarasah Aie Angek. 

Chalet-chalet tambahan sedang dibina 
bagi menampung kedatangan pelancong 
yang bertambah dari masa ke semasa
 ke daerah ini...




Warung juga turut disediakan...

POKOK PAKU PAKIS MONYET...

Di pinggir jalan menuju kawasan air terjun Sarasah Bunta, kami menemukan penjual tanaman hias. Yang paling mencuri perhatian kami adalah tanaman unik berbulu Pakis Monyet. Secara sepintas lalu, Pakis Monyet ini lebih menyerupai haiwan berbanding tanaman. Bulu-bulu yang dihasilkan dipercayai memiliki berbagai kegunaan, salah satunya adalah untuk mengubati luka, caranya dengan membakar bulu tersebut hingga menjadi abu lalu disapu pada luka. Menurut cerita penjual tanaman yang ditemui, pernah ada pelancong dari Jepun yang membeli Pakis Monyet ini dalam jumlah yang banyak untuk memanfaatkan bulu-bulu tersebut menjadi boneka.

Pakis yang berbentuk haiwan...


Sesiapa yang berminat untuk memelihara Pakis Monyet di rumah, cara memeliharanya cukup mudah iaitu dengan meletakkan tanaman dalam bekas yang berisi air. Jika kita rajin menyiram dengan rutin, nescaya tanaman berbulu ini akan tumbuh subur.

AIR TERJUN LEMBAH HARAU...

Air Terjun Lembah Harau...

Jika kita mengunjungi tempat-tempat
 yang terdapat air terjun, 
anak-anak lah yang paling gembira...

Penulis mengambil kesempatan 
bergambar di Air Terjun Lembah Harau...

Kawasan air terjun Sarasah Bunta cukup landai. Kita boleh bermain air tanpa risau. Bagi yang ingin berenang dan menyalin pakaian, pihak pengurusan Lembah Harau menyediakan tandas dan tempat mandi yang terletak di depan pintu masuk. Bagi yang suka berfoto pula, jangan lupa untuk melindungi lensa kamera dari terkena percikan air terjun.

Bentuk air terjun Sarasah Bunta dipercayai menyerupai penampakan seorang bidadari yang sedang mandi. Semua air terjun yang terdapat di sini diberi nama yang sesuai dengan ciri-ciri khas daerah tersebut. Misalnya Sarasah Murai yang pada siang hari sering disinggahi burung-burung Murai, atau Sarasah Aie Angek yang airnya terasa hangat. Yang uniknya, Sarasah Bunta dipercaya menyerupai mirip dengan bidadari yang sedang mandi, terutama jika bentuk air terjunnya yang tampak berlekuk dan terkena sinar matahari. Sementara Sarasah Aie Luluih airnya mengalir melewati dinding batu dan berakhir di kolam pemandian Sarasah Murai sebab pada siang hari burung Murai banyak ditemukan di tempat ini.


Salina Lina turut teruja untuk berpotret
di Air Terjun ini...


Norli dan kakaknya Zaerah pun turut teruja...


Lembah Harau dapat dijangkau menggunakan pengangkutan darat yang boleh kita pilih. Dari kota Padang ke Payakumbuh, perjalanan ditempuh selama lebih kurang lebih 3 jam. Jika naik pengangkutan awam, tambang yang dikenakan sebanyak Rp 20.000 per orang. Dari sana, kita perlu menyambung dengan bas jurusan Sari Lama (Lamaksari), dan perjalanan selanjutnya dengan berjalan kaki sejauh 5 Km, atau naik ojek. Tiket masuk Lembah Harau untuk dewasa sebanyak Rp 5.000 per orang dan untuk anak-anak Rp 3.000 per orang.

Bagi menjimatkan masa, mereka yang ingin ke Lembah Harau dinasihatkan untuk menyewa kereta atau motosikal. Apapun kenderaan yang kita pilih, perjalanan yang memakan masa dan memerlukan tenaga akan terbayar dengan keindahan alam yang dibentangkan di Lembah Harau.

WARUNG MAKAN DI AIR TERJUN LEMBAH HARAU...

Di sekitar lokasi air terjun Sarasah Murai terdapat warung makan yang menyediakan A camilan khas Sumatera Barat. Salah satunya opak yang dimakan dengan bumbu Sate Padang. Rasanya gurih bercampur pedas. Sesuai dimakan di tengah udara Lembah Harau yang sejuk. Apalagi jika ditambah secawan kopi A Urang Awak khas Sumatera Barat. Kopi ini beraroma harum dengan kepekatan dan tingkat keasaman yang boleh dinikmati walaupun kita bukan pecinta kopi sekalipun. Â Camilan khas di Sarasah Murai, kopi Urang Awak dan opak biasa diminum dan dimakan dengan bumbu sate Padang.

Terdapat deretan warung yang berhadapan dan 
bersebelahan Air Terjun untuk kita menjamu selera 
setelah penat bermandi manda...




Alias bersama wifenya Norli 
turut menjamu selera di warung ini...

Salina Lina sedang bertanyakan 
sejenis makanan yang dijual di warung ini...



1 comment:

  1. Info yg lengkap.. Saya baru jer sampai sana pada 31/8/23...tp skdr melihat ttp tiada catitan&gambar

    ReplyDelete