Pages

Thursday, January 7, 2010

Kerana Sepuntung Rokok

Hari tu 6 Julai 2009 seperti biasa aku sampai rumah pukul 7 petang. Selesai sembahyang Maghrib aku terima SMS dari Hairi yang bertugas di tingkat 2 pejabat Agro menghantar mesej berbunyi “pejabat kau tingkat 1 terbakar”. Aku cuba hubungi Hairi tapi tak berjawab. Selepas tu bertalu-talu hand phone aku berbunyi samada menerima SMS atau call dari kawan-kawan bagi memaklumkan akan kebakaran tu.

Tanpa berlengah aku hubungi Kusaini untuk diajak bersama ke pejabat kami yang terletak di Wangsa Maju. Kusaini bersetuju dan meminta aku mengambilnya di stesen LRT Sg. Besi.

Kami tiba di perkarangan pejabat pukul 8.00 malam dan keadaan persekitaran agak gelap kerana sebahagian suis utama dimatikan bagi mengelak berlakunya litar pintas, terdapat ramai lagi staf yang masih belum pulang, begitu juga dengan pasukan bomba yang sedang mengawasi sekitar bangunan. Lebih kurang 5 minit selepas tu bos kami pun sampai. Turut berada adalah kawan-kawan sepejabat aku iaitu Ridzuan, Anis dan Azhar.

Kami cuba memasuki tingkat 1 yang terletaknya Bahagian Inspektorat, Pejabat FUESB dan surau untuk meninjau keadaan tapi dihalang oleh pengawal. Kami bernasib baik kerana sejurus selepas itu Dato CEO diiringi beberapa orang pegawainya sampai dan dibenarkan memasuki pejabat aku ditingkat 1 tu. Kami pun dapat peluang turut sama mengiringi beliau masuk kedalam . Sedikit taklimat diberi oleh pasukan bomba mengenai kebakaran yang berlaku.

Pihak bomba dalam siasatan awalnya percaya bahawa kebakaran adalah berpunca dari api puntung rokok yang tidak dipadam sepenuhnya yang dibuang kedalam bakul sampah. Kebakaran yang bermula dari bakul sampah itu telah menyambar karpet, kipas angin, kerusi dan meja yang berhampiran sehingga hangus. Api yang mula membesar dan merebak telah menyebabkan ‘sprinkler’ yang berfungsi sebagai penyembur air secara automatiknya pecah lalu mengeluarkan air bagi memadamkan kebakaran tersebut. ‘Sprinkler’ yang berfungsi dengan baik telah dapat mengawal dan memadamkan kebakaran.


Kebakaran berpunca disini. Bakul sampah ditepi meja
telah hangus dan menyambar karpet


Kipas angin turut hangus dalam kebakaran

Walaubagaimanapun pejabat aku telah menjadi banjir serta turut melibatkan surau, pejabat FUESB dan kemudiannya melimpah turun ketingkat bawah yang menempatkan Cawangan Tanah dan Institusi serta pejabat FAISB Travel. Sebahagian peralatan pejabat seperti komputer, printer, mesin fax, Photostat, fail serta dokumen-dokumen penting yang ada di sekitarnya habis musnah.

Kerusi juga turut terbakar

Sebuah komputer yang rosak akibat ditimpa air dari sprinkler

Kerja-kerja menyedut air bertakung didalam karpet
menggunakan vacum sedang dijalankan

Keesokan harinya pihak insuran datang untuk membuat taksiran dan kerugian yang dianggarkan adalah sebanyak RM50,000.00.

Alat pengering dipasang untuk mengeringkan karpet

Sprinkler yang pecah secara automatik apabila
berlaku kebakaran bagi menyembur air

Karpet yang basah akibat ditimpa air

Cik Liyana sedang mengemas
buku-buku laporan yang dapat diselamatkan


Sebahagian fail yang tidak dapat diselamatkan

Kami tetap ceria walaupun pejabat mengalami kebakaran.
Tau Sebab apa?. Tak payah buat kerja lerrr. Tau tak pee!!!

Bukan buat kerja pun. Chatting je.....

Sebuah baldi yang digunakan untuk menadah air

Pejabat aku pulih sepenuhnya 3 bulan selepas kebakaran berlaku apabila pihak insuran telah meluluskan ganti rugi sebanyak RM30,000.00 bagi menggantikan karpet, siling dan mengecat.

Kerana sepuntung rokok yang berharga RM1 telah menyebabkan Syarikat aku kerugian sebanyak RM20,000.00.

4 comments:

  1. Amboi hang sampai 2 kali gambar awek tu ajee
    Kan ada awek2 lain lagi dalam pejabat ni

    ReplyDelete
  2. dah yang tu saje awek dia minat..bini tau habes..

    ReplyDelete
  3. Alah rugi RM2,000 je bukan banyak pun. Kutip buah relai 2 guni dah cukup untuk tampung kerugian.

    ReplyDelete
  4. Bukan berkira pasal duit tapi kami semua jadi susah.

    ReplyDelete