Pages

Monday, January 11, 2010

HUKUM FARAID

Aku pernah mengikuti “Kursus Perundangan Tanah” bertempat di Hotel Eden Garden, Johor Bharu suatu ketika dulu. Salah satu tajuk yang menarik perhatian aku ialah Hukum pembahagian harta pusaka dan Hukum Faraid.

Disini aku ingin berkongsi maklumat dan ilmu yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan kita mendapat manafaat darinya.

BAB 1 : HUKUM FARAID


1. Pengenalan

Ilmu pembahagian harta dikenali juga sebagai :-

Ilmu Faraid

Ilmu Pewarisan

Ilmu Tarikah

2. Definasi

Ilmu Faraid ialah kaedah dan ilmu hisab (Matematik) yang boleh menyampaikan kepada mengetahui apa yang telah difardhukan bagi setiap orang yang berhak mendapat harta peninggalan simati.

3. Ilmu Faraid Terdiri Dari Kombinasi 3 Jenis Ilmu Iaitu :-

Imu Nasab - Berkaitan dengan keturunan

Ilmu Fatwa - Berkaitan waris-waris berhak/tidak

Ilmu Matematik - Berkaitan perkiraan bahagian waris-waris.

4. Hukum Mempelajari Ilmu Faraid

Mempelajari ilmu Faraid hukumnya fardhu kifayah. Jika terdapat sekurang-kurangnya seorang yang mempelajari dan mengetahuinya di sesuatu tempat maka semuanya terlepas daripada dosa.

5. Sumber Ilmu Faraid

Al Quran,Hadith,Ijma’ dan Qias


6. Matlamat Belajar Ilmu Faraid

Untuk mengetahui apakah sesuatu harta itu harta pusaka atau tidak

Untuk mengetahui siapakah waris yang berhak menerima pusaka

Untuk mengetahui kadar bahagian masing-masing

Untuk mengetahui tatacara pembahagian dan kaedah pengiraan

7. Galakan Mempelajari Ilmu Faraid

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a. Maksudnya.

“Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid dan ajarkan dia kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabut daripada umatku.”

Hadis Riwayat Abdullah Ibnu Masud r.a. Maksudnya

“Pelajarilah Al Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia dan nanti akan timbul fitnah-fitnah sehingga nanti akan tiba masanya apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua mereka.”

8. Hikmah Mempelajari Ilmu Faraid


Menghindarkan diri dari memakan harta secara batil

Mengelakkan pelanggaran hokum seperti makan harta anak yatim dan memakan hak simati

Menghindarkan diri dari memiliki harta orang lain

Menghindarkan diri dari salah faham atau pertelingkahan di kalangan waris

Memberi kesedaran kepada waris agar segera menyelesaikan pusaka

9. Tanggungjawab Waris Sebelum Membahagi Pusaka


Tahu siapa waris yang berhak

Tahu kadar bahagian masing-masing

Adakan perjumpaan dan perbincangan

Tahu semua harta peninggalan simati

Semak belanja kebumi

Siasat hutang simati

Siasat wasiat simati

Melantik pentadbir jika perlu

Memberi kebenaran duduk, guna dan makan

10. Tanggungjawab Waris tunaikan hak simati


Belanja Mati

Peralatan kapan

Keranda/penutup

Upah mandi

Upah gali liang

Upah bawa mayat/kereta jenazah

Belanja tidak dikira


Upah sembahyang jenazah

Tahlil dan kenduri arwah

Hutang Kepada Allah

Zakat, Kifarah, Nazar, Haji dan Fidyah


BAB 2 : WASIAT

1. Pengertian Wasiat

Wasiat bererti pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia

2. Keistimewaan Wasiat

Boleh ditarik balik dan dibuat wasiat lain

Perpindahan hak atas harta yang diwasiatkan hanya berlaku setelah pewasiat meninggal dunia

3. Syarat Wasiat


Mukallaf

Pemilik Harta

Secara lisan, bertulis/isyarat

Tidak lebih 1/3 harta

Penerima bukan waris

4. Perbincangan berkaitan Wasiat

Mula wasiat kepada waris

Wasiat supaya bahagi sama

Harta penama

BAB 3 : Hibah

1 Definasi

Pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain semasa hayatnya

Pemberian ibu/bapa semasa hayatnya kepada anak-anak

bu bapa berhak memberi harta mereka kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki atau disukainya.

Sunat diberi kepada anak-anaknya sama banyak

Makruh memberikan harta kepada anak-anak berlebih kurang. Ada pendapat yang mengatakan haram sekiranya anak-anak bertelingkah dengan sebab tidak berpuashati dengan pembahagian oleh ibu/bapa kepada anak-anak tidak seimbang semasa hayat mereka.

BAB 4 : HARTA PUSAKA

1. Rukun Pusaka Ada 3 iaitu :-


Simati, Harta dan Waris


Rukun 1 : Si mati


Mati Hakiki

Mati Hukmi

Mati Hakiki

Dibukti dengan :-


sijil kematian (Surat Mati)

Permit Pengkebumian

Surat sumpah


Mati Hukmi

Dibuktikan dengan :-


Anggapan kematian yang dikeluarkan oleh mahkamah Tinggi di bawah fasal 108, Akta Keterangan, 1950.

Anggapan kematian boleh dibuat selepas 7 tahun dari tarikh kehilangannya.

2 Rukun 2 (Harta Pusaka)

Jenis Harta Pusaka:-

Harta Tak Alih

Tanah


Permukaan tanah

Dalam tanah

Rumah


Harta Alih


Pakaian

Barang Kemas

Kenderaan

Peralatan rumah

Wang tunai/simpanan

3 Definasi Harta

Semua barang yang diperolehi secara halal seperti berikut :-

Melalui jualbeli

Mendapat hibah

Mendapat hadiah/sedekah

Melalui Wasiat

Mendapat pusaka

Sewa yang masih belum dijelaskan kepada simati

Hutang kepada simati yang dijelaskan selepas kematiannya

Dividen/faedah yang terbit daripada harta simati

KWSP

Pencen simati yang belum sempat ditunaikan

Barang yang terbit selepas mati berpunca dari usaha semasa hayatnya

Tidak termasuk sebagai harta pusaka

Harta yang telah diberi kepada seseorang

Harta yang telah dijual

Harta yang telah diwakaf

Harta yang dipegang amanah

Khairat kematian

Pemberian orang yang menziarahi kematian

Imbuhan,pampas an dan saguhati

Pencen terbitan

Ganjaran terbitan

Bayaran dibawah Perkeso

Harta yang dipinjam

Rukun Ke 3 (Waris)

Terima pusaka dengan 2 sebab

Perkahwinan dan Keturunan


Perkahwinan


Mestilah perkahwinan yang sah disisi hukum syarak

Walaupun beberapa saat selepas akad nikah

Walaupun pasangan belum bersama

Tidak kira hatrta diperolehi daripada mana asalkan kepunyaan simati

Bercerai hidup masih boleh mendapat pusaka dengan syarat masih dalam edah talak raji’i


Keturunan


Keturunan Tidak termasuk :-

Anak angkat walaupun dibinkan kepada simati

(Hanya menerima pusaka ibu)

Anak zina/anak dari perkahwinan tidak sah

Anak Li’an


Hubungan Kekeluargaan/Keturunan


Keturunan keatas seperti ibu, bapa, nenek, datuk dan keatas

Keturunan kebawah seperti anak, cucu dan kebawah

Keturunan sisi simati seperti saudara, anak saudara dan kebawah

Keturunan sisi kepada bapa simati seperti bapa saudara, sepupu dan seterusnya


Suami Hilang

Apabila suami hilang, isteri menuntut cerai taklik bermakna isteri bercerai hidup maka tidak dapat harta pusaka.

Seseorang itu dianggap mati berkuatkuasa pada tarikh hakim mengeluarkan perintah dan bukannya pada tarikh hilang.

Seseorang itu dianggap masih hidup selagi belum dianggap mati oleh mahkamah, walaupun telah hilang lebih dari 7 tahun.

Kadar Bahagian Suami/isteri

Suami : ½ jika tiada anak

¼ jika ada anak

Isteri : ¼ Jika tiada anak

1/8 jika ada anak

Beberapa kaedah Faraid

Sekiranya simati tidak berkahwin, pusaka hanya dapat kepada ibu dan bapa sahaja manakala adik beradik tak layak dapat.

Walaupun simati ada nmeninggalkan anak lelaki, ibu dan bapa berhak mendapat pusaka. Sekiranya ibu bapa mati dahulu, datuk dan nenek masih berhak menerima pusaka.

Cucu lelaki dari anak lelaki yang mati dahulu lebih kuat daripada adik beradik simati seibu sebapa. Kalau ada cucu lelaki adik beradik tak dapat.

Sekiranya simati meninggalkan anak perempuan dan saudara perempuan, pusaka boleh dihabisi dan tak perlu Baitulmal. Sekiranya simati tinggal anak perempuan sahaja, ibu bapa , datuk dan nenek mati dahulu, pusaka dapat kepada adik beradik, anak saudara, bapa saudara, sepupu dan seterusnya.

5 comments:

  1. Salam,tuan..saya baru mendengar kuliah baru2 ini menyatakan bayaran di bawah perkeso perlu difaraid.boleh saya tahu tulisan tuan ini bersumber dari mana?

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Saya minta maaf kerana saya baru perasan akan pertanyaan puan ini.

    Seperti yang saya katakan diatas tadi bahawa maklumat yang saya terima ini adalah semasa saya berkursus perundangan tanah suatu masa dahulu.

    Maklumat ini adalah dari nota yang dibekalkan kepada setiap peserta dan disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Johor Baharu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. salam,
    saya ingin bertanya kepada tuan,perlu ker pembahagian wang perkeso diberikan kepada keluarga si mati jika name perkeso tersebut di atas name isteri si mati.perlukah difaraidkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana wang perkeso bukan harta pusaka jadi terpulanglah pd balu nak bagi kpd keluarga simati pun boleh tak bagi pun tak pe...apapun kena rujuk ustaz....saya bg pndpt sbb dlm artikel di atas kate wang perkeso bukan harta pusaka...

      Delete
  4. dan lagi satu....berdose ker jika tidak diberikn secara faraid.....

    ReplyDelete