Aku pernah mengikuti “Kursus Perundangan Tanah” bertempat di Hotel Eden Garden, Johor Bharu suatu ketika dulu. Salah satu tajuk yang menarik perhatian aku ialah Hukum pembahagian harta pusaka dan Hukum Faraid.
Disini aku ingin berkongsi maklumat dan ilmu yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan kita mendapat manafaat darinya.
BAB 1 : HUKUM FARAID
1. Pengenalan
Ilmu pembahagian harta dikenali juga sebagai :-
Ilmu Faraid
Ilmu Pewarisan
Ilmu Tarikah
Ilmu Faraid ialah kaedah dan ilmu hisab (Matematik) yang boleh menyampaikan kepada mengetahui apa yang telah difardhukan bagi setiap orang yang berhak mendapat harta peninggalan simati.
3. Ilmu Faraid Terdiri Dari Kombinasi 3 Jenis Ilmu Iaitu :-
Imu Nasab - Berkaitan dengan keturunan
Ilmu Fatwa - Berkaitan waris-waris berhak/tidak
Ilmu Matematik - Berkaitan perkiraan bahagian waris-waris.
4. Hukum Mempelajari Ilmu Faraid
Mempelajari ilmu Faraid hukumnya fardhu kifayah. Jika terdapat sekurang-kurangnya seorang yang mempelajari dan mengetahuinya di sesuatu tempat maka semuanya terlepas daripada dosa.
5. Sumber Ilmu Faraid
Al Quran,Hadith,Ijma’ dan Qias
6. Matlamat Belajar Ilmu Faraid
Untuk mengetahui apakah sesuatu harta itu harta pusaka atau tidak
Untuk mengetahui siapakah waris yang berhak menerima pusaka
Untuk mengetahui kadar bahagian masing-masing
Untuk mengetahui tatacara pembahagian dan kaedah pengiraan
Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a. Maksudnya.
“Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid dan ajarkan dia kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabut daripada umatku.”
Hadis Riwayat Abdullah Ibnu Masud r.a. Maksudnya
“Pelajarilah Al Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia dan nanti akan timbul fitnah-fitnah sehingga nanti akan tiba masanya apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua mereka.”
8. Hikmah Mempelajari Ilmu Faraid
Menghindarkan diri dari memakan harta secara batil
Mengelakkan pelanggaran hokum seperti makan harta anak yatim dan memakan hak simati
Menghindarkan diri dari memiliki harta orang lain
Menghindarkan diri dari salah faham atau pertelingkahan di kalangan waris
Memberi kesedaran kepada waris agar segera menyelesaikan pusaka
9. Tanggungjawab Waris Sebelum Membahagi Pusaka
Tahu siapa waris yang berhak
Tahu kadar bahagian masing-masing
Adakan perjumpaan dan perbincangan
Tahu semua harta peninggalan simati
Semak belanja kebumi
Siasat hutang simati
Siasat wasiat simati
Melantik pentadbir jika perlu
Memberi kebenaran duduk, guna dan makan
10. Tanggungjawab Waris tunaikan hak simati
Belanja Mati
Peralatan kapan
Keranda/penutup
Upah mandi
Upah gali liang
Upah bawa mayat/kereta jenazah
Belanja tidak dikira
Upah sembahyang jenazah
Tahlil dan kenduri arwah
Hutang Kepada Allah
Zakat, Kifarah, Nazar, Haji dan Fidyah
BAB 2 : WASIAT
1. Pengertian Wasiat
Wasiat bererti pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia
2. Keistimewaan Wasiat
Boleh ditarik balik dan dibuat wasiat lain
Perpindahan hak atas harta yang diwasiatkan hanya berlaku setelah pewasiat meninggal dunia
3. Syarat Wasiat
Mukallaf
Pemilik Harta
Secara lisan, bertulis/isyarat
Tidak lebih 1/3 harta
Penerima bukan waris
4. Perbincangan berkaitan Wasiat
Mula wasiat kepada waris
Wasiat supaya bahagi sama
Harta penama
1 Definasi
Pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain semasa hayatnya
Pemberian ibu/bapa semasa hayatnya kepada anak-anak
bu bapa berhak memberi harta mereka kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki atau disukainya.
Sunat diberi kepada anak-anaknya sama banyak
Makruh memberikan harta kepada anak-anak berlebih kurang. Ada pendapat yang mengatakan haram sekiranya anak-anak bertelingkah dengan sebab tidak berpuashati dengan pembahagian oleh ibu/bapa kepada anak-anak tidak seimbang semasa hayat mereka.
BAB 4 : HARTA PUSAKA
1. Rukun Pusaka Ada 3 iaitu :-
Simati, Harta dan Waris
Rukun 1 : Si mati
Mati Hakiki
Mati Hukmi
Mati Hakiki
Dibukti dengan :-
sijil kematian (Surat Mati)
Permit Pengkebumian
Surat sumpah
Mati Hukmi
Dibuktikan dengan :-
Anggapan kematian yang dikeluarkan oleh mahkamah Tinggi di bawah fasal 108, Akta Keterangan, 1950.
Anggapan kematian boleh dibuat selepas 7 tahun dari tarikh kehilangannya.
2 Rukun 2 (Harta Pusaka)
Jenis Harta Pusaka:-
Harta Tak Alih
Tanah
Permukaan tanah
Dalam tanah
Rumah
Harta Alih
Pakaian
Barang Kemas
Kenderaan
Peralatan rumah
Wang tunai/simpanan
3 Definasi Harta
Semua barang yang diperolehi secara halal seperti berikut :-
Melalui jualbeli
Mendapat hibah
Mendapat hadiah/sedekah
Melalui Wasiat
Mendapat pusaka
Sewa yang masih belum dijelaskan kepada simati
Hutang kepada simati yang dijelaskan selepas kematiannya
Dividen/faedah yang terbit daripada harta simati
KWSP
Pencen simati yang belum sempat ditunaikan
Barang yang terbit selepas mati berpunca dari usaha semasa hayatnya
Harta yang telah diberi kepada seseorang
Harta yang telah dijual
Harta yang telah diwakaf
Harta yang dipegang amanah
Khairat kematian
Pemberian orang yang menziarahi kematian
Imbuhan,pampas an dan saguhati
Pencen terbitan
Ganjaran terbitan
Bayaran dibawah Perkeso
Harta yang dipinjam
Rukun Ke 3 (Waris)
Terima pusaka dengan 2 sebab
Perkahwinan dan Keturunan
Perkahwinan
Mestilah perkahwinan yang sah disisi hukum syarak
Walaupun beberapa saat selepas akad nikah
Walaupun pasangan belum bersama
Tidak kira hatrta diperolehi daripada mana asalkan kepunyaan simati
Bercerai hidup masih boleh mendapat pusaka dengan syarat masih dalam edah talak raji’i
Keturunan
Keturunan Tidak termasuk :-
Anak angkat walaupun dibinkan kepada simati
(Hanya menerima pusaka ibu)
Anak zina/anak dari perkahwinan tidak sah
Anak Li’an
Hubungan Kekeluargaan/Keturunan
Keturunan keatas seperti ibu, bapa, nenek, datuk dan keatas
Keturunan kebawah seperti anak, cucu dan kebawah
Keturunan sisi simati seperti saudara, anak saudara dan kebawah
Keturunan sisi kepada bapa simati seperti bapa saudara, sepupu dan seterusnya
Suami Hilang
Apabila suami hilang, isteri menuntut cerai taklik bermakna isteri bercerai hidup maka tidak dapat harta pusaka.
Seseorang itu dianggap mati berkuatkuasa pada tarikh hakim mengeluarkan perintah dan bukannya pada tarikh hilang.
Seseorang itu dianggap masih hidup selagi belum dianggap mati oleh mahkamah, walaupun telah hilang lebih dari 7 tahun.
Kadar Bahagian Suami/isteri
Suami : ½ jika tiada anak
¼ jika ada anak
Isteri : ¼ Jika tiada anak
1/8 jika ada anak
Beberapa kaedah Faraid
Sekiranya simati tidak berkahwin, pusaka hanya dapat kepada ibu dan bapa sahaja manakala adik beradik tak layak dapat.
Walaupun simati ada nmeninggalkan anak lelaki, ibu dan bapa berhak mendapat pusaka. Sekiranya ibu bapa mati dahulu, datuk dan nenek masih berhak menerima pusaka.
Cucu lelaki dari anak lelaki yang mati dahulu lebih kuat daripada adik beradik simati seibu sebapa. Kalau ada cucu lelaki adik beradik tak dapat.
Sekiranya simati meninggalkan anak perempuan dan saudara perempuan, pusaka boleh dihabisi dan tak perlu Baitulmal. Sekiranya simati tinggal anak perempuan sahaja, ibu bapa , datuk dan nenek mati dahulu, pusaka dapat kepada adik beradik, anak saudara, bapa saudara, sepupu dan seterusnya.
Salam,tuan..saya baru mendengar kuliah baru2 ini menyatakan bayaran di bawah perkeso perlu difaraid.boleh saya tahu tulisan tuan ini bersumber dari mana?
ReplyDeleteWassalam. Saya minta maaf kerana saya baru perasan akan pertanyaan puan ini.
ReplyDeleteSeperti yang saya katakan diatas tadi bahawa maklumat yang saya terima ini adalah semasa saya berkursus perundangan tanah suatu masa dahulu.
Maklumat ini adalah dari nota yang dibekalkan kepada setiap peserta dan disampaikan oleh pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Johor Baharu.
Terima kasih.
salam,
ReplyDeletesaya ingin bertanya kepada tuan,perlu ker pembahagian wang perkeso diberikan kepada keluarga si mati jika name perkeso tersebut di atas name isteri si mati.perlukah difaraidkan?
Oleh kerana wang perkeso bukan harta pusaka jadi terpulanglah pd balu nak bagi kpd keluarga simati pun boleh tak bagi pun tak pe...apapun kena rujuk ustaz....saya bg pndpt sbb dlm artikel di atas kate wang perkeso bukan harta pusaka...
Deletedan lagi satu....berdose ker jika tidak diberikn secara faraid.....
ReplyDelete