Sunday, February 26, 2012

LUMPUH KERANA MENIPU...

Setiap manusia yang hidup di dunia ini memerlukan wang. Bagi manusia bijak, mereka akan berusaha mencari wang dengan cara yang baik dan halal. Bagi manusia yang berfikir sepintas lalu, lain pula ceritanya. Mereka sanggup menipu sesiapa sahaja yang dikira boleh 'dimakannya' demi mendapatkan kesenangan dengan cara mudah.

Namun manusia yang hidup dalam kejahatan tidak akan selamat. Apabila tiba waktunya, mereka pasti menerima padah dari perbuatan jahatnya sendiri ketika hidup di dunia ini lagi. Ketika itu barulah diketahui tinggi rendahnya langit, sehingga menyebabkan individu terbabit hidup dalam penyesalan berpanjangan.

Kamaruddin Alias, 50, (bukan nama sebenar) mengakui pada masa lalu, beliau pernah melakukan penipuan untuk mendapatkan kekayaan. Akibatnya, beliau kini terlantar di rumahnya kerana mengalami sakit lumpuh. Untuk mengetahui kisahnya, hayatilah pengakuannya seperti yang diceritakan oleh beliau sendiri.

"Kegiatan penipuan telah mula saya jalankan sejak berumur 20 tahun. Ketika itu, saya hanya melakukan penipuan 'kecil-kecilan' sahaja dengan melibatkan jumlah wang yang kecil dalam lingkungan puluhan ringgit sahaja. Kegiatan itu saya lakukan terhadap kawan-kawan saya sendiri."

"Untuk melakukan penipuan, saya mesti bijak memilih orang. Orang yang selalu menjadi mangsa saya bukanlah orang bodoh. Mereka turut tergolong dalam golongan orang cerdik dan yang berpelajaran. Lebih jauh dari itu, mereka tergolong dalam golongan orang berada.

Namun yang menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa saya kerana mereka itu mudah terpengaruh dengan cakap-cakap penipu macam saya.

"Hasil dari kejayaan melakukan penipuan 'kecil-kecilan' itu, saya terus terangsang untuk beralih kepada kegiatan penipuan lebih besar yang melibatkan penjualan tanah. Tanah tersebut sebenarnya tanah orang, bukannya tanah saya. Saya hanya berpura-pura menjadi 'broker'. Kaedah yang saya gunakan dengan berusaha mendapatkan salinan geran tanah dari pemilik tanah yang hendak menjual tanahnya.

"Kegiatan itu saya fokuskan di kawasan Kuala Lumpur sahaja. Tanah pertama yang mendatangkan wang kepada saya terletak di Kawasan Gombak. Pemiliknya juga tinggal di Gombak. Maklumat mengenai hasrat tuan rumah itu ingin menjual tanahnya saya perolehi menerusi iklan di dada akhbar.

"Setelah membaca iklan itu, saya terus datang menemui pemilik tanah itu dengan berpura-pura hendak membeli tanahnya. Tanah itu seluas satu ekar. Harga yang ditawarkan hanya RM80,000.00. Untuk itu, selaku pembeli, saya jelaskan kepadanya yang saya mahu melihat geran tanah itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau tidak.

"Setelah geran tanah itu dapat saya lihat, saya berusaha mendapatkan salinannya dari pemilik tanah itu sendiri. Saya tidak berhajat untuk mendapatkan geran asal tanah itu sebab risikonya terlalu tinggi keatas saya. Jika saya memegang geran asal orang itu saya pasti dicap sebagai penjenayah dan saya pasti akan di tangkap polis. Jadi memadailah bagi saya dengan mendapatkan salinan geran tanah itu sahaja.

"Untuk itu, saya meminta kerjasama daripada pemilik tanah itu sendiri supaya membuat salinan (fotostat) ke atas geran tersebut untuk diberikan kepada saya. Dengan cara itu, kononnya mudahlah saya untuk membuat penelitian dan pertimbangan terhadap urusan pembelian ke atas tanah itu. Bagi tujuan itu, saya berjanji kepadanya untuk datang semula keesokan harinya untuk mengambil salinan geran berkenaan.

"Keesokan harinya setelah saya berjaya mendapatkan salinan geran itu, mulalah saya mencari mangsa saya. Saya berusaha mencari orang yang hendak membeli tanah dan yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur dengan berlagak sebagai 'broker'. Dari seorang kepada belasan orang saya temui. Akhirnya setelah 25 orang yang saya temui, bertemulah saya dengan orang yang boleh 'dimakan'.

Orang yang saya maksudkan itu tinggal di kawasan Kuala Lumpur juga. Dia memang orang berada dan bekerja sebagai peniaga. Diperingkat permulaan, saya berusaha mempengaruhinya dengan menceritakan tentang keistimewaan tanah itu serta harga tawarannya yang murah. Kepada orang itu, saya nyatakan harga tawaran sebenar tanah itu RM100,000.00. Padahal harga sebenar seperti yang dinyatakan oleh tuan tanah hanya RM80,000.00 sahaja.

"Untuk lebih meyakini orang itu, saya turut membawa beliau melawat lokasi tanah berkenaan untuk dilihatnya sendiri dengan lebih jelas. Setelah dia bersetuju untuk membeli tanah itu, saya berjanji kepadanya untuk membawa beliau bertemu dengan tuan tanah. Dalam masa yang sama, saya turut meminta wang pendahuluan daripadanya sebanyak RM20,000.00.

"Separuh dari wang itu kononnya akan saya berikan kepada tuan tanah sebagai bayaran pendahuluan, manakala selebihnya untuk urusan pertukaran nama di pejabat tanah dan bayaran perkhidmatan saya. Setelah mangsa menyerahkan wang RM20,000.00 kepada saya dan masing-masing pulang kerumah, saya terus melupakan urusan selanjutnya dengan beliau kerana hajat saya telah kesampaian.

"Penipuan besar kali pertama itu saya lakukan ketika saya berumur 30 tahun, iaitu pada tahun 1973 lalu. Ketika itu, saya telah tiga tahun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya ketika itu bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Kegiatan penipuan itu saya lakukan secara sambilan sahaja dan tidak diketahui oleh isteri saya sendiri. Kalau isteri saya tahu tentu kecoh jadinya.

"Setelah berjaya dengan penipuan besar buat kali pertama, saya berusaha pula melakukan penipuan kali kedua, ketiga hingga kali ke-13. Cara yang saya lakukan sama sahaja. Sehingga kali ke-13, simpanan saya di bank sudah ada RM200,000.00. Tetapi masuk kali keenam, isteri saya mula curiga dengan saya. Ekoran wang yang banyak, isteri saya mengesyaki saya terlibat dengan kerja-kerja haram.

"Saya tidak mengalami banyak masalah untuk meyakini isteri yang wang itu kononnya wang halal. Dengan penuh kelicikan, saya berjaya mempengaruhi isteri kononnya saya adalah broker tanah. Dengan bukti-bukti yang meyakinkan, akhirnya isteri saya sendiri turut percaya dengan saya.

"Untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh orang yang saya tipu pula, berbagai-bagai strategi saya lakukan. Antaranya termasuklah penipuan terhadap 'bisness kad', menggunakan nombor plat kereta palsu, nama samaran dan sebagainya.

"Selain itu, saya juga turut mengambil tindakan berpindah rumah sewa. Untuk tidak menimbulkan syak wasangka di hati isteri, saya sengaja menyewa rumah yang lebih baik daripada rumah yang kami duduki ketika itu setiap kali kami mahu berpindah rumah. Dengan alasan wang yang kami miliki banyak dan kita tidak sepatutnya kedekut bagi mengecapi hidup mewah, segala halangan dan bangkangan daripada isteri dapat saya patahkan.

"Setiap kali berjaya dalam penipuan besar itu, saya mendapat tahu, orang-orang yang saya tipu itu sememangnya tidak duduk diam. Mereka berusaha mencari saya dengan seberapa daya untuk mendapatkan semula wangnya daripada saya. Setelah gagal mengesani saya, saya juga tahu yang mereka turut melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah supaya saya akan pulangkan kembali wang mereka.

"Kadangkala memang saya ada tergerak di hati untuk memulangkan wang itu. Selain itu, kadang-kadang tangan saya juga terasa amat panas setiap kali memegang wang mereka itu. Namun saya hanya 'buat bodoh' sahaja. Setelah saya berjaya mendapatkan wang mereka, takkan saya akan menyerahkan semula wang itu kepada mereka. Itu tindakan bodoh. Lebih jauh dari itu, setelah saya menipu mereka, takkan saya hendak berjumpa dengan mereka pula. Nahaslah saya dikerjakan oleh mereka jika saya pergi menyerah diri kepada mereka.

"Namun sehebat dan 'sekeras' manapun saya, setelah saya berjaya menipu mangsa yang ke-13, saya tiba-tiba diserang penyakit lumpuh. Kejadian itu berlaku 15 tahun lalu, pada tahun 1988, ketika saya sedang tidur. Ketika itu saya berusia 45 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Anak sulung saya ketika itu telah berumur 15 tahun.

"Sejak hari itu, saya merasakan yang saya sudah tidak berguna hidup lagi. Saya tak ubah seperti 'bangkai bernyawa' yang hanya menyusahkan anak-anak isteri sahaja. Sehingga kini sudah lima tahun saya mengalami penyakit lumpuh seluruh badan. Sudah berbagai-bagai ikhtiar saya lakukan sehingga menyebabkan wang simpanan saya kini sudah licin, namun saya tidak juga sembuh.

"Saya kini hanya bergantung hidup kepada isteri yang bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Apalah erti hidup jika bergantung kepada isteri. Saya benar-benar kesal dan malu dengan keadaan saya sekarang ini. Namun saya sedar, itu semua balasan dari Allah diatas kejahatan saya. Saya sekarang benar-benar insaf dan tak mahu mengulangi lagi segala kesilapan lalu. Kepada semua, saya harap jadikanlah kisah hidup saya ini sebagai iktibar. Berbuat baiklah semasa kita masih hidup. Jangan jadi seperti saya!"

Sumber : Majalah Cermin

TANGAN MALAIKAT MAUT DI TAHAN...

Pada suatu malam, seorang sahabat Rasulullah saw. bermimpi melihat satu tangan hendak mencabut nyawa seorang lelaki. Ketika yang sama, satu lembaga menahan tangan tersebut dari mengambil nyawa lelaki berkenaan.

Keesokan harinya, sahabat itu pergi berjumpa Rasulullah saw. untuk mendapatkan penjelasan dari Rasulullah saw. mengenai mimpinya itu.

Rasulullah saw. menjelaskan, tangan yang dilihat oleh sahabatnya di dalam mimpi itu adalah tangan Malaikat Maut untuk mengambil nyawa lelaki berkenaan. Manakala lembaga yang menahan tangan Malaikat Maut itu pula adalah kebaikan-kebaikan yang di lakukan oleh lelaki tersebut sepanjang hidupnya. Kebaikan-kebaikan tersebut diberi rupa oleh Allah dalam bentuk lembaga.

Jelas Rasulullah saw lagi, orang seperti yang terdapat dalam mimpi sahabatnya merupakan manusia yang amat istimewa dan beruntung. Ia menunjukkan orang tersebut sebagai manusia yang istimewa di sisi Allah dan akan dipanjangkan umurnya oleh Allah , akan menemui kematian dalam keadaan baik, istimewa dan ahli syurga .

Setiap manusia akan mati apabila tiba masanya dan tidak akan berkemampuan menghalang Malaikat Maut mengambil nyawanya. Dalam mimpi sahabat Rasulullah saw. tersebut, yang menahan tangan Malaikat Maut mengambil nyawa orang yang dilihat dalam mimpi itu bukanlah orang itu sendiri, tetapi kebaikan-kebaikannya.

Jadi ia menunjukkan orang berkenaan bukanlah sembarangan orang, tetapi orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah yang sememangnya sentiasa melakukan amalan-amalan baik dalam hidupnya. Disebabkan ketaatannya kepada Allah itulah, kebaikan kebaikan itu sendiri diberikan kemampuan oleh Allah untuk menghalang Malaikat Maut mengambil nyawanya.

Orang yang seperti itu tentunya orang yang istimewa. Apabila tangan Malaikat Maut dihalang dari mengambil nyawanya, ia membuktikan orang tersebut akan diberikan kesempatan hidup lebih lama lagi di dunia ini oleh Allah SWT. Dengan itu dapatlah orang berkenaan terus melakukan kebaikan dalam hidupnya untuk mengumpulkan lebih banyak bekalan hidup di akhirat nanti.

Selain itu, keistimewaan orang itu bukan sahaja kerana dijanjikan syurga, tetapi nyawanya nanti bukan akan dicabut oleh Malaikat Maut. Sebaliknya, nyawanya akan diambil oleh Allah SWT sendiri.

Jika Allah SWT sendiri yang mengambil nyawa orang itu, bererti matinya itu dalam keadaan amat istimewa. Nyawa orang itu akan diambil dengan penuh kelembutan sehingga individu terbabit selamat dari kesakitan seperti yang dialami oleh manusia-manusia lain.

Itulah antara rahmat amat besar yang diperolehi oleh individu terbabit. Rahmat seperti itu bukannya mudah untuk diperolehi. Ia hanya akan diperolehi oleh orang tertentu yang hanya dikhususkan oleh Allah kepada orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada-Nya sahaja.

Sementara hayat di kandung badan, setiap umat Islam perlu berusaha mempertingkatkan iman dan takwa masing-masing dari sehari ke sehari sebagai bekalan hidup di akhirat nanti. Semoga dengan itu, kita juga akan menemui kematian dalam keadaan baik dan turut tergolong sebagai ahli syurga.

ASAL USUL BANGSA MELAYU

Asal usul bangsa Melayu adalah campuran Monggol, China, India, Parsi dan Arab. Keujudan Bangsa Melayu telah ada sejak zaman Nabi Ibrahim as. Agama orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah Majusi puja dewa, Hindu puja dewa, Buddha puja dewa dan Orang Asli puja dewa. (maksud dewa adalah jin).

Agama Islam sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 78 ke 80 Hijrah. Islam berkembang melalui sistem pondok. Seratus tahun kemudian, golongan istana menerima Islam hanya dengan membuang nama-nama yang hodoh dan berhala, tetapi ilmu dan amalan dalam hidup dan kehidupan tidak mengikut Islam.

Mereka mengutamakan adat sebelum Islam dalam hidup dan kehidupan harian. Sehingga sekarang golongan orang awam tidak dapat membezakan diantara adat sebelum Islam dan perilaku ajaran gama Islam dalam hidup dan kehidupan seharian.

Islam memasuki istana sebagai pemerintah selepas 200 tahun kemudian. Begitulah yang berlaku di Fatani (Kerisik), Kampung Cam (Kemboja), Sulu, Borneo, Sulawesi, Maluku, Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu.

Saturday, February 25, 2012

ASAL KEJADIAN MAKHLUK...

Asal kejadian manusia itu adalah campuran :
  • Jisim Khasif iaitu tanah dan air
  • Jisim Syafaf iaitu murni - api dan angin
  • Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah". Sesuai dengan manusia sebaik-sebaik kejadian ciptaan Allah dan khalifah Allah.
Kejadian Jin :
  • Jisim Syafaf murni iaitu api dan angin
  • Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian jin.
Kejadian Binatang :
  • Jisim Khatif
  • Jisim Syafaf
Kejadian Batu-Batu dan Tumbuhan :
  • Jisim Khasif senmata-mata.
Kejadian Malaikat :
  • Nurani semata-mata
Kata setengah Ulamak, Azazil itu bukanlah moyang jin, sebenarnya ia adalah satu jin yang paling abid di kalangan jin yang diangkat menjadi ketua ahli-ahli abid kepada jin dan malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur diatas keilmuan, ketakwaan dan banyak ibadat serta asal-usul kejadiannya. Maka Allah s.w.t melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Iblis apabila menyentuh peha kanan dan peha kirinya akan terbit 33 biji telur. Dalam setiap biji telur itu terdapat 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang itu apabila menyentuh peha kanan dan peha kiri akan terbit pula seperti dahulunya dan begitulah sehingga kiamat

Jin pula, apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan terus mengandung dan beranak terus mukhallaf. Begitulah berlaku sehingga kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang Melayu dipanggil 'Orang Ghaib' ialah hasil campuran lelaki atau perempuan manusia, maka anak daripada hasil itu dikenali dengan nama Bunian mengikut manusia dalam beberapa perkara dan mengikut jin dalam beberapa perkara pula. Bunian ini selalu datang pada manusia dengan memberi berbagai-bagai perkara atau pertolonghan antaranya,
  • keris-keris
  • batu-batu yang dikatakan berhikmat.
  • Jenis-jenis ubat-ubatan
  • Mengajar cara-cara berubat samada melalui bomoh, pawang atau bidan
Jin merasuk manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara dan manusia menggunakan khidmat jin untuk membuat khianat kepada sesama manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara juga.

Seperti juga manusia biasa yang berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang berasaskan kepada Awam, Khawas, Khawasil-Khawas, maka jin juga berada dalam golongan tersebut:
  • Jin Islam yang Awam
  • Jin Islam yang Khawas
  • Jin Islam yang Khawasil-Khawas
Golongan jin kafir kebanyakannya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sedikit daripada mereka beragama Buddha, Majusi serta tidak beragama.

Golongan jin kafir dan jin Islam yang awam segera datang memberi pertolongan kepada manusia samada dalam mimpi atau didalam jaga. lazimnya, pertolongan itu yang membawa kepada rosaknya akidah.

Manusia yang bersahabat dengan jin, akan berperangai seperti sahabat-sahabat jin yang bertaulan dengannya samada kafir, Islam yang awam, Khawas atau Khawasil-Khawas.

Di dalam dunia, semua jin boleh melihat manusia manakala manusia yang khawas atau khawasil-khawas sahaja boleh melihat jin selain para nabi dan Rasul. Sementara di Akhirat pula, semua manusia mukmin ahli syurga boleh melihat manusia

Jin Islam yang awam atau jin kafir, suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka, manusia-manusia awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor binatang.

Manusia yang khawas dan khawasi-khawas, jin tidak dapat merasuk mereka tapi mereka itu datang pula untuk bersahabat.

Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah manusia yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah melalui lidah, anggota dan hati iaitu berada dalam akidah syariat dan akhlak Rasulullah saw.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah itu hendaklah kita jadikan diri kita serta mereka-mereka yang setiap waktu, masa dan ketika berada dalam tauhid Allah seperti Nabi Muhammad s.a.w, sekelian nabi-nabi dan rasul-rasul, sahabat-sahabat agung Rasulullah, para kekasih Allah, samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Dengan berbuat demikian nescaya akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah, yakni selamat daripada gangguan jin-jin Islam atau kafir, iblis, syaitan atau seumpamanya.

Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu menjadi "Kalbu Alam" atau "Jantung Alam" atau "Pusat Alam" yang dikurniakan Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian iman, ilmu dan amalannya di sisi Allah. Diri-diri yang lain itu hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

Kata Syeikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani di dalam kitabnya 'Yawaqitu wal Jawahir,' bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangatlah keji. Katanya: "Barang siapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil, kerana lebih ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia fasik. Orang yang berakal lari dia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan jin, seperti larinya daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan manusia yang fasik."

Katanya lagi: "Tiada sekali-kali aku lihat akan seseorang yang bersekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadiannya itu api dan api itu sangat banyak geraknya."

Katanya lagi: "Bahawa jin itu terlebih keras fitnahnya atas yang sekedudukan dengan dia daripada manusia."

Berkata Syeikh Muhyuddin Al-Arabi di dalam kitabnya 'Futuhat', katanya: "Adalah orang yang bersekedudukan (bersahabat) dengan jin itu tiada beroleh ilmu diberi Allah, kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya."

Kekadang orang yang sekedudukan dengan jin itu menyangka bahawa segala perkara yang dkhabarkan oleh jin itu daripada barang yang berlaku di dalam alam itu adalah "KARAMAH" daripada Allah Taala baginya. Maka sangkaan itu adalah batil dan hanya dalih yang kesudahan pemberian jin kepada manusia itu.

Diberitahu akan segala khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu dan khasiat segala isim dan huruf, iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimia, iaitu ilmu yang dicela oleh syarak kerana meninggal atau membelakangkan ilmu fardhu ain yang dituntut syarak mempelajari serta beramal dengannya.

Katanya lagi: "Sesetengah orang yang sekedudukan dengan jin itu jadilah takbur atas segala manusia itu dan barang siapa takbur, dimurkai Allah Taala akan dia dan dimasukkan ke dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis hadis Nabi saw."

Tuesday, February 21, 2012

HIMPUNAN WARGA FELCRA BERHAD BHG. 2

Sebenarnya gambar-gambar ni semua dah dimasukkan kedalam artikel Bahagian yang pertama dulu melalui slide show. Tetapi respon dari kawan-kawan terutama dari Pejabat Wilayah dan Kawasan yang mengatakan mereka tidak boleh melihat slide tersebut mungkin kerana internet line yang tersangatlah slow dan lembabnya di kawasan mereka menyebabkan mereka meminta supaya aku memasukkan gambar-gambar yang dirakamkan sepertimana biasa yang dibuat.

Oleh kerana himpunan staf ini jarang berlaku seramai dan sehebat ini tambahan pula ada yang telah terpisah bertahun-tahun lamanya tentulah dengan tersiarnya gambar-gambar ini sedikit sebanyak dapat mengubatkan kerinduan sesama mereka yang terpendam selama ini.

Mungkin abang-abang kita dapat melihat kembali 'girlfriend' mereka melalui gambar yang disiarkan dan begitu juga dengan kakak-kakak kita dapat menatap kembali wajah 'abang-abang' kesayangan mereka suatu ketika dulu.

Trend bercinta sesama staf masih tetap berlaku sehingga ini dan ada yang menemui kebahagian dan tidak kurang juga yang mengalami kehancuran.

Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.......

Gambar-gambar dibawah adalah kerja-kerja persiapan terakhir yang dibuat dan juga raptai penuh sebelum program himpunan berlangsung.

Terdapat juga rakan-rakan yang baru tiba ke tapak perhimpunan yang sempat juga aku rakamkan.

Selamat menonton.


Harun dan Syed Fahmi terbaring kepenatan
selepas menyiapkan tugas-tugas mereka

Staf dari Wilayah Pahang yang baru tiba
dan merehatkan badan sebentar

Sessi makan tengahari



En. Sauki dari Terengganu menerima panggilan
dari staf beliau yang mungkin tersesat jalan

Baju belang putih merah ni pujaan hati siapalah dulu...

Staf dari Kawasan Tebing Tinggi, Johor

Kebanyakan staf, ramai yang dah menunaikan
fardhu haji sewaktu umur masih muda

En. Hamid Aziz (depan) dari Bahagian Perancang masih lagi handsome


Dari kiri : Malek, Faizal, Jaafar, Azman dan Zulkifli Ariffin...

Staf dari Wilayah Sarawak yang baru tiba

En. Bazlan dari FELCRA Bekalan & Perkhidmatan
bertanggungjawab menghantar barang-barang
dari syarikatnya ke gerai jualan

En. Megat dari Wilayah Pahang

Pn. Rohana Jamil (baju hijau) baru bertukar
dari HQ ke Wilayah Johor bergambar bersama stafnya

Iskandar Budiman dan Samsuddin Jumian
dari FELCRA BINA Sdn. Bhd.

2 orang Pegawai Pertanian Syarikat, Kiri : Wan Sarina (Perak)
dan Amal Ahmad Zakuan (HQ)

Mr. Ramasami (Pahang) dan AJ.


En. Zulkarnain b. Mat Isa dari Wilayah Tengah

En. Reme Kurdi, baju biru (Pengurus Kawasan Kerangai Penagoh),
Negeri Sembilan hadir bersama staf beliau

Othman Munshi (kanan) datang
dari Kawasan Lembah Bernam, Tg. Malim, Perak

Rudaini (kiri) dari Kelantan dan Wan Mokhtar (Pahang)

Pn. Norini Karim (Kacamata) bersama rakan-rakan dari Pahang.
Beliau sudahpun mempunyai beberapa orang cucu.

Staf dari Tebing Tinggi, Johor

Azizan Mat (kiri) dari Kedah dan Hamam Hj. Yahya
Pengurus Kawasan Pulau Bruit, Sarawak
Aku dah lama tak jumpa mereka berdua.
Dulu, sama-sama di HQ.

'Handsome boy', (masa muda dulu lah, Sekarang pun masih maintain)
Azizi Osman dari Pejabat PBW Perak, Ipoh


Pn. Jizah (tengah) dan rakan-rakan dari FELCRA Agro Sdn. Bhd. (HQ)

Ahmad Fuad Talib, kawan 'berlabun' aku dulu di Sbg. Perak

Ros Akashur (kiri) dan Rozaini
dari Wilayah Tengah, Kuala Pilah. Negeri Sembilan



Bersabung nyawa demi sesuap nasi...


Hampir 10 tahun aku tak jumpa En. Rahman Ismail ni.
Dulu masa bujang duduk serumah di Kg. Pandan.
Sekarang beliau bertugas di Wilayah Pahang.


Pasukan kompang bersedia untuk raptai sebentar nanti

Jajarkan ke Kanan Imbang PenuhLupa pulak nama 2 orang ni...Tapi aku kenal...soriii...

Khemah Utama

En. Anuar Marican dari Johor sedang menyanyikan lagu 'Negara Ku'


Pasangan In Team



Olhusni (kiri) dan En. Norizan dari Bertam Malim, Melaka.




Tn. Hj. Saimin Basir (Ketua Kumpulan Audit Dalam)
dan Tn. Hj. Othman Ramlan

En. Marzuki Mia dari Ipoh



Pn. Rosni Idrus dan staf dari Wilayah Utara





Norhazila Ajib (kiri) Wilayah Pahang dan Dayang ku Intan (HQ)

Anuar (kiri) dan Ali Talib dari Bahagian Pemasaran

Zulkifli Mamat (bertopi), Kedah, Hj. Ali (kuning)
dan Zainol (merah) dari Bhg. Teknik

AJ dan Ismail (pemain kompang Kg. Cht. Lada)

Rahman Yaakob dari Bhg. Inspektorat,
mengambilalih tugas aku sebelum ini iaitu
di Unit Tenaga Kerja Asing dan Tempatan.

Pasangan pengantin baru, Fakaruddin dan Erni.
Sorang di Pejabat Kawasan Tembeling Tengah, Pahang,
sorang lagi di HQ.
"PSM, tolonglah dekatkan kami berdua ni....."

Ayu datang bersama suami dan anak-anak dari Kuala Lumpur...
beliau bertugas di Bahagian Kewangan..


En. Shariful Azhar dari Bhg. Akaun Kilang, HQ.

Pameran Autoshow



Peminat lagu-lagu 60an







Persembahan artis (M. Daud Kilau), Raja Gelek, Malaysia

Dari kiri : Idah, Aishah, Farah Lina dan Ayu
(2 dah kawin, 2 lagi masih solo)


Faizul (bertopi) masih bujang...


Lan (baju merah), pemain bowling Syarikat,
bertugas di Pejabat Wilayah Perak.

Kerja-kerja memasang bendera yang belum siap

En. Fauzi (boss Pembangunan Peserta).
Dalam raptai beliau berlakon
sebagai Perdana Menteri

Dari kiri: Idah, Fiza, Tn. Hj. Rahman dan Tn. Hj. Abd. Rahim Bakar

Dari kiri : Tn. Hj. Nordin Saad, Tn. Hj. Azman Kordi,
En. Azizan dan Tn. Hj. Hassan Helmi.
Didoakan semoga En. Azizan juga
akan pergi Haji suatu hari nanti

En. Idris Osman (kuning) dari Bahagian Teknik

Kerja-kerja menambak pasir di tapak perhimpunan...






Kerja-kerja menyusun kerusi sedang dijalankan

Kerja-kerja memacak tiang untuk diikat tali penghadang




Lautan kerusi dan meja untuk penduduk tempatan


Ini bukan litar lumba ye!!!

Tn. Hj. Jahare Abu Bakar (PBK Perancang Korporat)
dan Mat Roni Zakaria (PBW Perak)

Pegawai-pegawai Audit dari Ibu Pejabat....
Program ni tak nak audit ke????

Ada yang masih kosong lagi tu...

Lan dah 2, jangan nak himpit lagi naaa...


Dari kiri : En. Yusri (FTC), Isa (Agro),
En. Ishak Ayob (PK. Kg. Bantal, Pahang) dan
En. Maruan Kadis (PK. Ulu Jenut, Pahang).

Pemandangan dalam khemah yang boleh memuatkan 2 ribu orang









En. Hussin (baju merah), bersama kawan-kawan
dari Kawasan Hulu Satak, Pahang


En. Wan Mokhtar (baju oren), Pejabat PBW Kuantan


Menonton pasukan koir membuat persembahan






Pemilik kereta ini mempamirkan sijil-sijil
yang di terima bagi setiap pamiran yang pernah disertainya



AJ dan Azahar disamping kereta yang dipamirkan dalam Autoshow...



AJ bersama AJK Keceriaan dan mini karnival

Dari kiri : Yasmin, Idah dan Amal, dibelakang tu En. Zaimee

Ada orang komplen mengatakan bendera Malaysia dipasang terbalik....

Maka mereka pun bertungkus lumus untuk mencari dimana silapnya




Akhirnya dicantumkan 2 bendera menjadi 1


En. Radzi (baju kuning) bertanggungjawab menyediakan
sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
makanan yang disediakan memang sedap dan lazat,
kalah catering yang ada di Kuala Lumpur

Kalau tak percaya, tanya Cik Harun Mahfis
(Filem Anak Bapak), anak Manager Estet...

Rumah penginapan kami sepanjang
3 hari di Pusat Latihan Seberang Perak

En. Toni (masih bujang) tuan rumah
tempat kami menumpang....TQ Mr. Toni...