Wednesday, May 19, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Hari ini aku dan Hashim menyambut hari lahir bersama kerana kami berdua kebetulan di putrakan pada 19 Mei tapi berlainan tahun. Sebenarnya majlis ini lebih bermakna untuk Hashim kerana seseorang yang 'istimewa' didalam hidupnya bermurah hati untuk menyumbangkan 2 kotak kek, sejambak bunga beserta kad ucapan.

Berdasarkan kad ucapan tersebut baru lah aku tahu yang Hashim kini sudahpun berusia 52 tahun. Jika dilihat dari segi fizikal dan rupa parasnya yang 'macho' itu siapapun tidak menyangka bahawa umurnya telah melebihi separuh abad. Beliau sebenarnya telah menduda hampir 9 tahun dan mempunyai anak seramai 6 orang iaitu seorang teruna dan 5 orang anak dara yang sudahpun dewasa. Isterinya meninggal dunia ketika anak-anak masih kecil. Katanya tak lama lagi ia bakal menerima seorang menantu tetapi beliau tidak pula memberitahu bila akan menamatkan zaman dudanya itu.

Ketika Hashim kita telahpun tahu akan umurnya, aku pula masih terkial-kial mengira umurku sendiri kerana aku tidak tahu dan dah lupa tahun berapa aku dilahirkan. Cuma yang aku ingat aku dilahirkan pada jam 5.10 minit petang pada 19 Mei kira-kira berapa tahun yang lalu.

Aku tidak tahu yang Hashim ada membuat persiapan tersebut kerana beliau tidak memberitahu aku. Ini menyebabkan aku tidak langsung bersedia untuk menyambutnya. Lagipun seumur hidup aku tidak pernah menyambut hari lahir dengan kawan-kawan melainkan dengan keluargaku sahaja.

Oleh kerana sambutan hari lahir kami dibuat secara mengejut dan kek pun sampai pada waktu rehat tengahari ketika kebanyakan staf lelaki telahpun keluar makan atau lain-lain urusan maka kami berdua menyambutnya dengan awek-awek yang ada dipejabat ini sahaja . Mereka-mereka ini jarang keluar makan tengahari kerana katanya ingin 'diet' bagi mengekalkan tubuh badan yang langsing dan seksi serta awet muda.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Hashim dan diri aku sendiri semoga kami berdua di murahkan rezeki, hidup happy dan sentiasa diberi rahmat oleh Allah Subhanahuwata'alla sehingga keakhir hayat.

Kad ucapan untuk Hashim dari seseorang
yang istimewa didalam hidupnya

Sejambak bunga sebagai tanda ingatan kepada Hsshim

2 kotak kek yang hampir habis dimakan oleh
awek-awek cun ni walaupun mereka kata nak diet

Hashim ditemani oleh Ida

Dari kanan : Liyana, Fiza dan Ida

Aku pun turut mengambil peluang
bergambar dengan mereka



Ayu (kiri) dan Putri (kanan) juga turut menyambut majlis kami.
Ketika mereka balik, majlis hampir tamat

Yang baju merah tu dah berpunya
tapi baju hitam masih lagi kosong

Kerusi disebelah yang kosong seolah-olah memberi tanda
bahawa hatinya juga masih kosong dan belum dimiliki.
"Sorry Putri, gurau jer......."

TASKA IBU ZAHARAH

Taska Ibu Zaharah adalah sebuah taska yang telah beroperasi selama 15 tahun , mempunyai dua buah taska yang terletak di Temerloh, Pahang, dan dua lagi di Kuala Lumpur yang salah satunya terletak di Tingkat Bawah, Blok A, Dahlia Apartment, Jalan 1/27, Taman Setapak Jaya Baru, Sri Rampai Business Park, 53300 Kuala Lumpur.

Ianya diuruskan oleh staf terlatih seramai 16 orang terdiri dari pelbagai umur termasuk seorang tukang masak.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan, bolehlah mendapatkan maklumat seperti di bawah atau datang terus ke premis berkenaan seperti alamat yang diberikan.


Klik 2 x untuk membesarkan gambar

Info ringkas mengenai Taska Ibu Zaharah

Apartment Dahlia tempat Taska Ibu Zaharah beroperasi

Pengusaha Taska Ibu Zaharah
sedang menjalankan aktiviti bersama
anak-anak dibawah jagaannya

3 pasangan kembar turut menceriakan Taska Ibu Zaharah

Diantara peralatan yang disediakan
untuk kemudahan anak-anak bermain

Taska Ibu Zaharah mengutamakan
kebersihan untuk keselesaan anak-anak

Anak yang sihat dan cergas
melahirkan minda yang cemerlang.
Anak ini merupakan anak pertama bagi satu pasangan suami isteri
yang mendaftar masuk di Taska Ibu Zaharah di Dahlia Apartment.


Monday, May 17, 2010

MUSIM MENCANDAT DATANG LAGI

Program mencandat sotong kami rancang hampir sebulan yang lalu iaitu pada bulan April 2010 , tetapi ditangguhkan ke bulan Mei pula kerana difahamkan sotong masih kurang. Sebaik mendapat lampu hijau dari Sauki, maka kami bersetuju untuk pergi pada hari Sabtu 15 Mei,2010.

Seawal 6.30 pagi, aku menuju ke Puncak Jalil, Seri Kembangan untuk menjemput Hashim yang akan turut sama. Kami tiba di perkarangan pejabat pukul 7.30 pagi dan menunggu beberapa lagi kawan-kawan yang belum tiba.

Setelah cukup, kumpulan kami seramai 9 orang telahpun bersedia untuk berangkat dengan kenderaan sendiri iaitu sebuah Toyota Avanza, Peugeot 406 dan Viva. Sebelum memulakan perjalanan aku sebagai ketua kumpulan telah memberikan sedikit taklimat tentang program perjalanan yang telah diatur. Rafia Olhusni telah diberi tanggungjawab untuk membacakan doa selamat sebelum kami berangkat. Tepat 8 pagi kami pun mula bergerak meninggalkan perkarangan pejabat.

Pukul 9 pagi, kami berhenti untuk sarapan pagi di Stesen Petronas Lebuhraya Karak selama 30 minit. Ditengah perjalanan, aku mendapat telefon dari Malek (tiada dalam perancangan) untuk singgah makan tengahari di Rumbia Resort, Paka, Terengganu kerana kebetulan Pusat Latihan tempat beliau bertugas ada menganjurkan kursus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 disitu. Kami tiba pukul 1.30 petang dan selepas makan tengahari kami sempat berehat selama sejam dibilik yang telah disediakan. Terima kasih kami ucapkan kepada En. Abdul Malek b. Abdul Rahman dan beberapa staf syarikatnya yang bermurah hati menjemput kami makan dan menyediakan tempat berehat.

Pukul 3 petang, kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di Dungun untuk membeli ubat tahan mabuk yang dijangka akan kami alami ketika berada ditengah-tengah laut nanti . Pukul 5 petang kami tiba di Marang dan Sauki telahpun bersedia menanti kami disebuah kedai kopi disitu. Hampir setengah jam minum kopi panas, kami pun berangkat ke Jeti LKIM Chendering kerana bot yang telah disewa khas oleh Sauki untuk kami mencandat sotong telahpun menunggu. Tepat pukul 6.10 petang bot kami pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan jeti menuju ke Pulau Kapas dimana disitulah bot kami akan berlabuh untuk kami mencandat.

Rafia Olhusni membaca doa selamat
sebelum kami memulakan perjalanan

En Sauki (baju putih) bersama En. Muda
mengiringi rombongan kami ke Jeti Chendering

Bergambar ramai sebelum menaiki bot

Malik (kiri) dan Rafia Olhusni, manakala dibelakang
kelihatan Najib dan Shahrul

Hashim (tengah) sedang melihat
peralatan mencandat untuk dibeli

Hashim sibok melihat tapi Jamal dah pun membeli

Najib sedang menuruni anak tangga untuk
masuk kedalam bot diikuti oleh Zainol dan Issamruddin

Terdapat sebuah lagi bot yang akan
bersama-sama kami untuk mencandat

Bot-bot untuk menangkap ikan sedang berlabuh

Turut kelihatan sebuah bot yang membawa
kumpulan lain juga untuk mencandat

Dari kiri : Jamal, Ahmad Jais, Najib dan Shahrul
berada didalam bot yang sedang bergerak menuju Pulau Kapas

Dari kiri : Najib, Shahrul dan Malik
bergambar disatu sudut didalam bot

Rafia Olhusni dan Shahrul berada
ditingkat atas bot untuk melihat tempat tidur mereka

Tekong kami sedang menunjukkan
cara mengikat alat untuk mencandat

Isa, peserta pertama berjaya mencandat sotong

Isa sedang mengeluarkan sotong yang terlekat
di peralatannya dengan penuh hati-hati

Sotong ini dapat ditangkap oleh Najib
dan sedang ditarik naik kedalam bot

Najib peserta kedua yang berjaya mencandat sotong
sedang menunjukkan sotong yang dapat ditangkapnya

Issamruddin sebagai peserta ketiga
yang berjaya mencandat sotong

Ahmad Jais (aku le tu....) peserta keempat
yang berjaya menaikkan sotong kedalam bot

"Besar jugak sotong yang dapat aku tangkap ni".

Malik (kiri) dan Jamal sedang mencuba nasib
tapi masih belum berjaya

Sotong ini dapat ditangkap oleh Rafia Olhusni
dan sedang ditarik naik kedalam bot

Rafia Olhusni peserta kelima yang berjaya mencandat sotong
sedang menunjukkan sotong yang dapat ditangkapnya

Seekor sotong sedang timbul dan bermain-main didalam air

Zainol menunggu dengan sabar dan berharap
sebentar lagi beliau juga akan dapat mencandat sotong

Kesabaran Zainol menanti alat mencandatnya
dimakan sotong akhirnya tiba apabila seekor sotong
dapat ditawan olehnya dan menjadikan beliau
tersenarai sebagai peserta keenam yang berjaya.

Isa sedang membetulkan tali pancingnya yang bersimpul
manakala Hashim dibelakangnya sedang tidur

Issamruddin juga menanti dengan sabar

Sotong-sotong yang berjaya dinaikkan.


Kedua-dua gambar diatas menunjukkan peserta-peserta
mencandat sotong sedang tidur dengan nyenyaknya.
Waktu ketika ini pukul 3 pagi dan hujan
sedang turun dengan lebatnya.

Sebuah bot yang diberi nama 'Chendering Duabelas'

Dari kiri : Ahmad Jais, Hashim, Zainol dan Najib,
manakala dibelakang ialah Issamruddin

Dari kiri : Malik, Issamruddin dan Hashim.
Kedua-dua gambar diatas diambil pada pukul 9 pagi
ketika kami mendarat di Jeti LKIM Chendering

Pulang bersama-sama kami ialah kumpulan para nelayan
yang membawa hasil tangkapan mereka.

Ikan parang yang telah siap dibungkus untuk dipasarkan

Sebuah lori sedang bersedia untuk
membawa keluar ikan yang telah siap dibungkus

Sebuah peralatan untuk mencandat sotong

Kami mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Sauki dan Syarikatnya yang bermurah hati menaja kami sebuah bot dengan kelengkapan peralatannya, juga tidak lupa kepada pemandu bot dan pembantunya yang turut memberi kesemua sotong yang dapat dicandat oleh mereka kepada kami. Budi tuan-tuan akan kami kenang sehingga keakhir hayat dan semoga Allah memberi keberkatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada tuan-tuan dan juga keluarga. Jika dipanjangkan umur dapat kita berjumpa lagi. Amin.