XPDC memancing kami pada kali ini kami namakan
'XPDC Laut Dalam 2012'
Ahli-ahli nya:
- Sulaiman Mohammad (Bhg. Inspektorat)
- Ahmad Jais (Bhg. Inspektorat)
- Rafia Olhusni (Bhg. Inspektorat)
- Ihsan Ashraf (Bhg. Undang-Undang)
- Azman Ahmad (Bhg. Kewangan)
- Che Hashim Che Derahman (Caw. Pemb. Ladang)
- Mohd Hafizi Hussin (Caw. Input Pertanian)
- Rosli Mat Waris (Caw. Akaun Kilang)
- Zakaria Hassan (Caw. Akaun Kilang)
- Roslan Abdullah (Bhg. Khidmat Teknikal)
- Mohd Alwi Abd. Rahman (Pej. Setiausaha Syarikat)
- Mohd Fahmi Jamaluddin (Bhg. Perancang Korporat)
Aturcara Perjalanan:
27 April 2012
- 9.00 mlm - Berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Kuala Lumpur
- 10.00 mlm - Sessi taklimat dan bacaan doa selamat
- 10.30 mlm - Mula bergerak ke Kuala Terengganu
- 11.30 mlm - Berhenti Rehat di RNR Temerloh.
28 April 2012
- 5.15 pg - Tiba di Masjid Perkampungan Duyung Kecil, Kuala Terengganu
- 5.45 pg - Sembahyang Subuh berjemaah dengan penduduk tempatan
- 7.00 pg - Sarapan pagi di gerai berhampiran jeti
- 8.00 pg- Ketibaan Crew boat
- 9.00 pg - Boat mula bergerak ke tengah laut
Dalam perjalanan, boat kami akan berhenti di setiap lokasi yang dikenalpasti sebagai lubuk ikan dan akan meneruskan pelayaran ke Laut Cina Selatan dari semasa kesemasa dan akhirnya berlabuh berhampiran Pelantar Minyak Boreng yang jauhnya dari daratan ialah 39 batu atau 63 kilometer untuk kami bermalam.
Acara memancing terus di lakukan sepanjang malam sampai ke pagi. Bagi yang tak dapat memancing, mereka akan menghabiskan masa dengan tidur di dalam boat
29 April 2012
- 7.00 pg - Boat mula bergerak pulang.
- 7.00 mlm - Boat berlabuh di jeti Duyung Kecil
- 7.30 mlm - Tugas-tugas membahagikan hasil tangkapan yang lumayan
- 8.30 mlm - Mandi dan makan malam di Food Court berhampiran jeti
- 10.00 mlm - Kereta kami bergerak meninggalkan jeti untuk pulang ke Kuala Lumpur
- 12.00 mlm - Singgah di RNR Temerloh untuk berehat dan Solat Maghrib dan Isyak (Jamak)
30 April 2012
- 1.00 pg - Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur
- 4.00 pg - Tiba di perkarangan Ibu Pejabat
- 5.00 pg - Bersurai
Pembahagian Hasil Tangkapan
Secara keseluruhannya setiap kami mendapat 20 kilo ikan yang dibahagi samarata seramai 12 orang. JIka dinilaikan di kharga pasarannya maka setiapami membawa pulang RM250 dimana nilai keseluruhannya adalah berjumlah RM3,000.
JenisJenis Ikan Yang Di Perolehi.
- Ikan Kerapu Kertang (Giant Grouper)
- Ikan Kerapu Bara (Spotted Trout Grouper)
- Ikan Kerapu
- Ikan Merah
- Ikan Merah Pucat (Red Snapper)
- Ikan Kunyit @ Remong
- Ikan Haruan Tasik (Black Kingfish)
- Ikan Conor @ Ikan Mudim
- Ikan Kaci
- Sotong
Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan
Kami semua mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Anak-anak Syarikat yang telah menyumbang berupa wang ringgit dalam XPDC kami ini terutamanya kepada FELCRA BINA, FUESB (FELCRA Urus Estet Sdn. Bhd), FELCRA Processing, FELCRA Plantation, KPFB (Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad) dan KESURA (Kelab Sukan & Rekreasi FELCRA Ibu Pejabat). Semoga Syarikat tuan-tuan memperolehi kejayaan dan akan terus maju di masa-masa akan datang dan seterusnya dapat menyumbang dalam menjana ekonomi Negara dan membantu golongan sasar kita iaitu Penduduk Luar Bandar .
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada kaum keluarga yang merestui pemergian kami dengan iringan doa dan airmata serta harapan semoga selamat pergi dan kembali.
Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada Penyelaras Program iaitu En. Mustafa yang menyediakan sebuah boat dengan crewnya yang terdiri dari En. Halim (Tekong), AzrulSham (Jurumudi), Pak Lah (Tukang Masak), Tarmizi (Peralatan dan Teknikal) dan Ahmad Alfatah (Peralatan dan Teknikal).
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada kaum keluarga yang merestui pemergian kami dengan iringan doa dan airmata serta harapan semoga selamat pergi dan kembali.
Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada Penyelaras Program iaitu En. Mustafa yang menyediakan sebuah boat dengan crewnya yang terdiri dari En. Halim (Tekong), AzrulSham (Jurumudi), Pak Lah (Tukang Masak), Tarmizi (Peralatan dan Teknikal) dan Ahmad Alfatah (Peralatan dan Teknikal).
Saksikan juga 22 rakaman video yang telahpun di muat naik kedalam blog ini terlebih awal untuk mememberikan kepuasan kepada setiap pembaca yang menontonnya.
Azman (kiri) dan Hashim bersama
peralatan memancing masing-masing
Begitu juga dengan Rosli (kiri) dan Zakaria
Bacaan doa mengiringi perjalanan kami
semoga selamat pergi dan kembali.
Tiba di perkampongan Duyung Kecil berhampiran jeti jam 5.10 pagi
Selepas bersembahyang subuh
kami bersarapan di warung berhampiran
Aku bersama peralatan memancing
yang baru dibeli khas untuk XPDC ini
Bergambar ramai sebelum menaiki boat.
Dari kiri : Awie, Roslan, Fahmi, Hafizi, Ihsan,
AJ, Hashim, Zakaria, Rafia Olhusni dan Rosli.
Tiada dalam gambar : Azman (ambil gambar) dan
Sulaiman Mohammad (belum sampai).
Ihsan (kiri), Rosli dan Zakaria sudah bersedia
Begitu juga dengan Awie
Hashim (kiri) bersama Hafizi yang sedang membetulkan jorannya.
Disebelah mereka kelihatan Olhusni sedang membaca akhbar Harakah
untuk mendapatkan berita yang lebih telus..
Peralatan memancing kami yang canggih tersusun rapi
En. Mustafa (Penyelaras program)
sedang menguji salah satu joran yang ada..
Kami menanti dengan penuh debar dan melayan perasaan masing-masing
Kebanyakan kami tidak pernah memancing di laut dalam...
Boat kami telahpun bergerak meninggalkan jeti
dan kini sedang melintasi Pasar Payang
tempat membeli belah yang terkenal di Kuala Terengganu.
Baru beberapa minit memancing, mata kail Sulaiman
telahpun di ragut umpan menjadikan beliau
peserta pertama menaikkan seekor ikan kerapu.
Abg. Halim (Tekong boat) banyak memberi tunjuk ajar
cara dan teknik-teknik yang betul semasa memancing...
cara dan teknik-teknik yang betul semasa memancing...
Hashim menunjukkan seekor ikan merah yang baru dinaikkan.
Aku tak pasti siapa yang dapat menawannya
Aku dengan stail tersendiri semasa memancing
Begitu juga Hafizi
Ihsan pun sama
Azman merasakan umpannya telah di ragut ikan
dan bersedia melayan dan menjinakkannya...
Usahanya tidak sia-sia kerana seekor ikan Kerapu
yang meragut umpannya dan berjaya dinaikkan kedalam boat
Ahmad Al Fatah (crew boat) dengan gayanya yang tersendiri...
Sulaiman terus mendapat seekor lagi ikan Kerapu...
Aku merasa joranku tiba-tiba menjadi berat..mungkin dipagut ikan...
Tekaanku tepat kerana seekor ikan kerapu
meragut umpanku dan berjaya di naikkan ke dalam boat....
Aku mengucup seekor ikan Kunyit
yang baru aku dapat selepas ikan Kerapu tadi
yang baru aku dapat selepas ikan Kerapu tadi
Setakat ini aku baru mendapat 3 ekor ikan...
iaitu seekor ikan Kerapu dan 2 ekor ikan Kunyit
Rosli pula mendapat seekor ikan Kachi.
Sulaman terus mengungguli dalam memancing ikan
Kelihatan seekor demi seekor ikan dapat di pancingnya...
Kelihatan seekor demi seekor ikan dapat di pancingnya...
Ayat apa dia baca aku pun tak tahu....
Ihsan telah berubah tempat ke sini pula.
Strategi memancing memang macam tu...
Giliran Roslan pula mendapat seekor ikan Kerapu Bara
Hashim pula menaikkan seekor ikan Kerapu yang bernilai tinggi di pasaran.
Untuk pengetahuan semua bahawa lubuk yang boat kami singgah ini
adalah lubuk Kerapu dan Ikan Merah...
Sulaiman meneruskan usahanya tanpa penat dan jemu...
Memancing sessi pagi telah tamat, selepas makan tengahari,
kami semua berehat sebentar manakala boat terus bergerak
meninggalkan lokasi tadi untuk ke lokasi yang lain pula...
Sulaiman telahpun mendapat tempat yang baik
untuk melelapkan matanya. Walaupun panas sedikit
tapi tiupan angin yang kuat menghilangkan rasa panas tersebut.
Semua pemancing telahpun
mengambil tempat masing-masing untuk berehat
Ihsan baru mendapat seeor ikan Conor
(orang Terengganu panggil ikan Mudim) yang sederhana besarnya.
Selama 2 hari 1 malam kami didalam boat,
kami di temani oleh seorang awek cun iaitu
Che Hashimah Che Derahman..(Mek Kelantan)...
Enjin boat yang sentiasa di jaga bersih oleh pemiliknya...
Selepas berehat, Sulaiman terus menunjukkan kemahirannya memancing
dan kali ini ia mendapat seekor ikan Merah yang lebih besar.
Zakaria telah mendapat lesen setelah memancing seekor ikan Merah Pucat.
Begitu juga dengan Roslan mendapat seekor Ikan Merah big size
Lepas seorang-seorang mendapat rezeki...Kali ini giliran Azman pula...
Hashim (kiri), aku dan Hafizi menunjukkan 3 ekor ikan Merah
manakala gambar atas Zakaria pula memegang 2 ekor lagi...
Gaya Olhusni memegang 2 ekor ikan Merah itu
menunjukkan betapa beratnya kedua-dua ekor ikan tersebut
Aku bergambar membelakangkan matahari yang hampir terbenam.
Satu pemandangan yang menakjubkan...
2 gaya yang ditunjukkan Hafizi, berdiri dan berbaring...
Aku menyerahkan kunci keretaku kepadanya
untuk ia pandu pergi dan balik
untuk ia pandu pergi dan balik
Jadi aku bagi peluang padanya untuk berehat.
Boat kami bergerak lagi...Sementara menanti ia berlabuh,
Aku, Ihsan dan Ahmad Alfatah membetulkan tali pancing yang bersimpul
Aku bergambar bersama Abg. Halim (Tekong)
dan Tarmizi di tempat jurumudi..
Seekor ikan Merah menelan mata pancing terlalu dalam
menyukarkan kami mencabutnya dan terpaksa
menggunakan kayu untuk membuka mulutnya
Hashim menunjukkan 2 ekor ikan Kerapu dan Merah yang dapat dipancingnya.
Pak Lah (crew boat) berusaha untuk membetulkan
tali pancing yang bersimpul selepas Zakaria
tali pancing yang bersimpul selepas Zakaria
menaikkan seekor ikan Merah ...
Matahari semakin terbenam
Sulaiman (kiri) berjaya menaikkan seekor
ikan Kerapu Kertang yang dianggarkan seberat 25 kilo
Semua pemancing teruja untuk bergambar bersamanya...
Sungguh berat ikan Kerapu Kertang ini
sampai Awie hampir terlentang kebelakang dibuatnya...
Olhusni tiba-tiba merasa loya dan tidak dapat menahannya lagi
Ia lalu termuntah dan Azman membantu menggosok-gosok belakangnya
Persediaan makan malam sedang di buat oleh Pak Lah....
Menu kami malam ini ialah nasi goreng pedas...
Laaaa.....tak habis-habis lagi bergambar dengan ikan Kerapu Kertang ni...
Nak buat macamana, terpaksa la siarkan juga gambar ni,
kalau tak siar nanti ada yang kecik hati pulak...
Olhusni bersama jurumudi boat Azrulsham
Lepas tu pergi menyelongkar dapur pulak....
Ikan Conor atau Mudim
Mencandat pun kami layan jugak...
Matahari mula terbit pada keesokan paginya...
Pak Lah mempersiapkan umpan untuk kami memancing
iaitu sotong dan ikan tamban.
iaitu sotong dan ikan tamban.
Roslan menunjukkan cara-cara memasang umpan.....
Zakaria pun sama....
Pak Lah sedang menyiapkan makan tengahari
iaitu kari Ikan Merah..
Sessi Makan Tengahari
iaitu kari Ikan Merah..
Sessi Makan Tengahari
Hashim
Ihsan
Sulaiman
Masing-masing makan dengan penuh selera
Selepas makan, ada yang terus menunaikan solat.
Sewaktu boat bergerak adalah bahaya jika solat berdiri
terutama bagi yang tidak biasa.
Sulaiman memperkatakan sesuatu padaku
Ihsan (kiri), Fahmi dan Zakaria
Azman sedang memasang umpan
Sulaiman meneruskan usahanya untuk memancing
Awie menunjukkan besi yang diikat di tali pancingnya
Abg Halim (Tekong) sedang memancing.
Sulaiman sungguh bertuah, setiap kali ia membaling tali pancingnya ke laut,
pasti ada ikan yang meragutnya. Kali ini ia mendapat 2 ekor ikan serentak
seekor ikan Kerapu Bara dan seekor lagi ikan Kerapu.
Rosli turut membantu beliau menaikkan ikan tersebut..
"Leman!!! perturunkan lah sedikit ilmu tu kat aku"
Awie yang memancing tadi telah mendapat seekor ikan Merah
Pak Lah membantu menanggalkan mata pancing
dari mulut 2 ekor ikan yang Leman dapat tadi
Lihat betapa besarnya mulut ikan ini...
Giliran Abg Halim pula mendapat ikan Merah
Ini lah salah seekor ikan jenis lain yang dapat di tangkap
iaitu ikan Haruan Tasik. Ia telah dinaikkan oleh Ahmad Al Fatah...
Cantik sungguh sisik ikan Kerapu
yang baru di pancing Hashim ni...berbintik-bintik...
Sedang kami memancing, Azrulsham meneruskan
tugas-tugasnya mengemudikan boat...
Suasana di dalam boat yang sedang bergerak...
Azman sedang menggulung tali pancingnya
Rosli menunjukkan umpannya...
Kami semuanya dah letih tapi tetap ceria....
Roslan sedang membetulkan peralatan memancingnya
Sapa punya ikan yang masih terlekat di tali pancing ni...
cepat la tanggal...kesian ikan tuuu..
Leman dapat ikan lagiiii...
Azman pun dapat ikan lagi...
Awie pun dapat ikan lagi...
Olhusni tak dapat ikan tapi menunjukkan ikan....
Tarmizi sedang menegangkan tali pancing...
Tali tegang tak pa...jangan yang lain pulak tegang...he..he..he
Tiupan angin laut yang kuat
menyebabkan mata kami ni mengantuk jer....
Kami berada di tengah-tengah laut Cina Selatan...
Jarak dari darat ialah 39 batu atau 63 km.
Di kejauhan sana kelihatan Pelantar Minyak Boreng.
Tugas-tugas memancing tetap di teruskan
Awie memotong buah mangga yang dibawa...
Giliran Roslan pula dapat ikan...
Begitu juga Zack
Olhusni tolong menunjukkan ikan yang Lan dan Zack dapat tadi...
Ahmad Al Fatah membantu menanggalkan
mata kail dari mulut ikan yang di pancing oleh Azman
Aik!!!!Leman dapat ikan lagi....
Hebat sungguh Sulaiman Akhlakan niii...
Bukan saja harta luar negara dia jaga, harta dalam laut pun dia sapu...
Di saat-saat akhir ni..Rosli masih lagi dapat ikan...
Lepas ni kepada pemancing-pemancing yang nak dapat banyak ikan,
gunakan lah khidmat crew boat ni sebab dah terbukti bahawa
mereka ni pakar dalam mencari lubuk ikan...
Iklan percuma dari aku untuk mereka....
Ihsan sedang menarik ikan
yang sudah terlekat di mata pancingnya...
Wow!!! ikan Kerapu Bara dari Awie....mesti mahal ni.....
Macam biasa...Olhusni di lantik untuk menjadi model
dalam memperagakan ikan-ikan yang di pancing oleh orang lain....
Seekor Ikan Merah yang terlepas sedang di tarik naik kedalam boat...
Tarmizi sedang menyiang ikan Kerapu Bara untuk santapan tengahari
Ikan yang telah siap dibersihkan untuk dimasak...
Leman lagi...
Dah letih aku siarkan gambar Leman dapat ikan...
Roslan dapat 2 ekor ikan serentak...
Inilah sebahagian dari ikan yang dapat di tangkap...
Menurut Abg Halim (Tekong) harga pasaran bagi
semua ikan yang kami tangkap ni bernilai RM3,000
Keletihan sudah mula dirasakan oleh Sulaiman dan Abg. Halim....
Menikmati minum petang berupa kopi O dan biskut kering
Kepuasan jelas terbayang pada kami semua....
Insya Allah jika panjang umur kami berjanji untuk datang lagi...
Siapa-siapa yang nak ikut sila kumpul duit
dari sekarang sebab lepas ni tiada sponsor lagi...
2 orang kuat di belakang program XPDC kali ni
Awie pun nak mencuba mengemudikan boat...
"Stering kereta dengan stering boat tak sama Awie"
Salah sebuah boat lain yang baru pulang dari memancing....
Aku pun tak tanya berapa ekor mereka dapat..
Sebuah kapal yang di beri nama Aishah...
Bukan Aishah yang sama office dengan aku tue...
Pemandangan di jeti...
Salah sebuah kapal dagangan yang berlabuh....
Fahmi mengambil kesempatan untuk
bergambar dengan ikan Merah dan Ikan Kerapu Kertang
Kami semua kini telah naik ke darat, lepas ni nak pergi mandi,
solat, makan malam dan lepas tu terus pulang ke Kuala Lumpur
yang akan mengambil masa 6 jam melalui Lebuhraya Pantai Timur..
Tapi sebelum tu aku nak umumkan pemenang dalam semua kategori
XPDC memancing pada kali ini...
"Ianya jatuh kepada En. Sulaiman Mohammad dari Bhg. Inspektorat kerana:"
- Beliau pemancing pertama menaikkan ikan
- Beliau pemancing yang paling banyak dapat ikan iaitu 14 ekor
- Beliau pemancing yang dapat ikan paling besar iaitu Ikan Kerapu Kertang seberat 25 kilo.
Hadiah yang di menanginya ialah
Tiket percuma pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
dan Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur
seumur hidup...
TAHNIAH EN. SULAIMAN...