'Kami' ada seorang kawan (Maksud 'Kami' di sini merujuk kepada aku, Hj Ismadi dan Hj Rafia Husni). Nama kawan kami ni Hj Fadhil (bukan nama sebenar). Dia berasal dari utara tanahair dan telah menetap di Kuala Lumpur hampir 25 tahun sebelum berpindah ke Rawang. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dibidang pertanian dan penternakan dengan mengusahakan tanah seluas 30 ekar di Rawang berganding bahu bersama isteri, anak-anak dan turut dibantu dua orang pekerja ladang yang boleh diharapkan.
Hj Fadhil ni orangnya simple jer, low profile, murah dengan senyuman, suka belanja kawan-kawan makan, dermawan dan suka membantu golongan susah yang memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan.
Selain menanam kelapa sawit, dia juga ada menternak lembu, kambing, ayam, itik dan berjenis-jenis lagi haiwan ternakan yang lain. Di samping itu berbagai jenis pokok buah-buahan serta sayuran juga turut ditanam dan semuanya telah membuahkan hasil yang lumayan. Makna kata, semuanya ada di ladang beliau dan semuanya menjadi pulak tu mungkin tanaman beliau tiada masalah penyakit sepertimana yang dialami oleh kebanyakan pekebun serta peladang yang lain.
Begitulah serba ringkas yang boleh aku ceritakan tentang diri beliau.
Suatu hari Hj Fadhil ada menghubungi kami bertiga dan mempelawa untuk datang melawat ke ladangnya kerana katanya ayam kampung yang diternaknya semakin menjadi-jadi dan pembiakannya tidak terkawal lagi lalu mengundang binatang-binatang pemangsa datang ke ladangnya untuk mencari makan dan secara tak langsung telah merosakkan banyak tanamannya.
Kata Hj Fadhil lagi, kalau kami setuju nak datang dia nak tangkap beberapa ekor ayam kampung yang akan disembelih siap-siap di ladangnya sebelum kami bawak balik. Katanya kami bertigalah yang akan buat kerja-kerja penyembelhan itu dan mesti bawak pisau yang tajam.
Bagai 'orang mengantuk disorongkan bantal' begitulah respond dari kami bertiga yang sangat teruja kerana bukan saja diajak melawat ladangnya tapi kami akan dibekalkan dengan ayam kampung untuk dibawa balik ke rumah...siapa yang tak nak kan orang nak bagi rezeki๐...
Seperti yang dijanjikan, hari sabtu seawal jam 7 pagi aku berkereta dari rumah menuju ke Wangsa Maju kerana Madi dan Rafia telah sedia menunggu di sana untuk kami sama-sama bergerak ke Rawang iaitu lokasi ladang sawit Hj Fadhil.
Ketibaan kami jam 9 pagi disambut Haji Fadhil serta isterinya dengan mesra lalu membawa kami melawat di persekitaran ladangnya serta kandang-kandang ternakannya.
Dari penglihatan kami, ternakannya terutama lembu dan kambing semuanya sihat-sihat belaka dan bersaiz besar kerana dijaga dengan rapi dan diberi makan dengan makanan yang mencukupi serta berkhasiat. Begitu juga dengan tanam-tanamannya kami lihat semuanya hidup subur menghijau membuatkan kami sangat kagum dengan pencapaiannya.
Setelah kami puas melawat di persekitaran ladangnya yang luas yang memakan masa hampir satu jam maka kini tibalah saat-saat yang dinantikan iaitu kami dibawa ke kandang ayam untuk urusan penyembelihan. Semua 15 ekor ayam kampung telah ditangkap dan dikurung sehari lebih awal oleh beliau sebelum kedatangan kami pada keesokkannya iaitu pagi ini. Kata Hj Fadhil dia peruntukan untuk kami 5 ekor seorang, dan kalau rasa tak cukup boleh datang ambil lagi di lain hari๐.
Bab menyembelih ni kami serah pada Hj Rafia la sebab dia memang memiliki Sijil Penyembelihan Halal setelah berjaya menamatkan kursus penyembelihan kira-kira setahun yang lalu. Tapi nak bagitau jugak la di sini kalau nak sembelih ayam tak perlu sijil halal pun...bukan apa... takut nanti ada yang comfius pulak sebab biasa tengok Bangla dan Indonesia sembelih ayam tak payah sijil halal pun๐.
Aku bukan apa...saja la nak 'up' si Hj Rafia ni bagitau yang dia ada sijil sembelih supaya dia semangat untuk sembelih kesemua 15 ekor tu tanpa melibatkan aku dan Hj Madi, lagipun kami bukan ada pengalaman dalam kerja-kerja penyembelihan ni. Tengok orang buat memanglah nampak senang. ๐.
Melihatkan kecekapan Hj Rafia, tugas-tugas menyembelih ayam kampung sangat mudah dan siap tak sampai setengah jam. Caya lah Hj Rafia tak sia-sia ofis hantar hang pi kursus..
Setelah semua kerja-kerja telah dibereskan termasuk mencabut bulunya, kami baru sedar yang hari sudahpun meninggi lalu kami meminta diri untuk pulang dan mengucapkan jutaan terima kasih pada Hj Fadhil dan isterinya yang sangat pemurah dan baik hati tu.
Kami bercadang nak singgah di Pasar Keramat untuk mengupah penjual ayam di pasar untuk membersihkan ayam kampung yang kami bawak balik dan minta dia potong siap-siap supaya sampai rumah nanti bolehlah terus simpan di dalam peti ais. Kami pun dah telefon isteri di rumah supaya kosongkan peti ais di ruang beku dengan segera.
Begitulah cerita aktiviti kami pada pagi sabtu tersebut. Kalau nak tengok, gambar-gambarnya ada di bawah...