Saturday, May 15, 2021

MENELUSURI SUNGAI BATANG IGAN, SARAWAK...

Bergambar dulu di pondok rehat yang dibina 
bersebelahan Pejabat PBW Sarawak 
di Samarahan sebelum bertolak ke 12 kawasan 
dalam senarai yang mengambil masa selama 5 hari...

Pejabat PBW Sarawak  nampak di kejauhan sana...

Semasa lawatan ke Sarawak, pasukan kami dari team pelupusan harta syarikat telah berpeluang menaiki feri untuk merentasi Sungai Igan atau Sungai Batang Igan iaitu salah satu sungai dari beberapa sungai yang terdapat di negeri Sarawak untuk tiba di destinasi yang dituju iaitu FELCRA Berhad Kawasan Matu, di Daerah Sibu kerana kami ada tugas di sini.

Saksikan 2 buah video 
yang telah dirakam di atas feri... 

Video Ketibaan feri di jeti...

Nak cerita sikit secara ringkas tentang Sungai Batang Igan ni.

Sungai Batang Igan adalah sungai yang bergabung dengan Sungai Rajang dalam Daerah Sibu dan ia masih digunakan sebagai kaedah utama perjalanan ke sejumlah daerah luar bandar di Sarawak.

Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri dalam perancangan untuk membina Jambatan Batang Igan sepanjang 1.6 kilometer yang akan menjadi pelengkap bagi perhubungan jambatan yang mencantumkan sepenuhnya Jalan Pesisir pantai Sarawak dengan jambatan lain yang turut dibina dan bakal siap seperti jambatan di Batang Rambungan, Kuala Kemena dan Batang Limbang.

Jambatan Batang Igan setinggi 26 meter membolehkan kapal melaluinya dijangka siap Januari 2024 akan memberi impak kepada Bahagian Mukah, khususnya Pulau Bruit, Daro, Matu, Igan, Dalat dan Mukah yang kini memiliki 110,000 penduduk.

Jambatan ini menjadi pemangkin pembangunan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dan hab halal di Tanjung Manis.

Walaupun penat tapi rasa terhibur 
dengan telatah anak-anak 
yang baru pulang dari sekolah. 
Mereka berulang alik setiap hari 
menggunakan pengangkutan feri ini 
yang mengambil masa 25 minit untuk 
tiba di jeti dan meneruskan perjalanan balik ke rumah 
dengan mengambil masa selama 20 minit lagi dengan hilux.


Apabila siap jambatan Sungai Batang Igan ni nanti
perkhidmatan feri mungkin akan ditamatkan
dan ia akan menjadi memori indah
sepanjang 36 tahun perkhidmatan aku dengan FELCRA 
yang melayakkan aku menerima Anugerah Khidmat Setia...💪



Bergambar di pondok berehat bersebelahan 
pejabat PBW Sarawak di Samarahan 

 




12222976


 




Ladang Loba Balu 3... 

Bertugas tak perlu pejabat dan kerusi meja, 
😀atas motor pun jadi...


Signboard yang dipasang di ladang 
memberitahu tentang prosedur kerja di ladang... 







Kenderaan ladang yang hendak 
dilupuskan di Kawasan Matu...







Rumah pekerja ladang...

2 comments:

  1. Hai .. Assalammualaikum... Saya Hasifah .. Saya nak tanya Tn.. Boleh ke kalau saya nk minta izin dari Tuan untuk ambil footage sungai batang igan dan feri batang igan ini dari blog Tuan??? untuk apa2 pertanyaan tuan boleh hunbungi saya melalui email norhasifahaffendi@gmail.com atau whatapps 01111947031

    ReplyDelete