Saturday, May 8, 2021

OFFICE BARU...

Bermula awal bulan Mei 2011 ini, kami yang bertugas di Kumpulan Pengurusan Estet, akan berpindah ke pejabat baru di tingkat 5.

Kumpulan Pengurusan Estet yang mempunyai dua Bahagian didalamnya iaitu Bahagian Khidmat Ladang yang kini berada di tingkat 3 dan Bahagian Inspektorat di tingkat 1 akan ditempatkan bersekali di tingkat 5 itu.

Sekarang ini, tugas menyiapkan tempat baru kami berada diperingkat akhir dimana kerja-kerja pendawaian sedang giat dijalankan.

Secara peribadinya, aku merasa amat sedih untuk meninggalkan tingkat 1 ini kerana aku telah berada disini selama 6 tahun selepas ditukarkan dari Bahagian Khidmat Peserta pada tahun 2005 lalu.

Di tingkat 1 ini juga letaknya sebuah Auditorium, Surau, Lantai Biru dan Syarikat FUESB. Selepas pejabat kami berpindah nanti, kami tidak tahu apa perancangan yang akan dibuat oleh pihak pengurusan keatas tapak pejabat lama kami itu.

Banyak kenangan manis yang ditinggalkan oleh kami semua dan tak kurang juga kenangan sedih dan pahit yang terjadi. Kenangan paling sedih ialah apabila kami kehilangan seorang kawan iaitu Allahyarham Tn. Hj. Hashim b. Hj. Hassan yang meninggal dunia di HKL. Beliau juga adalah seorang staf di tingkat 1 ini.

Selain itu
kenangan pahit yang di catatkan juga ialah apabila pejabat kami terbakar yang disahkan oleh pihak bomba berpunca dari sepuntung rokok yang tidak dipadamkan apinya terlebih dahulu sebelum di campak kedalam tong sampah. (Cerita terperinci mengenainya telahpun dimuatkan kedalam blog ini melalui tajuknya 'Kerana Sepuntung Rokok'. Kalau nak baca Klik di sini.

Ditingkat 1 ini juga telah berlakunya
beberapa perpisahan dimana beberapa orang pegawai kami telah bersara diantaranya Tn. Hj. Aziz, Tn. Hj. Aminuddin, Tn. Hj. Shaharom, Pn. Hjh. Norhayati, dan Pn. Normah Basri.

Office baru kami di tingkat 5 dari pelbagai sudut








Office lama kami yang akan di tinggalkan
hu...hu...hu...sedihnyer....


Office lama kami dalam tragedi kebakaran



7 comments:

  1. Bestla. ofis baru chor. Kitaorang takder lagi nih.

    ReplyDelete
  2. dapat ofis baru..bonus pun mesti byk juga tahun ni...aku jgk yang x dapt bonus.....

    ReplyDelete
  3. Hang mintak la tukark kat bhg. aku sebelum bulan 5 ni...nanti boleh la ikut sekali pindah ke office baru kita tu.....

    ReplyDelete
  4. ofis baru macam x kena saja susunannya...

    ReplyDelete
  5. Baru dan cantik sekejap je tu...lepas ni hampa tengok laaa, berserabut macam gambark office lama balik la tuuu...

    ReplyDelete
  6. Negatif betul la fikiran budak niii...
    Nak kena sekeh kejap lagi niiii...

    ReplyDelete
  7. zoom kat tempat saya jer... ;p

    ReplyDelete