Thursday, December 31, 2009

Hari Keluarga 2009

Hari keluarga ini diadakan pada 25 Disember 2009 pukul 8 malam bertempat diperkarangan rumah ibu mertua aku iaitu Pn. Hasnah di Rembau, Negeri Sembilan. Kebetulan pula tarikh tersebut adalah cuti umum sempena sambutan hari Krismas oleh penganut-penganut agama Kristian maka semua ahli keluarga dapat hadir. Adik Alin telah mengambil kesempatan untuk menyambut hari lahirnya yang ke 13 tahun yang kebetulan jatuh pada tarikh tersebut. Dua biji kek telah ditempah untuk majlis ini. Hidangan makanan dibuat secara BBQ.

Menu utama yang disediakan adalah dimasak secara gotong royong seperti satay, ikan bakar, kerang bakar, ayam panggang, nasi, kueh mueh serta minuman seperti sirap bandung cincau, fresh orange dan tea tarik.

Bang Lang sedang memilih lidi satay
yang hendak di bakar


Angah dan Bang Mok
sedang membakar ayam


Apit sedang membakar ikan sambil
diperhatikan oleh Alia dan Rini


Acara sukaneka untuk anak-anak juga telah diadakan dan bermula pada pukul 9 malam dengan acara pertama iatu pertandingan 'merebut kerusi' yang dimenangi oleh adik Alin yang berumur 13 tahun. Acara kedua pula adalah pertandingan 'meniup belon'. Pemenang bagi pertandingan meniup belon pula disandang oleh adik Ajib yang berumur 9 tahun.

Acara pertandingan merebut kerusi

Para peserta sedang bersedia
untuk pertandingan meniup belon


Pertandingan seterusnya adalah 'mengutip gula-gula'. Peserta yang dapat mengutip paling sedikit gula-gula (tidak diberitahu syarat ini) adalah diistihar sebagai juara. Adik Amal peserta termuda dalam pertandingan ini diistihar sebagai pemenang kerana hanya dapat mengutip gula-gula paling sedikit iaitu sebanyak 14 biji sahaja. Beliau berumur 6 tahun.

Lina dan Bob sedang membantu adik Amal dan Azam
mengira gula-gula yang dapat dikutip


Dalam peraduan 'meneka gula-gula didalam botol, Adik Azam telah berjaya meneka dengan tepat jumlah gula-gula iaitu sebanyak 333 biji. Acara kemuncak pada malam tersebut adalah 'cabutan tiket bertuah'. Sebanyak 15 cabutan telah dbuat dan ibu mertua aku iaitu Pn. Hasnah telah diberikan penghormatan untuk membuat cabutan tersebut.

Yati sedang mengedar nombor-nombor
untuk cabutan bertuah



Pn. Hasnah diberi penghormatan untuk
membuat cabutan no. bertuah


Bagi menghiburkan hati anak-anak yang tidak memenangi sebarang hadiah, aku telah membawa kesemua mereka ke 'Pedas Wet World' yang terletak lebih kurang 6 km. dari rumah ibu mertua aku untuk bermain air dan bermandi manda.


Gambar-gambar yang telah dirakam
di Pedas Wet World