Saturday, June 22, 2013

ARAHAN MEMADAMKAN ARTIKEL KEMALANGAN MAUT DI BUKIT 7, KUALA LIPIS MERAPOH, PAHANG...

Setiap orang yang mengalami tragedi yang melibatkan keluarga tersayang akan trauma dan menanggung kesedihan yang amat sangat apatah lagi jika kemalangan yang berlaku telah meragut nyawa. Itulah yang berlaku kepada En. Azman Ghani yang merupakan anak kepada Allahyarham Hj. Ghani serta isterinya yang maut dan anak perempuan mereka yang mengalami cedera parah dalam kemalangan yang berlaku antara kereta Wira dan lori balak pada 15 Mei 2013 lalu ketika pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Kejadian yang berlaku, sempat aku rakamkan ketika pasukan bomba, Polis dan Ambulance belum tiba di lokasi. Video rakaman serta gambar-gambarnya telah aku siarkan di blog ini pada malam itu juga apabila pulang ke hotel dalam rangka lawatan kerja ke Wilayah Pahang.  

Dua klip video yang diupload ke Youtube telah menjadi perhatian ramai dan dalam masa sebulan sahaja seramai 11,000 pelayar telah menontonnya apatah lagi video yang dirakam sangat jelas dan berstatus HD apabila diproses oleh pengendali Youtube.

Komen-komen yang diberi oleh penonton samada melalui youtube atau dibaca didalam blog rata-ratanya sangat bersimpati kepada mangsa dan keluarga manakala sebahagiannya pula memberi nasihat kepada pemandu-pemandu lain supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di jalanraya dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Sebagai seorang blogger, aku sentiasa bersedia dengan kamera, buku catatan, beberapa batang pen dan pensil serta alat perakam suara walau kemanapun aku pergi kerana setiap saat dan ketika bahan-bahan berita sentiasa menanti secara sedar atau tidak untuk dilaporkan.

Setiap laporan yang akan aku keluarkan telah diambilkira dari segi kesan kepada orang ramai serta tidak menjatuhkan maruah serta mengaibkan mereka. Walaubagaimanapun ada masa-masanya bahan yang aku keluarkan, pada pandanganku tidak ada apa-apa yang boleh dipersoalkan tetapi sebaliknya menjadi sensitif kepada orang lain dan aku akur jika sekiranya ia minta dipadamkan.    

Begitulah yang terjadi kepada berita kemalangan itu. Suatu hari aku menerima komen melalui blog di mana salah seorang keluarga mangsa meminta supaya gambar-gambar mangsa kemalangan yang auratnya telah terbuka secara tidak sengaja ketika kemalangan terutamanya 'tudung kepala' atau selendang yang tercabut semasa dirakam dipadam dan aku telah membuang beberapa keping gambar yang menggambarkan keadaan itu.

Kemuncaknya pada semua laporan kemalangan yang disiarkan itu ialah apabila aku menerima satu email  menerusi gmail daripada anak Allahyarham yang meminta dan merayu supaya aku memadamkan rakaman tersebut di dalam Youtube.

Email yang disampaikan berbunyi seperti berikut:

salam ahmad jais,saye selaku anak arwah mintak budi bicara saudara untuk keluarkan videos kemalangan dekat bukit 7 antara kerata dgn lori balak pada 15-5-2013 di youtube.kemalangan itu membabitkan arwah ayah dan mak saya serta adik saya.mak saya meninggal dunia pada 16-5-2013 di wad ICU hospital termerloh.saudara boleh menghubungi atau sms sy di no....... untuk kepastian.nama saya azman.saya harap dan merayu agar en ahmad jais boleh mengeluarkan video itu.sekian terima kasih.


Bagi menghormati permintaan tersebut, aku segera memadamkan kesemua klip video kemalangan didalam youtube dan artikelnya sekali di dalam blog walaupun ketika itu artikel mengenainya menduduki ranking yang ke 3 terbaik berdasarkan dibuka dan dibaca oleh pelayar dan termasuk di dalam 10 popular post daripada semua artikel aku berjumlah sebanyak 378 buah.



Setelah memadamkan artikel tersebut, aku lantas menghantar SMS kepada anak Allahyarham Azman Ghani yang berbunyi seperti berikut:


Assalam. Semua video dlm youtube dan artikel dlm blog saya dah delete. berbanyak maaf dan keampunan saya pohonkan diatas penyiaran tersebut. tujuan saya hanyalah utk berkongsi pengalaman dan maklumat. Salam persahabatan dari saya Ahmad Jais. Tq.

Dan selang beberapa minit kemudian En. Azman telah membalas SMS yang dikirimkan berbunyi seperti berikut:

wslm. terima kasih byk kerana sudah delete video itu. sy sebagai wakil keluarga sekali lg ucap berbyk terima kasih. salam persahabatan dari sy. fb sy ...........add sy.

Semoga keluarga En. Azman tabah menghadapi dugaan ini dan didoakan semoga roh kedua-dua ibu bapa mereka di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.....Alfatihah.....Amin...

Sunday, June 16, 2013

MENJEJAKI KESULTANAN MELAYU KUTARINGIN...

Di Wilayah Kalimantan Tengah, (Indonesia), pernah terdiri sebuah Kerajaan Melayu yang bernama Kutaringin. Kadangkala, nama negeri ini juga dieja sebagai Kota Waringin.

Kerajaan ini merupakan satu-satunya Kerajaan Melayu yang bertahan agak lama di Indonesia iaitu sejak abad ke 16 hinggalah ke abad ke 19 dengan 14 orang Sultan kesemuanya yang pernah memerintah.   

Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal iaitu dalam kitab 'Negarakertagama' iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada Wilayah Tanjung Negara yang tunduk kepada empayar Majapahit. 

Pada asalnya, Wilayah Kutaringin ini adalah di bawah pengaruh Kerajaan Banjar yang berpusat di Kalimantan Selatan. Sebelum wujudnya sultan yang memerintah kawasan tersebut, Raja-raja Kerajaan Banjar yang menguasai kawasan pantai selatan dan tenggara Pulau Borneo telah mengirimkan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai termasuklah di Wilayah Kutaringin.

Bahkan para Sultan Kutaringin sebenarnya adalah berketurunan dari Dinasti Banjar. Raja Pertamanya iaitu Pangeran Dipati Anta-Kasuma merupakan anak keempat kepada Sultan Banjar ke 4 iaitu Sultan Mustain Billah.

Pangeran Dipati Anta-Kasuma telah menggantikan bapa mertuanya, Dipati Ngganding yang sebelum itu merupakan Adipati (lebih kurang seperti Gabenor) untuk menjadi penguasa Negeri Kutaringin tetapi masih di bawah pengaruh Kerajaan Banjar. 

Disebabkan itulah Raja-raja Negeri Kutaringin kebiasaannya memakai gelaran Pangeran jika berada di Negeri Banjar, tetapi menggunakan gelaran Sultan di negerinya sendiri. Kerajaan Kutaringin ini mencapai zaman kemuncaknya ketika era pemerintahan rajanya yang ke 7 iaitu Pangeran Ratu Bengawan sekitar kurun ke 18.

Semasa fasa awal pasca kemerdekaan Indonesia, iaitu pada awal Januari 1946, Negeri Kutaringin telah diduduki oleh Belanda dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Negara Dayak Besar, sebuah negara yang disokong oleh penjajah Belanda bagi memecahbelahkan republik tersebut.

Walaubagaimanapun Negeri Kutaringin secara rasminya telah bergabung semula dalam kesatuan Republik Indonesia pada 1 Mei 1950 dan negeri ini ditukar statusnya menjadi sebuah Kabupaten di dalam Wilayah Kalimantan Tengah.

Dengan berakhirnya kedaulatan Kutaringin, maka para bangsawan dan kerabat Di Raja Kutaringin tidak lagi memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan. Hanya beberapa keturunan sultan dan bangsawan sahaja yang sebelum ini sudah bekerja sebagai pegawai pemerintahan tetap memegang jawatan di dalam pemerintahan Indonesia yang merupakan sebuah negara bercorak Republik.

Pada hari ini, sebagaimana yang berlaku di Wilayah lain di Indonesia, para waris Kerajaan Kutaringin telah sepakat untuk mengangkat salah seorang zuriat kerabat mereka untuk bertindak sebagai Sultan Kutaringin yang baru bagi tujuan melestarikan budaya tempatan dan sebagai penjaga kepada pusaka Kerajaan Kutaringin termasuklah adat istiadat dan peninggalan leluhur mereka.

Pangeran Alidin Sukma Alamsyah, zuriat kanan kesultanan tersebut telah terpilih dan telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kutaringin ke 15 dengan gelaran Sultan Alidin Sukma Alamsyah pada 16 Mei 2010 yang lalu.

Pangkalan Bun adalah ibukota Kabupaten Kotawaringin Barat, wilayah Kalimantan Tengah. Menurut sejarahnya, kawasan ini awalnya dikenali dengan nama Pangkalan Bun yang ertinya pelabuhan (pangkalan) di tepi Sungai Bun. Salah satu bangunan peninggalan Kesultanan Kutaringin di Pangkalan Bun ialah bangunan-bangunan berbentuk rumah kayu berukuran besar tersebut memberi nilai sejarah tersendiri bagi kota yang memiliki kebun kelapa sawit terbesar di Kalimantan itu.

Bangunan Kesultanan Kutaringin menjadi salah satu tumpuan pelancong bukan hanya untuk masyarakat luar Kalimantan, tetapi juga masyarakat sekitar.

Dipetik dari Variasari Jun 2013.

Sunday, June 9, 2013

MAKSPEN 2013...

Sukan MAKSPEN Kali ke X11 ini telah berlangsung di Bandar Penawar, Johor bermula 5 hingga 9 Jun 2013 di mana pada kali ini KEJORA telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan temasya sukan  Dwi Tahunan setiap 2 tahun sekali bagi 19 buah agensi yang berada di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Sebanyak 20 acara sukan telah disahkan untuk dipertandingkan pada kejohanan MAKSPEN XII JOHOR 2013 kali ini. Acara-acara tersebut adalah Dart, Batu Seremban, Ping Pong, Karom, Tenis, Futsal, Takraw, Bola Sepak, Badminton, Bola Tampar, Bola Tampar pantai, Bakat, Bola Jaring, Congkak, Bowling, Boling Padang, memancing laut Dalam, Petanque, Golf dan Merentas Desa. 

Saksikan gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang 5 hari 4 malam sukan ini berlangsung, Semoga para pembaca puashati dan jangan lupa beri sedikit komen di kotak komentar di akhir artikel ini. Terima kasih.



KEJORA Sebagai tuan rumah pada kejohanan kali ini
bertempat di Bandar Penawar, Johor...

Banner MAKSPEN 2013 

Tempat penginapan athlet di Kolej Professional MARA... 


Apartmen penginapan athlet lelaki FELCRA Berhad... 

Apartmen penginapan athlet wanita FELCRA Berhad... 

Masjid untuk athlet FB beribadat 
sepanjang kejohanan berlangsung... 



MAJLIS PERASMIAN 
Disempurnakan oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)...

Stadium Penawar tempat berlangsungnya majlis perasmian
 dan penutup Sukan MAKSPEN KE X11...














Kontinjen FELCRA Berhad...



Kontinjen JAKOA...


Kontinjen KEDA...


Kontinjen KEMAS...

 
Kontinjen KETENGAH...

 
Kontinjen KESEDAR...


Kontinjen KKLW...


Nama-nama kontinjen di bawah ini akan 
dinyatakan kemudian sebab tidak pasti... 











 









Kontinjen FELCRA Berhad
mengambil tempat selepas perarakan... 








Persembahan kebudayaan...










Pertunjukan bunga api...







Perarakan bendera rasmi kejohanan...



Upacara menaikkan bendera kejohanan...




Pasukan koir mempersembahkan lagu 
Kejohanan MAKSPEN 2013 yang dicipta khas...



Bacaan Ikrar...


Jurugambar rasmi Kontinjen...




SESSI MEMPERKENALKAN PASUKAN OLEH KETUA KONTINJEN DAN
 PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA TIMBALAN MENTERI...








































Dato' Hj. Ramlee Abu Bakar (Pengurus Besar Kumpulan Kewangan FB.) 
sedang memperkenalkan pasukan serta menyampaikan
cenderahati kepada Timbalan Menteri ...






En. Mohammad Abd. Rahman selaku Ketua Kontinjen FELCRA Berhad 
bersama athlet merangkap peserta perbarisan...











Perarakan keluar semua kontinjen...



PASUKAN FELCRA BERHAD...
 
Pasukan Golf di ketuai oleh Pengurus Pasukan
 Tn. Hj. Mohd Zikri b. Ibrahim... 
 

 Semua pemain Golf bergambar di hadapan Puteri Golf Resort...

Pasukan bowling di ketuai oleh 
En. Hamam Hj. Yahya (Kanan sekali)... 

Pasukan Ping Pong di ketua oleh 
Pengurus Pasukan Tn. Hj. Ahmad b. Hj. Salleh (Kanan sekali)...

Pasukan Sepaktakraw di ketuai oleh 
Pengurus Pasukan Tn. Hj. Ismail Hussain (bertopi)

Pasukan Bola Jaring di ketuai oleh Pengurus Pasukan 
Pn. Zuraidah Mohamad (barisan belakang kanan sekali) 

Pasukan FUTSAL veteran di ketuai oleh Pengurus Pasukan
En. Azriman Ridzuan (Tiada dalam gambar)...  

Pasukan Bola Tampar di ketuai oleh 
Pengurus Pasukan En. Ir. Mazlan (Kanan Sekali)...

Pasukan Pentaque di ketuai oleh Pengurus Pasukan 
Tn. Hj. Saifuddin Omar (tiada dalam gambar)...

Pasukan Karom di ketuai oleh Pengurus Pasukan 
Tn. Hj. Zailani Mohd Yusoff (barisan belakang no 2 dari kanan)

Pasukan Merentas Desa di ketuai oleh Pengurus Pasukan
En. Eisa Hj. Mohamed (baju batik)...

Pasukan Memancing Laut Dalam bergambar 
sebelum bertolak ke Sedili untuk memulakan cabaran...   


PASUKAN TIADA DALAM GAMBAR:

Badminton, Tenis, Dart, Batu Seremban Congkak dan Bakat...


 ACARA-ACARA SUKAN SEDANG BERLANGSUNG...

Pengadil pertandingan Sepaktakraw...















Libasan Maut killer RISDA...

Dato' Hj. Ramlee Abu Bakar bersama pasukan
bersiap untuk ke padang Golf...


 Dato' Hj. Ramlee Abu Bakar
(Pengurus Besar Kumpulan Kewangan FB.)
En. Idris Lasim (Pengurus Besar Wilayah Sarawak)
juga salah seorang pemain golf FELCRA Berhad...


Dato' Hj. Ramlee sedang bersedia untuk memukul bola...


Detik-detik menarik semasa bola dipukul
oleh Dato' Hj. Ramlee yang berjaya dirakam...






































































































                             


















Pasukan Karom FELCRA Berhad sedang 
memanaskan badan sebelum perlawanan bermula...



















































































Pengadil Bola Jaring...





























 













































































































































En. Mansor, Pelari Kategori Lelaki Veteran FELCRA Berhad...










Pelari Kategori Lelaki Junior FELCRA Berhad...



En. Premarajan, Pelari Kategori Lelaki Veteran FELCRA Berhad...






Pelari Kategori Wanita Junior FELCRA Berhad...




En. Rahman Isa, Pelari Kategori Lelaki Veteran FELCRA Berhad...




Pelari Kategori Wanita Junior FELCRA Berhad...



Pelari Kategori Junior FELCRA Berhad...



En. Zulkifli Mamat, Pelari Kategori Veteran FELCRA Berhad...











Pelari Kategori Junior FELCRA Berhad...



En. Azmir, Pelari Kategori Junior FELCRA Berhad...




PERLAWANAN BOLATAMPAR SEPARUH AKHIR 
FELCRA BHD. VS KETENGAH...







































FELCRA Bhd. mengalahkan KETENGAH
pada perlawanan Separuh Akhir 3 - 1


PERLAWANAN AKHIR BOLA TAMPAR 
FELCRA BERHAD VS MARA























Pemain FELCRA Berhad bersorak gembira setelah
mengalahkan MARA 3 - 1 dan merangkul juara...















Kiri :En. Idris Lasim, (Pengurus Besar Wilayah Sarawak)
dan En. Samsuddin Jumian  (Pen. Pengurus Pasukan Golf)
 turut datang memberi sokongan


Dari kiri: Tn. Hj. Zulkifli Sidek (Pengurus Besar Wilayah Johor),
Tn. Hj. Ahmad Shaari (Ketua Penyelaras TMO),
Dato' Hj. Ramlee Abu Bakar (PBK Kewangan)
dan En. Fisol dari Pejabat Wilayah Utara






AJ dan En. Idris Lasim (PBW Sarawak)...
 
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH...




























KEPUTUSAN PERLAWANAN DIAMBIL
SEBELUM PERLAWANAN AKHIR BOLATAMPAR
IAITU PERLAWANAN TERAKHIR YANG MELIBATKAN
PASUKAN FELCRA BERHAD PADA HARI TERAKHIR 
KEJOHANAN MAKSPEN 2013...



















Pasukan FELCRA Berhad
Juara Memancing Laut Dalam...

Manakala satu lagi team
menduduki tempat ke 3 Memancing Laut Dalam

Kompang sampai pecah dikerjakan oleh penyokong-penyokong
yang terdiri dari anak-anak peserta FELCRA Sg. Ara dan Sg. Layau, Johor...

AJ dan Fisol di banner FB...

"Datang dengan harapan pulang dengan kejayaan"
4 jejaka ini pula datang dengan misi yang berbeza...

JUMPA LAGI DI MAKSPEN KE 13 TAHUN 2015
DENGAN KEDA SEBAGAI TUAN RUMAH
BERTEMPAT DI LANGKAWI (TERTAKLUK KEPADA PINDAAN)
BYE....BYE...