Monday, September 29, 2014

ASAL USUL MALIM KUNDANG...

Pengkaji sejarah, Shariff M. Salleh yang merujuk kepada Terombol Tembaga yang dimilikinya berkata Malim Kundang yang disumpah menjadi batu oleh ibunya, bukan satu dongengan tetapi ia memang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita satu ketika dahulu.

Menurutnya, nama Malim Kundang ialah Naza, dilahirkan di Kampung Sungai Panchor, Kota Tinggi. Ibunya orang tempatan manakala bapanya dari Sumatera Barat. 

Sejak kecil, bapanya telah meninggal dunia. Oleh kerana rindukan bapanya, beliau sering menziarahi kubur bapanya. Rindu terhadap bapanya itu akhirnya beliau digelar Kundang (rindu), manakala gelaran Malim bermakna nakhoda.

Ketika usianya 17 tahun, beliau meminta izin dari ibunya untuk merantau selama tiga purnama (lebih kurang 3 bulan), bagaimanapun beliau tidak pulang-pulang sehingga lebih 10 tahun. 

Beliau dikatakan telah merantau sehingga ke Sumatera Barat. Selama tempoh itu, dari seorang budak kapal beliau akhirnya berjaya menjadi seorang nakhoda yang berjaya.

Beliau kemudiannya berkahwin dengan anak pengusaha kapal iaitu majikanya sendiri. Isterinya bernama Radiah, juga berasal dari Sumatera Barat. 

Beliau yang memang mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu dan bapanya, rasa rindu untuk kembali menemui ibunya dan menziarahi kubur bapanya. 

Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk kembali ke kampung Panchor. Setibanya di hadapan kampung itu, iaitu di Pulau Tembolo (yang masih ada sekarang), beliau pun menurunkan sauh kapalnya. Anak-anak kampung yang sedang menangkap ikan mengenali Malim Kundang lalu memberitahu ibunya bahawa Kundang sudah pulang.

Si ibu yang benar-benar merindui anaknya tanpa melengahkan masa terus pergi menemui anaknya di kapal berkenaan. Beliau dikatakan datang tergesa-gesa tanpa memakai pakaian yang elok. 

Akibat keadaan ibunya yang tidak begitu terurus rupanya, Malim Kundang serba salah untuk mengakui itu ibunya, walaupun ibunya beberapa kali memanggil dan meminta kembali ke kampung halamannya. Tambah lagi, beliau malu dengan isterinya yang cantik lagi berada berbanding dengan ibunya yang begitu memalukannya.

Apabila ia enggan mengakui perempuan itu sebagai ibunya, ibunya lalu bersumpah dengan kata-katanya…
“Andainya air susu ini telah diminum oleh anakku Kundang, kau turunkanlah balasan keatasnya ya Allah…derhaka kau…!!!

Setelah disumpah ibunya, beliau segera mengarahkan anak kapalnya agar menaikkan sauh yang didapati tersangkut. Beliau lalu mengarahkan agar sauh itu dipotong. Dengan serta merta sauh itu terus menjadi batu.

Sauh itu dikatakan masih ada hingga kini, walaubagaimanapun ia lebih dikenali oleh penduduk di sini sebagai ‘Sauh Acheh’. Tetapi menurut Shariff, sauh itu sebenarnya sauh Malim Kundang.

Sewaktu di tengah lautan dalam pelayaran Malim Kundang kembali ke Sumatera Barat, tiba-tiba kapalnya terkena ribut. Ketika itu beliau menyedari akan menerima balasan atas kesalahan dan sikap derhaka terhadap ibunya. Beliau lalu berpantun:

“Kota Padang Kota Terendam,
Nampak dari Tanjung Perigi,
Sedap terpandang hati terkenang,
Tak sedar merosak ibu sendiri…”

Selepas berpantun, kapalnya dilanda ribut terus pecah dan akhirnya kesemua mereka mati terdampar di Pantai Air Manis, Sumatera Barat. Di situ juga beliau terus menjadi batu akibat sumpahan ibunya.

Di pantai tersebut ketika ini terdapat rupa bentuk batu menyerupai seorang yang sedang menyembah bumi meminta ampun pada seseorang. Di situ juga terdapat peralatan pelayaran seperti tali, kemudi, bekas minuman dan sebagainya yang semuanya menjadi batu.

Dengan penjelasan ini di harap kita dapat membetulkan kembali catatan tentang kisah Malim Kundang ini. Pertamanya ia bukan satu dongeng tetapi ia kisah nyata. Kisah sejarah keluarganya adalah di tempat kita iaitu di Kampung Panchor bukannya di Sumatera Barat.

Sehubungan itu Shariff berkata ia tidak adil dan tidak benar sama sekali apabila orang ramai hari ini mengatakan bahawa lagenda Malim Kundang itu berlaku di Sumatera Barat.

Oleh itu, perlu rasanya satu usaha mengenal pasti dan memajukan kesan tempat tinggalnya di Kampung Panchor. Selain itu, sejarah sauh Malim Kundang juga perlu diperbetulkan dan catatan berkaitan kehidupan nakhoda itu perlu di tulis semula di sini.

Sesungguhnya sejarah bangsa kita memang ada kaitan dengan sejarah dan penduduk di nusantara, samada di Riau, Jawa mahupun Sumatera.

Dipetik dari majalah Wawancara Mac 1998 (m/s 51-53)

Saturday, September 27, 2014

KEADAAN HARI KIAMAT MENURUT AYAT-AYAT AL-QURAN....

Gambar hiasan...
Aku semakin takut dan gementar melihat keadaan manusia yang sudah hilang pertimbangan. Perlakuan mereka seolah-olah mereka tidak percaya akan adanya hari pembalasan. Mereka menyangka bahawa mereka akan hidup selamanya dan tidak akan mati. Kisah-kisah dan gambaran tentang siksaan api neraka sedikitpun tidak menggentarkan mereka kerana bagi mereka yang kufur dan zalim itu bahawa semua itu adalah sebuah cerita dongeng dan tidak masuk akal yang sengaja digunakan untuk menakut-nakutkan mereka.

Kebanyakan manusia berpaling dari kehidupan akhirat kepada kehidupan dunia, melupakan tugas-tugas mereka yang sebenarnya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Mereka juga lupa kemana mereka akan pergi selepas meninggalkan dunia yang fana ini.

Mereka belum mempersiapkan sesuatu untuk diri mereka sendiri sebagai bekal untuk menghadapi hari itu. Setelah berlaku kematian maka sesalan sudah tidak berguna lagi.

Di dalam al-Quran, banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang terjadinya hari kiamat itu dan bagaimana keadaan manusia semasa menghadapinya. Dunia yang dipuja-puja selama ini tidak menjanjikan apa-apa sebaliknya digoncangkan sehingga menjadi debu yang berterbangan. 

Bagi menggambarkan semua itu maka di bawah ini dibawakan potongan-potongan ayat-ayat al-Quran tentang keadaan hari kiamat yang pasti akan terjadi sepertimana yang telah dijanjikan agar kita semua insaf dan kembali ke pangkal jalan.        

Allah S.W.T. berfirman:

"Maka pada hari itu berlakulah hari kiamat. Dan terbelahlah langit kerana pada hari itu langit menjadi lemah, dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit dan pada hari itu, lapan malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari hadapanmu yang tersembunyi (bagi Allah)."
(Surah al-Haqqah [69]: 15-18)

Dan Allah S.W.T. berfirman:

"Dan dengarkanlah (seruan) pada hari (ketika) penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat, (iaitu) pada hari (ketika) mereka mendengar suara dahsyat dengan sebenarnya. Itulah hari keluar (dari kubur). Sesungguhnya Kami yang menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kami tempat kembali (semua makhluk). (Iaitu) pada hari (ketika) bumi terbelah, mereka keluar dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami."
(Surah Qaf [50]: 41-44)

Allah S.W.T. berfirman:

"Sungguh, di sisi Kami ada belenggu-belenggu (yang berat) dan neraka yang menyala-nyala. Dan (ada) makanan yang menyumbat di kerongkongan dan azab yang pedih. (Ingatlah) pada hari (ketika)) bumi dan gunung-gunung bergoncang keras, dan menjadilah gunung-gunung itu seperti longgokan pasir yang dicurahkan. Sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul (Muhammad) kepada kamu yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus seorang Rasul kepada Fir'aun. Namun Fir'aun menderhakai Rasul itu, maka Kami seksa dia dengan seksaan yang berat. Lalu bagaimanakah kami akan dapat menjaga dirimu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban. Langit terbelah pada hari itu. Janji Allah pasti terlaksana."
(Surah al-Muzammil [73]: 12-18)

Allah S.W.T. berfirman:

"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami dengan jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan kami berkata, "Datangkanlah kitab selain al-Quran ini atau gantilah, Katakanlah (Muhammad), "Tidaklah layak bagiku menggantinya atas kemahuanku sendiri. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku. Aku henar-benar takut akan azab hari yang besar (Kiamat) jika menderhakai Tuhanku."
(Surah Yunus [10]: 15)

Allah S.W.T.berfirman:

"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami perjalankan gunung-gunung dan engkau akan melihat bumi itu rata dan Kami kumpulkan mereka (seluruh manusia), dan tidak Kami tinggalkan seorangpun dari mereka. Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. (Allah berfirman), "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada pertama kali, bahkan kamu menganggap bahawa Kami tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (berbangkit untuk memenuhi) perjanjian. Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya, dan mereka dapati (semua) apa yang telah engkau kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun."

(Surah al-Kahfi [18]: 47-49)

Allah S.W.T.berfirman:

"Dan mereka tidak mengagungkan Allah sebagaimana mestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari Kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan. Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua (makhluk) yang di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sekali lagi (sangkakala itu) maka seketika itu mereka bangun (dari kuburnya) menunggu (keputusan Allah). Dan bumi (padang Mahsyar) menjadi terang benderang dengan cahaya (keadilan) Tuhannya, dan buku- buku (perhitungan perbuatan mereka) diberikan (kepada masing-masing), nabi-nabi dan saksi-saksi pun dihadirkan, lalu diberikan keputusan di antara mereka secara adil, sedang mereka tidak dirugikan. Dan kepada setiap jiwa diberi balasan dengan sempurna sesuai dengan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan."

(Surah az-Zumar [39]: 67-70)

Allah S.W.T. berfirman:

"Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak ada juga mereka saling bertanya. Barang siapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang mendapat keberuntungan. Dan barang siapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di neraka Jahanam."

(Surah al-Mukminun [23]: 101-103) 


Dan Allah S.W.T. berfirman:

(Ingatlah) pada hari ketika langit menjadi bagaikan cairan tembaga. Dan gunung-gunung bagaikan bulu (yang berterbangan). Dan tidak ada seorang teman karib pun menanyakan temannya. Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya. Dan isterinya dan saudaranya. Dan keluarga yang melindunginya (di dunia). Dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya. Sama sekali tidak! Sesungguhnya neraka itu api yang bergejolak. Yang mengelupaskan kulit kepala. Yang memanggil orang yang membelakangi dan yang berpaling (dari agama). Dan orang yang mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya."

(Surah al-Maarij [70]: 8-18)

Allah S.W.T. berfirman:

Maka apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua). Pada hari itu manusia lari dari saudaranya. Dan dari ibu dan bapanya Dan dari isteri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkannya. Pada hari itu ada wajah-wajah yang berseri-seri. Tertawa dan gembira ria. Dan pada hari itu ada (pula) wajah-wajah yang tertutup debu (suram). Tertutup oleh kegelapan (ditimpa kehinaan dan kesusahan). Mereka itulah orang-orang kafir yang derhaka "

(Surah Abasa [80]: 33-42)

Allah S.W.T. berfirman:

"Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang. Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya. Dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang melihat. Maka adapun orang yang melampaui batas. Dan lebih mengutamakan kehidupan dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal (nya) dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada (keinginan) hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kembali (nya). (Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari berbangkit, bilakah berlakunya."

(Surah an-Naziat [79]: 34-42)

Allah S.W.T. berfirman:

"Sekali-kali tidak! Apabila bumi digoncangkan berturut-turut dan diratakan serata-ratanya. Dan datanglah Tuhanmu; dan malaikat berbaris-baris. Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahanam; pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu. Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebaikan) untuk hidupku ini. "Maka pada hari itu tidak ada seorang pun yang mengazab seperti azab-Nya (yang adil). Dan tidak ada seorang pun yang mengikat seperti ikatan-Nya. Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai- Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

(Surah al-Fajr [89]: 21-30)

Allah S.W.T. berfirman:

"Sudahkah sampai kepadamu berita tentang (hari Kiamat)? Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk hina. (Kerana) mereka bekerja keras lagi kepayahan. Mereka memasuki api yang sangat panas (neraka). Diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas. Tidak ada makanan bagi mereka selain dari pohon yang berduri. Yang tidak menggemukkan dan yang tidak menghilangkan lapar. Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri. Merasa senang kerana usahanya (sendiri). (Mereka) dalam syurga yang tinggi. Di sana (mereka) tidak mendengar perkataan yang tidak berguna. Di sana ada mata air yang mengalir. Di sana ada pelamin-pelamin yang ditinggikan. Dan gelas-gelas yang tersedia (berdekatannya). Dan bantal-bantal sandaran yang tersusun. Dan permaidani-permaidani yang terhampar. Maka tidakkah mereka memperhatikan unta, bagaimana diciptakan."
(Surah al-Ghasiyyah [88]: 1-17)

Allah S.W.T. berfirman:

"Apabila terjadi hari kiamat. Terjadinya tidak dapat didustakan (disangkal). (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain). Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya. Dan gunung-gunung dihancur luluhkan sehancur-hancurnya, maka jadilah ia debu yang ber- terbangan. Dan kamu menjadi tiga golongan. laitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga). Mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah). Berada dalam syurga kenikmatan."
(Surah al-Waqiah [56]: 1-12)

Kemudian diceritakan pahala masing-masing ketiga golongan itu ketika dihadapkan kepada Allah S.W.T. seperti yang telah kami sebutkan dalam tafsiran surah-surah terakhir:

Allah S.W.T. berfirman:

"Maka berpalinglah engkau (Muhammad) daripada mereka pada hari (ketika) penyeru (malaikat) mengajak (mereka) kepada sesuatu yang tidak menyenangkan (hari pembalasan). Pandangan mereka tertunduk ketika mereka keluar dari perkuburan. Seakan-akan mereka belalang yang berterbangan. Dengan patuh mereka segera datang kepada penyeru itu. Orang kafir berkata, "Ini adalah hari yang sukar."

(Surah al-Qamar [54]: 6-8)
Allah S.W.T. berfirman:

"(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan mereka (manusia) berkumpul (di padang Mahsyar) menghadap Allah YangMaha Esa, Maha Perkasa. Dan pada hari itu engkau akan melihat orang yang berdosa bersama-sama diikat dengan belenggu. Pakaian mereka dari cairan aspal (tar), dan wajah mereka ditutup oleh api neraka. Agar Allah memberi balasan kepada setiap orang terhadap apa yang dia usahakan. Sesungguhnya Allah Maha cepat perhitungan-Nya, dan (al-Quran) ini adalah penjelasan (yang sempurna) bagi manusia, agar mereka diberi peringatan dengannya, agar mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang yang berakal mengambil pelajaran."

(Surah Ibrahim [14]: 48-52)

Allah S.W.T. berfirman:

"Dan berilah mereka peringatan akan hari yang semakin dekat (hari Kiamat, iaitu) ketika hati (menyesak) sampai di kerongkongan kerana menahan kesedihan, tidak ada seorang pun teman setia bagi orang yang zalim dan tidak ada baginya seorang penolong yang diterima (pertolongannya). Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada. Dan Allah memutuskan dengan kebenaran, sedang mereka yang disembah selain-Nya tidak mampu memutuskan dengan sesuatu apa pun. Sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Melihat."

(Surah Ghafir [40]: 18-20)

Allah S.W.T. berfirman:

"Sesungguhnya, Tuhanmu hanyalah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu. Demikianlah Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) sebahagian kisah (umat) yang telah lalu, dan sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu suatu peringatan (al-Quran) dari sisi Kami. Barang siapa berpaling darinya (al-Quran), maka sesungguhnya dia akan memikul bebanan berat (dosa) pada hari Kiamat. Mereka kekal di dalam keadaan itu. Dan sungguh buruk beban dosa itu bagi mereka pada hari Kiamat. Pada hari (Kiamat) sangkakala ditiup (yang kedua kali) dan pada hari itu Kami kumpulkan orang-orang yang berdosa dengan (wajah) biru muram. Mereka saling berbisik-bisik satu sama lain, "Kamu tinggal (di dunia) tidak lebih dari sepuluh (hari)." Kami lebih mengetahui apa yang akan mereka katakan, ketika orang yang paling lurus jalannya mengatakan, "Kamu tinggal (di dunia), tidak lebih dari sehari saja." Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang gunung-gunung, maka katakanlah, "Tuhanku akan menghancurkannya (pada hari Kiamat) sehancur-hancurnya. Kemudian Dia akan menjadikan (bekas gunung-gunung) itu rata sama sekali. (Sehingga) kamu tidak akan melihat lagi ada tempat yang rendah dan yang tinggi di sana." Pada hari itu mereka mengikuti (panggilan) penyeru (malaikat) tanpa herbelok-belok (membantah); dan semua suara tunduk merendah kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, sehingga yang kamu dengar hanyalah berbisik-bisik. Pada hari itu tidak berguna syafaat (pertolongan), kecuali dari orang yang telah diberi izin oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, dan Dia redhai perkataannya, Dia (Allah) mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang akan terjadi) dan apa yang di belakang mereka (yang telah terjadi), sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya. Dan semua wajah tertunduk di hadapan (Allah) Yang Hidup dan Yang Berdiri Sendiri. Dan sesungguhnya rugilah orang yang melakukan kezaliman."


Allah S.W.T. berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Infaklah sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim."

(Surah al-Baqarah [2]: 254)

Allah S.W.T. berfirman:

"Pada hari yang waktu itu ada wajah yang putih berseri, dan ada pula wajah yang hitam muram. Adapun orang-orang yang berwajah hitam muram (kepada mereka dikatakan), "Mengapa kamu kafir setelah beriman? Kerana itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu." Dan adapun orang-orang yang berwajah putih berseri, mereka berada dalam rahmat Allah (syurga); mereka kekal di dalamnya."

(Surah Ali Imran [3]: 106-107)

Allah S.W.T. berfirman:

"Dan tidak mungkin seorang nabi berkhianat (dalam urusan harta rampasan perang). Barang siapa berkhianat nescaya pada hari Kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu. Kemudian setiap orang akan diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi."

(Surah Ali Imran [3]: 161)

Allah S.W.T. bertfrman:

"Dan (ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (Muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan Kami turunkan Kitab (al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (Muslim)."
Surah an-Nahl [16]: 89)

Allah S.W.T. berfirman:

"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan seorang saksi (rasul) dari setiap umat, kemudian tidak diizinkan kepada orang yang kafir (untuk membela diri) dan tidak (pula) dibolehkan memohon ampunan. Dan apabila orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, "Ya Tuhan kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain Engkau." Lalu sekutu-sekutu mereka menyatakan kepada mereka, "Kamu benar-benar pendusta." Dan pada hari itu mereka menyatakan tunduk kepada Allah dan lenyaplah segala yang mereka ada-adakan. Orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka seksaan demi seksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerosakan."

(Surah an-Nahl [16]: 84-88)

Allah S.W.T. berfirman:

"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Sesungguhnya Dia pasti akan mengumpulkan kamu pada hari Kiamat yang tidak diragukan terjadinya. Siapakah yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?"
(Surah an-Nisa' [4]: 87)

Allah S.W.T. berfirman:

"Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya, apa yang dijanjikan itu pasti terjadi, seperti apa yang telah kamu ucapkan."

(Surah az-Zariyat [51]: 23)

Allah S.W.T. berfirman:

"(Ingatlah), pada hari ketika Allah mengumpulkan para rasul, lalu Dia bertanya (kepada mereka), "Apa jawapan (kaummu) terhadap (seruan)mu?" Mereka (para rasul) menjawab, "Kami tidak tahu (tentang itu). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib."

(Surah al-Maidah [5]: 109)

Allah berfirman:

"Maka sesungguhnya Kami pasti akan bertanya umat-umat yang telah diutus Rasul-rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami pasti akan bertanya (juga) Rasul-Rasul (Kami). Maka sesungguhnya akan Kami khabarkan kepada mereka (apa-apa yang telah mereka perbuat) sedang (Kami) mengetahui (keadaan mereka) dan Kami sekali-kali tidak jauh (dari mereka). Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barang siapa berat timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang yang beruntung. Dan barang siapa ringan timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang yang telah merugikan dirinya sendiri, kerana mereka mengingkari ayat-ayat Kami."

(Surah al-A'raf [7]: 6-9)

Allah S.W.T. berfirman:

"Pada hari ketika setiap diri mendapati segala kebajikan yang telah dilakukannya dihadapkan (kepadanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya, dia ingin antara dia dan hari itu ada masa yang jauh dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksa)-Nya. Dan Allah, Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya."

(Surah Ali Imran [3]: 30)

Allah S.W.T. berfirman:

"Sehingga apabila orang-orang yang berpaling itu datang kepada Kami (pada hari Kiamat) dia berkata, "Alangkah baiknya! Sekiranya (jarak) antara aku dan kamu seperti jarak antara timur dan barat! Memang (syaitan itu) teman yang paling jahat (bagi manusia)." Dan (harapanmu itu) sekali-kali tidak akan memberi manfaat kepadamu pada hari itu kerana kamu telah menzalimi (dirimu sendiri). Sesungguhnya kamu wajar bersama-sama dalam azab itu."

(Surah az-Zukruf [43]: 38-39)

Allah S.W.T. berfirman:

"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) itu Kami mengumpulkan mereka semuanya, kemudian Kami berkata kepada orang yang mempersekutukan (Allah), "Tetaplah di tempatmu, kamu dan para sekutumu." Lalu Kami pisahkan mereka, dan berkatalah sekutu-sekutu mereka, "Kamu sekali-kali tidak pernah menyembah kami." Maka cukuplah Allah menjadi saksi antara kami dengan kamu, sebab kami tidak tahu-menahu tentang penyembahan kamu (kepada kami)." Di tempat itu (padang Mahsyar) setiap jiwa merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya (dahulu) dan mereka dikembalikan kepada Allah, Pelindung mereka yang sebenarnya, dan lenyaplah daripada mereka apa (pelindung palsu) yang mereka ada-adakan.

(Surah Yunus [10]: 28-30)

Allah S.W.T. berfirman:

"Pada hari diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri! Dan meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya. Janganlah engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca al-Quran) kerana hendak cepat-cepat (menguasai)nya. Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya. Apabila Kami telah selesai membacakannya, maka ikutilah bacaannya."

(Surah al-Qiyamah [75]: 13-18)

Allah S.W.T. berfirman:

"Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari Kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu."

(Surah al-Isra' [17]: 13-14)

Allah S.W.T. berfirman:

"Dan berikanlah peringatan (Muhammad) kepada manusia pada hari (ketika) azab datang kepada mereka; maka orang yang zalim berkata, "Ya Tuhan kami, berilah kami kesempatan (kembali ke dunia) walaupun sebentar, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul." (Kepada mereka dikatakan), "Bukankah dahulu (di dunia) kamu telah bersumpah bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa? Dan kamu telah tinggal di tempat orang yang menzalimi diri sendiri, dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan."

(Surah Ibrahim [14]: 44-45)


Allah S.W.T. berfirman:


"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) langit pecah mengeluarkan kabut putih dan para malaikat diturunkan (secara) berpasukan. Kerajaan yang hak pada hari itu adalah milik Tuhan Yang Maha Pengasih. Dan itulah hari yang sulit bagi orang-orang kafir. Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang zalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatannya) seraya berkata, "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul. Alangkah celakanya aku! Betapa baiknya kalau aku tidak menjadikan si polan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari peringatan (al-Quran) ketika (al-Quran) itu telah datang kepadaku. Dari syaitan memang pengkhianat manusia."


(Surah al-Furqan [25]: 25-29)


Allah S.W.T. berfirman:


"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka bersama apa yang mereka sembah selain Allah, lalu Dia berfirman (kepada yang disembah), "Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?" Mereka (yang disembah itu) menjawab, "Maha Suci Engkau, tidaklah wajar bagi kami mengambil pelindung selain Engkau, tetapi Engkau telah memberi mereka dan nenek moyang mereka kenikmatan hidup, sehingga mereka melupakan peringatan; dan mereka kaum yang binasa." Maka sesungguhnya, mereka (yang disembah itu) telah mengingkari apa yang kamu katakan, maka kamu tidak akan dapat menolak (azab) dan tidak dapat (pula) menolong (dirimu), dan barang siapa di antara kamu berbuat zalim, nescaya Kami timpakan kepadanya rasa azab yang besar."


(Surah al-Furqan [25]: 17-19)


Allah S.W.T. berfirman:


"Sungguh (neraka) itu menyemburkan bunga api (sebesar dan setinggi) istana. Seakan-akan iring-iringan unta yang kuning. Celakalah pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan (kebenaran). Inilah hari, saat mereka tidak dapat berbicara. Dan tidak diizinkan kepada mereka mengemukakan alasan agar mereka dimaafkan. Celakalah pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan (kebenaran). Inilah hari keputusan (pada hari ini) Kami kumpulkan kamu dan orang-orang yang terdahulu. Maka jika kamu punya tipu daya, maka lakukanlah (tipu daya) itu terhadap-Ku."


(Surah al-Mursalat [77]: 32-39)

Allah S.W.T. berfirman:


"Dan (ingatlah) pada hari ketika Dia (Allah) menyeru mereka dan berfirman, "Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang dahulu kamu sangka (menjadi Tuhan dan dapat memberikan pertolongan)?" Orang-orang yang sudah pasti akan mendapatkan hukuman berkata, "Wahai Tuhan kami, mereka inilah orang-orang yang kami sesatkan itu; kami telah menyesatkan mereka sebagaimana kami (sendiri) sesat, kami menyatakan kepada Engkau berlepas diri (dari mereka). Bukanlah kami yang mereka puja dan taati. Dan dikatakan (kepada mereka), "Serulah sekutu-sekutumu," lalu mereka menyerunya, tetapi yang diseru tidak menyambutnya, dan mereka melihat azab. (Mereka itu berkeinginan) sekiranya mereka dahulu menerima petunjuk. Dan (ingatlah) pada hari ketika Dia (Allah) menyeru mereka, dan berfirman, "Apakah jawapanmu terhadap para rasul?" Maka gelaplah bagi mereka segala macam alasan pada hari itu, kerana itu mereka tidak saling bertanya."


(Surah al-Qasas [28]: 62-66)

Allah S.W.T. berfirman;


"Inilah hari, saat mereka tidak dapat berbicara. Dan tidak diizinkan kepada mereka mengemukakan alasan agar mereka dimaafkan. Celakalah pada hari itu, bagi mereka yang mendustakan (kebenaran)."


(Surah al-Mursalat [77]: 35-37)

Yakni mereka tidak boleh bercakap dengan hujah yang dapat memberi manfaat kepada mereka.


Allah S.W.T. berfirman:


"Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan (secara berdusta): "Demi Allah, ya Tuhan kami, tidaklah kami mempersekutukan Allah (dengan sesuatupun)." Lihatlah, bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri. Dan hilanglah daripada mereka sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan."


(Surah al-An'am [6]: 23-24)


Allah S.W.T. berfirman:


"(Ingatlah) pada hari (ketika) mereka semua dibangkitkan Allah, lalu mereka bersumpah kepada-Nya (bahawa mereka bukan orang musyrik) sebagaimana mereka bersumpah kepadamu; dan mereka menyangka bahawa mereka akan memperoleh sesuatu (manfaat). Ketahuilah, bahawa mereka golongan pendusta."

(Surah al-Mujadalah [58]: 18)

Allah S.W.T. berfirman:


"Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling berbantah-bantahan. Sesungguhnya (pengikut-pengikut) mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka), "Kamulah yang dahulu datang kepada kami dari kanan." (Pemimpin-pemimpin) mereka menjawab, "(Tidak), bahkan kamulah yang tidak (mahu) menjadi orang mukmin, sedangkan kami tidak berkuasa terhadapmu, bahkan kamu menjadi kaum yang melampaui batas. Maka wajarlah keputusan (azab) Tuhan menimpa kita, pasti kita akan merasakan (azab itu). Maka kami telah menyesatkan kamu, sesungguhnya kami sendiri orang-orang yang sesat." Maka sesungguhnya mereka pada hari itu bersama-sama merasakan azab. Sesungguhnya demikianlah Kami memperlakukan terhadap orang-orang yang berbuat dosa. Sesungguhnya, dahulu apabila dikatakan kepada mereka, "La ilaha illallah'' (Iidak ada tuhan selain Allah), mereka menyombongkan diri. Dan mereka berkata, "Apakah kami wajib meninggalkan sembahan kami kerana seorang penyair gila?" Padahal dia (Muhammad) datang dengan membawa kebenaran dan membenarkan rasul-rasul (sebelumnya)."


(Surah as-Saffaat [37] 27-37]

Allah S.W.T. berfirman:


"Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredarannya yang terakhir) kembalih ia seperti bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarannya. Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan. Dan Kami ciptakan (juga) untuk mereka (pengangkutan lain) seperti apa yang mereka tunggangi. Dan jika Kami menghendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan. Melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai waktu tertentu. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Takutlah kamu akan seksaan yang dihadapanmu (di dunia) dan azab yang akan datang (akhirat) agar kamu mendapat rahmat."


(Surah Yaasin [36]: 38-45)


Allah S.W.T. berfirman:


"Dan pada hari (ketika) terjadi Kiamat, pada hari itu manusia berpecah-pecah (dalam kelompok). Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka di dalam taman (syurga) bergembira. Dan adapun orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami serta (mendustakan) pertemuan hari akhirat, maka mereka tetap berada di dalam azab (neraka)."
 (Surah ar-Rum [30]: 14-16)

Allah S.W.T. berfirman:


"Oleh kerana itu, hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus (Islam) sebelum datang dari Allah suatu hari (Kiamat) yang tidak dapat ditolak, pada hari itu mereka terpisah-pisah. Barang siapa kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya itu, dan barang siapa mengerjakan kebajikan maka mereka menyiapkan untuk diri mereka sendiri (tempat yang menyenangkan)." 


(Surah ar-Rum [30]: 43-44)


Allah S.W.T. berfirman:


"Dan pada hari (ketika) terjadinya Kiamat, orang-orang yang berdosa bersumpah, bahawa mereka tinggal (dalam kubur) hanya sesaat (saja). Begitulah dahulu mereka dipalingkan (dari kebenaran). Dan orang-orang yang diberi ilmu dan keimanan berkata (kepada orang kafir), "Sungguh, kamu telah tinggal (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit. Maka inilah hari berbangkit itu, tetapi (dahulu) kamu tidak meyakini(nya). Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) permintaan maaf orang-orang yang zalim dan mereka tidak pula diberi kesempatan bertaubat lagi."


(Surah ar-Rum [30]: 55-57)

Allah S.W.T. berfirman:


"Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka semuanya kemudian Dia berfirman kepada para malaikat, "Apakah kepadamu mereka ini dahulu menyembah?" Para malaikat itu menjawab, "Maha Suci Engkau. Engkaulah pelindung kami, bukan mereka; bahkan mereka telah menyembah jin (yang derhaka yakni syaitan), kebanyakan mereka beriman kepada jin itu." Maka pada hari ini sebahagian kamu tidak berkuasa (mendatangkan) manfaat mahupun (menolak) mudarat kepada sebahagian yang lain. Dan Kami katakan kepada orang-orang yang zalim, "Rasakanlah olehmu azab neraka yang dahulu kamu dustakan."


(Surah Saba' [34]: 40-42)


Allah S.W.T. berfirman:


"Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutlah pada hari yang (ketika itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah pasti benar, maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah."


(Surah Luqman [31]: 33)

Allah S.W.T. berfirman:


"Sesungguhnya pada yang demikian itu pasti terdapat pelajaran bagi orang-orang yang takut kepada azab akhirat. Itulah hari ketika semua manusia dikumpulkan (untuk dihisab), dan itulah hari yang disaksikan (oleh semua makhluk). Dan Kami tidak akan menunda, kecuali sampai waktu yang sudah ditentukan. Ketika hari itu datang, tidak seorangpun yang berbicara, kecuali dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang sengsara dan ada yang berbahagia. Maka adapun orang-orang yang sengsara, maka (tempatnya) di dalam neraka, di sana mereka mengeluarkan dan menarik nafas dengan merintih. Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya, Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain), sebagai kurnia yang tiada putus putusnya"


(Surah Hud [11]: 103-108)

Allah S.W.T. berfirman:


"Sesungguhnya, hari keputusan adalah suatu waktu yang telah ditetapkan. (laitu) pada hari (ketika) sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong-bondong. Dan langit pun dibukakan, maaka terdapat beberapa pintu. Dan gunung-ganung pun diterbangkan (setelah dihancurkan) ke angkasa, lalu ia menjadi seperti debu yang berterbangan. Sesungguhnya, (neraka) Jahanam itu (sebagai) tempat pengintai (bagi penjaga yang mengawasi isi neraka). Menjadi tempat kembali bagi orang-orang yang melampaui batas. Mereka tinggal di sana dalam masa yang lama. Mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman. Selain air yang mendidih dan nanah. Sebagai pembalasan yang setimpal. Sesungguhnya dahulu mereka tidak pernah mengharapkan perhitungan. Dan mereka benar-benar mendustakan ayat-ayat Kami. Dan segala sesuatu telah Kami catat dalam suatu Kitab (buku catatan amalan manusia). Maka kerana itu rasakanlah! Maka tidak ada yang akan Kami tambahkan kepadamu selain azab. Sesungguhnya, orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan. (Iaitu) kebun-kebun dan buah anggur. Dan gadis-gadis yang sebaya umurnya. Dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman). Di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun (perkataan dusta). Sebagai balasan dan pemberian yang cukup banyak dari Tuhanmu. Tuhan (yang memelihara) langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya; Yang Maha Pengasih, tiada sesiapa pun yang diberi kuasa berbicara dengan Dia. Pada hari ketika roh, dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pengasih dan dia hanya mengatakan yang benar. Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barang siapa menghendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya, dan orang kafir berkata, "Alangkah baiknya seandainya dahulu aku jadi tanah."


(Surah an-Naba' [78]: 17-40)

Allah S.W.T. berfirman:


"Apabila matahari digulung. Dan apabila bintang-bintang berjatuhan. Dan apabila gunung-gunung dihancurkan. Dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak terurus). Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan. Dan apabila lautan dipanaskan. Dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh). Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. Kerana dosa apa dia dibunuh? Dan apabila lembaran-lembaran (catatan amal) telah dibuka lebar-lebar. Dan apabila langit dilenyapkan. Dan apabila neraka Jahim dinyalakan. Dan apabila syurga didekatkan. Setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya."
(Surah at-Takwir [81]: 1-14)

Allah S.W.T. berfirman:


"Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan. Dan apabila lautan dijadikan meluap. Dan apabila kuburan-kuburan dibongkar. (Maka) setiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikan(nya). Wahai manusia! Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pengasih. Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang. Dalam bentuk apa saja yang dikehendaki, Dia menyusun tubuhmu. Sekali-kali jangan begitu! Bahkan kamu mendustakan hari pembalasan, dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu). Yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang penuh) kenikmatan. Dan sesungguhnya orang-orang yang derhaka benar-benar berada dalam neraka. Mereka masuk ke dalamnya pada hari pembalasan. Dan mereka tidak mungkin keluar dari neraka itu. Dan tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (Iaitu) pada hari (ketika) seseorang sama sekali tidak berdaya (menolong) orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah."


(Surah al-Infithar [82]: 1-19)

Allah S.W.T. berfirman:


"Apabila langit terbelah. Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh. Dan apabila bumi diratakan. Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong. Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemui-Nya. Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya, Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah. Dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah belakang. Maka dia akan berteriak, "Celaka aku!" Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). Seungguhnya, dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan keluarganya (yang sama-sama kafir). Sesungguhnya dia mengira bahawa dia tidak akan kembali (kepada Tuhannya). Tidak demikian, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya."
(Surah al-Insyiqaaq [84]: 1-15)


Imam Ahmad berkata, Abdul Razak menceritakan kepada kami Abdullah bin Yahya, As-Shariany Al-Qadhi mengkhabarkan kepada kami bahawasanya Abdurrahman bin Yazid Ashariany mengkhabarkan kepadanya, Ibnu Umar berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang ingin dimudahkan melihat hari kiamat dengan mata kepala sendiri, maka hendaklah membaca surah at-Takwir, al-Infithar, al-Insyiqaaq, adapun yang satunya saya menyangka bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, dan surah Hud."

Dan begitu juga yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi daripada Abbas Al-Anbary dari Abdul Razak dengan riwayat itu, kemudian Ahmad meriwayatkannya dan Ibrahim bin Khalid dari Abdullah bin Bahr dari Abdurrahman bin Yazid salah seorang ahli Syariah, dia adalah seorang yang paling alim mengenai halal dan haram, dari Wahab bin Munabih dari Ibnu Umar, maka dia menceritakannya seperti riwayat At Tirmizi di atas.


Dalam hadis lain, (Hud dan saudara-saudaranya) dan ayat-ayat yang menerangkan kejadian ini banyak sekali dalam berbagai ayat al-Quran. Dan telah kami sebutkan dalam kitab tafsir kami (Tafsir Ibnu Kathir) berbagai dalil yang menerangkan kejadian hari kiamat baik dari hadis mahupun dari ayat al-Quran yang telah ditafsirkan dan kami telah mengutarakan di sini segala sesuatu yang mudah-mudahan Allah rnemudah kannya dengan pertolongan dan kekuatan serta taufik-Nya.

Monday, September 22, 2014

PAYAHNYA NAK JAGA SEBUAH RUMAH SEWA....

Dulu aku ingat kalau ada sebuah rumah lagi, aku boleh sewakan dan ia boleh dijadikan aset di masa depan. Lagipun membeli rumah di Kuala Lumpur tidak rugi kerana penyewa boleh didapati semudah memetik jari. Sewanya yang berpatutan bolehlah digunakan untuk membayar hutang bank dan sedikit lebihan yang ada boleh pula di tabung untuk kegunaan di kala sesak. Rumah yang dibina oleh Kerajaan tidak pernah cukup berikutan kepesatan penduduknya dari sehari ke sehari. Sebab itulah sesiapa yang mempunyai banyak rumah sewa di Kuala Lumpur ini boleh hidup mewah dan goyang kaki, cukup bulan kutip duit sewa rumah.  

Jika di awal-awal 70an, 80an dan 90an, rumah-rumah setinggan banyak didirikan dan masalah perumahan tidak timbul. Pada masa itu, Kerajaan masih boleh bertolak ansur lagi kepada golongan berpendapatan rendah kerana Malaysia berstatus negara yang masih membangun. Tanah-tanah kosong milik Kerajaan masih banyak dan tiada keperluan untuk mendirikan gedung-gedung perniagaan kerana taraf hidup rakyatnya yang masih rendah dan tidak mampu berbelanja besar. Sebab itulah tanah-tanah yang diceroboh itu tidak diambil tindakan kerana Kerajaan tiada projek hendak dibuat.

Atas kepesatan pembangunan dan Malaysia pula akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 iaitu lebih kurang enam tahun dari sekarang, Kuala Lumpur sebagai lambang dan Ibu Negara Malaysia mesti dibangunkan dan dihias indah. Prasarananya perlu dilengkapi dengan segala kemudahan bertaraf dunia. Bangunan pencakar langit mesti dibina supaya apabila siap nanti ia akan menjadi mercu tanda dan ini sudah semestinyalah akan menarik ramai pelancung untuk berkunjung ke Negara ini.

Bermula pada tahun 2000, rumah-rumah setinggan yang tumbuh bagai cendawan sedikit demi sedikit dirobohkan dan penghuninya diberi pampasan bagi meringankan beban hidup. Satu tapak kawasan baru telah dikenalpasti dan Kerajaan telah membina rumah-rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) bagi menempatkan semula mereka-mereka ini. Tujuannya adalah untuk penyeragaman dan mencantikkan Bandaraya Kulala Lumpur.

Tapak-tapak rumah setinggan yang diroboh dan berada di kawasan strategik telah didirikan bangunan-bangunan pencakar langit dan gedung-gedung perniagaan yang bertaraf dunia. Hotel-hotel, lapangan terbang baru perlu dibina kerana lapangan terbang yang sediada di Subang, Selangor tidak lagi dapat menampung pesawat-pesawat besar yang mendarat. Untuk itu, tapak di Sepang telah dikenalpasti dan lapangan terbang baru telahpun dibina dan dikenali sebagai KLIA. Pusat Pentadbiran yang baru juga telah dibina di Putrajaya dan telah menjadi salah satu lambang Negara dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Bagi mengatasi masaalah rakyat yang tidak mempunyai rumah, Kerajaan telah sedaya upaya membina banyak rumah-rumah mampu milik untuk dijual kepada mereka yang memerlukannya. Untuk kakitangan Kerajaan, Bahagian Pinjaman Perumahan telah ditubuhkan bagi membantu mereka membuat pinjaman manakala kakitangan swasta pula bergantung harap kepada pihak bank. Walaupun pihak bank mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi dari Bahagian Pinjaman Perumahan tapi pekerja swasta tiada pilihan dan terpaksa akur dengan syarat yang dikenakan.

Atas kemampuan yang ada sedikit, aku telah membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah 'rumah kedai' (Tingkat bawah dan tingkat satu adalah untuk kedai dan pejabat, manakala tingkat dua hingga empat adalah rumah kediaman). Rumah yang aku beli itu terletak di tingkat empat mempunyai tiga bilik tidur dan sebuah bilik air yang agak selesa bagi sebuah keluarga yang kecil atau orang bujang. Aku memang tidak bercadang untuk berpindah di situ walaupun kedudukannya dari pejabat hanya 200 meter sahaja. 

Rumah yang dibeli dengan harga RM72,000 termasuk insuran telahpun siap sepenuhnya pada tahun 2003 dan kunci rumah telah diserahkan selepas aku menyelesaikan bayaran pemasangan meter api dan air. Langkah pertama aku lakukan selepas menerima kunci rumah ialah memasang grill keselamatan di pintu hadapan dan di semua tingkap yang ada, turut dipasang ialah kipas angin di dalam semua bilik, rail untuk langsir turut dipasang bagi kemudahan penyewa nanti. Setelah itu, aku pun mengiklankan rumah itu untuk disewa.

Pada hari aku memasang iklan itu juga, aku telah dihujani banyak panggilan telefon bertanyakan tentang rumah yang aku hendak sewakan. Dalam banyak-banyak panggilan itu, aku tertarik pada satu syarikat yang sedang mencari banyak rumah di kawasan itu untuk dijadikan hostel bagi pelajar-pelajar yang sedang belajar di sebuah kolej swasta yang berhampiran.

Setelah perbincangan dibuat, aku bersetuju rumah itu disewakan pada syarikat tersebut dengan sewa bulanan sebanyak RM600 sebulan dengan sebulan deposit lagi. Turut dikenakan deposit ialah api dan air yang kedua-duanya berjumlah hanya sebanyak RM100 sahaja. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa aku sewakan  rumah itu terlalu murah kerana yang menyewanya adalah sebuah syarikat bukannya orang perseorangan. Tetapi aku tidak kisah kerana aku bukannya nak jadi kaya dengan duit sewa rumah itu. Apa yang penting cukup bulan bayaran sewa rumah aku lancar dan tiada masalah. Itulah harapan aku.

Aku difahamkan bahawa Syarikat itu memuatkan pelajar kolej itu seramai sepuluh orang dalam rumah itu dan menyediakan 'double decker' di setiap bilik. Sewa yang dikenakan pada setiap pelajar adalah RM200 sebulan. Ini bermakna kutipan sewa yang diperolehi dari kesemua pelajar itu adalah RM2,000 sebulan berbanding sewa yang aku kenakan hanya sebanyak RM600 sahaja.

Setelah dua bulan berlalu, masuk bulan ketiga, pihak Syarikat itu mula melewat-lewatkan bayaran sewa rumah aku dan apabila ditanya tentang sewa rumah yang tidak dibayar, banyak pula alasan yang diberikan sehinggalah tunggakannya mencecah dua bulan. Keadaan ini membuatkan aku panas hati dan pergi ke pejabatnya untuk mendapatkan sewa rumah yang tertunggak itu.

Apabila aku sampai ke pejabat syarikat itu, rupa-rupanya bukan rumah aku sahaja yang disewa tetapi sebanyak sepuluh buah rumah lagi turut disewa dan dijadikan asrama pelajar kolej. Kebetulan kesemua kami datang serentak untuk menuntut bayaran sewa rumah yang masing-masing telah tertunggak selama dua bulan. Cuba bayangkan bagaimana keuntungan yang banyak diperolehi oleh syarikat itu tapi ia gagal membayar sewa rumah kami. Di sini aku kira beberapa penyelewengan telah berlaku.

Bagi menyelesaikan masalah, aku membatalkan perjanjian dan mengambil balik rumah itu di samping menuntut bayaran sewa rumah yang tertunggak selama dua bulan itu dibayar segera. Walaupun rumah itu telah dikembalikan tetapi pelajar-pelajar kolej itu tidak mahu keluar dan sebaliknya merayu supaya mereka dikekalkan di situ dan merekalah yang akan bayar sewa rumah secara 'direct' kepada aku tanpa pengetahuan syarikat tersebut. Atas dasar kasihan kerana status mereka sebagai pelajar maka akupun bersetuju dengan permintaan mereka itu dan membuat perjanjian baru. Selama ini mereka membayar RM200 satu kepala dan sekarang ini mereka hanya membayar RM60 sahaja satu kepala.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, pelajar-pelajar kolej yang menyewa itu silih berganti selepas menamatkan pengajian dan akupun tidak kenal lagi penyewa generasi kedua.

Satu hari aku menerima satu panggilan telefon dari ketua penyewa generasi kedua yang menyewa rumah aku itu dan memaklumkan bahawa mereka semua akan berpindah dan mahu menuntut kembali wang deposit selama dua bulan dan juga deposit api dan air yang telah dibayar dahulu. Aku terkejut dengan permintaan deposit selama dua bulan itu kerana setahu aku, deposit yang aku ambil dahulu hanya sebulan sahaja bukannya dua bulan. Aku kata aku boleh pulangkan deposit mereka tetapi hanya sebulan sahaja.

Rupa-rupanya baru aku tahu mereka ini mengambil rumah ini dari generasi pertama dahulu dan tanpa pengetahuan aku generasi pertama mendakwa mereka membayar kepada aku dua bulan deposit rumah dan dua bulan deposit api dan air. Aku hanya memulangkan deposit sebulan yang aku ambil sahaja dan meminta mereka mencari balik penyewa generasi pertama yang mereka juga kenal kerana senior mereka di kolej yang sama dan menuntut baki deposit selama sebulan lagi itu dan juga deposit api dan air agar dikembalikan kepada mereka.  

Setelah episod di atas selesai, dalam aku berkira-kira nak mencari penyewa baru, ada seorang dari kalangan mereka yang meminta dan merayu untuk menyambung tinggal di situ lagi dan akan membawa masuk kawan-kawannya yang lain yang juga dari kalangan pelajar dari kolej yang sama. Atas dasar kasihan, aku membenarkan mereka tinggal dan tidak mengambil sebarang deposit baru sebaliknya meminta mereka membayar sewa pada awal bulan seperti biasa. Ini bermakna aku tidak memegang sebarang deposit lagi dan jika sekiranya mereka ini lari maka aku akan menanggung kerugian.  

Dengan mereka ini aku banyak mendapat masalah kerana mereka ini liat hendak membayar sewa rumah dan banyak tertunggak dan ada yang telah berpindah. Sebenarnya aku mendapat tahu yang mereka ini setiap bulan menyerahkan wang sewa rumah masing-masing kepada mamat yang merayu nak sambung tinggal itu untuk dikumpulkan sebelum diserahkan kepada aku tapi mamat tu dah celok semua duit tersebut. Sebab itulah bila aku minta duit sewa rumah, mereka semua jadi terkejut.

Takut perkara yang sama berulang, mereka enggan lagi tinggal di rumah itu dan berpindah. Mamat yang dah kantoi itu nak menutup malu telah bayar kepada aku sekadar yang ada tapi tunggakan-tunggakan yang lepas masih banyak yang tidak berbayar. Pada bulan-bulan berikutnya begitulah perangainya, liat hendak bayar sewa rumah. Macam-macam alasan yang diberikan antaranya beliau jarang ada di rumahlah dan bapanya sedang sakit. Walaupun aku katakan itu bukan masalah aku tapi dia menuduh aku sebagai orang yang tidak berduit kerana sering mendesak bayaran wang sewa rumah itu. Pelik betul aku tengok perangai orang yang macam mamat ni. 

Selepas kawan-kawan yang lain berpindah, beliau mencari mangsa baru dan sewa rumah yang dibayar kepadanya tidak juga dibayar kepada aku. Kini setelah didesak, beliau telahpun berpindah dan sekarang aku mempunyai penyewa baru yang ada kaitan dengan mamat tadi. Beliau berstatus keluarga. Bulan pertama menyewa, bayaran sewa rumah ok, masuk bulan kedua dan seterusnya, masaalah aku datang lagi, kali ini bayaran yang dibuat tidak penuh. Kalau dulu kurang RM100 dan pada bulan ini kurang pula RM300  sedangkan aku perlu bayar kepada bank lebih dari itu. Jika dibiarkan berterusan, aku percaya beliau tidak mampu untuk membayarnya apatah lagi bila dah banyak tertunggak. Setiap panggilan telefon tidak lagi berjawap dan akhirnya aku memberi notis untuk beliau berpindah namun sehingga sekarang aku tidak mendapat sebarang 'respond' dari beliau.

Aku bercadang jika beliau berkeras tidak mahu berpindah, aku akan buat report Polis supaya apabila aku mengunci rumah itu nanti, Pihak Polis sudah tahu akan tindakanku dan jika berlaku kemalangan terhadap penghuni yang menyorok di dalamnya walaupun pintu sudah diketuk berkali-kali tapi tidak tidak dibuka. aku tidak akan bertanggungjawab keatasnya.    

Friday, September 12, 2014

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG TERNAKAN HALAL...

Eisa Mohamed dan Rafia Ol Husni dipilih untuk mengikuti kursus penyembelihan binatang ternakan Halal mengikut hukum syarak, anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bertempat di pejabat JAIS, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor dari 10 hingga 11 September 2014. 

Walaupun ramai yang berminat untuk mengikuti kursus ini, tetapi kerana tempat yang terhad, maka mereka berdua sahaja yang dipilih, lagipun mereka bukan sahaja ahli persatuan Biro Agama tetapi mereka ini juga sangat aktif dan sering dilihat di dalam setiap aktiviti yang diadakan, samaada oleh Biro Agama atau apa-apa aktiviti berfaedah yang dibuat oleh Syarikat.

Pemilihan mereka berdua adalah tepat kerana Syarikat kami akan mengadakan program ibadat korban pada tahun ini di perkarangan pejabat pada 7 Oktober 2014 nanti dan oleh kerana mereka berdua telah dihantar berkursus maka bolehlah kedua-dua mereka ini melakukan kerja-kerja penyembelihan itu. Walaubagaimanapun mereka perlu mendapat sijil tauliah terlebih dahulu dari JAIS sebelum layak melakukan kerja-kerja penyembelihan samada sembelihan korban dan sembelihan biasa. Kami yang tak berkursus bolehlah tolong pegang lembu korban tu sambil bertakbir ramai-ramai.

Setakat ini sudah ada dua belas bahagian dari staf Syarikat dan peluang masih terbuka kepada mereka-mereka yang berminat untuk menyertainya. Harga bagi satu bahagian adalah RM550.00 sahaja dan ia sangat berpatutan memandangkan harga seekor lembu di pasaran sekarang ini mencecah hampir RM4,000 seekor bergantung kepada saiznya.

Menurut En. Rafia Ol Husni, sepanjang kursus selama dua hari itu, mereka diberi pendedahan dan ditunjukkan tentang bagaimana cara yang sebenarnya penyembelihan itu patut dibuat sepertimana yang dikehendaki oleh hukum syarak. Selain lembu, binatang ternakan seperti ayam juga telah diajar cara-cara melakukan penyembelihannya.

Bagi menguji kefahaman mereka, di akhir kursus, ujian bertulis telah diadakan dan hanya mereka yang lulus di dalam ujian itu sahaja yang akan diberikan pentauliahan berupa sekeping sijil menandakan mereka telah layak untuk melakukan penyembelihan binatang ternakan halal.

Aku bagi pihak mereka berdua ingin mengucapkan terima kasih kepada Unit Latihan kerana memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus yang sangat berfaedah, apatah lagi ketika ini umat Islam di Malaysia sedang menghadapi krisis makanan halal kerana banyak pusat-pusat penyembelihan binatang ternakan tidak menepati hukum syarak. Keadaan ini mengakibatkan makanan yang dimakan oleh umat Islam tidak halal dan hasilnya kita boleh lihat sekarang betapa umat Islam di Malaysia menjadi semakin lemah, malas dan hilang pertimbangan lalu bertindak agresif hasil memakan benda yang haram itu.

Untuk memberi lebih kefahaman tentang tatacara penyembelihan, maka di bawah ini disertakan artikel mengenainya dan diharap selepas ini kita tidak lagi mengambil mudah tentang makanan halal di dalam kehidupan seharian kita. (Sila klik pada imej untuk lebih jelas).    




 

Pejabat JAIS di Seksyen 5, Shah Alam...

En. Eisa Mohamed bersedia untuk menaiki bas menuju ke pusat penyembelihan...

En. Rafia Ol Husni turut sama dalam program ini...

Peserta kursus diberikan taklimat di hadapan
Dewan Operasi Lembu Kerbau sebelum bergerak
ke Pusat Penyembelihan...

En. Rafia Ol Husni bergambar selepas
 beliau melakukan praktikal di rumah sembelihan...  

Peserta kursus sedang meghadapi ujian bertulis
bagi melayakkan mereka mendapat sijil tauliah...

 En. Eisa Mohamed sedang menulis nama di kertas ujiannya...

Monday, September 8, 2014

MESYUARAT KUMPULAN PERLADANGAN BIL 2/2014...

Mesyuarat Kumpulan Perladangan FELCRA Berhad dibuat hanya dua kali setahun jer...Tak payah buat selalu sebab yang penting bukan mesyuarat yang berjela-jela tapi nak mencari satu kaedah bagaimana nak meningkatkan hasil di ladang. Kita semua sedia maklum bahawa purata umur pokok sawit dan getah yang ada sekarang ini telah pun masuk ke usia yang perlu ditanam semula (replanting). Usia pokok-pokok yang sudah tua inilah penyebab kepada kejatuhan hasil dan tidak menguntungkan Syarikat. 

Sehingga ini, seluas 25 ribu hektar telah pun dilaksanakan untuk program tanam semula secara berperingkat-peringkat dan nampaknya dalam tempoh tiga hingga empat tahun dari sekarang, Syarikat akan menikmati hasil yang lumayan dan daripada hasil itu nanti akan dinikmati bersama oleh staf dan masyarakat peserta yang kini bilangannya lebih dari 90 ribu orang.

Walaupun rata-ratanya tanah yang dimajukan oleh FELCRA Berhad adalah tanah-tanah terbiar yang dipunyai oleh masyarakat kampung yang mereka sendiri tidak berupaya untuk mengusahakannya dan diserahkan kepada Syarikat, tetapi dengan berkat dan usaha gigih serta komitmen pegawai dan staf terutama staf ladang, menyebabkan tanah yang terbiar sepi selama ini telah mengeluarkan hasil yang lumayan dan ini menyebabkan Syarikat FELCRA Berhad yang diberi tanggungjawab tersebut telah terkenal dan sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah Syarikat perladangan terkemuka yang ada sekarang ini dan duduk sebaris dengan Syarikat-syarikat swasta yang terkenal seperti Guthrie, Golden Hope, IOI dan sebagainya.

Jika di FELDA, penerokanya sendiri yang melakukan semua kerja-kerja yang bermula dari tebas tebang sehingga mengeluarkan hasil, tapi di FELCRA, ianya sangat berbeza kerana FELCRA sendirilah melalui Pengurus dan staf dengan dibantu buruh-buruh tempatan serta Tenaga Kerja Asing yang diimport dari Indonesia, India dan Bangladesh untuk melakukan tugas-tugas yang bermula dari A hingga Z, tuan punya tanah hanya menanti untuk menikmati hasilnya melalui pemberian dividen yang akan diagihkan berdasarkan keluasan tanah masing-masing. Kalau mereka sendiri berminat untuk bekerja, maka mereka akan dibayar gaji. Di sini dua keuntungan yang akan mereka perolehi iaitu bekerja di tanah sendiri dan dibayar gaji dan menikmati dividen dari tanah mereka yang diserahkan kepada Syarikat untuk dimajukan. 

Untuk itu, staf ladang yang akan diambil bekerja dengan Syarikat mestilah mempunyai kelulusan di bidang pertanian. Tak cukup dengan itu sahaja, mereka juga mestilah mempunyai minat yang tinggi di bidang pertanian dan perladangan dengan menerapkan kaedah-kaedah pertanian moden yang dipelajari hasil kajian para penyelidik tempatan dan antarabangsa. Setelah diterima sebagai staf, mereka-mereka ini akan diberikan kursus dan latihan yang secukupnya demi kemajuan Syarikat. 

Alhamdulillah, setelah mengharungi pahit manis dan suka duka selama 31 tahun penubuhannya sebagai Agensi Badan Berkanun (1966 - 1997) dan telah mencapai banyak kejayaan, maka Kerajaan telah yakin akan kemampuan FELCRA untuk berdiri sendiri. Di atas keyakinan itulah maka pada 1 September 1997, FELCRA telah dikorporatkan dan dikenali sebagai Syarikat FELCRA Berhad, Usia FELCRA Berhad sebagai badan korporat kini telahpun menjangkau 17 tahun (1997 - 2014).

Jika diambilkira sejak penubuhannya pada tahun 1966 sehingga 2014, FELCRA Berhad kini telahpun berusia 48 tahun dan di dalam usia yang matang ini maka ia perlu terus mengorak langkah maju kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi.

Dengan usaha gigih Syarikat FELCRA Berhad selama ini maka di bawah ini dilampirkan data tentang Sumbangan dan Impaknya kepada pertumbuhan Ekonomi Negara.


Di peringkat Pegawai-pegawai atasan pula terutama yang bertugas di Bahagian Perladangan, strategi, perancangan serta perbincangan perlu diadakan dari semasa kesemasa bagi mencari formula bagaimana hendak memajukan ladang-ladang Syarikat.

Untuk itu, pada tarikh 4 hingga 6 September 2014, Pegawai-pegawai Kumpulan Perladangan Ibu Pejabat dan semua Wilayah telah mengadakan satu mesyuarat di Ramada Plaza, Melaka bagi menilai prestasi Kumpulan Perladangan sepanjang tahun 2014 yang akan berakhir dalam tempoh 3 bulan lagi. Di samping itu, pegawai-pegawai yang bertanggungjawab terhadap projek-projek tanam semula juga diminta untuk membentangkan akan kemajuan projek-projek tersebut dan laporan mengenainya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) pada setiap minggu.

Walaupun staf silih berganti dan ramai dari mereka yang berusia muda, tetapi kita tidak boleh lupa terhadap jasa dan pengorbanan staf yang terdahulu. Jika mereka ini tiada, maka mustahil Syarikat FELCRA Berhad berada dan berdiri megah sepertimana sekarang ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga ditujukan kepada semua mereka ini. Jasa kalian tidak akan kami lupakan. Kepada yang masih hidup, adalah diharapkan mereka hidup sihat serta bahagia disamping keluarga tercinta dan kepada yang telah tiada, kami sedekahkan al Fatihah dan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehin.....Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin....     

Ikuti rakaman gambar-gambar kenangan sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.  

Oleh kerana Mesyuarat Kumpulan Perladangan adalah mesyuarat yang sangat penting dalam membincangkan hasil dan prestasi Kumpulan khasnya dan Syarikat amnya, maka tempat bermesyuarat mestilah grand sikit...

Pemandangan bilik penginapan kami di Ramada Plaza, Melaka 
(dulu dikenali sebagai Hotel Reinassance) 
sepanjang 3 hari 2 malam kami bermesyuarat...











Pemandangan Bandaraya Melaka pada 
jam 6.01 pm yang dirakam dari bilik hotel...




Pada Malam pertama, Kumpulan Perladangan memberi peluang kepada 5 buah Syarikat untuk mempromosikan produk keluaran syarikat masing-masing dalam sessi Corporate Talk seperti berikut:-

1. Behn Meyer Agricare (M) Sdn. Bhd.
2. MPOB - Ganoderma Diseases Research
3. Mobipay Solution Sdn. Bhd. - E Tracking
4. BASF
5. Munajat Sinergi. - Premix-SP (Agen Fermentasi Debunga). 

Tn. Hj. Abdul Rahman Ahmad (Pengurus Besar Khidmat Ladang) 
sedang mempengerusikan mesyuarat...


Ahli-ahli mesyuarat yang terdiri dari Pengurus Perladangan 
dan Pengurus Pertanian dari Ibu Pejabat dan Wilayah...










Tea Brake - Kelihatan En. Anuar Marican (Pengurus Perladangan Wilayah Sarawak) sedang bertukar-tukar fikiran dengan Cik Nur Farahin Ismail, Pengurus Pertanian RND (tudung kuning) dan Nur Damia Khair, Pengurus Pertanian Bhg. Khidmat Ladang...

En. Malek Hashim, adalah salah seorang ahli mesyuarat 
Kumpulan Perladangan dari Wilayah Johor...  

Pn. Amal Ahmad Zakuan, Pengurus Pertanian dari FUESB 
bergambar bersama dengan En. Azman Hussain (Pengurus Perladangan Wilayah Perak)...

En. Md. Zin Deraman, kiri (Pengurus Pertanian Wilayah Utara) 
bergambar bersama Tn. Hj. Norzahari Zakaria, Pengurus Kanan 
FELCRA Plantation Servicess Sdn. Bhd. (FPSSB)... 

Dari kiri : Pn. Amal Ahmad Zakuan (Pengurus Pertanian FUESB), 
Pn. Rohana Jamil (Pengurus Pertanian Wilayah Johor) 
dan Pn. Nurhidayah Samsudi (Pengurus Pertanian Wilayah Timur)...

Kiri : Tn. Hj. Zainin Othman (Pengurus Perladangan Wilayah Timur) 
bergambar bersama En. Sulaiman Jaafar (Pengurus Besar KPFB) 
yang turut hadir bersama dalam mesyuarat ini...


Dari kiri : En. Mohd Nasir Aziz, (Pengurus Perladangan Wilayah Pahang), 
En. Razilah Abu Bakar (Pengurus Perladangan Bhg. Khidmat Ladang) 
dan En. Md. Zin Deraman (Pengurus Pertanian Wilayah Utara)...

Tn. Hj. Abdul Rahman Ahmad, (Pengurus Besar Khidmat Ladang) 
sedang berbual dengan Pn. Zuraidah Mohamed (Pengurus Besar Inspektorat) 
dan Tn. Hj. Nor Zahari Zakaria (FPSSB)...

Dua orang Pengurus Pertanian yang baru dilantik terdiri dari 
Mohd Afiq Mansor, baju merah (Wilayah Johor) 
dan En. Mohammad Zulhelmi Abd. Latif (Wilayah Timur)...

4 orang Pengurus Pertanian baru dilantik terdiri dari kiri : 
Mohd Afiq, Zulhelmi, Nur Damia dan Nur Farahin...

Dari kiri : En. Ismail Md. Jani (Pengurus Perladangan Bhg. Khid Ldg), 
Muhammad Habibullah (Peng Pertanian Wilayah Pahang), 
Norlela Hamid (Peng. Pertanian Wilayah Tengah) dan 
Mohd Khusaini Zanir (Peng. Pertanian Wilayah Sarawak)...


En. Mohd Akram Zaidi Mansor, 
Pengurus Pertanian Cawangan Pembangunan Ladang...


Pegawai FTC terdiri dari Mr. Daljit Singh (kiri) dan dibantu oleh En. Abas 
yang bertanggungjawab tentang bilik mesyuarat, bilik penginapan peserta
dan segala urusan yang berkaitan dengan peralatan mesyuarat...

Aku ambil gambar sendiri melalui cermin besar 
sebab tak ade orang yang nak ambilkan gambar aku...


En. Mohd Ridhuan Noor, Pengurus Kanan Bhg. Pembangunan Ladang 
sedang meneliti data ladang dan projek Pertanian AM (PA) 
untuk dibentangkan dalam mesyuarat...

Satu pos istimewa dari En. Sulaiman Jaafar (Pengurus Besar KPFB)...


Mr. Siva Rao, Pengurus Kanan Input Pertanian, 
khusyuk mendengar perbincangan....

Untuk menghilangkan stress, perlu ada unsur humor....

Tn. Hj. Ismail Hussain, Pengurus Kanan Cawangan Pengawasan 1, 
kelihatan serius dalam setiap perbincangan yang diadakan...



En. Mohd Zaiful Anuar adalah seorang pengurus muda yang paling berpotensi 
di Cawangan Pembangunan Ladang dan jika dididik dengan sebaiknya, 
tidak mustahil beliau boleh mengetuai Kumpulan Perladangan suatu hari nanti...



Tn. Hj. Abd Muis Damuri, Pengurus Besar Kumpulan Perladangan 
mempengerusikan mesyuarat pada hari kedua sessi petang.



En. Anuar Marican dan Nur Damia diberi tugas untuk mengacara 
Majlis Jasamu Di Kenang untuk Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad
dan Tn. Hj. Md. Yid Soffian dan meraikan bakal haji dan hajjah untuk 
En. Abd. Karim Kamaldeer dan Pn. Zuraidah Mohammed...


En. Mohd Akram membacakan doa...

Gambar-gambar seterusnya di bawah adalah majlis makan malam sempena 
Majlis Jasamu DiKenang dan meraikan bakal haji ...

Dari kiri : En. Malek Hashim (Johor), En. Razilah (Khidmat Ldg), 
Tn. Hj. Ismail Hussain (Pengawasan 1), En. Azman Hussain (Perak), 
dan Shahaizri Nordin (FELCRA Niaga) dan En. Mohd Rashid Jadi (FUESB)...

Dari kiri : En. Shahaizri (FELCRA Niaga), 
En. Mohd Zaiful (Pembangunan Ladang) dan En. Zainin Othman (Timur)


Barisan Pegawai Kanan : Tn. Hj. Muis Damuri (PBK Ldg), 
Tn. Hj. Md. Yid Soffian (Penyelaras FPSSB) dan Tn. Hj. Ismail Alwi (MD. FUESB)...

Barisan Pegawai Kanan dari kiri : En. Abd. Karim Kamaldeer, 
Tn. Hj. Nor Zahari Zakaria, Tn. Hj. Saifuddin Omar, Pn. Zuraidah Mohammed, 
Tn. Hj. Abdul Rahman Ahmad, Tn. Hj. Muis Damuri dan Tn. HJ. Ismail Alwi...

Pengurus-Pengurus Perladangan dan Pertanian. 
Dari kiri : En. Mohd Ridhuan Nor, 
En. Mohd Khusaini dan En. Md. Zin Deraman.


Pengurus-Pengurus Pertanian...
Dari kiri : Pn. Norlela Hamid, Mohd Akram, dan Mohd Jamil 
dan seorang Pengurus Pertanian baru... 

Pengurus-Pengurus Pertanian Syarikat : Dari kiri : Zamzuriana Zainon (Khidmat Ldg), 
Rohana Jamil (Wil. Johor) dan Norlela Hamid (Wil. Tengah).

Dari kiri : En. Mohammad Nordin (Pegawai Alam Sekitar FELCRA Bhd.) 
dan Pengurus-Pengurus Pertanian dari kiriDari kiri : 
Pn. Sharifah Syed Ahmad, Pn. Amal Ahmad Zakuan dan Pn. Zamzuriana Zainon..


Pengurus-Pengurus Pertanian FB. dari kiri : Pn. Fazlina Yazmin (Wil. Pahang), 
Pn. Nurhidayah Samsudi (Wil. Timur), Cik Nur Damia (Khid. Ldg.) 
dan En. Rafiuddin (Pengurus Pentadbiran Kumpulan Perladangan)...




En. Abas dari FTC dan AJ dari Bahagian Inspektorat 
yang bertugas sebagai urusetia mesyuarat...

Bersama En. Ismail Md. Jani, Pengurus Perladangan Bhg. Khid. Ldg.

Turut kelihatan ialah En. Mohd Maruan Kadis 
Eksekutif Kanan Bhg. Khid. Ladang (baju oren)





Gadis cafe yang cun melecun dari Sarawak.

Bergambar ramai di akhir majlis...

 
Dari kiri : Nur Damia, Fazlina Yazmin, Norlela, Rohana, Nurhidayah, 
Syarifah Nor Irma, Zuraidah, Amal, Zamzuriana dan Nur Farahin. 


En. Mohd Yunus Idris, (baju batik) 
Pengurus Perladangan Wilayah Sabah...

Dari kiri : En. Md. Zin Deraman (Wil. Utara), Razilah (Khid. Ldg) 
dan Hj. Nor Zahari Zakaria (FPSSB)



Pengurus Pertanian baru dari kiri : Nur Farahin dan Nur Damia...

Dari kiri : En. Asri (Pilot PBW Timur) dan 
En. Mohd Zaiful Anuar, Pengurus paling handsome 
dan berpotensi di Kumpulan Perladangan...

Pegawai yang diraikan En. Md. Yid b. Soffian 
yang akan bersara pada akhir bulan ini...

Bergambar kenang-kenangan bersama 
Pengurus Besar Kumpulan Perladangan Tn. Hj. Abd Muis Damuri...

Turut yang diraikan ialah Tn. Hj. Abdul Rahman b. Ahmad, 
Pengurus Besar Khidmat Ladang yang akan bersara mulai 24 September 2014...