Friday, September 12, 2014

KURSUS PENYEMBELIHAN BINATANG TERNAKAN HALAL...

Eisa Mohamed dan Rafia Ol Husni dipilih untuk mengikuti kursus penyembelihan binatang ternakan Halal mengikut hukum syarak, anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bertempat di pejabat JAIS, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor dari 10 hingga 11 September 2014. 

Walaupun ramai yang berminat untuk mengikuti kursus ini, tetapi kerana tempat yang terhad, maka mereka berdua sahaja yang dipilih, lagipun mereka bukan sahaja ahli persatuan Biro Agama tetapi mereka ini juga sangat aktif dan sering dilihat di dalam setiap aktiviti yang diadakan, samaada oleh Biro Agama atau apa-apa aktiviti berfaedah yang dibuat oleh Syarikat.

Pemilihan mereka berdua adalah tepat kerana Syarikat kami akan mengadakan program ibadat korban pada tahun ini di perkarangan pejabat pada 7 Oktober 2014 nanti dan oleh kerana mereka berdua telah dihantar berkursus maka bolehlah kedua-dua mereka ini melakukan kerja-kerja penyembelihan itu. Walaubagaimanapun mereka perlu mendapat sijil tauliah terlebih dahulu dari JAIS sebelum layak melakukan kerja-kerja penyembelihan samada sembelihan korban dan sembelihan biasa. Kami yang tak berkursus bolehlah tolong pegang lembu korban tu sambil bertakbir ramai-ramai.

Setakat ini sudah ada dua belas bahagian dari staf Syarikat dan peluang masih terbuka kepada mereka-mereka yang berminat untuk menyertainya. Harga bagi satu bahagian adalah RM550.00 sahaja dan ia sangat berpatutan memandangkan harga seekor lembu di pasaran sekarang ini mencecah hampir RM4,000 seekor bergantung kepada saiznya.

Menurut En. Rafia Ol Husni, sepanjang kursus selama dua hari itu, mereka diberi pendedahan dan ditunjukkan tentang bagaimana cara yang sebenarnya penyembelihan itu patut dibuat sepertimana yang dikehendaki oleh hukum syarak. Selain lembu, binatang ternakan seperti ayam juga telah diajar cara-cara melakukan penyembelihannya.

Bagi menguji kefahaman mereka, di akhir kursus, ujian bertulis telah diadakan dan hanya mereka yang lulus di dalam ujian itu sahaja yang akan diberikan pentauliahan berupa sekeping sijil menandakan mereka telah layak untuk melakukan penyembelihan binatang ternakan halal.

Aku bagi pihak mereka berdua ingin mengucapkan terima kasih kepada Unit Latihan kerana memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus yang sangat berfaedah, apatah lagi ketika ini umat Islam di Malaysia sedang menghadapi krisis makanan halal kerana banyak pusat-pusat penyembelihan binatang ternakan tidak menepati hukum syarak. Keadaan ini mengakibatkan makanan yang dimakan oleh umat Islam tidak halal dan hasilnya kita boleh lihat sekarang betapa umat Islam di Malaysia menjadi semakin lemah, malas dan hilang pertimbangan lalu bertindak agresif hasil memakan benda yang haram itu.

Untuk memberi lebih kefahaman tentang tatacara penyembelihan, maka di bawah ini disertakan artikel mengenainya dan diharap selepas ini kita tidak lagi mengambil mudah tentang makanan halal di dalam kehidupan seharian kita. (Sila klik pada imej untuk lebih jelas).    




 

Pejabat JAIS di Seksyen 5, Shah Alam...

En. Eisa Mohamed bersedia untuk menaiki bas menuju ke pusat penyembelihan...

En. Rafia Ol Husni turut sama dalam program ini...

Peserta kursus diberikan taklimat di hadapan
Dewan Operasi Lembu Kerbau sebelum bergerak
ke Pusat Penyembelihan...

En. Rafia Ol Husni bergambar selepas
 beliau melakukan praktikal di rumah sembelihan...  

Peserta kursus sedang meghadapi ujian bertulis
bagi melayakkan mereka mendapat sijil tauliah...

 En. Eisa Mohamed sedang menulis nama di kertas ujiannya...

3 comments:

  1. Eh x keluar plk icon... hihii... gud job en mat... dan tahniah pada hj ol dan en eisa...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Unit Latihan kerana mengorak langkah dengan memberi peluang kepada staf untuk memilih kursus-kursus yang mereka minati berbanding sebelum ini mereka hanya dihidangkan dengan kursus yang membosankan dan tempat juga tidak menarik.

    Kepada blogger juga diucapkan terima kasih atas inisiatif beliau melapor dan menerbitkan artikel-artikel berfaedah utk tatapan kami golongan pesara....Jasamu akan di kenang....

    ReplyDelete