Hadis ini diteruskan dengan ungkapan, "Nescaya penduduk
langit akan merahmati (menyayangi) kalian." Al-lmam al-Mubarakfuri
berkata, "iaitu Allah Taala."
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa maksudnya ialah mereka
yang menetap di langit iaitulah para malaikat kerana mereka sering meminta
pengampunan untuk orang-orang yang beriman.
Allah Taala berfirman (Surah Ghafir ayat 7), maksudnya:
"Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya,
bertasbih memuji Tuhan mereka; dan beriman kepada-Nya; serta mereka memohon
ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan
kami, rahmat-Mu dan ilmu-Mu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada
orang-orang yang bertaubat serta menurut Jalan-Mu dan peliharalah mereka
daripada azab neraka."
Seterusnya al-lmam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa rahmat
para malaikat untuk penduduk bumi adalah doa para malaikat untuk mereka agar
dikurniakan rahmat iaitu kasih sayang dan maghfirah iaitu keampunan. Ini
berdasarkan firman Allah Taala (Surah al-Syura ayat 5) yang bermaksud:
"Dan mereka memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi."
Berdasarkan penerangan ini, dapatlah dirumuskan bahawa
terdapat dua pendapat bagi maksud man fis
sama iaitu secara literalnya bermaksud 'dia atau mereka yang berada di
langit'; iaitu pendapat pertama: Allah Taala.
Manakala pendapat kedua: Para malaikat. Namun huraian yang
diberikan menunjukkan beliau cenderung kepada pendapat yang kedua iaitu maksud
'yang berada di langit' adalah para malaikat.
Walau bagaimanapun, boleh sahaja kita memahami maksud 'dia
atau mereka yang berada di langit' adalah Allah Taala dengan mengambil kira
bahawa Allah Taala tidak berada di dalam langit. Bahkan Allah Taala berada di
atas arasy-Nya berasingan daripada makhluk-Nya. Firman Allah Taala dalam Surah
al- Rahman ayat 5, bermaksud: "Tuhan yang Maha Pemurah yang berada di atas
Arasy."
Inilah akidah Ahlis Sunnah wal Jamaah menurut apa yang
diterangkan oleh al-lmam Abul Hasan al-Ash'ari rahimahullah dalam dua kitabnya
yang terakhir iaitu Maqalat al-lslamiyyin dan al-lbanah 'an Usui al-Diyanah.
Melihat kepada pandangan kedua, iaitu 'dia atau mereka yang
berada di langit' adalah para Malaikat; dapatlah kita faham bahawa para
Malaikat hidup di dalam tujuh petala langit. Di antara dalil yang menunjukkan
keberadaan para malaikat di dalam langit adalah sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: Langit telah merengek dan memang wajar langit merengek. Ini kerana
setiap ruang empat jari pasti ada seorang malaikat yang meletakkan dahinya,
sujud untuk Allah. (Hadis riwayat al- lmam at-Tirmizi, No. 2312 dan beliau
berkata: Hasan Gharib).
LANGIT ITU TUJUH
LAPISAN…
Begitulah kebesaran Allah Taala diperlihatkan kepada kita
melalui bilangan malaikat yang begitu ramai yang memenuhi ruang langit di atas
kita. Langit itu sendiri dinyatakan oleh Allah Taala sebagai tujuh petala
langit.
Allah Taala berfirman dalam Surah at-Talaq ayat 12, yang
bermaksud: "Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (la
menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus-menerus di antara
alarm langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya
Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu."
Begitulah kita beriman dengan apa yang Allah Taala beritakan
kepada kita di dalam al-Quran al-Karim. Kita meyakini bahawa langit itu merangkumi
tujuh petala langit atau tujuh lapisan langit. Namun, bagaimanakah keluasan
lapisan pertama, kedua dan seterusnya? Hanya Allah Taala yang mengetahui
perkara ghaib ini. Jika kita menjumpai dalil yang sahih tentangnya, ayuh kita
beriman. Tetapi, jika kita tidak menjumpai apa-apa, maka serahkanlah urusan itu
kepada Allah Taala.
Apa yang penting bagi kita adalah jika kita termasuk dalam
golongan mereka yang sering merahmati makhluk-makhluk ciptaan Allah Taala, maka
Allah Taala yang berada di atas Arasy dan para malaikat yang memenuhi ruang
tujuh petala langit akan merahmati kita. Inilah yang kita dambakan dan inilah
yang perlu kita usahakan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Semoga kita
semua termasuk kumpulan yang sering merahmati dan sentiasa berkasih sayang.
Sumber : Al Islam
Sumber : Al Islam
No comments:
Post a Comment