Tuesday, December 15, 2015

HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, SANTAI DAN DAMAI...


Terletak di Iokasi strategik iaitu hanya lima kilometer dari pusat bandar membuatkan Hotel Seri Malaysia (HSM) Kangar menjadi Iokasi penginapan pilihan buat pengunjung sama ada mahu menghadiri tugasan mahupun bercuti bersama keluarga.

Tambah menarik apabila pengunjung dapat merasai suasana santai dan mendamaikan di persekitaran HSM Kangar yang dikelilingi perkampungan tradisional dan pemandangan sawah padi.

Pengurus Besarnya Datuk Zahriah Abd Kadir berkata, pihaknya menyediakan pilihan kepada setiap lapisan pengunjung dengan menyediakan kemudahan 143 bilik penginapan termasuk enam bilik VIP Suite, bilik famili (68), bilik standard (59) dan Deluxe (10) pada harga berpatutan.

Bagi memberi keselesaan maksimum, HSM Kangar dilengkapi kemudahan penyaman udara, pemanas air dan televisyen saluran berbayar selain kemudahan WiFi percuma.


Katanya, pada masa sama pihaknya turut menyediakan pakej lawatan dan membeli belah ke beberapa destinasi pelancongan berdekatan seperti Pulau Langkawi, Padang Besar serta selatan Thailand iaitu ke Hatyai sebagai nilai tambah.

"Kami cuba memberi kelainan buat tetamu HSM Kangar apabila turut menyediakan khidmat pegawai pengiring tetamu untuk menyambut mereka setibanya di sini selain diberi layanan yang selalunya tidak disediakan di hotel bertaraf tiga bintang.

"Menu masakan di hotel ini juga bercirikan tradisional yang menyajikan pelbagai masakan tempatan Perlis agar pengunjung tidak jemu. Turut disediakan, makanan ala barat sebagai pilihan selain beberapa promosi khas menu istimewa pada musim tertentu," katanya.


Menurutnya, bilik berstatus Suite VIP yang disediakan eksklusif bagi memberi keselesaan buat pengunjung dan ia jarang disediakan di hotel seumpama itu atau mana mana rangkaian Hotel Seri Malaysia lain di negara ini.

"HSM Kangar hotel ke 21 dan terbaru milik Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd (RHSM) yang dilengkapi kolam renang untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak selain kemudahan bilik mesyuarat VIP serta tiga dewan utama untuk sebarang majlis.

"Kami juga ada ruang meletak kenderaan yang luas dan WiFi juga diberikan percuma kepada pengunjung," katanya.

Menurutnya, hotel itu berhampiran Taman Rekreasi Gua Cenderawasih, sebahagian daripada banjaran bukit batu kapur sekaligus dilindungi panas mentari petang menampilkan ciri-ciri resort yang sesuai untuk pengunjung beriadah sama ada pada waktu pagi atau petang.

Katanya, kedudukannya berhampiran Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun yang juga bersambung dengan Lebuhraya Utara Selatan turut menghubungkan Bukit Kayu Hitam yang menjadi pintu masuk ke negara ini dari Thailand.

Selain itu, HSM Kangar juga terletak kira-kira 15 minit perjalanan ke Jeti Kuala Perlis bagi pengunjung yang mahu mendapatkan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi, di samping lima minit perjalanan keStesen Bas Ekspres di pusat bandar.

Bagi yang berminat membeli-belah di Wang Kelian di utara Perlis hanya mengambil masa 30 minit perjalanan dengan memandu kenderaan.

Perjalanan ke Stesen Kereta Api Arau bagi pengunjung yang menggunakan kereta api termasuk ETS hanya ambil masa 20 minit, selain perjalanan kurang 45 minit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah.

Sumber : HM...
Penulis : Hafizudin Mohd Safar...

No comments:

Post a Comment