KEBANYAKAN kita tahu bahawa buah kelapa bukan sahaja untuk santannya tetapi airnya boleh dijadikan penawar bisa. Umpamanya kalau anda tersalah makan ubat atau termakan benda berbisa, cepat-cepatlah minum air kelapa mudah-mudahan benda berbisa itu akan tawar dan tidak merbahaya lagi.
Selain itu air kelapa juga dikatakan dapat mengurangkan
panas badan, malah ada sesetengah pengamal perubatan tradisional perlu
menggunakan air kelapa untuk menawar santau dengan cara memberi minum mangsa
dengan air kelapa yang dibacakan doa.
Satu lagi kelebihan air kepala yang jarang-jarang diketahui
orang ialah boleh membantu merawat lemah tenaga batin atau mati pucuk dengan
cara meminumnya tanpa mencampurkan bahan-bahan lain seperti gula atau air batu.
Air kelapa muda yang baru diturunkan dari pokoknya hendaklah
diminum terus dan sangat baik untuk kekuatan kelelakian orang lelaki. Namun cara ini
perlulah diamalkan, kalau hanya minum sekali sekala tidak akan memberikan
apa-apa kesan.
Kenapa air kelapa dapat membantu meningkatkan kekuatan seksual
lelaki dan juga membantu meningkatkan keupayaan mereka yang lemah? Ini adalah kerana
air kelapa mempunyai banyak mineral yang membantu melancarkan peredaran darah
manusia.
Bahan-bahan mineral yang banyak terdapat di dalam air kelapa
ialah sodium dan bahan ini yang banyak terdapat dalam air kelapa berfungsi
melindungi tubuh badan dari kekurangan air dan otot mengecut.
Untuk mendapatkan ketegangan yang kuat, kesihatan otot
adalah paling utama diperlukan, itulah sebabnya sodium sangat diperlukan tubuh
badan. Kebaikannya kepada tubuh manusia bergantung kepada ketingggian
kandungan sodium di dalam air kelapa.
Selain sodium, air kelapa juga mempunyai kandungan potasium
yang tinggi. Apa gunanya bahan ini? Ia menjaga dan membantu kestabilan tekanan darah, mengggerakkan otot dan membantu sistem kerja saraf badan
manusia.
Kekurangan potasium dalam badan dapat dilihat dari
ketegangan ketika naik syahwat seseorang, jangan gusar kalau anda merasakan
lemah jika minum air kelapa tulin tanpa campuran bahan lain.
Satu lagi bahan mineral yang terdapat dalam air kelapa dan
berguna kepada manusia ialah magnesium, bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh
badan dan kekurangan bahan ini akan menyebabkan mudahnya masalah lain menyerang dan di antaranya ialah lemah badan.
Magnesium juga dapat meningkatkan kadar hormon testosteron
dalam darah. Hormon ini juga dikenali sebagai hormon seks, dengan hormon yang
cukup maka ghairah seksual akan terhasil dengan baik serta kualiti ketegangan
meningkat.
Inilah kelebihan air kelapa yang tidak ada pada air lain, air
kelapa juga mengandungi unsur nitrogen berupa protin yang dihasilkan dari asid
amino. Bahan ini jauh lebih tinggi di dalam air kelapa dari mana-mana air lain.
Terdapat juga karbon dalam air kelapa yang yang terbentuk dalam
bentuk karbon hidrat. Bahan-bahan ini menjadi sumber tenaga kepada tubuh
badan. Kekurangan bahan ini menjadikan badan tidak bertenaga dan daya seksual
rendah.
Air kelapa juga mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk
kesihatan tubuh badan. Paling unik air kelapa adalah komposisi zat terkandung di
dalamnya hampir sama dengan isotonik yang hampir sama dengan cairan badan. la
dapat menggantikan cairan tubuh yang hilang akibat peluh.
Jangan takut minum air kelapa malah menjadikan amalan
meminum air kelapa adalah sangat baik untuk kesihatan kelelakian.
Sumber : Majalah Misteri
Ada org kata x elok minum sbb ia boleh melemahkan syahwat...Ntahlah yh mana satu betoi...
ReplyDeleteBetul, Pengalaman saya. Di rumah saya byk pokok kelapa yg rendah, jadi saya hari-hari minum. Saya rasa keinginan sex menjadi lemah.
DeleteKpd yg amalkan sudah tentu kuat seks. Kita perlu bertanya mereka samada ianya benar atau hanya dongengan....
ReplyDeleteSaya pernah tanya pd penjual kenapa org cina suka mnum air kelapa? Katanya sbb nak hilangkan panas bdn lepas mkn babi...uwekksss nak muntah aku dgr mkn babi...
ReplyDeleteMakan babi x pe dpd makan rasuah.
Deletehuhuhu.......... kedua2nya haram.
DeleteMy nenek banyak bini. Dia tak suruh minum banyak air kelapa muda selalu. Kerana takut zakar kira lemah. Mana satu betul lerr nie.
ReplyDeleteenda jua ku tau banar ka enda. Kalo dikirakan rasa, nyaman bah jua ainnya. Piasau muda memang nyaman diminum tarusan gitu.
ReplyDeleteUntuk kesihatan memang baik.
ReplyDeleteLagi info
ReplyDeleteMakin umur meningkat, makin slow kekuatan kelakian anda?
ReplyDeleteHaa ni suppliment untuk kekuatan anta... tgh ada promosi, harga runtuh kaw2...
Da bleh Follow kut dorang nya page...
Fb:
https://www.facebook.com/thmemart/
Instagram:
https://www.instagram.com/p/BxlWOsdlcT8/?igshid=45zxbwriga6w
ape korang ni.. ada otak tu cuba la pakai.. kalau kote tu dah tak kuat lembik macam terung lenyot.. minum la air kelapa muda tuh.. kalau dah ok kote tu buat ape ko nak tonggang lagi air kelapa muda tuh.. kan dah kata kalau ada penyakit konek baru minum la bingai.. 1 lagi jangan main belasah tonggang air kelapa tuh.. tengok rasa pilih bebetul buah kelapa tuh..
ReplyDelete