ORANG-ORANG kampung memanggilnya Pak Him Gagah, apa tidaknya, pada usia 65 tahun, Haji Ibrahim Endut atau lebih mesra dipanggil Pak Him, mampu mengangkat setandan kelapa muda yang jumlahnya tiga puluh biji untuk dinaikkan ke dalam lori.
Apa yang dilakukan Pak Him sukar diterima akal kerana lelaki
pada usia emas ini berupaya melakukan kerja-kerja berat yang tidak larat oleh
orang muda. ltulah Pak Him, malah pada usia begini dia masih boleh memikul 100 kilo beras.
Badannya sentiasa berpeluh, kalau bekerja dia jarang-jarang
memakai baju. Orang tua ini tidak pernah pergi ke hospital kerana sakit. Sepanjang
hayatnya, dia tidak diserang sakit yang memerlukanya ke hospital.
Oleh kerana
keadaannya yang agak pelik, orang kampung bercakap-cakap di belakangnya
mengatakan dia ada 'khadam' sebab itulah
dia gagah. Apa yang dicakapkan itu sampai ke telinga Pak Him tetapi dia hanya
mendiamkan sahaja.
Dia tidak marah kerana dia tidak pernah ada sebarang ilmu,
apa yang dia lakukan hanya Kudrat anugerah Allah. Dia tidak pakai ‘khadam', jin atau hantu.
Setelah terlalu terlalu banyak orang bersangka buruk kepadanya, suatu hari selepas
solat Jumaat ketika lepak-lepak di kedai kopi, Pak Him mengeluarkan sebotol madu
tualang asli.
Dia mengajak rakan-rakannya minum, rakan-rakannya pelik kerana
selama ini tidak pernah Pak Him membawa madu Lebah Tualang.
"Dengan izin Allah, aku mengamalkan madu ini sejak muda
dan syukur aku sihat sampai sekarang. Kencing manis tak ada, darah tinggi tak
ada, buah pingggang kuat dan yang 'itupun' masih okey" Pak Him membuka cerita.
Katanya, dia tidak pernah menggunakan khidmat 'khadam' atau
jin, amalannya hanya minum madu Lebah Tualang setiap pagi dan malam selama 50
tahun.
"Madu lebah lain bagus juga tetapi madu Lebah Tualang
yang terbaik. Kenapa? Sebab madunya
adalah campuran dari ribuan jenis manisan dari pelbagai jenis bunga di hutan
yang kita tak pernah tahu.
"Itulah yang menyebabkan madu Lebah Tualang sangat bagus untuk kesihatan tetapi kena amalkan, minum, sekali dua tak payahlah, buang masa tegasnya.
Rakan-rakan yang mendengar penjelasannya tercengang, mereka
tersalah sangka selama ini. Rupanya rahsia Pak Him ialah madu Lebah Tualang.
Sumber : Majalah Misteri
Ssah skrg nak dpt madu tualang. Yg jual kat tepi jln semua menipu campur gula merah....
ReplyDeleteKalau semua rakyat msia mengamalkan cara hidup mcm abg him gagah,semua hospital, pengamal perubatan serta penjual ubat kuat tepi jln tutup kedai....
ReplyDelete