Madu berwarna-warni yang ditemui pada tahun 2010...
BENARKAH wujud madu yang dikatakan berwarna-warni?
Agak-agaknya, jika dijual di pasaran, warna apa yang menjadi pilihan ramai? Maklum saja, keunikan sesuatu perkara boleh
menjadi daya penarik kepada orang ramai untuk mendekatinya. Silap-silap, ada
yang melabelkan madu ini sebagai salah satu makanan 'hipster'.
Adakah ia benar-benar wujud? Bagaimana rupa bentuk madu ini? Untuk pengetahuan anda, madu warna-warni ini pernah wujud pada tahun 2012
di kawasan penternakan lebah di Ribeauville, Perancis. Awalnya, perkara ini
hanya menjadi buah mulut masyarakat setempat kerana berasa teruja dengan
warna madu yang terhasil. Betapa tidak, selama hidup, hanya menemui madu
berwarna coklat cair dan kuning gelap. Jadi, apabila ternampak cecair manis
ini dalam warna berlainan, pasti siapa pun akan teruja.
Sudah tentu para pembaca ingin mengetahui warna apa yang
dikatakan pelik ini bukan? Keunikan madu ini terhasil dalam dua warna utama
iaitu biru dan hijau. Namun begitu, penternak lebah turut menjumpai cecair manis
berwarna kuning cair dan coklat kemerahan gelap pada sarang serangga tersebut.
Keadaan itu menyebabkan timbul kesangsian terhadap piawaian
madu ini. Apakah ia mematuhi standard kualiti yang ditetapkan atau berbahaya
kepada manusia? Dari sudut fizikal, warna madu itu cukup cantik dan ia sudah
boleh menarik perhatian pembeli namun penternak tidak berani berbuat apa-apa
kerana belum ada dalam sejarah mereka menemui madu sebegitu.
Menurut cerita para penternak lebah di kawasan berkenaan,
cecair yang dikeluarkan oleh serangga itu bukanlah madu biasa. Hasil siasatan
yang dilakukan oleh mereka membawa kepada penemuan bukti sebenar.
Mengejutkan, kumpulan lebah yang diternak rupa-rupanya
memilih sebuah kilang industri penghasilan coklat sebagai lokasi persinggahan
harian. Kedudukan kilang coklat yang terletak kira-kira empat kilometer dari
kawasan penternakan memudahkan rutin harian serangga kecil itu. Sisa cecair
gula-gula coklat yang berada di ruang terbuka telah menarik minat serangga ini
untuk mengumpulkan nektar daripadanya. Maka, tidak hairanlah apabila zat manis
yang terhasil pada sarang lebah yang ditemui memiliki warna yang berbeza dengan
rona madu yang biasa kita temui.
Apakah kaitan gula coklat dengan penemuan madu pelik...
Sebelum itu, golongan penternak lebah di Ribeduville telah mengalami kerugian tinggi akibat kematian serangga tersebut semasa musim sejuk. Jadi, situasi madu berwarna unik ini sekali lagi menimbulkan polemik. Justeru Presiden Persatuan Pemeliharaan Lebah, Alain Freih mendedahkan keputusan kimia madu berwarna-warni ini. Ahli kimia mengesahkan madu itu mempunyai kualiti rendah.
Alain freih menunjukkan madu pelik
yang terhasil pada papan sarang lebah...
Maka, dengan sebulat suara mereka sepakat untuk memaklumkan
kes tersebut kepada pihak perusahaan coklat berkenaan. Atas faktor
tanggungjawab, kilang coklat ini bertindak menyimpan kesemua sisa manisan
berwarna-warni ke dalam bekas tertutup. Selain itu, kawasan perindustrian itu
turut dibersihkan bagi mengelakkan kedatangan semula 'tetamu kecil' ini. la
sekaligus menyelesaikan masalah.
Sementara itu, penghasilan madu unik ini bukanlah pertama
kali berlaku. Sebaliknya, sejenis madu berwarna merah telah ditemui awal pada
tahun 2010 di Red Hook, Brooklyn, Amerika Syarikat. Menurut salah seorang
penternak lebah, Cerise Mayo, penemuan tersebut dipercayai berpunca daripada
jus ceri maraschino yang dihasilkan oleh kilang berhampiran. Awalnya, dia dan
rakan-rakan berasa sukar untuk mempercayainya. Bagaimanapun, selepas sampel
cecair merah tersebut dianalisis oleh pakar pemeliharaan lebah New York, ternyata
ia berpadanan dengan jus buah yang dinyatakan.
Kehadiran cecair berwarna ini bukan sesuatu yang
menggembirakan semua orang. Kekecewaan jelas terpancar di kalangan para
penternak terbabit. Situasi aneh yang sepatutnya memberi pulangan kepada mereka
rupanya hanyalah mimpi ngeri. Mereka terpaksa berdepan dengan hasil yang
merosot ekoran cecair merah yang terdapat dalam sarang bukan nektar. la
diklasifikasikan sebagai cecair yang tidak menepati ciri yang ditetapkan. Lebih
mengecewakan lagi apabila ujian kimia menunjukkan cecair itu mengandungi rasa
logam selain rasa manis yang terlalu jika dibandingkan dengan madu asli.
Madu berwarna-warni, unik atau menakutkan...
Insiden yang berlaku pada 2010 dengan 2012 cuma berbeza
daripada zat manis dalam kandungan sarang sahaja. Ujian piawaian tetap menolak
hasil cecair berwarna-warni ini untuk dikategorikan sebagai madu yang boleh
dijual kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment