Wednesday, January 27, 2010

XPDC KE GUNUNG MULU

Baru-baru ini Pihak Syarikat telah meluluskan kepada kami seramai 40 orang untuk XPDC ke Gunung Mulu, Miri, Sarawak. Rombongan kami telah diketuai oleh Mr. Lew Wing Kwong dan dibantu oleh Mr. Noslan Ahmad.

Kami telah berkumpul di LCCT seawal 2.30 petang kerana dijangka akan diterbangkan ke Miri, Sarawak dengan pesawat Air Asia kira-kira pukul 4.30 petang. Sementara menanti waktu keberangkatan tiba, kesempatan telah diambil untuk mengagih-agihkan peralatan bagi kegunaan semasa XPDC nanti.

Saksikan gambar video yang sempat di rakam semasa XPDC tersebut.




Video ini menunjukkan kami sedang
mendaki untuk masuk ke Gua Rusa



Video ini menunjukkan kami sedang menuruni tangga dari
resort penginapan menuju ke boat untuk ke perkampungan kaum Penan


Video ini menunjukkan kami berada didalam
Gua Rusa untuk meninjau keadaan didalamnya



Video ini menunjukkan kami hampir tiba
di perkampungan Kaum Penan



Kaum Penan mempamirkan hasil kraftangan
mereka untuk dijual kepada pelancong

Tugas-tugas membahagi peralatan sedang dijalankan

Walaupun kami bekerja dibawah satu bumbung, kami jarang dapat berjumpa disebabkan kesibukan masing-masing dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Berbekalkan sedikit waktu yang ada kesempatan diambil untuk berbual-bual dan bertanya khabar.

Dari kiri, Isa, Mr. Lew, Noslan
dan Zul (membelakangkan kamera) sedang berbual

Rombongan kami tiba di Airport Miri pada lewat petang dan akan bermalam di sebuah hotel bagi menghilangkan penat kerana telah berada didalam pesawat hampir dua jam setengah. Beberapa pegawai Syarikat yang berpengkalan di Miri telah menyambut ketibaan kami dengan penuh ceria dan telah bersedia membawa kami untuk menikmati makan malam dan seterusnya berehat kerana kami akan terbang pula ke Mulu pada keesokan harinya.


Kami bergambar ramai di Airport Miri, Sarawak

Azman, Kem dan Madi sedang sibok
menyusun beg kedalam kenderaan


Siva Rao bergaya bersama bagasinya

Penerbangan kami ke Mulu adalah dengan Twin Otter milik MAS mengambil masa selama 30 minit dan setibanya kami di Airport Mulu, perjalanan diteruskan lagi dengan pacuan 4 roda selama 15 minit ke Royal Mulu Resot iaitu tempat penginapan selama kami berada disana. Ketibaan kami disambut dengan tarian tradisional oleh penari-penari yang disediakan oleh pihak Resort


Salah sebuah Twin Otter yang terdapat di Airport Mulu

Dari kiri, Zul, Aj dan Malik bersedia untuk terbang ke Mulu

Aj dan Azman bergambar bersama dengan penari-penari resort

Kenapa kami memilih Gunung Mulu?. Persoalan ini timbul kerana sebelum ini kami tidak pernah sedar akan kuwujudan gunung ini berbanding lain-lain gunung yang ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak. XPDC ke Gunung Mulu ini adalah lanjutan daripada XPDC ke Gunung Kinabalu, Sabah satu ketika dulu. Ianya merupakan salah satu aktiviti Syarikat bagi menaikkan semangat dan prestasi staf ketahap yang lebih tinggi dan cemerlang.

Gunung Mulu berdiri megah

Gunung Mulu mengandungi rangkaian gunung yang terpanjang di dunia dan disinilah terletaknya 'Sarawak Chamber" iaitu ruang bawah tanah terbesar yang boleh menampung empat puluh biji kapalterbang Boeing 747. Gua-gua yang terdapat disini adalah Gua Rusa, Gua Air Jernih, Gua Angin dan Gua Lang.

Gua Rusa mempunyai terowong yang terbesar didunia yang dikatakan boleh memuatkan lima buah gereja besar bersaiz gereja St. Paul di London. Begitu juga dengan Gua Air Jernih (Clear Water Cave) iaitu gua yang terpanjang di Asia Tenggara. Didalam gua-gua inilah menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang yang terbang keluar berkumpulan menuju kehutan setiap waktu senja untuk mencari makan. Jika kita ingin menyaksikan pemandangan hebat ini kita mestilah sampai dan sudah berada di sekitarnya pada pukul enam petang.

Didalam gua ini terdapat laluan papan yang dibina diatas. Semasa berada di dalam gua, agak sukar untuk kami melihat kedua-dua haiwan ini. Tetapi sebaik sahaja melangkah keluar dari gua ini pada waktu senja kami ternampak berjuta-juta ekor kelawar terbang keluar untuk mencari makan. Kami menyaksikan pemandangan yang menakjubkan ini selama satu jam. Langit yang masih cerah tiba-tiba bertukar gelap kerana banyaknya kelawar yang terbang keluar tidak putus-putus. Inilah salah satu pemandangan semulajadi yang paling hebat yang belum pernah kami saksikan.

Gua Angin dan Gua Air Jernih pula mempunyai bentuk stalaktit dan stalagmaig yang menarik dan kami merasa beruntung kerana dapat menyaksikannya.

Pada hari berikutnya kami telah pergi melawat ke rumah panjang Suku Kaum Penan untuk menyaksikan cara hidup masyarakat mereka disana.


Royal Mulu Resort tempat penginapan kami

Disini juga ada kemudahan SPA

Dari kiri, Saratjudin, Aj dan Pak Lah



Cafe di resort

Pelancong dari Eropah sedang mengambil makanan di cafe

Dari hadapan, Jamal, Mazlan, Aj dan yang
sedang mengelamun dibelakang tu ialah Saratjudin

Kem sedang berehat diatas beca di resort

Kami bergambar ramai di pintu masuk Gunung Mulu

Aj diatas trek yang dibina dari papan sepanjang 8 km.
Dari sinilah kami mula berjalan kaki sehingga ke gunung

Papan penunjuk arah ke Gua Air Jernih (Clear Water Cave)
dan Gua Angin (Wind Cave)

Papan penunjuk arah ke Gua Rusa (Deer Cave)
dan Gua Lang (Lang Cave)

Kami sudah sampai dan telah bersedia untuk memasuki gua

Kami didalam Gua Rusa

Stalagtit dan stalagmaig berbentuk lembing

Stalaktit dan Stalagmaig yang sungguh indah

Stalagtit dan stalagmaig berbentuk keris

Bentukan batu didalam gua. Perhatikan betul-betul, apa yang anda
lihat dan tafsir tentang gambar ini. Kata Tourist Guide bahawa sesiapa
yang tidak merakamkan gambar ini maka ia tidak dikira sebagai telah memasuki ke gua ini

Lubang atas dari gua untuk kelawar dan
burung layang-layang terbang keluar mencari makan di waktu senja

Satu lagi bentukan yang terbina

Noslan sedang mengawasi rakan-rakan memasuki Gua Angin


Melepaskan penat, dari kiri, Madi, Aj, Malik dan Mazlan

Berehat sebelum berjalan pulang ke resort

Aj sedang berkaraoke untuk menghiburkan kawan-kawan

Kami menuju ke jeti dari resort untuk menaiki
bot laju menuju ke perkampongan kaum Penan


Bot laju sedang merentas sungai

Salah seorang wanita kaum Penan

Rumah panjang kaum Penan
Canggih... dewan orang ramai di rumah panjang dilengkapi Astro

Diantara cenderamata yang dihasilkan
oleh kaum Penan untuk dijual

Tengok jeee... beli tak jugak!!!!!

Dah penat dah......relaxlah dulu.......

En Idris Mohd Yassin, Pegawai Syarikat yang bertugas di Miri.
Beliau banyak membantu semasa kami di Miri..Budi baik tuan takkan kami lupakan....

Hashim dan Malik memilih cenderahati di Airport Mulu


















Wednesday, January 13, 2010

DOSA SEMALAM

Cerita ni aku jumpa dalam website tapi aku dah lupa website mana dan siapa penulisnya. Cerita ni nampak macam kisah benar yang berlaku pada penulisnya atau diceritakan oleh seseorang kepadanya.

Tak kisah lah tu. Yang penting pengajaran yang boleh kita ambil darinya. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Benda yang kita tak fikir boleh berlaku ianya berlaku.

Oleh itu kita harus berwaspada dan bersedia dengan segala kemungkinan.

Selamat membaca.

Yang penting bukan pasal samada kisah ni benar terjadi atau sebaliknya... tapi pengajaran yang kita boleh ambil untuk renungan dan tauladan...

Hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati aku..

Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi.

Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria.

Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu. Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari kesilapan lampau aku.

Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi, cium apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda.

Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan. Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke. Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..

Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut. Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewa. Sambil ayu menangis teresak2, ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak nikah jugak dalam masa terdekat. Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku masih sayang pada isteriku..

Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat pada isteriku..sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku. Janji yg aku tabur pada ayu, hanya janji manis saja. Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.

Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta ayu di depan rumah ku, aku tercari2 ayu di mana die. Dlm perjalanan menuju kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.

Bila melangkah masuk ke rumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku, dengan muka bengis, isteriku ceritakan segalanya. Isteriku memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu sepuas-puasnye.

Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita, ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain, Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah. Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant? aku hampir pengsan lagi.. dan ayu juga melafazkan 'aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturunan kau mati dirogol' ...terus ayu menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu? aku dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama. Oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku.. Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jika benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak, die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri, aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu. Keesokan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu. Sebaik ayu mengangkat telefon, terus die hysteria dan menyumpah2 aku..sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol'..

Semenjak itu, ayu hilang dan berita terakhir aku dengar, ayu sudah meninggal dunia tahun lepas...

Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib aku, anak2 aku..

Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu, tapi ayu sudah tiada.. Aku bingung,..setiap malam, aku buat sembahyang sunat taubat...tapi bayangan ayu selalu hadir dlm minda ku...Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku...perit..sungguh perit.. ya, kisah aku lebih kurang dlm cerita2 rekaan yg selama ni kite tonton di tv, tapi tak ku sangka, ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu sendirian..

Terima kasih pada yang memberi nasihat, tak kurang juga yg menyindir..tapi mmg aku akui, aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup aku, hidup family aku dan hidup insan lain..tatkala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru memikirkan hal anak aku, aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa memandu..

Anak aku sekarang semakin histeria, die tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut, bingung, menangis.. aku dan isteri sangat sedih. anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah die berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu. kami takut die bunuh diri atau mencederakan diri..

Setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anakku, minggu lepas kami ada bawa die berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi.. isteriku menangis dan aku menahan sebak..kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nnt..

Sekarang mungkin die rase tak selamat nak berjumpe org asing..anak ku juga tak berapa makan, kami risau die akan sakit.. aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suke bersendiri, kadang2 terdengar die menyanyi sorang2, risau juga takut die alami gangguan emosi. die terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil die tau ape yang bakal die alami bila dewasa kelak..jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku diampunkan..

Berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada hubungi sepupu die Kay..kay memberitahu ayu sudah meninggal dunia. kes nya terkena buatan orang. yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu, ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengan isteri ku.

Selepas itu, ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang die tanggung, kay beritahu, mujur ayu keguguran bayi, kalau tidak, macamana die nak hadapi family dan masyarakat..hmmm... aku mengucap panjang tanda keinsafan. selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampung meminang ayu, tapi ayu menolak..ayu jelaskan pada kay, die tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnye..

Aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam. jejaka tu berang bile ayu menolak pinangannya...lepas tu hidup ayu terus porak peranda. puas dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas terakhir. kay kata, ayu terkena santau dari siam. siapa yang buat wallahualam.. selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan..sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup orang lain sekaligus...

Mengenai anak ku ni, kejadian hitam yang berlaku, atas kecuaian aku dan isteri juga. sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji. selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah org ni lagi.

Pada malam tu, hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. pelajar lain tidak hadir kerana masih belum pulang dari kampung beraya. masa kejadian tu, isterinya kerumah org untuk beraya. kalau aku periksa dulu dan hanya anak ku saja yang hadir, sudah pasti aku tak benarkan die pergi mengaji malam tu. tapi kerana nak cepat, aku tak sempat nak check. aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan, kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi mangsa?

Aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat..kes ni masih di bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh..kadang2 aku geram sangat..geram pada laki tu..nak saja aku kerjakan die cukup2.. aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun kes ni, pasti area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain..

Akhir2 ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah..hidup kami tidak lagi ceria..tapi Alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga..

Aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil, nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh, pantau anak2 anda di mana berada, pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana2 lelaki, walau sealim mana pun..ya! kadang2, sebagai ibu bapa, kite hanya menyerahkan anak kite pada guru sekolah, guru tuisyen, guru mengaji, tukang gaji, driver, pak guard..tapi kite tak pernah pun amik tau siapa mereka.. ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.

Monday, January 11, 2010

HUKUM FARAID

Aku pernah mengikuti “Kursus Perundangan Tanah” bertempat di Hotel Eden Garden, Johor Bharu suatu ketika dulu. Salah satu tajuk yang menarik perhatian aku ialah Hukum pembahagian harta pusaka dan Hukum Faraid.

Disini aku ingin berkongsi maklumat dan ilmu yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan kita mendapat manafaat darinya.

BAB 1 : HUKUM FARAID


1. Pengenalan

Ilmu pembahagian harta dikenali juga sebagai :-

Ilmu Faraid

Ilmu Pewarisan

Ilmu Tarikah

2. Definasi

Ilmu Faraid ialah kaedah dan ilmu hisab (Matematik) yang boleh menyampaikan kepada mengetahui apa yang telah difardhukan bagi setiap orang yang berhak mendapat harta peninggalan simati.

3. Ilmu Faraid Terdiri Dari Kombinasi 3 Jenis Ilmu Iaitu :-

Imu Nasab - Berkaitan dengan keturunan

Ilmu Fatwa - Berkaitan waris-waris berhak/tidak

Ilmu Matematik - Berkaitan perkiraan bahagian waris-waris.

4. Hukum Mempelajari Ilmu Faraid

Mempelajari ilmu Faraid hukumnya fardhu kifayah. Jika terdapat sekurang-kurangnya seorang yang mempelajari dan mengetahuinya di sesuatu tempat maka semuanya terlepas daripada dosa.

5. Sumber Ilmu Faraid

Al Quran,Hadith,Ijma’ dan Qias


6. Matlamat Belajar Ilmu Faraid

Untuk mengetahui apakah sesuatu harta itu harta pusaka atau tidak

Untuk mengetahui siapakah waris yang berhak menerima pusaka

Untuk mengetahui kadar bahagian masing-masing

Untuk mengetahui tatacara pembahagian dan kaedah pengiraan

7. Galakan Mempelajari Ilmu Faraid

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a. Maksudnya.

“Hendaklah kamu mempelajari ilmu faraid dan ajarkan dia kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabut daripada umatku.”

Hadis Riwayat Abdullah Ibnu Masud r.a. Maksudnya

“Pelajarilah Al Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia dan nanti akan timbul fitnah-fitnah sehingga nanti akan tiba masanya apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua mereka.”

8. Hikmah Mempelajari Ilmu Faraid


Menghindarkan diri dari memakan harta secara batil

Mengelakkan pelanggaran hokum seperti makan harta anak yatim dan memakan hak simati

Menghindarkan diri dari memiliki harta orang lain

Menghindarkan diri dari salah faham atau pertelingkahan di kalangan waris

Memberi kesedaran kepada waris agar segera menyelesaikan pusaka

9. Tanggungjawab Waris Sebelum Membahagi Pusaka


Tahu siapa waris yang berhak

Tahu kadar bahagian masing-masing

Adakan perjumpaan dan perbincangan

Tahu semua harta peninggalan simati

Semak belanja kebumi

Siasat hutang simati

Siasat wasiat simati

Melantik pentadbir jika perlu

Memberi kebenaran duduk, guna dan makan

10. Tanggungjawab Waris tunaikan hak simati


Belanja Mati

Peralatan kapan

Keranda/penutup

Upah mandi

Upah gali liang

Upah bawa mayat/kereta jenazah

Belanja tidak dikira


Upah sembahyang jenazah

Tahlil dan kenduri arwah

Hutang Kepada Allah

Zakat, Kifarah, Nazar, Haji dan Fidyah


BAB 2 : WASIAT

1. Pengertian Wasiat

Wasiat bererti pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia

2. Keistimewaan Wasiat

Boleh ditarik balik dan dibuat wasiat lain

Perpindahan hak atas harta yang diwasiatkan hanya berlaku setelah pewasiat meninggal dunia

3. Syarat Wasiat


Mukallaf

Pemilik Harta

Secara lisan, bertulis/isyarat

Tidak lebih 1/3 harta

Penerima bukan waris

4. Perbincangan berkaitan Wasiat

Mula wasiat kepada waris

Wasiat supaya bahagi sama

Harta penama

BAB 3 : Hibah

1 Definasi

Pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain semasa hayatnya

Pemberian ibu/bapa semasa hayatnya kepada anak-anak

bu bapa berhak memberi harta mereka kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki atau disukainya.

Sunat diberi kepada anak-anaknya sama banyak

Makruh memberikan harta kepada anak-anak berlebih kurang. Ada pendapat yang mengatakan haram sekiranya anak-anak bertelingkah dengan sebab tidak berpuashati dengan pembahagian oleh ibu/bapa kepada anak-anak tidak seimbang semasa hayat mereka.

BAB 4 : HARTA PUSAKA

1. Rukun Pusaka Ada 3 iaitu :-


Simati, Harta dan Waris


Rukun 1 : Si mati


Mati Hakiki

Mati Hukmi

Mati Hakiki

Dibukti dengan :-


sijil kematian (Surat Mati)

Permit Pengkebumian

Surat sumpah


Mati Hukmi

Dibuktikan dengan :-


Anggapan kematian yang dikeluarkan oleh mahkamah Tinggi di bawah fasal 108, Akta Keterangan, 1950.

Anggapan kematian boleh dibuat selepas 7 tahun dari tarikh kehilangannya.

2 Rukun 2 (Harta Pusaka)

Jenis Harta Pusaka:-

Harta Tak Alih

Tanah


Permukaan tanah

Dalam tanah

Rumah


Harta Alih


Pakaian

Barang Kemas

Kenderaan

Peralatan rumah

Wang tunai/simpanan

3 Definasi Harta

Semua barang yang diperolehi secara halal seperti berikut :-

Melalui jualbeli

Mendapat hibah

Mendapat hadiah/sedekah

Melalui Wasiat

Mendapat pusaka

Sewa yang masih belum dijelaskan kepada simati

Hutang kepada simati yang dijelaskan selepas kematiannya

Dividen/faedah yang terbit daripada harta simati

KWSP

Pencen simati yang belum sempat ditunaikan

Barang yang terbit selepas mati berpunca dari usaha semasa hayatnya

Tidak termasuk sebagai harta pusaka

Harta yang telah diberi kepada seseorang

Harta yang telah dijual

Harta yang telah diwakaf

Harta yang dipegang amanah

Khairat kematian

Pemberian orang yang menziarahi kematian

Imbuhan,pampas an dan saguhati

Pencen terbitan

Ganjaran terbitan

Bayaran dibawah Perkeso

Harta yang dipinjam

Rukun Ke 3 (Waris)

Terima pusaka dengan 2 sebab

Perkahwinan dan Keturunan


Perkahwinan


Mestilah perkahwinan yang sah disisi hukum syarak

Walaupun beberapa saat selepas akad nikah

Walaupun pasangan belum bersama

Tidak kira hatrta diperolehi daripada mana asalkan kepunyaan simati

Bercerai hidup masih boleh mendapat pusaka dengan syarat masih dalam edah talak raji’i


Keturunan


Keturunan Tidak termasuk :-

Anak angkat walaupun dibinkan kepada simati

(Hanya menerima pusaka ibu)

Anak zina/anak dari perkahwinan tidak sah

Anak Li’an


Hubungan Kekeluargaan/Keturunan


Keturunan keatas seperti ibu, bapa, nenek, datuk dan keatas

Keturunan kebawah seperti anak, cucu dan kebawah

Keturunan sisi simati seperti saudara, anak saudara dan kebawah

Keturunan sisi kepada bapa simati seperti bapa saudara, sepupu dan seterusnya


Suami Hilang

Apabila suami hilang, isteri menuntut cerai taklik bermakna isteri bercerai hidup maka tidak dapat harta pusaka.

Seseorang itu dianggap mati berkuatkuasa pada tarikh hakim mengeluarkan perintah dan bukannya pada tarikh hilang.

Seseorang itu dianggap masih hidup selagi belum dianggap mati oleh mahkamah, walaupun telah hilang lebih dari 7 tahun.

Kadar Bahagian Suami/isteri

Suami : ½ jika tiada anak

¼ jika ada anak

Isteri : ¼ Jika tiada anak

1/8 jika ada anak

Beberapa kaedah Faraid

Sekiranya simati tidak berkahwin, pusaka hanya dapat kepada ibu dan bapa sahaja manakala adik beradik tak layak dapat.

Walaupun simati ada nmeninggalkan anak lelaki, ibu dan bapa berhak mendapat pusaka. Sekiranya ibu bapa mati dahulu, datuk dan nenek masih berhak menerima pusaka.

Cucu lelaki dari anak lelaki yang mati dahulu lebih kuat daripada adik beradik simati seibu sebapa. Kalau ada cucu lelaki adik beradik tak dapat.

Sekiranya simati meninggalkan anak perempuan dan saudara perempuan, pusaka boleh dihabisi dan tak perlu Baitulmal. Sekiranya simati tinggal anak perempuan sahaja, ibu bapa , datuk dan nenek mati dahulu, pusaka dapat kepada adik beradik, anak saudara, bapa saudara, sepupu dan seterusnya.