Monday, November 22, 2010

IKAN GERGASI DI TANGKAP

Jo Green menarik ikan sturgeon di Sungai Fraser,
Kanada baru-baru ini.

Seorang pemancing ikan dari Britain, Jo Green membuktikan bahawa wanita juga mampu menangkap ikan air tawar antara paling besar di dunia.

Green yang berusia 43 tahun mengambil masa lebih dari 2 jam untuk menjinakkan ikan tersebut yang beratnya 158.7 kilogram.

Ikan sturgeon dari keluarga Acipenseridae itu ditangkap di Sungai Fraser di Kanada. Ia sebelum itu dikatakan mengheret bot Green sejauh 3.2 kilometer sebelum dapat ditangkap.

"Tangan dan kaki saya sangat lenguh dan saya merasa amat letih, ikan itu melompat dua kali dan ia kelihatan sangat marah," ujar Green.

Ikan itu akhirnya dilepaskan dan ia dibiarkan terus hidup. Pada kebiasaannya ikan ini hidup di sungai dan tasik di Amerika Utara.

Ulasan : Cuba kita semua berfikir, apa akan berlaku jika sekiranya ikan ini ditangkap di Negara kita?

IBU GAJAH BERTARUNG DENGAN BUAYA

Seekor ibu gajah yang ingin melepaskan dahaga untuk meminum air bersama anaknya di tebing sebuah sungai di Taman Negara Luangwa Selatan, Zambia terkejut apabila dengan tiba-tiba seekor buaya menyambar belalainya.

Dalam usaha untuk melepaskan dirinya, ibu gajah tersebut bertekad untuk melawan dan mengheret buaya tersebut ke daratan.

Buaya yang tidak lagi dapat bertahan dengan kekuatan ibu gajah itu akhirnya melepaskan belalai gajah tersebut.

Berdasarkan pada gambar itu juga bahawa buaya ganas itu tidak diapa-apakan oleh ibu gajah itu kerana ia kelihatan berlalu pergi tanpa mencederakan buaya itu.

Gambar menunjukkan seekor buaya
berpaut pada belalai ibu gajah

Ibu gajah mengheret buaya ganas yang
berpaut pada belalainya ke daratan

Buaya itu akhirnya melepaskan
pautannya pada belalai gajah itu

Ulasan : Cuba kita semua berfikir, apa akan jadi dengan nasib buaya ini jika ia berlaku di Negara kita?

TIKUS KESAN PERIUK API

Seekor tikus sedang di latih untuk
mengesan periuk api di bawah tanah

Di Mozambique, tikus telah dilatih selama sembilan bulan untuk menghidu TNT yang terdapat didalam periuk api.

Usaha ini dibuat adalah kerana kerajaan telah membuka tanah seluas 2 juta hektar yang dikatakan tidak selamat kerana didalamnya ditanam dengan periuk api antara 1 hingga 6 juta buah yang sehingga ini belum ditemui.

Tikus sesuai untuk kerja sebegini kerana haiwan ini memiliki berat badan yang ringan dan ia mudah dimotivasikan dengan makanan sebagai ganjarannya serta ia juga mampu bergerak dengan lebih pantas berbanding anjing.

Projek yang di gelar Apopo itu dilaporkan berjaya apabila tikus-tikus yang dilatih dihantar ke Angola untuk mengesan periuk-periuk api tersebut.

Sekurang-kurangnya 20,000 kematian direkodkan di seluruh dunia akibat letupan periuk api setiap tahun.

Ulasan : Di Negara kita sekarang ini banyak kematian dilaporkan akibat terkena kencing tikus.

Sunday, November 21, 2010

KAMPUNG YANG SEMAKIN SUNYI

Suatu petang, ketika aku dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Rembau, Negeri Sembilan, aku telah merakamkan beberapa buah rumah yang aku rasakan terbiar kosong dan tidak berpenghuni lagi.

Rumah-rumah tersebut ada yang kelihatan sangat uzur dan menanti hari untuk rebah menyembah bumi dan ada yang masih elok dan dijaga rapi oleh keluarga berkenaan, cumanya, ia tidak dihuni lagi berkemungkinan orang tua mereka sudah tiada dan anak-anak pula tiada yang berminat untuk terus tinggal di kampung.

Berkemungkinan juga adat perpateh yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan menyebabkan banyak rumah-rumah yang ditinggal kosong kerana mengikut adat pepateh. rumah pusaka akan diwarisi oleh anak perempuan bongsu mereka.

Apabila anak perempuan yang bongsu tadi berkahwin dan mengikut suami yang bekerja di daerah lain rumah yang diwarisi olehnya tadi akan ditinggalkan begitu sahaja. Selepas suami bersara dan berminat untuk tinggal di kampung isteri, rumah yang ditinggalkan sekian lama itu akan diperelokkan semula, tapi kalau suami tidak berminat untuk tinggal di kampung isterinya maka tinggal terbiarlah rumah itu untuk selama-lamanya.

Kepada kumpulan Seekers atau pemburu hantu, apa kata kalau aku syorkan kepada anda kalian datang ke rumah-rumah kosong tersebut bagi merakamkan gambar-gambar hantu yang aku rasakan tentu ada ramai didalamnya.

Mereka sekarang ini aku perhatikan sedang berpesta di dalamnya. Wallahuaklam.

Salah sebuah rumah yang ditinggalkan oleh pewarisnya

Sebuah rumah usang seolah-olah berada di dalam hutan

Adakah ini sebuah rumah atau sebuah dangau
di dalam kebun buah-buahan

Sebuah rumah berbentuk minangkabau terbiar sepi

Jika di Kuala Lumpur, rumah ini tentu harganya bernilai tinggi
sebab kedudukannya di tepi jalan

MAJLIS MAKAN MALAM BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD

7 November 2010 bersamaan hari Ahad, jam 8 malam, telah berlangsung satu majlis Makan Malam Bank Pembangunan Malaysia Berhad bertempat di Hotel Shangrila, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Ianya adalah bagi meraikan kejayaan dan pencapaian terbaik BPMB bagi tahun 2009/2010. Disamping itu pihak pengurusan BPMB juga bermurah hati untuk memberi penghargaan berupa wang tunai kepada staf setia yang telah berkhidmat selama 30 tahun, 25 tahun, 20 tahun 15 tahun dan 10 tahun Majlis turut meraikan staf yang akan dan telahpun bersara.

Hadiah-hadiah menarik dan bernilai tinggi juga telah disediakan melalui cabutan bertuah, disamping itu juga hadiah disediakan kepada pasangan staf dan perseorangan yang berpakaian mengikut tema persembahan pada malam itu iaitu 'Glam dan Elegance'.

Para tetamu dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi terkenal tanahair Anuar Zain diiringi oleh pemuzik profesionalnya. Majlis diacarakan oleh pelakon dan pengacara yang amat dikenali ramai iaitu Sharifah Shahira.

Aj dan isteri

Dari kiri : Dimas, Siti Jumiah dan Pn. Rohani belum lagi
mendapat green light untuk menjamah makanan yang dihidangkan

Gambar tengah : Pn. Rohani bersama suaminya En. Radin dan
disebelahnya Pn. Samsura dan suaminya En. Amin

Sebahagian dari staf yang hadir di majlis makan malam BPMB

Pn. Rozilawani dan suaminya 'Along' diantara
pasangan paling bahagia pada malam itu

Pengacara popular, Sharifah Shahira sedang
menemuramah tetamu yang hadir

Telatahnya amat menghiburkan dan
tak kering gusi mereka semua dibuatnya

Para tetamu sedang menikmati persembahan Anuar Zain

Anuar Zain sedang menyampaikan lagu-lagu popularnya



Dari kiri : tak pasti namanya, Ana, Adrina, Salina,
Samsura, Zaidah, Zila dan Siti Jumiah

Dari kiri : Ana, Nurulhana dan Salina

Dari kiri : Ana, Ayu, Samsura, Azza, Lina dan Siti Jumiah

Semua tetamu beransur-ansur meninggalkan
dewan persembahan sebaik acara ditamatkan


Salina bergambar bersama Sharifah Shahira

Bergambar di depan hotel: Dari kiri Azli dan isterinya
diapit oleh Salina ditengah-tengahnya

Saturday, November 20, 2010

DOA UNTUK SEORANG IBU

12 November 2010 hari Jumaat, ketika aku sampai di kampung, hari sudah semakin senja. Ketika aku terpandang emak yang sedia menanti, dia kelihatan tersenyum walaupun dia belum mengetahui siapa yang pulang pada hari itu untuk menziarahinya.

Sebaik aku bersalam dan mencium tangan serta pipinya baru ia mengecam bahawa aku yang pulang pada hari itu. Emak sentiasa gembira apabila anak-anaknya datang menziarahinya samada mereka datang dari dekat atau jauh.

Emak yang duduk menunggu di kedai makan Amri, adikku pada petang itu nampak manis pada pandanganku

"Emak apa kabar, sihat ke?" tanyaku dengan nada yang terpaksa dikuatkan kerana emak kurang pendengaran.

"Aku sihat, hang macammana, pompuan hang dengan anak-anak mana, depa tak datang ka?' tanya emak sambil mencari-cari kelibat isteri dan anak-anakku.

"Lina kirim salam, dia dengan anak-anak tak ikut sebab sekolah ada buat penyampaian hadiah esok. Jadi 'oghang' balik 'soghang' ja lah" jawab aku yang membahasakan diriku sebagai 'oghang' bila bercakap dengan emak. Walaupun kami tinggal di Taiping, Perak, kami bercakap menggunakan loghat utara.

"Emak dah makan koeytiaw goreng, dia dah kenyang, ubat untuk malam pun dia dah makan" kata Amri adikku yang membuka perniagaan kedai makan berhadapan rumah emak.

"Jom masuk rumah, aku dah tak 'laghat' kata emak lagi...

Emak yang dahpun berusia 84 tahun masih lagi boleh berjalan dengan menggunakan tongkat tapi dalam jarak yang dekat sahaja, kami tidak menggalakkan emak menggunakan kerusi roda takut emak jadi manja dan tak nak berdikari lagi. Mandi dan ketandas pun emak boleh berjalan sendiri dengan berpaut pada dinding atau kerusi yang diletakkan berhampiran. Kami hanya mengiringinya atau mengawasinya sahaja takut dia terjatuh.

Dulu emak tinggal dengan Sham, adik perempuan aku yang bongsu, tapi selepas ia berpindah ke rumah sendiri, emak tak nak ikut, dia nak tinggal dirumah sendiri. Kami adik beradik pun bermesyurat dan telah menetapkan untuk bergilir-gilir menjaga emak.

Bagi yang tinggal dekat dengan rumah emak, mereka diminta bergilir-gilir menjaga emak bermula Ahad petang sehingga Jumaat malam.

Bagi kami yang tinggal jauh di Kuala Lumpur seramai empat orang , diminta balik bergilir-gilir untuk menjaga emak bermula pada hari Jumaat malam sehingga ke Ahad petang. Ini bermakna siapa yang kena gilirannya akan pulang sebaik-baik sahaja habis kerja pada petang Jumaat tu. Dari Kuala Lumpur ke Taiping, Perak mengambil masa 4 jam melalui lebuhraya Utara Selatan.

Setakat ini Alhamdulillah, kami semua dapat menjalankan tanggungjawab sepertimana yang telah diamanahkan. Kami semua amat bersyukur kerana semasa kami semua seramai 16 orang masih kecil, emak dan ayah dapat membela dan menjaga kami dengan segala susah payah dan sempurna sehinggalah kami semua sekarang dah agak berjaya, mempunyai pekerjaan dan tanggungjawab sendiri. Sekarang kami adik beradik tinggal 15 orang sahaja kerana adikku yang ke 12 meninggal dunia semasa ia masih kecil.

Semenjak ayah meninggal kira-kira 11 tahun yang lalu, emak kesunyian dan sering merindui ayah, ini kerana semasa ayah masih hidup, ayah seorang yang penyayang dan rajin menguruskan rumahtangga, hobi ayah mengecat rumah, berkebun, dan rajin berbual-bual dengan mak sebelum mereka tidur. Apabila ayah berbual dengan emak, kami semua dapat mendengar apa yang mereka bualkan itu sebab perbualan mereka agak kuat. Kami dah tak hairan sebab dah lali... Ayah juga seorang imam di surau berhampiran rumah kami.

Sesekali bila balik kami dapat mendengar melalui speaker suara ayah mengalunkan Tarhim sebelum masuknya waktu subuh. Ayah juga seorang yang pandai melukis dan menulis seni khat jawi. Semasa aku bersekolah, banyak kali juga aku tengok ayah buat sepanduk yang diupah oleh kawannya yang bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Taiping untuk pertandingan perarakan Maulidur Rasul di Bandar Taiping sekitar tahun 1980an dulu. Ayah juga sesekali diupah untuk membuat papan tanda untuk kawan-kawannya yang ingin membuka warung.

Berbalik kisah mak, malam aku jaga emak tu ...pukul 3 pagi emak kencing tilam...kebetulan Amri ada sekejap dirumah selepas habis berniaga, kami sama-sama menguruskan emak dan membasuh tilamnya.

Ahad pagi , aku tengok mak tak bermaya dan nampak letih, berbanding pagi Sabtu emak masih ceria dan mengikut aku kekedai untuk bersarapan pagi..tapi pagi Ahad, aku rasa lain macam...emak tidak bergerak-gerak dan tidur dengan nyenyaknya. Mungkin letih selepas kencing pada malam tu. Tapi emak bangun kencing tengah malam banyak kali dah jadi perkara biasa pada kami sebab mak pengidap penyakit kencing manis, selalu ia sempat ke tandas, cuma malam tu saja ia kencing tilam..."Allah nak uji aku kot..." kata aku didalam hati.

Ahad petang, sebelum aku balik ke Kuala Lumpur, Din seorang lagi abang aku yang tinggal berhampiran datang untuk mengambil alih tugas aku menjaga emak. Aku, Din dan emak kerumah 'At' seorang lagi abangku yang tinggal berhampiran yang baru menerima cucu dan secara tak langsung emak juga menerima cicit baru. Mereka datang dari Sabah kerana pulang bercuti. Mak kembali ceria dan mukanya manis semula sepertimana yang aku lihat semasa aku baru sampai dari Kuala Lumpur petang Jumaat itu.

Sebelum balik, aku, Din dan emak sempat makan koeytiaw yang digoreng oleh Amri....aduh...sedapnya.....

Tepat pukul 8 malam, aku pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan selamat tiba di rumah jam hampir 12 tengah malam.

Ini lah gambar ayahku beserta sijil kematiannya.
Ia meninggal pada 17 Mei 1999 ketika berusia 77 tahun

Tulisan tangan ayah. bacaan surah dalam sembahyang
mengikut susunan harinya

Ini lah gambar ibuku. Habsah bt. Man
berusia 84 tahun, beranak 16 kali.
Teror ke tak teror emak aku ni...

Album keluarga. Cuba kira ada berapa orang?
Yang sulung duduk kiri sekali dan yang bongsu berdiri di kiri sekali.
Emak duduk di tengah berkain biru.
Gambar dirakam pada tahun 2002

Amri sedang menggoreng koeytiaw untuk kami.


Kereta yang membawa aku pulang...
Avanza 1.5E tahun 2007.
Kereta ini merupakan kereta aku yang kelima
selepas Mazda, Saga, Iswara dan Ford Laser.
Semasa memakai Ford Laser aku mempunyai saman
bernilai RM780.00 dan telahpun dijelaskan kesemuanya.

Kereta Proton Saga yang aku pakai tahun 1993 dahulu.
Kemalangan yang berlaku pada tahun 1995
sewaktu ketempat kerja diawal pagi Jumaat
dalam hujan renyai hampir meragut
nyawaku dan isteri.