Thursday, July 31, 2014

MASJID NEGARA : SEJARAH, PERANAN DAN SENIBINANYA...

 
Masjid Negara, mercu tanda Kuala Lumpur...

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah orang yang bertanggungjawab melahirkan ilham membina Masjid Negara. Tunku jugalah orangnya yang memilih lokasinya yang ada sekarang dengan hasrat untuk memudahkan orang kampung bersembahyang setelah sampai di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Wawasan membina sebuah masjid rasmi negara timbul sebulan sebelum kemerdekaan. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan memutuskan untuk mengabadikan masjid ini dengan nama Tunku sebagai hadiah dari rakyat kepadanya di atas jasanya memerdekakan bangsa dan negara.

Cadangan ini seterusnya mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Walau bagaimanapun Tunku menolak hasrat tersebut lantas mengesyorkan agar ia diberikan nama Masjid Negara sahaja. Maka terpahatlah nama Masjid Negara, sebagai salah satu institusi terpenting negara dalam mengharumkan syiar Islamiah.

Keunikan Masjid Negara terletak pada reka bentuknya. Sebelum ia dibina, kebanyakan masjid di negara ini dibina dengan stail seni bina Moor yang beridentitikan kubah bulat, berpintu gerbang melengkung dan berbatu-bata merah. Namun Masjid Negara telah menampilkan stail seni bina yang bersifat alternatif, yang kaya dengan unsur abstrak dan simplistik.

Arkitek yang mereka bentuknya ialah Baharuddin Abu Kassim dari Jabatan Kerja Raya (JKR) yang meskipun misinya mencari bentuk Masjid Negara membawanya ke banyak negara seperti Turki, Sepanyol, Iran, Pakistan, Mesir dan beberapa negara di Timur Tengah, akhirnya beliau mengambil keputusan mereka bentuk Masjid Negara dengan citra rasanya sendiri. Kontraktor yang mendapatkan kontrak membinanya ialah Lim Chong Syarikat Pembinaan Berhad.

Baharuddin Abu Kassim,
Arkitek yang mereka bentuk Masjid Negara...

Pembinaan Masjid Negara dimulakan dengan peletakan batu asas yang diserikan oleh Yang di-Pertuan Agung pada 27 Februari 1963. Sebuah jawatankuasa induk yang diketuai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri telah ditubuhkan untuk memastikan segala aspek projek ini berjalan lancar.

Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong
meletakkan batu asas Masjid Negara pada 27 Februari 1963...

Pada 27 September 1961 Tunku Abdul Rahman telah merasmikan upacara penetapan kiblat. Keseluruhan perbelanjaan pembinaannya memakan RM10 juta dan dibina di atas tanah seluas 33 ekar. Selain dari peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan, kerajaan Brunei menderma RM25,000, Yayasan Shaw RM26,000, lebih seribu orang menderma RM1,000 seorang dan yang paling banyak adalah Senator J.S. Crawford yang mendermakan RM250 setiap bulan sehingga ia siap sepenuhnya, sejak kempen pembinaan masjid dimulakan.

 

Masjid ini dirasmikan pada 27 Ogos 1965 oleh Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan. Menyentuh kembali aspek reka bentuknya, masjid ini terdiri daripada sebuah menara setinggi 245 kaki dari paras laut yang bumbungnya menyerupai payung yang kuncup. Dewan sembahyang pula menggambarkan sekaki payung yang kembang.

Payung-payung ini melambangkan Raja-Raja Melayu. Kerusi imam yang direka khas dan bersalut perak berukir timbul dihadiahkan oleh kerajaan India. Pada setiap hari Jumaat, Masjid Negara menjadi tumpuan warga kota untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Suasana umat Islam berduyun-duyun membanjiri masjid sehingga boleh memuatkan 18,000 jemaah jelas mempamerkan betapa sibuknya suasana di Masjid Negara. Ini ditambah pula dengan kemeriahan golongan peniaga menjual pelbagai makanan dan barangan di tepi kawasan masjid persis suasana di pasar malam.

Menyentuh tentang sembahyang Jumaat, ada pendapat yang mengatakan bahawa sembahyang Jumaat di masjid ini tidak sah kerana tidak ada 40 orang yang bermastautin di sekitarnya untuk menjadikan sah berjemaah. Bagaimanapun Imam Besar Masjid Negara, Haji Taib Azamudden Mohd. Taib (ketika itu) menjawab, "Kalau berdasarkan fatwa Masjid Negara khairiahnya seluruh negara, jadi perkara ini tidak timbul.

"Kalau tidak khairiah negara pun satu pandangan yang boleh diambil kira untuk sah Jumaat mengikut As-Syafie ialah bermukim mustamin, iaitu orang duduk di situ agak lama walaupun ia tidak bermastautin... termasuklah yang bekerja di situ. Lagipun di sekitar Masjid Negara ada kuarters Polis Bukit Aman dan mereka sendiri pun melebihi 40 orang, jadi tidak ada masalah dari segi sah Jumaat," jelas Imam Besar itu yang telah menjawat jawatannya selama empat tahun.

Dari segi tanggungjawab ilmu, Masjid Negara memainkan peranan yang penting dalam mengisi ilmu keagamaan di dada para muslimin dan muslimat menerusi pelbagai jenis kursus. Pada setiap hari dari pagi ke tengah hari, kelas Tadika dan sekolah rendah agama diadakan. Pada sebelah petang diadakan kelas bahasa Arab dan pada malam-malamnya, terutamanya pada malam Jumaat diadakan kelas fardu Ain. Begitu juga pada petang Sabtu.

Masjid Negara juga mengadakan program-program khusus seperti kem remaja, pertandingan tilawah al-Quran, ekspo, di samping menyewakan dewan kuliahnya untuk aktiviti pihak swasta. Di sana juga terdapat sebuah perpustakaan. Pendek kata, Masjid Negara mempunyai banyak kemudahan di samping sentiasa mengisi jadualnya dengan pelbagai aktiviti dari penerapan ilmu agama, pendidikan hinggalah keusahawanan.

 
Makam Pahlawan...

Di Masjid Negara juga terletaknya Makam Pahlawan yang menyediakan tapak kubur untuk tujuh perwira negara. Setakat ini empat jenazah telah dikebumikan di situ iaitu Tun Dr. Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal dunia pada tahun 1973), Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2, (meninggal dunia pada tahun 1976), Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke 3, (meninggal dunia pada tahun 1990) dan Tun Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal dunia pada tahun 2006).

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, orang yang mengilhamkan pembinaan Masjid Negara yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990 dalam usia 87 tahun tidak dimakamkan di sini tetapi sebaliknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah.

Selain dari Makam Pahlawan, terdapat juga sebuah makam lain di kawasan berumput berhampiran dengannya. Makam itu bersemadinya bekas-bekas tokoh Negara seperti berikut : -

 Makam di luar kubah...
  • Tan Sri Syed Jaafar Albar – Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal dunia pada tahun 1977)
  • Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail – Speaker Dewan Rakyat (meninggal dunia pada tahun 1982)
  • Tun Sardon Jubir – Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal dunia pada tahun 1985)
  • Tan Sri Noah Omar – Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal dunia pada tahun 1991)
  • Tan Sri Abdul Kadir Yusuf – Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal dunia pada tahun 1992)
  • Tan Sri Mohd Khir Johari – Menteri Pendidikan (meninggal dunia pada tahun 2006)
  • Tun Dr. Fatimah Hashim – Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal dunia pada tahun 2010)
  • Tun Ghazali Shafie – Menteri Luar (meninggal dunia pada tahun 2010)
  • Tun Omar Ong Yoke Lin – Yang di-Pertua Dewan Negara (meninggal dunia pada tahun 2010)
  • Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail – Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (meninggal dunia pada 23 Disember 2010)
Masjid Negara telah mengalami beberapa pengubahsuaian bertujuan untuk menampung jemaah warga kota yang semakin bertambah setiap tahun. Sejak siap dibina, Masjid Negara merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang sentiasa menarik kunjungan pelancong dari seluruh dunia.

RIWAYAT DAJJAL BERAKHIR DI PINTU KOTA LOD...


Ribuan tahun dahulu, bandar ini juga dikenali dengan nama Lydda dan Diospolis. Terletak di daerah tengah Israel, bandar Lod berada lebih kurang 15 kilometer dari Populasi penduduknya lebih kurang 70 ribu pada penghujung tahun 2011. Daripada jumlah itu, 80 peratus adalah Yahudi manakala selebihnya adalah bangsa Arab.

Perlu diketahui. awalnya dahulu kota ini dipenuhi bangsa Arab beragama Islam. Namun, kerana pencerobohan Israel pada 1943, ramai penduduk Islam telah diusir. Ditambah dengan projek peluasan tapak penempatan.

Sejarah Lod... 

Penunjuk arah ke kota Lod...

Kita singkap sedikit sejarah kota kecil ini. Mengikut kajian, kota ini mungkin sudah wujud sejak tahun 5,600 Sebelum Masihi berdasarkan usia tembikar dan beberapa barangan arkeologi yang ditemui. Sejarah menunjukkan beberapa kuasa pernah menakluki bandar kecil ini.

Pada abad ke-5 Sebelum Masihi, Lod berkembang sebagai pusat pemikir dan pedagang Yahudi sehinggalah kota ini ditakluki oleh penguasa Rom pada tahun 70 Masihi. Dalam peperangan itu, Rom turut menjual penduduk Lod sebagai hamba abdi. Kota itu turut mengalami kehancuran akibat perang.

Sewaktu dalam kekuasaan Rom, kebanyakan penduduk kota ini menganut agama Kristian. Tambahan pula penguasa Rom telah melakukan usaha untuk mengkristiankan penduduk di dalam daerah kekuasaannya.

Apabila kebangkitan tentera Islam yang dipimpin Amr Ibn al-As meluaskan kuasa, Lod berjaya ditawan pada tahun 636 Masihi. Namun pada tahun 1099, tentera salib berjaya merebut semula kota ini.

Di tangan tentera Saladdin, Lod berjaya direbut semula oleh Islam namun tidak lama. Kemasukan bangsa Eropah berfahaman Katolik telah menguasai kota itu dan bergiat hebat menyebarkan fahaman mereka. Malah, semasa pendudukan itu, sangat sukar menemui Yahudi dalam kota ini.

Kedudukan bandar Lod yang telah diceroboh 
dan kini menjadi milik Israel.

Seiring dengan peredaran zaman, Lod turut berkembang di bawah pemerintahan empayar Uthmaniah. Ada masjid dan gereja, stesen kereta api juga dibina. Tahun 1918, wakil Inggeris di Palestin diberi mandat untuk mentadbir kota Lod berikutan keputusan League of Nation, organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk mencapai keamanan.

Sehingga tahun 1948, kota Lod masih berada dalam kekuasaan Arab di bawah Palestin dengan populasi penduduk sekitar 20 ribu umat Islam dan hampir dua ribu penduduk Kristian.

Namun, setelah Israel mengisytiharkan merdeka dengan tanah yang telah dicerobohinya, pada Julai 1948, bangsa Yahudi itu telah menakluki kota Lod. Dalam satu serangan, lebih kurang 250 bangsa Arab termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila Israel mengarahkan tenteranya untuk menembak sesiapa saja yang kelihatan di jalanan kota tersebut.

Sejak dikuasai Israel, umat Islam di kota itu mula diasingkan. Beratus-ratus orang Arab telah diusir oleh komando Israel dengan dipaksa berjalan kaki sepanjang 17 kilometer memasuki sempadan daerah Arab. Ramai yang meninggal kerana dehidrasi.

Manakala ramai bangsa Arab di kota itu tidak diizinkan tinggal di rumah mereka. Malah, Israel segera 'mengimport' kemasukan Yahudi daripada pelbagai daerah menyebabkan populasi Yahudi terus bertambah di kota itu. Sebaliknya, populasi Islam kian mengecil. Teknik Israel berjaya. Kota itu akhirnya bertukar menjadi bandar Yahudi sehingga kini.

Di sini 'makam' Dajal...

Apa yang menariknya tentang kota Lod sehingga Yahudi begitu ingin menguasai kawasan itu?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajal si buta sebelah menebarkan kesesatan dari arah timur, pada zaman terjadinya perselisihan antara manusia. Lalu dia berangkat ke Hijaz, di antara Iraq dan Syam. Kemudian dia mendatangi Madinah dan Mekah, tetapi para malaikat menghalanginya. Dia pun pergi ke Palestin tempat Isa bin Maryam a.s membunuhnya yakni di kota Ludd, Palestin." (Hadis riwayat al-Bazzar).

Dalam hadis lain, kota Lod turut disebut sebagai 'bab Lud' atau gerbang Lod. Dikatakan, di kota inilah Dajal akan dikalahkan oleh Nabi Isa. Dalam sesetengah kajian lain, gerbang Lod yang disebut tempat kematian Dajal merujuk kepada kota yang berhampiran dengan Baitulmuqaddis di Palestin.

Di dalam kota Lod, ada sebuah dinding setinggi tiga meter yang dibina sebagai tanda sempadan yang memisahkan wilayah Yahudi dan Arab. Kedua-dua kawasan ini mengalami pembangunan yang berbeza. Wilayah Yahudi pesat membangun, tetap wilayah Arab jauh ketinggalan.

Dajal dibunuh di pintu kota Lod...

Seperti yang telah diriwayatkan, Nabi Isa akan turun di menara putih, bahagian timur kota Damsyik. Baginda akan sama-sama solat Subuh berimamkan Imam Mahdi dalam masjid di Baitulmuqaddis.

Setelah itu, Nabi Isa akan berdepan dengan Dajal yang di belakangnya sudah bersedia 70 ribu Yahudi lengkap bersenjata. Melihat Isa di depan mata, Dajal tiba-tiba cair seperti garam disirami air. la lari ketakutan dan Nabi Isa terus mengejarnya hingga tiba di pintu Lod dan membunuh Dajal.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Ibnu Majah, Ibnu Huzaimah dan Hakim yang bermaksud:

"Dia (Dajal) pun dibunuhnya (oleh Isa). Lalu Allah berkenan menghancurkan orang Yahudi, maka tidak satu pun dari seluruh makhluk Allah yang tidak memberitahu tentang keberadaan Yahudi kerana Allah telah membuat mereka mampu berbicara, baik batu, pepohonan, tembok, pembatas mahupun binatang melata, kecuali Gharqad (nama pohon Yahudi) yang tidak mampu berbicara kerana ia termasuk pohon orang Yahudi. Semua makhluk Allah tadi akan mampu mengatakan, "Wahai hamba Allah, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah."

Jadi, tahulah kita mengapa kini Yahudi menguasai kota Lod dan menggiatkan usaha menanam pohon Gharqad.

JENAZAH SYIAH DIMANDIKAN BERDIRI...

Pengalaman Ustaz Muhammad Abdul Latif mendalami bidang Syariah di Karachi, Pakistan telah memberi kesan mendalam ke atas dirinya tentang kekejaman Syiah yang telah membunuh mudir dan ilmuwan Islam di sana.

Oleh sebab itulah, Ustaz Muhammad amat bimbang penularan Syiah di negara kita yang kian serius akan turut sama mengundang konflik dan pertumpahan darah sesama orang Melayu dan agama Islam.

Bahkan sudah ada golongan berkenaan berkeras mahu jenazah pengikutnya dimandikan secara 'berdiri' sesuai dengan ajaran Syiah! Ikutilah temu bual eksklusif, Wartawan eksekutif Mastika, Mohd. Ali Atan bersama Ustaz Muhammad yang juga pemilik Safir Go Travel di Bandar Baru Bangi Seksyen 3, baru-baru ini...

Ada seorang kawan saya, namanya tidak perlu disebutkan, selama ini dia langsung tidak tahu yang jirannya adalah seorang penganut Syiah. Sampailah pada hari jirannya itu meninggal dunia.

Paling menghairankannya, penduduk kampung dilarang untuk memandikan jenazah tersebut. Ini kerana dalam wasiat, si mati mahu dimandi dan diuruskan mengikut amalan Syiah. Apa yang memelikkan penduduk, si mati ada menyatakan dalam wasiatnya beliau mahukan mayatnya dimandikan secara berdiri. Masya-Allah! Jadi bagaimana orang kampung hendak memandikan jenazahnya dalam keadaan begitu?

Mengikut amalan Ahli Sunnah Waljamaah, jenazah dimandikan secara berbaring dan duduk bagi menghormati mayat. Oleh sebab tiada siapa dibenarkan menyentuh mayat tersebut, maka tugas memandikan jenazah penganut Syiah ini diambil alih oleh sekumpulan anggota Syiah yang diutus khas entah dari mana.

Memang pelik. Jenazah itu didirikan betul-betul seperti orang hendak sembahyang. Mayat yang tadinya keras, kaku itu ditegakkan oleh sekumpulan jemaah Syiah tadi. Air dijirus dari kepala ke hujung kaki. Upacara memandikan mayat secara berdiri itu dilakukan seperti memandikan patung manusia.

 

Setelah upacara mandi berdiri selesai, mayat tadi dibalut dengan kain kapan khas yang dilakar dengan tulisan Parsi yang kononnya doa khusus dari Iran, sebuah negara majoriti penganutnya Syiah.

Apabila melihatkan keadaan mayat itu dimandikan secara berdiri itu imam kampung tidak membenarkan jenazah tersebut dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam. Imam itu berpendapat, oleh kerana cara pengurusannya tidak sempurna seperti mana mayat kaum Muslimin yang lain maka jenazah tersebut tidak seharusnya ditanam di Tanah Perkuburan Islam.

Akhirnya jenazah penganut Syiah itu ditanam di pinggir tanah perkuburan sahaja tidak bersama-sama kubur orang Islam yang lain. Sedih! Sampai begitu sekali taasubnya pengikut Syiah sehingga upacara memandikan mayat dibuat mengikut fahaman mereka.

Bayangkan kalau ada dua, tiga, sepuluh atau seribu lagi penganut Syiah meninggal? Siapa hendak memandikan mayat-mayat tadi secara berdiri kalau tiada pengikut Syiah yang datang?

Oleh sebab penganut Syiah mengamalkan taqiyyah yakni berselindung daripada diketahui bahawa dirinya Syiah, tidak mustahil situasi begini boleh menimbulkan konflik dalam menguruskan jenazahnya apabila seseorang itu meninggal.

Jika dibiarkan terus berkembang, orang Melayu yang jadi Syiah akan bertambah ramai. Maka rosaklah masyarakat kita. Katakanlah, sepasang suami dan isteri ini mula menganut Syiah. Maka mereka mula mengamalkan syahadah Syiah, solat Syiah, kefahaman Syiah dan amalan-amalan Syiah lainnya, apabila lahir zuriat dan tidak mustahil anak mereka dididik dengan ajaran Syiah.

Lihat. Sudah ada dua generasi. Nantinya anak itu membesar dan berkahwin lalu mendapat anak. Anaknya itu pula diterapkan ajaran Syiah. Jadi sudah tiga generasi. Begitulah seterusnya,

Bukan sekadar bertambahnya Melayu jadi Syiah. Bahkan nyawa kaum Muslimin yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran, Sunah dan para ulama AhIi Sunnah Waljamaah seluruh Malaysia terancam. Sudahlah begitu, penganut Syiah di Malaysia ramai membangkang pemerintah terutama selepas pihak berkuasa menyerbu markas Syiah di beberapa tempat.

Mereka, orang Syiah ini sangat emosional dan pendendam. Tidak hairanlah nanti mereka akan bertindak balas dengan cara yang kita semua tidak sangka sama sekali. Paling membimbangkan, pembunuhan kejam ke atas Sunni dan ulama Sunni seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam.

Orang Melayu dididik dari sekolah hingga ke ceramah agama daripada generasi ke generasi bahawa sahabat Nabi yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali adalah sahabat yang mulia dan di- jamin masuk syurga. la berdasarkan dalil sahih hadis dan disampaikan oleh ulama yang autoriti dalam bidangnya.

Pengorbanan dan akhlak mereka sering diperkatakan oleh ulama kita apabila membicarakan kisah tentang Rasulullah s.a.w, kemuliaan al-Quran, kemuliaan isteri Nabi dan keluarga Nabi sebagai contoh teladan dalam membina jati diri umat Melayu dari dahulu hingga kini.

Bahkan dalam tasawuf pun sahabat Nabi yang empat ini adalah seutama-utama insan yang sentiasa dihadiahkan al-Fatihah bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka bersama Rasulullah s.a.w dari awal hingga berkembang pesat sinar Islam ke seluruh dunia.

Sebaliknya orang Syiah mengkafirkan para sahabat. Orang Syiah memfitnah isteri Nabi yang mulia sebagai perempuan hina. Orang Syiah menghalalkan darah Ahli Sunnah Waljamaah yang kononnya menyokong kezaliman Muawiyah dan memfitnah para sahabat membunuh keluarga Nabi.

Orang Syiah juga mengatakan Allah tidak tahu apa yang akan berlaku. Takdir Allah berubah mengikut keadaan semasa. Hanya imam mereka yang dipuja sebagai maksum sahaja yang tahu. Orang Syiah tidak mempercayai al-Quran yang dibaca dan diterima oleh ulama dan umat Islam masa kini.

Kononnya banyak surah dalam al-Quran telah dihapuskan. Solat wajib pula sentiasa dijamakkan. Walhal Allah memberi kemudahan jamak dan qasar ketika kita bermusafir dalam jarak perjalanan tertentu. Sebaliknya Syiah menganggap seluruh kehidupan kita adalah musafir, jahatnya Syiah memesongkan makna kata 'musafir' mengikut hawa nafsu semata-mata!

Sedihnya ramai para pensyarah dan profesor universiti menganut Syiah sebagai pegangan baharu mereka. Kita perlu sedar orang Syiah dididik dengan cara berhujah sebagai dakwah menyebarkan Syiah kepada masyarakat awam.

Contoh hujah orang Syiah ialah malaikat Jibrail tersalah memberi wahyu kepada Rasulullah s.a.w yang tidak tahu membaca dan menulis! Jadi kenapa Allah hendak beri wahyu kepada orang yang tidak tahu membaca?

Dalam akidah Ahli Sunnah Waljamaah, hikmah Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah yang ummi ialah bagi mengelakkan tuduhan bahawa al-Quran direka oleh Rasulullah s.a.w. Namun orang Syiah akan memanipulasikan hal itu dan menekankan bahawa sumber Ahli Sunnah Waljamaah telah rosak. Orang Syiah juga menyelewengkan banyak fakta sejarah.

Nikah mutaah sesama anggota keluarga...

Semasa saya sedang belajar di Madrasah jamiatul Ulum al-Islamiyyah di Karachi Pakistan, berlaku pertembungan antara orang Syiah dan Sunni. Kami selalu melakukan demonstrasi mengutuk Ayatollah Khomeini yang popular sebagai pemimpin Iran pada waktu itu.

Perlakuan orang Syiah amat pelik. Sama ada upacara keagamaan dan kebudayaan mereka dipenuhi dengan perkara bidaah bahkan bertentangan akidah Islam yang murni. Pada malam 10 Muharam merupakan saat yang tidak dapat saya lupakan. Pada malam tersebut, masjid Syiah mengumpulkan pengikut-pengikutnya terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam satu tempat tanpa pembatas.

Kemudian, ketua Syiah akan berucap sedikit sebelum kesemua lampu dalam masjid dipadamkan. Dalam keadaan gelap gelita itu, pengikut Syiah samada lelaki dan peremuan akan meraba-raba tangan dan tubuh orang di sebelahnya.

Selepas itu lampu dihidupkan semula. Siapa sahaja yang dipegang itulah merupakan jodoh mutaah mereka walaupun sesama anggota keluarga. Seorang anak lelaki boleh berkahwin mutaah dengan ibunya sendiri. Seorang bapa boleh berkahwin mutaah dengan anak perempuannya sendiri. Begitulah jijiknya Syiah! Lebih hina daripada binatang!

Walau bagaimanapun insiden yang paling saya ingat ketika berlaku pertembungan antara kami penuntut madrasah dengan orang Syiah. Mudir kami telah melarang lebih awal orang Syiah daripada melakukan perarakan di hadapan madrasah kami.

Tetapi larangan itu dilanggar. Orang Syiah terus sahaja berarak dengan menunggang kuda putih. Kuda putih itu pula dibunuh dan diambil darahnya. Pada masa sama penganutnya memukul badan dengan benda tajam hingga berdarah-darah dan meraung seperti orang terkena histeria.

Mudir madrasah pun memesan tiga lori yang membawa batu-batu kecil. Apabila orang Syiah berarak melalui jalan depan madrasah kami, mudir dan kami semua membaling batu ke arah mereka. Keadaan jadi tidak terkawal. Orang Syiah menyerang balas hingga mengakibatkan kematian mudir kami.

Malahan ketika Mudir Dr. Habibur Rahman kelulusan Universiti Madinah dan Mufti Abdullah Sami' berada dalam kereta, mereka berdua ditembak oleh orang Syiah hingga mati. Jenazah mereka dikebumikan di pekarangan madrasah kami. Imam masjid turut dibunuh dengan kejam.

Jadi terbukti Syiah jauh sangat terpesong! Mengamalkan akidah batil dan amalan yang langsung tiada dalil yang sahih. Jadi kenapa Mastika memberi ruang kepada 104 orang Syiah di Malaysia menulis di Mastika? Mastika! tolonglah jangan bersimpati kepada mereka.

Kebanyakan masyarakat Malaysia tidak mempelajari agama secara mendalam termasuk professor dan pensyarah yang lazimnya daripada bidang bukan agama. Tetapi jangan hairan ada pensyarah dalam bidang agama pun bersimpati dengan Syiah. Perlahan-lahan masuk ke jurang gelap Syiah.

Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakan, setiap Muslim yang mengikut AhIi Sunnah Waljamaah wajib kafirkan Syiah. Mufti A'zom yang merupakan antara mufti Pakistan yang telah mengeluarkan fatwa: "Barang siapa yang tidak mengkafirkan Syiah maka orang itu adalah Syiah!" Orang Syiah bukannya saudara seagama yang harus dijaga silaturrahim.

Masalah utama Syiah ialah mengamalkan akidah batil, sesat dan merosakkan. Bukannya berbeza dari segi cabang atau perkara furuk. Menerima Syiah walau dengan apa cara sekalipun seumpama 'mencampurkan makanan yang elok dengan makanan yang basi'.

Tiada cara lain untuk cegah diri kita, keluarga, sanak saudara, kenalan dan jiran tetangga serta masyarakat luar daripada terpengaruh dengan Syiah melainkan wajib setiap daripada kita mempelajari akidah AhIi Sunnah Waljamaah daripada ulama yang berkelayakan. Mohon hidayah, taufik dan inayah ditunjukkan jalan haq. Dijauhi jalan batil yang antaranya ajaran Syiah.

Sumber : Mastika Okt. 2013

ROH ZONA MUNCUL CERITAKAN PUNCA KEMATIANNYA...


BULAN Oktober tahun 1896, bibit percintaan mula bersemi antara seorang gadis dan pemuda yang datang menetap ke bandar Greenbrier di bahagian barat Virginia, Amerika Syarikat. Gadis tempatan itu bernama Elva Zona Heaster. Manakala pemuda yang bekerja sebagai tukang besi itu adalah Erasmus Stribbling Trout Sluie yang juga dikenali sebagai Edward. 

Sekelip mata jatuh cinta, pasangan itu mengambil keputusan berkahwin, walaupun hubungan itu ditentang oleh Mary Jane Heaster, ibu Zona. Jauh di sudut hati, Mary merasakan Edward bukan lelaki yang baik. Tidak sampai tiga bulan hidup bersama, satu tragedi menimpa pada tanggal 23 Januari 1897. Seorang budak lelaki yang datang ke rumah pasangan itu setelah disuruh Edward untuk melihat isterinya, di kejutkan dengan penemuan mayat Zona yang terbaring kaku di kaki katil.

Budak itu berlari pulang memberitahu ibunya tentang Zona, lalu si ibu menghubungi Dr. George W. Knapp. Hanya sejam kemudian, baru doktor itu tiba di rumah Zona. Ketika itu, Edward sudah pulang. Dia telah mengangkat mayat isterinya dan dibaringkan di atas katil. Dia turut membersih dan menukarkan pakaian Zona, memakaikan mayat isterinya dengan gaun berkolar tinggi.

Edward terus memangku leher Zona dan menangis teresak-esak saat Dr. Knapp menjalankan pemeriksaan ke atas mayat itu. Namun, apabila hendak memeriksa bahagian leher dan kepala mayat, ia terhalang kerana tindakan Edward yang tidak mahu berenggang daripada mayat isterinya.

Keesokannya, mayat Zona sedia untuk dikebumikan. Namun, tingkah Edward agak pelik. Dia sentiasa berdiri di samping keranda Zona dan tidak membenarkan pelawat datang terlalu dekat dengan keranda.

Dia turut menyangga kepala mayat isterinya dengan bantal. Edward turut menutup bahagian leher mayat itu dengan mengikatkan sehelai selendang yang tidak sesuai. Bila ditegur, Edward berkeras mengatakan itu adalah selendang kegemaran isterinya.

Dari sudut luaran, orang menyangka itu adalah tanda kasih sayang Edward terhadap isterinya. Tetapi tidak bagi Mary, ibu Zona. Sedari awal, naluri keibuannya kuat mengatakan ada sesuatu tidak kena dengan kematian anaknya. Apatah lagi sewaktu membasuh kain pelapik keranda, Mary terhidu bau kurang menyenangkan. Air basuhan dalam besen bertukar kemerahan seketika sebelum jernih semula.

Kejadian aneh itu meyakinkan hati Mary bahawa Zona sebenarnya telah dibunuh. Lalu, setiap malam Mary akan berdoa meminta anaknya 'kembali' untuk menceritakan perkara sebenar.

Empat minggu kemudian, doa Mary dijawab. Zona hadir dalam mimpi Mary selama empat malam berturut-turut. Dalam mimpi itu, Zona meneritakan bahawa dia telah diseksa oleh Edward.

Pada malam sebelum kematiannya, berlaku pertengkaran hanya kerana berang dengan masakan Zona, Edward menyerang dan memusingkan leher isterinya hingga patah dan menemui ajal.

 

Hanya berdasarkan penceritaan daripada 'roh' anakya, Mary bersungguh-sungguh meyakinkan John Alfred Preston, seorang pendakwa untuk membuka kertas siasatan baru. Walaupun teragak-agak dan belum pernah dibuat dakwaan berdasarkan kejadian yang diceritakan oleh 'hantu', namun Preston setuju membantu.

Dr. Knapp dipanggil semula dan mengakui dia tidak dapat menjalankan pemeriksaan lengkap pada mayat Zona kerana tingkah Edward yang tidak mahu melepaskan mayat isterinya ketika itu.

Lantas, Preston mendapatkan arahan agar mayat Zona digali semula untuk dilakukan autopsi menyeluruh. Pada 22 Februari 1987, mayat Zona dikeluarkan walaupun ditentang oleh Edward. Hasil pemeriksaan mendapati, leher Zona mengalami kecederaan parah. Ligamennya koyak dan pecah. Pada bahagian kerongkongnya, terdapat bekas jari menandakan dia turut dicekik.

Berdasarkan hasil autopsi, ditambah dengan cerita jiran tetangga tentang kelakuan aneh Edward sewaktu pemakaman Zona, akhirnya lelaki itu ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan membunuh isterinya.


Sewaktu Edward dalam tahanan menanti perbicaraan, siasatan terus dilakukan terhadap masa silamnya. Didapati, Edward pernah berkahwin dua kali sebelum itu.

Perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian. Bekas isterinya menceritakan, Edward seorang yang kejam dan suka mengasarinya. Perkahwinan kedua pula hanya bertahan kurang dari setahun apabila isterinya mati.

Atas segala bukti dan fakta yang berjaya dikumpulkan, Preston berjaya mengaitkan penglibatan Edward dengan kematian Zona. Setelah mendengar segala keterangan, para juri sepakat mendapati Edward bersalah lalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Edward menemui ajal dalam penjara pada September 1916 angkara wabak penyakit yang menyerang pada zaman itu.

Kes ini mendapat liputan meluas kerana untuk pertama kalinya disebut dalam perbicaraan tentang 'hantu' yang membantu merungkaikan kematian tersebut. Malah, kerana bantuan 'hantu' juga, pesalah akhirnya berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman.

 

Kerana itu, satu penanda peringatan telah didirikan berhampiran kubur Zona. Pada papan tanda itu tertulis kisah Zona, gadis yang ditemui mati pada tahun 1897 sebelum rohnva muncul dalam mimpi ibunya, memberitahu tentang perbuatan suaminya yang kejam. Kisah Zona turut dikenali dengan julukan The Greenbrier Ghost.

Sumber : Mastika Okt 2013...

INILAH POHON YANG MEMAYUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W.

Seorang paderi tinggal di sebuah gereja kecil berdekatan kota Busra. Tidak pernah dia melayan para pedagang dari Mekah yang berdagang di kota itu.

Suatu hari, paderi bernama Bahira itu menyaksikan satu keanehan. la berupa satu petanda yang telah dikhabarkan dalam kitab amalannya. Bahira menyaksikan sesuatu yang tidak disedari paderi lain pada kumpulan pedagang Quraisy dari Mekah. Bahira perhatikan segumpal awan yang mengiringi kumpulan itu.

Apabila kumpulan pedagang itu berhenti berehat, awan yang sama telah melindungi sebatang pohon yang di bawahnya sedang duduk berteduh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Malah, ranting-ranting pohon itu turut tunduk merendang untuk melindungi anak itu daripada terik mentari. Bahira tidak tunggu lama. Segera dijemputnya rombongan itu menghadiri jamuan di rumahnya.

Para pedagang itu berasa hairan bila seorang paderi gereja menjemput mereka sebagai tetamunya.Tujuan Bahira hanya satu. Ingin bersua muka dengan anak lelaki itu. Hendak dipastikan apakah tanda yang disebut dalam kitab amalannya menepati ciri pada anak tersebut.

Bila sudah berdepan, lalu Bahira bertanyakan tentang Latta dan Uzza, berhala yang disembahnya. "Demi Tuhan, tiada perkara yang lebih aku benci daripada mereka," begitu jawab anak lelaki itu.

Lalu Bahira tanyakan beberapa soalan lain. Jawapan yang diberi kanak-kanak itu meyakinkan Bahira, inilah dia utusan terakhir yang ditunggu-tunggu seperti yang disebut dalam kitab amalannya.

Bahira turut melihat belakang tubuh anak itu. Tanda yang dicarinya jelas. Memang benar, inilah orangnya. Segera dia memanggil bapa saudara yang merupakan penjaga anak lelaki itu. Bahira memberi nasihat agar anak itu segera dibawa pulang dan dilindungi.

Kata Bahira: "Jika Yahudi melihat segala apa yang aku saksikan pada anak ini, mereka akan mencederakan bahkan membunuh anak ini kerana kelak dia akan mendapat amanah dan tanggungjawab besar untuk memimpin manusia. Segeralah engkau membawanya pergi dari kota ini!"

Peristiwa di atas sebenarnya berkaitan dengan Muhammad, Nabi akhir junjungan umat Islam. Ketika itu, Baginda berusia 12 tahun dan kali pertama mengikut bapa saudaranya, Abu Talib pergi berdagang ke negeri Syam.

Dalam sesetengah kisah lain, paderi Bahira turut dikenali dengan nama George iaitu orang pertama yang mengesan tanda kenabian Baginda.

Pohon Penaung Rasulullah s.a.w.

Kawasan padang pasir Buqa'awiyya di Jordan hanyalah dataran kering kontang yang dipenuhi debu pasir. Tiada pepohon mampu hidup di kawasan ber pasir itu.

Namun, di satu tempat terpencil di tengah padang pasir itu, kelihatan sepohon pokok yang rendang dan lebat daunnya. Hanya pohon itu satu-satunya tumbuhan yang mampu hidup di tanah gersang itu.

Salah seorang keturunan Rasulullah s.a.w. yang datang menziarahi
 pohon di mana Rasulullah s.a.w. berteduh ribuan tahun dahulu...

Usia pohon itu ribuan tahun lamanya. la hanya pohon biasa namun diselimuti keistimewaan sebagai bukti kebesaran Allah. Pohon itu digelar the only livingsahabi atau 'sahabat Nabi yang masih hidup'.

Dikatakan, itulah 'pohon borton' yang memayungi Rasulullah sewaktu duduk berehat di bawahnya ketika mengikut bapa saudaranya berdagang seperti kisah di atas.

Ajaibnya, 'pohon borton' itu masih hidup hingga ke hari ini. Terdapat kajian di Jordan yang membuktikan usia pohon ini sudah melebihi 1,400 tahun.

Kisah pohon borton ini yang dikaitkan dengan pertemuan seorang paderi Kristian dan Muhammad sewaktu kecil turut dilakarkan dalam sebuah dokumentari pendek berjudul The Blessed Tree.

la turut mendapat liputan luas daripada para sejarawan Islam terkemuka seperti Ibnu Hisham, Ibnu Sa'ad dan al-Tabari.

Namun, ada juga yang mengaitkan pohon tua ini dengan kisah Baginda sewaktu berdagang kali kedua ke negeri Syam. Usia Baginda ketika itu 25 tahun, membawa barang dagangan kepunyaan Khadijah (yang kemudian menjadi isteri Baginda).

Dikisahkan pembantu Khadijah iaitu Maisara yang turut serta dalam kumpulan itu telah menyaksikan beberapa keanehan. Antaranya apabila seorang pendeta Nasrani bertanyakan tentang gerangan Muhammad yang ketika itu sedang duduk berehat di bawah sebatang pohon rendang.

Kata pendeta itu, hanya seorang nabi yang telah disebut kedatangannya dalam kitab Taurat dan Injil yang mampu duduk di bawah pohon yang memayunginya ketika itu. Namun, tidak pasti apakah ia pohon sama seperti kisah pertama tadi.

Keberadaan pohon itu di zaman ini bagaikan satu bukti menyaksikan kecintaan sebatang pohon terhadap junjungan terakhir umat Islam. Subhanallah.

Masih tidak percaya? Anda boleh berkunjung ke Jordan. Lokasi pohon yang juga digelar 'the tree of Rasulullah' ini terletak di padang pasir Buqa'awiyya, 170 kilometer dari bandar Amman.

Di bandar kecil bernama Az-raq, ada pengangkutan yang boleh disewa untuk membawa pengunjung ke pohon itu. Namun tidak ramai yang sanggup pergi ke situ kerana perjalanan yang sukar merentas padang pasir.

Pohon ini diwartakan sebagai satu khazanah Jordan...

The only living Sahabi merupakan salah satu kawasan yang dijaga oleh kerajaan Jordan kerana diwartakan sebagai salah satu khazanah warisan sejarah negara itu.

Sunday, July 27, 2014

IMPIAN SEORANG GADIS CANTIK YANG TIDAK KESAMPAIAN...

Ada seorang gadis. Dia menulis surat kepada sebuah penerbitan untuk disiarkan. Begini bunyi suratnya...

Kehadapan para jejaka di luar sana...

Nama saya Lisa.

Saya berusia 25 tahun. Saya dikategorikan sebagai gadis cantik.Punya penampilan menarik dan mudah membuat jejaka tertarik. Tapi, setakat ini saya masih belum jumpa calon suami yang saya idamkan.

Ciri-ciri yang saya inginkan bukanlah susah sangat pun. Saya impikan lelaki yang mempunyai pendapatan tahunannya lebih setengah juta setahun. Kalau anda fikir saya gadis materialistik terserah.

Saya rasa keinginan saya itu bukan sesuatu yang berlebihan. la untuk masa depan saya juga. Sudah tentu saya mahukan seorang suami yang mampu menyediakan kehidupan yang senang untuk saya.

Lagipun, saya tak mahu hidup di rumah flat atau kos rendah. Saya Cuma mahu rasa bahagia, hidup dalam lingkungan kemewahan, boleh berbelanja apa yang saya mahu. Dapat melancong ke luar Negara bila-bila masa yang saya inginkan. Saya ingin menikmati hidup di dunia ini. Itu impian saya. Tak salahkan?

Setakat ini, lelaki paling kaya yang saya pernah berdating dengannya pun, pendapatan puratanya 100 ribu sebulan. Hmm.. bagi saya itu tak cukup. Impian saya tidak akan terlaksana jika memilihnya sebagai suami. Lagipun dengan kecantikan saya, saya rasa layak mendapat lelaki yang jauh lebih kaya dari itu.

Saya pernah temui golongan wanita yang saya rasa biasa-biasa saja. Penampilan pun ala kadar. Tak menarikpun. Tapi saya hairan bagaimana mereka ini dapat berkahwin dengan lelaki kaya yang saya idamkan. Apa rahsia mereka? Ah, biarlah yang penting saya mahu impian saya terlaksana. Justru saya mahu bertanya, ada ke tidak di luar sana yang menepati ciri-ciri suami yang saya cari? Kalau ada, sudi-sudilah berkenalan dengan saya. Pasti anda tidak akan kecewa. Kalau berminat, jangan lupa hubungi saya ya!

Yang Benar,
Lisa, 25 tahun
Kuala Lumpur.

************

Surat Lisa itu pun disiarkan. Tidak lama kemudian, dia menerima satu surat balasan daripada seorang jejaka. Lisa membuka surat itu dengan senyuman lebar. Kemudian dia pun membaca isi kandungannya. 
Begini bunyinya...

Ke hadapan Saudari Lisa yang cantik rupawan...

Saya tertarik dengan luahan isi hati anda. Saya tidak hairan kerana saya tahu ramai gadis lain di luar sana yang punya impian seperti anda juga. Untuk pengetahuan saudari, saya seorang golongan professional dan mempunyai perniagaan sendiri yang berkembang maju. Sudah tentu purata pendapatan tahunan saya jauh lebih tinggi daripada apa yang saudari syaratkan.

Tapi, ada banyak perkara bermain dalam fikiran saya. Sebelum memilih saudari untuk menjadi calon hidup, saya harus berfikir daripada serata sudut. Maklumlah, memang begitu cara ahli perniagaan memandang sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

Sebagai orang yang berniaga, saya berasakan saudari bukan pilihan yang sesuai. Cuba saudari bayangkan apabila kita letakkan kecantikan dan wang bersebelahan. Adakah orang yang mahu menukarkan wangnya dengan kecantikan? Hmm...

Sebagai contoh, si A menyediakan kecantikan manakala saya mengeluarkan wang untuk membayar bagi membeli kecantikan itu. Masalahnya di sini apabila saya fikir kembali, dari mana saya akan mendapat untungnya? Ini kerana kecantikan itu semakin lama semakin hilang. Bermakna, wang yang saya laburkan sewaktu membeli kecantikan itu tidak akan dapat menambahkan nilai keuntungan.

Mari kita lihat dari segi fakta pula. Dengan usaha saya, saya yakin pendapatan tahunan saya semakin tahun akan semakin meningkat. Tapi, saya tidak rasa saudari akan bertambah cantik tahun demi tahun. Soleklah tebal manapun, kecantikan tidak akan mampu lari daripada dimamah usia.

Atas dasar itu dari sudut pandangan ekonomi, saya berpendapat bahawa diri saya merupakan aset yang akan bertambah nilainya di masa hadapan, sedangkan saudari merupakan aset yang bakal menyusut di masa akan datang.

Apa yang merisaukan saya, jika aset kecantikan saudari itu yang dijadikan ukuran, saya pasti ia tidak akan membawa kebaikan 20 tahun akan datang.

Perlu saudari ketahui, dalam bidang perniagaan ada konsep bahawa setiap pertukaran itu memiliki posisi tersendiri. Jika saya memilih berkahwin dengan saudari, ia juga merupakan posisi tukar. Dan jika nilai sesuatu yang kita miliki itu semakin turun, kita harus menjualnya. Dalam perniagaan, menyimpan sesuatu yang sudah susut nilainya hanya mendatangkan kerugian. jadi, saya memandang perkahwinan yang saudari impikan itu adalah satu pelaburan yang bakal merugikan saya di masa hadapan.

Maaflah jika saudari tersinggung. Tapi bagi kami ahli perniagaan yang berjaya, aset yang 'turun' nilainya di masa hadapan lebih sesuai dibuat untuk 'sewaan' sahaja, bukan untuk dimiliki selamanya. Nanti saudari juga yang rugi, bukan?

Jadi, saya lebih suka menasihatkan saudari. Daripada saudari simpan impian mencari orang seperti kami yang lebih berpegang kepada prinsip 'untung rugi' dalam pelaburan, adalah lebih baik saudari berusaha untuk menjadikan diri saudari orang yang kaya dan berpendapatan lebih setengah juta setahun. Secara tak langsung, ia akan melipatgandakan nilai saudari kerana bukan sekadar bergantung pada kecantikan semata-mata. Cantik yang diiringi dengan sifat bijak dan pandai membuat pelaburan yang akan menjadikan saudari aset yang tidak akan turun nilainya di masa hadapan.

Itu saja pesanan saya buat saudari.

Sekian, terima kasih.

P/s: Jika saudari tertarik dengan konsep 'sewa' seperti yang saya sebut, bolehlah hubungi saya ya.

Yang benar,

Golongan profesional
34 tahun Kuala Lumpur.

JAMBATAN KE SYURGA DAN NERAKA...

Al kisah pada suatu hari, penghuni neraka mengadu kepada malaikat yang menjaga mereka. "Kami ni dah lama sangat tinggal kat sini. Teringin pulak nak tahu apa rasanya tinggal di syurga." Sama seperti penghuni neraka, penghuni syurga juga tertanya-tanya bagaimana kehidupan di neraka.

Jadi untuk menjawab rasa ingin tahu kedua-dua belah pihak, malaikat pun mengarahkan mereka membina jambatan masing-masing untuk menghubungkan kedua-dua tempat.

Maka, bertungkus-lumuslah ahli syurga dan ahli neraka membina jambatan bermula dari tempat mereka tinggal.

Nak dijadikan cerita, selepas tiga bulan, siaplah jambatan yang dibina oleh ahli neraka Cuma menunggu jambatan dari arah syurga saja untuk disambungkan ke arah jambatan penghuni neraka.

Tapi yang menghairankan, jambatan ahli syurga tadi terlalu lambat hendak disiapkan. Tak ada progres langsung. Kura-kura jalan pun lagi laju.

Para malaikat yang berasa hairan pun pergi melawat ahli syurga. Pelik juga kenapa jambatan mereka lambat siap. Nak kata tak cukup bahan binaan, semuanya telah diagihkan sama rata. Tapi kenapa mereka tak boleh siapkan jambatan itu secepat penghuni neraka?

Siasat punya siasat, barulah dapat jawapan kenapa jambatan ahli syurga lambat siap. Nak tahu sebabnya?

Sebab...

Sebab...

Sebab... semua kontraktor pembinaan yang handal duduk dalam neraka. Dalam syurga pula hanya ramai orang-orang miskin dan alim ulama’. Manalah mereka tahu apa-apa pasal pembinaan.

Kah kah kah! Jangan marah arrrr………

HARGA SEBENTUK CINCIN EMAS...

Ada seorang lelaki yang warak. Orangnya kaya dan mempunya harta banyak. Namun, penampilan lelaki itu biasa saja. Langsung tidak menggambarkan taraf dirinya yang sebenar.

Suatu hari, bertanyalah salah seorang pembantunya. "Tuan, mengapa tuan berpakaian seperti orang miskin? Bukankah sepatutnya tuan menjaga penampilan sesuai dengan kedudukan tuan?"

Lelaki itu hanya tersenyum, tidak menjawab. Kemudian, dia menanggalkan sebentuk cincin dari jarinya. sambil menghulurkan cincin yang nampak kotor itu, lelaki itu berkata, “Akan aku jawab pertanyaanmu nanti. Sekarang, ambil cincin ini dan pergi ke pasar. Cubalah engkau menjualnya dengan harga satu keping emas."

Pembantunya ragu-ragu.Mustahil orang di pasar akan memberikan sekeping emas untuk cincin buruk itu. Tapi, dia hanya menurut arahan lelaki tersebut.

Sampai di pasar, cincin itu cuba dijual. Namun, para peniaga sayur, ikan, daging dan kain di pasar itu enggan membelinya . Jika ada yang mahupun, hanya menawarkan sekeping perak.

Pulanglah pembantu itu dengan rasa hampa lalu menceritakan apa yang berlaku kepada tuannya. Lelaki itu tersenyum dan berkata,

"Sekarang, pergilah engkau ke kedai emas di belakang kota ini. Perlihatkan cincinku itu. Dengarkan saja berapa harga yang akan mereka tawarkan."

Pembantu itu pun menurut arahan. Setelah pemilik kedai emas meneliti cincin itu, dia membuat tawaran untuk membelinya dengan harga seribu keping emas. Terkejutlah pembantu itu. Rupanya, cincin yang dipandang buruk oleh orang-orang di pasar itu mempunyai nilai yang tinggi.

"Itulah jawapan untuk pertanyaanmu. Seseorang itu tidak boleh dinilai hanya berdasarkan penampilan atau pakaiannya saja. Emas dan permata yang ada dalam dirI seseorang hanya mampu dilihat apabila kita melihat ke dalam jiwanya. Kerana itu, sering kali kita salah menilai dengan menyangka yang emas itu adalah tembaga, manakala tembaga itu adalah emas. Janganlah engkau juga menjadi begitu, menilai sesuatu hanya daripada pandangan luarannya," pesan lelaki tersebut.

INSYA-ALLAH, PASTI ADA BAIKNYA...

Ada seorang raja, punya seorang sahabat baik. Sahabatnya itu seorang yang bijaksana dan terkenal dengan ketakwaannya. Setiap apa yang berlaku kepada raja itu, pasti sahabatnya akan berkata, "Insya-Allah, pasti ada baiknya." Kata-kata itu sentiasa diulang walaupun perkara yang berlaku adalah perkara buruk dan menyedihkan. 

Suatu hari, mereka pergi berburu ke dalam hutan. Tanpa diduga, telah berlaku satu kemalangan kepada raja menyebabkan salah satu jarinya putus terkena pisau.

"Insya-Allah, pasti ada baiknya," kata sahabatnya.

Raja itu menjadi marah apabila mendengar kata-kata sahabatnya itu. Lantas disuruh pengawal membawa sahabatnya itu pulang lalu dipenjarakan. Pun begitu, sahabatnya itu tetap mengulangi ayat yang sama. "Insya-Allah, pasti ada baiknya". 

Semasa memburu, si raja tersesat dalam hutan. Terpisahlah ia daripada pengawal dan pengiringnya. Kebetulan dia ditemui oleh sekumpulan puak yang mengamalkan ritual pelik.

Maka, raja itu hendak dijadikan korban oleh mereka. Namun bila diperiksa, didapati raja itu cacat. Se- dangkan puak itu harus menyediakan manusia yang sempurna fizikalnya untuk dijadikan korban ritual mereka.

Akhirnya, dilepaskan semula raja itu. Kembalilah dia ke istana. Segera dia membebaskan semula sahabatnya yang sebelum itu dipenjarakan.

"Saat engkau mengatakan 'Insya-Allah, pasti ada baiknya' ketika jariku terpotong, aku berasa marah. Namun, baru aku sedar bahawa kebaikannya itu memang ada. Kerana jari yang hilang, aku selamat daripada menjadi korban puak yang tinggal di dalam hutan itu.

"Tapi aku ingin bertanya. Jika itu kebaikan untuk aku, apa pula kebaikannya untuk dirimu apabila dipenjarakan?" tanya raja.

"Pasti ada baiknya" aku dipenjarakan. Jika aku masih bersamamu ketika itu, pasti aku yang akan dijadikan korban sebagai penggantimu. Sesuatu yang kita tidak suka atau membuat kita marah, mungkin ia adalah yang terbaik untuk diri kita Insya-Allah, hanva Dia yang mengetahui rahsianya," jawab sahabatnya itu sambil tersenyum.

BUKAN KOTAK HITAM YANG KAMI SEMBAH...


Suatu hari berlaku dialog di antara seorang pemuda Islam dengan pemuda Yahudi.

Pemuda Yahudi: Mengapakah orang Islam sembah Kaabah?

Pemuda Islam: Salah tu, orang Islam bukan sembah Kaabah, tapi sembah Allah.

Pemuda Yahudi: Kan orang Islam sembahyang menghadap Kaabah, bukankah ia cuma satu kotak hitam yang besar. Tuhan kamu ada di dalam kotak itu ke?

Belum sempat pemuda Islam menjawab, telefon bimbit kepunyaan pemuda Yahudi berdering. Dia pun menjawab panggilan dengan lembut lalu berbual sambil ketawa. Beberapa minit kemudian, talian dimatikan. Dia berpaling semula kepada pemuda Islam tadi. 

Pemuda Yahudi: Ha, jawablah soalan aku tadi.

Pemuda Islam: Perlukah aku menjawabnya?

Pemuda Yahudi: (Tertawa mengejek.) Mesti kamu tak boleh jawabkan?

Pemuda Islam: Bukan begitu. Kamu sendiri tahu teorinya, tapi kamu masih bertanyakan soalan itu. Rasanya kamu yang tidak sedar bahawa jawapan sudah ada pada dirimu sendiri

Pemuda Yahudi : (Kehairanan) Aku tak faham.

Pemuda Islam: Tadi aku melihat kamu menjawab telefon. Lepas tu kamu ketawa dan bercakap seorang diri. Sebelum memutuskan talian, kamu mencium telefon itu sambil berkata I love you.

Pemuda Yahudi: Aku bukan bercakap sendiri, aku berbual dengan teman wanitaku.

Pemuda Islam: Di mana dia? Aku tak nampak pun teman wanita yang kamu katakan itu.

Pemuda Yahudi: Dia ada di rumah, nak berbual, kenalah telefon. Apa masalahnya?

Pemuda Islam: Boleh aku lihat telefon kamu tu?

Si Yahudi memberikan telefon bimbitnya kepada pemuda Islam dengan rasa hairan, pemuda Islam membelek-belek telefon si Yahudi tadi. Tak cukup sekadar itu, dia menggoncang-goncangkan telefon itu. Sesekali, dia mengetukkan telefon itu ke atas meja. Akhirnya dia menghempaskan telefon itu ke atas lantai hingga pecah berderai.

Pemuda Yahudi: Apa kau buat ni? (Menjerit marah)

Pemuda Islam: Aku cuba hendak mencari teman wanita yang kamu katakan tadi dalam telefon ini. Walau dipecahkan sekalipun, buah hati yang engkau ceritakan itu tidak muncul juga.

Pemuda Yahudi: Kamu ni ketinggalan zaman ke? Inikan teknologi moden, kita boleh bercakap dengan orang lain dari jarak jauh hanya dengan menggunakan telefon. Takkan itu pun tak tahu!

Pemuda Islam: (Tersenyum). Kan sudah aku katakan tadi, kamu pun sudah tahu jawapannya tapi masih bertanya. Bukankah teori telefon itu lebih kurang sama dengan Allah s.w.t. Kami solat menghadap Kaabah bukan bermakna kami menyembah kotak hitam. Kami sembahyang atas arahan Allah. Umat Islam diarahkan sembahyang menghadap Kaabah bukan bererti Allah ada dalam kotak hitam itu.

Begitu juga teorinya antara kamu dan girlfriend kamu itu. Dia menghubungi kamu menggunakan telefon bukan bererti dia ada di dalam telefon itu. Prinsip telekomunikasi itu kena ikut peraturan. Nak bercakap melalui telefon, harus mendail nombor yang betul, barulah akan tersambung dengan orang yang hendak dihubungi, dengan itu, kamu mampu berbicara dengannya walaupun dia tiada dalam telefon itu.

Begitu juga dengan umat Islam, kami sembahyang menghadap Kaabah kerana itulah kiblat kami sebagai ‘peraturan’ untuk kami 'bersambung' dengan Allah, begitulah teorinya dan jugalah jawapan untuk pertanyaan kamu di awal tadi.

ANTARA DUA BUAH BAKUL KECIL...

Ada seorang pemuda. Hidupnya selalu tampak bahagia. Riaknya sentiasa tenang. Walaupun banyak cabaran dan perkara yang datang menguji dan menyakitinya, dia masih tersenyum.

Sebenarnya, pemuda itu ada rahsia tersendiri. Di dalam bilik, dia menggantung dua buah bakul kecil. sebuah bakul yang elok manakala yang satu lagi adalah bakul yang berlubang di bahagian tengahnya. Bakul yang elok digantung di dalam bilik. Bakul yang berlubang pula digantung di luar tingkap biliknya.

Setiap hari apabila pulang ke rumah, pemuda itu akan mencatatkan setiap perkara yang berlaku dalam helaian kertas. jika perkara itu sesuatu yang menggembirakan, kertas itu dilipat dan dimasukkan ke dalam bakul yang tergantung di biliknya.

Namun, jika ia perkara yang menyakitkan seperti dihina, dimarahi atau apa saja perkara yang menyedihkan hati, cebisan kertas itu dimasukkan ke dalam bakul berlubang di luar tingkap biliknya.

Keesokannya sebelum keluar rumah, pemuda itu akan mengambil kertas di dalam bakul di dalam bilik dan membacanya semula. Bakul yang berisi catatan positif akan menghiburkan hatinya dan membuatnya kembali tersenyum dan tenang.

Kemudian, diseluk pula tangan ke dalam bakul berlubang di luar tingkap biliknya. la kosong. Tiada apa di dalam bakul itu. Segala perkara yang menyedihkan atau mengganggu perasaannya telah jatuh, hilang atau mungkin terbang dibawa angin entah ke mana.

Jadi, dia tidak perlu lagi membaca perkara yang menyakitkan hatinya semalam. Ia telah hilang, sama seperti catatannya pada kertas itu. Ya, itulah rahsianya. Hanya dua buah bakul kecil.