Monday, June 14, 2010

SUP EKOR DAN KHASIATNYA


Sup ekor...

Khasiat sup ekor merangsang tenaga batin semakin diyakini. Hakikat itu terbukti bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga wanita.

Khasiat luar biasa sup ekor itu dirasai sendiri oleh salah seorang penggemar sup ekor, Othman (bukan nama sebenar), 51. Sambil menghirup sup dan dengan peluh berjurai didahi dan badannya, Othman berbisik kepada penulis, “Cerita ni tak boleh cakap kuat-kuat. Malam itu saya tengok isteri saya lain macam, tiba-tiba dia terus…..Saya rasa seperti di perkosa”.

Selepas bersama, saya pergi kedapur untuk minum. Terkejut saya apabila ternampak semangkuk sup ekor yang telah habis dimakan. Rupa-rupanya isteri saya yang makan sup ekor tu. Barulah saya tahu kenapa saya diperkosa”.

Othman yang menjadi penggemar sup tersebut sejak 10 tahun lalu memberitahu, sup ekor merupakan salah satu makanan kegemaran beliau sekeluarga. Biasanya beliau memakan sup tersebut pada waktu petang selepas habis bekerja.

Menurutnya, sejak menjadi penggemar sup ekor, keupayaan seksnya begitu menakjubkan. “Walaupun umur saya sudah separuh abad, tapi ‘stamina’ saya semasa bersama isteri semakin lama semakin baik. Sekarang ini saya boleh mengulanginya selepas berehat sekejap,” kata bapa kepada tiga orang anak.

Othman yang tinggal di Kg. Baru, Kuala Lumpur menambah, beliau menggemari semua jenis sup, sup kambing, ayam, lidah, ‘torpedo’, lembu dan sebagainya. Tapi semuanya tidak dapat menandingi kehebatan sup ekor. 

Othman merupakan salah seorang dari 50 orang pelanggan tetap gerai sup ekor kepunyaan Syed Rawther Ghani Ibrahim Shah yang terletak berhampiran Pasaraya Keramat, Kuala Lumpur. Gerai itu kini dikendali oleh anak Ghani, Abdul Rahman, 32. Gerai berkenaan menjual pelbagai jenis sup termasuk sup ekor, kambing, ayam, lidah dan ‘torpedo’.

Abdul Rahman memberitahu, sejak gerai berkenaan dibuka pada 1982, beliau mendapati sup ekor merupakan sup yang paling banyak penggemarnya. Kata beliau, kira-kira 200 orang pelanggan datang kegerainya setiap hari. Daripada jumlah itu beliau mempunyai 50 orang pelanggan tetap.

Malah jelas Abdul Rahman, terdapat seorang pelanggannya yang makan sup ekor digerainya itu selama enam hari berturut-turut. Semua pelanggannya mengakui sup ekor berjaya merangsang tenaga seks mereka.

Selain lelaki, terdapat juga wanita yang menjadi pelanggan tetap gerai berkenaan. Bukan sedikit juga pelanggan gerai itu yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan mempunyai lebih 10 orang anak. Kerana tuntutan keupayaan tenaga batin yang agak mencabar itu, mereka menjadikan sup ekor di gerai Abdul Rahman sebagai pemangkin. 

Abdul Rahman menceritakan, terdapat pelanggan tetapnya yang berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai lapan orang anak. Lelaki itu memberitahu beliau, dia memakan sup ekor digerai berkenaan untuk memastikan keupayaan tenaga batinnya sentiasa memuaskan.

Abdul Rahman juga menjadikan sup ekor sebagai salah satu makanan tetapnya setiap hari. Bagaimanapun, beliau mempunyai resipi istimewa untuk menambahkan lagi kehebatan sup tersebut. Bapa kepada lima orang anak itu memberitahu, bagi menambahkan ransangan seks, sup tersebut dicampur dengan buah badam dan biji gajus yang telah dihancurkan.

Sup ekor yang dicampur dengan buah badam dan biji gajus juga merupakan makanan tetap lima lagi kakak dan abangnya serta anak-anak saudara mereka. Hasilnya, bapanya kini mempunyai 32 orang cucu! Tambah Abdul Rahman, beliau selalu menyarankan kepada rakan-rakannya yang menghadapi masalah tenaga batin supaya memakan sup ekor. Salah seorang daripadanya adalah rakan beliau yang berkahwin pada hari yang sama dengannya. Dia mengadu kepada saya tentang masalahnya. Jadi saya sarankan kepada kawan saya itu supaya memakan sup ekor setiap hari. Alhamdulillah, tidak lama kemudian isterinya hamil dan dia memberitahu saya, keupayaan tenaga batinnya semakin memberangsangkan.”

Sup ekor katanya, mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan. Bagaimanapun, khasiatnya yang paling utama adalah merangsang dan memelihara keupayaan tenaga batin.

Apakah yang membolehkan sup ekor memangkin tenaga batin?. Abdul Rahman memberitahu, ia berpunca daripada sejenis lendir yang terdapat pada ekor tersebut. Ini ditambahkan lagi dengan ramuan dan rempah ratus yang digunakan, khususnya jika dicampur dengan buah badam dan biji gajus.

Tenaga batin juga terangsang kerana sup tersebut memanaskan badan orang yang memakannya. Ini menyebabkan badan mereka menjadi segar, perjalanan darah menjadi lancar dan sentiasa bersemangat untuk melakukan apa juga kerja. Sup ini paling baik dimakan pada waktu petang dan malam. Lebih elok lagi dimakan ketika hujan,” Jelas Abdul Rahman.

Abdul Rahman menegaskan beliau tidak segan silu untuk berkongsi pengalaman dan berbincang mengenai ransangan sup ekor terhadap tenaga batin kerana baginya, ia adalah salah satu mauduk yang penting. Tidak kira samada mereka itu lelaki atau perempuan, lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin.

“Tuntutan batin adalah antara perkara paling utama dalam hidup pasangan suami isteri. Kita tahu banyak perceraian berpunca daripada kegagalan suami menunaikan tuntutan batin isterinya. Ini perlu diketahui oleh semua lelaki dan mereka mesti mencari jalan untuk mengelakkan daripada berlaku keatas diri mereka. Bagi saya salah satu cara yang terbaik adalah dengan memakan sup ekor.”

Berbalik kepada gerainya, Abdul Rahman dan bapanya memilih untuk menjual sup di kawasan berkenaan apabila mendapati gerai-gerai yang sediaada disitu semuanya menjual nasi campur.

Pada mulanya gerainya kurang mendapat sambutan kerana masyarakat masih belum begitu kenal dengan keenakan dan khasiat sup. Ketika itu, harga ekor lembu hanyalah RM5 sekilogram. Bagaimanapun, perniagaan mereka semakin meningkat pada pertengahan tahun 1980an. Ketika itu pelanggan semakin berpusu-pusu kegerainya. Jumlah pelanggan tetap juga semakin meningkat.

Akibatnya , harga ekor lembu menjadi semakin mahal. Harganya terus melambung tahun demi tahun apabila jumlah penggemarnya semakin banyak. Sekarang harganya meningkat kepada RM12 sekilogram.

Akibat jumlah penggemar sup ekor yang semakin banyak juga, kata Abdul Rahman, beliau pernah menghadapi keputusan stok selama seminggu kerana ekor lembu habis ditempah oleh peniaga-peniaga lain.

Apakah yang menyebabkan para pelanggannya menganggap sup ekor digerai itu lain daripada yang lain?. Bagi Abdul Rahman, keistimewaan itu terletak pada ramuan kuah sup yang dicampur dengan empat jenis rempah.

Rempah-rempah itu (dirahsiakannya) dibuat sendiri oleh beliau dan bapanya. Ramuan lain adalah barli, kacang dal, cili padi dan tomato. Resipi ini direka oleh bapanya yang sebelum itu mempunyai pengalaman selama berpuluh-puluh tahun dalam bidang masakan.

Kehebatan tongkat ali, jarum mas, gamat dan dhab sudah menjadi cerita lama. Sup ekor adalah sumber baru yang dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi makanan keluarga abad 21. 

Dipetik dari Mastika keluaran Disember 1996. Mukasurat 45-49.

No comments:

Post a Comment