1. Apabila seorang Islam meninggal dunia, maka pengurusan jenazah menjadi fardhu kifayah bagi masyarakat Islam disekelilingnya. Jenazah itu wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Ertinya : Hendaklah kamu sembahyangkan
orang-orang yang mati dari kalangan kamu.
(Riwayat Ibnu Majah)
Ertinya : Hendaklah kamu sembahyangkan
orang-orang yang mati dari kalangan kamu.
(Riwayat Ibnu Majah)
Sebuah lagi hadis Rasulullah s.a.w :
Ertinya : Pada satu ketika kami sedang duduk
dekat Nabi s.a.w. semasa dibawa seorang jenazah,
Baginda bersabda : Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.
(Riwayat Bukhari)
dekat Nabi s.a.w. semasa dibawa seorang jenazah,
Baginda bersabda : Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.
(Riwayat Bukhari)
2. Syarat-Syarat Solat Jenazah
i. Jenazah telah sempurna dimandi dan dikafankan.
ii. Jenazah diletakkan dihadapan menghadap kiblat kecuali solat jenazah ghaib atau solat diatas kubur.
i. Jenazah telah sempurna dimandi dan dikafankan.
ii. Jenazah diletakkan dihadapan menghadap kiblat kecuali solat jenazah ghaib atau solat diatas kubur.
iii. Bagi orang yang menyembahyangkan, hendaklah suci daripada hadas besar dan kecil, pakaian suci daripada najis serta mengadap kiblat.
3. Rukun Solat Jenazah 7 Perkara
i. Berdiri tegak (lurus) tanpa ruku' dan sujud
ii. Takbiratulihram serta berniat solat jenazah kerana Allah Taala
iii. Empat kali Takbir (Termasuk Takbiratulihram)
iv. Membaca Al Fatihah
v. Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
vi. Mendoakan jenazah
vii. Memberi Salam

No comments:
Post a Comment