Pages

Thursday, December 24, 2015

AIR KELAPA UBAT MATI PUCUK...


KEBANYAKAN kita tahu bahawa buah kelapa bukan sahaja untuk santannya tetapi airnya boleh dijadikan penawar bisa. Umpamanya kalau anda tersalah makan ubat atau termakan benda berbisa, cepat-cepatlah minum air kelapa mudah-mudahan benda berbisa itu akan tawar dan tidak merbahaya lagi.

Selain itu air kelapa juga dikatakan dapat mengurangkan panas badan, malah ada sesetengah pengamal perubatan tradisional perlu menggunakan air kelapa untuk menawar santau dengan cara memberi minum mangsa dengan air kelapa yang dibacakan doa.

Satu lagi kelebihan air kepala yang jarang-jarang diketahui orang ialah boleh membantu merawat lemah tenaga batin atau mati pucuk dengan cara meminumnya tanpa mencampurkan bahan-bahan lain seperti gula atau air batu.

Air kelapa muda yang baru diturunkan dari pokoknya hendaklah diminum terus dan sangat baik untuk kekuatan kelelakian orang lelaki. Namun cara ini perlulah diamalkan, kalau hanya minum sekali sekala tidak akan memberikan apa-apa kesan. 


Kenapa air kelapa dapat membantu meningkatkan kekuatan seksual lelaki dan juga membantu meningkatkan keupayaan mereka yang lemah? Ini adalah kerana air kelapa mempunyai banyak mineral yang membantu melancarkan peredaran darah manusia.

Bahan-bahan mineral yang banyak terdapat di dalam air kelapa ialah sodium dan bahan ini yang banyak terdapat dalam air kelapa berfungsi melindungi tubuh badan dari kekurangan air dan otot mengecut.

Untuk mendapatkan ketegangan yang kuat, kesihatan otot adalah paling utama diperlukan, itulah sebabnya sodium sangat diperlukan tubuh badan. Kebaikannya kepada tubuh manusia bergantung kepada ketingggian kandungan sodium di dalam air kelapa.

Selain sodium, air kelapa juga mempunyai kandungan potasium yang tinggi. Apa gunanya bahan ini? Ia menjaga dan membantu kestabilan tekanan darah, mengggerakkan otot dan membantu sistem kerja saraf badan manusia.

Kekurangan potasium dalam badan dapat dilihat dari ketegangan ketika naik syahwat seseorang, jangan gusar kalau anda merasakan lemah jika minum air kelapa tulin tanpa campuran bahan lain.

Satu lagi bahan mineral yang terdapat dalam air kelapa dan berguna kepada manusia ialah magnesium, bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh badan dan kekurangan bahan ini akan menyebabkan mudahnya masalah lain menyerang dan di antaranya ialah lemah badan.

Magnesium juga dapat meningkatkan kadar hormon testosteron dalam darah. Hormon ini juga dikenali sebagai hormon seks, dengan hormon yang cukup maka ghairah seksual akan terhasil dengan baik serta kualiti ketegangan meningkat.

Inilah kelebihan air kelapa yang tidak ada pada air lain, air kelapa juga mengandungi unsur nitrogen berupa protin yang dihasilkan dari asid amino. Bahan ini jauh lebih tinggi di dalam air kelapa dari mana-mana air lain.

Terdapat juga karbon dalam air kelapa yang yang terbentuk dalam bentuk karbon hidrat. Bahan-bahan ini menjadi sumber tenaga kepada tubuh badan. Kekurangan bahan ini menjadikan badan tidak bertenaga dan daya seksual rendah.

Air kelapa juga mengandungi vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Paling unik air kelapa adalah komposisi zat terkandung di dalamnya hampir sama dengan isotonik yang hampir sama dengan cairan badan. la dapat menggantikan cairan tubuh yang hilang akibat peluh.

Jangan takut minum air kelapa malah menjadikan amalan meminum air kelapa adalah sangat baik untuk kesihatan kelelakian.

Sumber : Majalah Misteri

12 comments:

  1. Ada org kata x elok minum sbb ia boleh melemahkan syahwat...Ntahlah yh mana satu betoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Pengalaman saya. Di rumah saya byk pokok kelapa yg rendah, jadi saya hari-hari minum. Saya rasa keinginan sex menjadi lemah.

      Delete
  2. Kpd yg amalkan sudah tentu kuat seks. Kita perlu bertanya mereka samada ianya benar atau hanya dongengan....

    ReplyDelete
  3. Saya pernah tanya pd penjual kenapa org cina suka mnum air kelapa? Katanya sbb nak hilangkan panas bdn lepas mkn babi...uwekksss nak muntah aku dgr mkn babi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan babi x pe dpd makan rasuah.

      Delete
    2. huhuhu.......... kedua2nya haram.

      Delete
  4. My nenek banyak bini. Dia tak suruh minum banyak air kelapa muda selalu. Kerana takut zakar kira lemah. Mana satu betul lerr nie.

    ReplyDelete
  5. enda jua ku tau banar ka enda. Kalo dikirakan rasa, nyaman bah jua ainnya. Piasau muda memang nyaman diminum tarusan gitu.

    ReplyDelete
  6. Makin umur meningkat, makin slow kekuatan kelakian anda?

    Haa ni suppliment untuk kekuatan anta... tgh ada promosi, harga runtuh kaw2...

    Da bleh Follow kut dorang nya page...

    Fb:
    https://www.facebook.com/thmemart/

    Instagram:
    https://www.instagram.com/p/BxlWOsdlcT8/?igshid=45zxbwriga6w

    ReplyDelete
  7. ape korang ni.. ada otak tu cuba la pakai.. kalau kote tu dah tak kuat lembik macam terung lenyot.. minum la air kelapa muda tuh.. kalau dah ok kote tu buat ape ko nak tonggang lagi air kelapa muda tuh.. kan dah kata kalau ada penyakit konek baru minum la bingai.. 1 lagi jangan main belasah tonggang air kelapa tuh.. tengok rasa pilih bebetul buah kelapa tuh..

    ReplyDelete