Pages

Monday, December 21, 2015

HIJRAH DEMI KEHIDUPAN SEMPURNA...


Sudah menjadi tradisi lelaki di daerah Beguedo di Burkina Faso, Afrika Barat meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki di Itali. Bagi sebilangan isteri yang bertuah, mereka berpeluang mengikuti suami dan tinggal bersama di perantauan.

Malangnya, dasar pihak imigresen yang ketat, kos sara hidup tinggi dan peluang kerja yang terhad berikutan krisis ekonomi menyebabkan kebanyakan mereka tidak berpeluang berbuat demikian.

Sehingga awal tahun 1990, penduduk Burkina Faso bebas memasuki Itali tanpa memerlukan visa. Bagaimanapun, keadaan itu berubah berikutan penguatkuasaan ketat dasar imigresen di negara itu.

Hidup tanpa suami

Disebabkan itu, hampir separuh daripada isteri di Beguedo terpaksa hidup tanpa suami selama bertahun-tahun, malah beberapa dekad dan hanya mampu menunggu lelaki yang sepatutnya menjadi ketua keluarga mereka mengirimkan wang mengikut kemampuan mereka. Jika dulu, sesebuah perkahwinan di kawasan pedalaman seperti itu akan mengambil masa beberapa bulan sebelum ia dapat dilangsungkan kerana si lelaki perlu mengambil hati ibu bapa wanita disukainya dengan bekerja di ladang mereka untuk membuktikan mereka mampu menjadi suami yang baik.

Kini, keadaan sudah berubah apabila ia tidak mengambil masa yang lama sebelum mereka berkahwin selepas saling mengenali.

Di Beguedo, lelaki yang bekerja di Itali akan pulang ke kampung halaman mereka pada Ogos atau Disember dan waktu itu disifatkan sebagai musim perkahwinan apabila si gadis akan berdandan cantik dan menghadiri ke majlis pesta dengan harapan bertemu dengan calon suami.

Hidup sekejap dengan suami

Alimata Bara (Isteri Saada)...

Bagi Alimata Bara, 24, beliau hanya sempat merasai kehidupan berumah tangga bersama suaminya, Saada selama tiga minggu selepas melangsungkan perkahwinan kira-kira tujuh tahun lalu, ketika dalam usia belasan tahun.

"Ketika remaja, apa yang anda tahu mengenai hidup? Apabila nampak lelaki, badan terus menggeletar katanya sambil ketawa, mengimbau kenangan sebelum perkahwinannya. Bara berkata, selepas suaminya pulang ke Itali, dia tinggal dengan keluarga mentuanya sehingga mela hirkan seorang anak perempuan, Omayma.

Anaknya yang kini berusia enam tahun hanya mengenali bapanya menerusi album gambar, manakala Bara sendiri terpaksa menunggu hampir tiga tahun untuk bertemu dengan suaminya yang pulang selama tiga minggu pada tahun 2011.

"Keadaan terlalu.teruk di Itali dan suami saya semakin sukar untuk mencari kerja. Malah, dia sendiri tidak mempunyai wang untuk membeli tiket kapal terbang.

"Kebanyakan masa, saya merindui suami. Kadangkala, saya cuba untuk tidur, tetapi tidak lelap. Namun, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Apa lagi untuk mencari lelaki lain kerana kami tidak sekali-kali akan melakukannya," kata Bara yang menyara diri dengan menjual arang dan menanam kacang tanah, bijirin serta sayur-sayuran.

Berhubung menerusi Skype.

 Sejak beberapa bulan lalu juga, pasangan ini mula dapat berhubungan menerusi Skype untuk mengubat rindu dan sejak itu, Bara menjadi pelanggan tetap kafe siber di bandar itu.

Pasangan itu dikurniakan anak kedua, seorang lelaki yang dinamakan Obaidou yang kini berusia tiga tahun dan hanya sekali bertemu bapanya.

Ketika mengahwini Bara pada tahun 2008, Saada pernah berjanji untuk membawa isterinya itu ke Itali. "Bagaimanapun, dia hilang pekerjaan. Semuanya menjadi mahal. Anda perlu menyewa rumah, membayar bil elektrik dan air. Tidak seperti kehidupan di kampung yang lebih mudah.

Bercucuk tanam adalah punca pendapatan penduduk 
di daerah pedalaman Beguedo... 


"Kami cuma bercucuk tanam, memasak makanan dan mendapatkan air dari perigi. Apabila kami menerima bekalan elektrik, ia tidak memerlukan bayaran yang tinggi," kata Bara yang kali terakhir menerima kiriman wang daripada suaminya pada Mei lalu sebanyak AS$37 (RM159). 

Bandar dipenuhi wanita

Bekas Datuk Bandar Beguedo, Beatrice Bara, berkata separuh daripada golongan ibu di kampung itu menghadapi masalah yang sama. Ia adalah kesan penghijrahan beribu-ribu lelaki Afrika ke Eropah untuk mencari rezeki.

"Keadaan kini, tidak sama di setiap bandar, tetapi di sini, kesannya lebih jelas kerana hampir sebilangan besar lelaki ke luar negara menyebabkan hampir keseluruhan bandar itu dipenuhi wanita yang ditinggalkan mereka.

Janji kerap pulang



"Semasa berkahwin, biasanya lelaki akan berjanji untuk kerap pulang atau mungkin akan membawa bersama-sama si isteri sebaik kehidupan terjamin di sana.

"Ada di antara mereka menunaikan janji, tetapi semua itu sebelum krisis ekonomi dan sekatan kemasukan ke Eropah," katanya.

Katanya, impian ramai lelaki di bandar itu untuk bekerja di Itali juga menjejaskan kehadiran mereka ke sekolah kerana ramai yang sudah tidak berminat belajar. sebaliknya memikirkan untuk mendapatkan wang lebih mudah dengan bekerja disana.

Bagi wanita pula, kebanyakan mereka berhenti sekolah semata-mata untuk berkahwin dengan lelaki yang bekerja di Itali.

Sumber : BH
Susunan : Norhafzan Jaafar

No comments:

Post a Comment