Monday, September 22, 2014

PAYAHNYA NAK JAGA SEBUAH RUMAH SEWA....

Dulu aku ingat kalau ada sebuah rumah lagi, aku boleh sewakan dan ia boleh dijadikan aset di masa depan. Lagipun membeli rumah di Kuala Lumpur tidak rugi kerana penyewa boleh didapati semudah memetik jari. Sewanya yang berpatutan bolehlah digunakan untuk membayar hutang bank dan sedikit lebihan yang ada boleh pula di tabung untuk kegunaan di kala sesak. Rumah yang dibina oleh Kerajaan tidak pernah cukup berikutan kepesatan penduduknya dari sehari ke sehari. Sebab itulah sesiapa yang mempunyai banyak rumah sewa di Kuala Lumpur ini boleh hidup mewah dan goyang kaki, cukup bulan kutip duit sewa rumah.  

Jika di awal-awal 70an, 80an dan 90an, rumah-rumah setinggan banyak didirikan dan masalah perumahan tidak timbul. Pada masa itu, Kerajaan masih boleh bertolak ansur lagi kepada golongan berpendapatan rendah kerana Malaysia berstatus negara yang masih membangun. Tanah-tanah kosong milik Kerajaan masih banyak dan tiada keperluan untuk mendirikan gedung-gedung perniagaan kerana taraf hidup rakyatnya yang masih rendah dan tidak mampu berbelanja besar. Sebab itulah tanah-tanah yang diceroboh itu tidak diambil tindakan kerana Kerajaan tiada projek hendak dibuat.

Atas kepesatan pembangunan dan Malaysia pula akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 iaitu lebih kurang enam tahun dari sekarang, Kuala Lumpur sebagai lambang dan Ibu Negara Malaysia mesti dibangunkan dan dihias indah. Prasarananya perlu dilengkapi dengan segala kemudahan bertaraf dunia. Bangunan pencakar langit mesti dibina supaya apabila siap nanti ia akan menjadi mercu tanda dan ini sudah semestinyalah akan menarik ramai pelancung untuk berkunjung ke Negara ini.

Bermula pada tahun 2000, rumah-rumah setinggan yang tumbuh bagai cendawan sedikit demi sedikit dirobohkan dan penghuninya diberi pampasan bagi meringankan beban hidup. Satu tapak kawasan baru telah dikenalpasti dan Kerajaan telah membina rumah-rumah PPR (Program Perumahan Rakyat) bagi menempatkan semula mereka-mereka ini. Tujuannya adalah untuk penyeragaman dan mencantikkan Bandaraya Kulala Lumpur.

Tapak-tapak rumah setinggan yang diroboh dan berada di kawasan strategik telah didirikan bangunan-bangunan pencakar langit dan gedung-gedung perniagaan yang bertaraf dunia. Hotel-hotel, lapangan terbang baru perlu dibina kerana lapangan terbang yang sediada di Subang, Selangor tidak lagi dapat menampung pesawat-pesawat besar yang mendarat. Untuk itu, tapak di Sepang telah dikenalpasti dan lapangan terbang baru telahpun dibina dan dikenali sebagai KLIA. Pusat Pentadbiran yang baru juga telah dibina di Putrajaya dan telah menjadi salah satu lambang Negara dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Bagi mengatasi masaalah rakyat yang tidak mempunyai rumah, Kerajaan telah sedaya upaya membina banyak rumah-rumah mampu milik untuk dijual kepada mereka yang memerlukannya. Untuk kakitangan Kerajaan, Bahagian Pinjaman Perumahan telah ditubuhkan bagi membantu mereka membuat pinjaman manakala kakitangan swasta pula bergantung harap kepada pihak bank. Walaupun pihak bank mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi dari Bahagian Pinjaman Perumahan tapi pekerja swasta tiada pilihan dan terpaksa akur dengan syarat yang dikenakan.

Atas kemampuan yang ada sedikit, aku telah membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah 'rumah kedai' (Tingkat bawah dan tingkat satu adalah untuk kedai dan pejabat, manakala tingkat dua hingga empat adalah rumah kediaman). Rumah yang aku beli itu terletak di tingkat empat mempunyai tiga bilik tidur dan sebuah bilik air yang agak selesa bagi sebuah keluarga yang kecil atau orang bujang. Aku memang tidak bercadang untuk berpindah di situ walaupun kedudukannya dari pejabat hanya 200 meter sahaja. 

Rumah yang dibeli dengan harga RM72,000 termasuk insuran telahpun siap sepenuhnya pada tahun 2003 dan kunci rumah telah diserahkan selepas aku menyelesaikan bayaran pemasangan meter api dan air. Langkah pertama aku lakukan selepas menerima kunci rumah ialah memasang grill keselamatan di pintu hadapan dan di semua tingkap yang ada, turut dipasang ialah kipas angin di dalam semua bilik, rail untuk langsir turut dipasang bagi kemudahan penyewa nanti. Setelah itu, aku pun mengiklankan rumah itu untuk disewa.

Pada hari aku memasang iklan itu juga, aku telah dihujani banyak panggilan telefon bertanyakan tentang rumah yang aku hendak sewakan. Dalam banyak-banyak panggilan itu, aku tertarik pada satu syarikat yang sedang mencari banyak rumah di kawasan itu untuk dijadikan hostel bagi pelajar-pelajar yang sedang belajar di sebuah kolej swasta yang berhampiran.

Setelah perbincangan dibuat, aku bersetuju rumah itu disewakan pada syarikat tersebut dengan sewa bulanan sebanyak RM600 sebulan dengan sebulan deposit lagi. Turut dikenakan deposit ialah api dan air yang kedua-duanya berjumlah hanya sebanyak RM100 sahaja. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa aku sewakan  rumah itu terlalu murah kerana yang menyewanya adalah sebuah syarikat bukannya orang perseorangan. Tetapi aku tidak kisah kerana aku bukannya nak jadi kaya dengan duit sewa rumah itu. Apa yang penting cukup bulan bayaran sewa rumah aku lancar dan tiada masalah. Itulah harapan aku.

Aku difahamkan bahawa Syarikat itu memuatkan pelajar kolej itu seramai sepuluh orang dalam rumah itu dan menyediakan 'double decker' di setiap bilik. Sewa yang dikenakan pada setiap pelajar adalah RM200 sebulan. Ini bermakna kutipan sewa yang diperolehi dari kesemua pelajar itu adalah RM2,000 sebulan berbanding sewa yang aku kenakan hanya sebanyak RM600 sahaja.

Setelah dua bulan berlalu, masuk bulan ketiga, pihak Syarikat itu mula melewat-lewatkan bayaran sewa rumah aku dan apabila ditanya tentang sewa rumah yang tidak dibayar, banyak pula alasan yang diberikan sehinggalah tunggakannya mencecah dua bulan. Keadaan ini membuatkan aku panas hati dan pergi ke pejabatnya untuk mendapatkan sewa rumah yang tertunggak itu.

Apabila aku sampai ke pejabat syarikat itu, rupa-rupanya bukan rumah aku sahaja yang disewa tetapi sebanyak sepuluh buah rumah lagi turut disewa dan dijadikan asrama pelajar kolej. Kebetulan kesemua kami datang serentak untuk menuntut bayaran sewa rumah yang masing-masing telah tertunggak selama dua bulan. Cuba bayangkan bagaimana keuntungan yang banyak diperolehi oleh syarikat itu tapi ia gagal membayar sewa rumah kami. Di sini aku kira beberapa penyelewengan telah berlaku.

Bagi menyelesaikan masalah, aku membatalkan perjanjian dan mengambil balik rumah itu di samping menuntut bayaran sewa rumah yang tertunggak selama dua bulan itu dibayar segera. Walaupun rumah itu telah dikembalikan tetapi pelajar-pelajar kolej itu tidak mahu keluar dan sebaliknya merayu supaya mereka dikekalkan di situ dan merekalah yang akan bayar sewa rumah secara 'direct' kepada aku tanpa pengetahuan syarikat tersebut. Atas dasar kasihan kerana status mereka sebagai pelajar maka akupun bersetuju dengan permintaan mereka itu dan membuat perjanjian baru. Selama ini mereka membayar RM200 satu kepala dan sekarang ini mereka hanya membayar RM60 sahaja satu kepala.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, pelajar-pelajar kolej yang menyewa itu silih berganti selepas menamatkan pengajian dan akupun tidak kenal lagi penyewa generasi kedua.

Satu hari aku menerima satu panggilan telefon dari ketua penyewa generasi kedua yang menyewa rumah aku itu dan memaklumkan bahawa mereka semua akan berpindah dan mahu menuntut kembali wang deposit selama dua bulan dan juga deposit api dan air yang telah dibayar dahulu. Aku terkejut dengan permintaan deposit selama dua bulan itu kerana setahu aku, deposit yang aku ambil dahulu hanya sebulan sahaja bukannya dua bulan. Aku kata aku boleh pulangkan deposit mereka tetapi hanya sebulan sahaja.

Rupa-rupanya baru aku tahu mereka ini mengambil rumah ini dari generasi pertama dahulu dan tanpa pengetahuan aku generasi pertama mendakwa mereka membayar kepada aku dua bulan deposit rumah dan dua bulan deposit api dan air. Aku hanya memulangkan deposit sebulan yang aku ambil sahaja dan meminta mereka mencari balik penyewa generasi pertama yang mereka juga kenal kerana senior mereka di kolej yang sama dan menuntut baki deposit selama sebulan lagi itu dan juga deposit api dan air agar dikembalikan kepada mereka.  

Setelah episod di atas selesai, dalam aku berkira-kira nak mencari penyewa baru, ada seorang dari kalangan mereka yang meminta dan merayu untuk menyambung tinggal di situ lagi dan akan membawa masuk kawan-kawannya yang lain yang juga dari kalangan pelajar dari kolej yang sama. Atas dasar kasihan, aku membenarkan mereka tinggal dan tidak mengambil sebarang deposit baru sebaliknya meminta mereka membayar sewa pada awal bulan seperti biasa. Ini bermakna aku tidak memegang sebarang deposit lagi dan jika sekiranya mereka ini lari maka aku akan menanggung kerugian.  

Dengan mereka ini aku banyak mendapat masalah kerana mereka ini liat hendak membayar sewa rumah dan banyak tertunggak dan ada yang telah berpindah. Sebenarnya aku mendapat tahu yang mereka ini setiap bulan menyerahkan wang sewa rumah masing-masing kepada mamat yang merayu nak sambung tinggal itu untuk dikumpulkan sebelum diserahkan kepada aku tapi mamat tu dah celok semua duit tersebut. Sebab itulah bila aku minta duit sewa rumah, mereka semua jadi terkejut.

Takut perkara yang sama berulang, mereka enggan lagi tinggal di rumah itu dan berpindah. Mamat yang dah kantoi itu nak menutup malu telah bayar kepada aku sekadar yang ada tapi tunggakan-tunggakan yang lepas masih banyak yang tidak berbayar. Pada bulan-bulan berikutnya begitulah perangainya, liat hendak bayar sewa rumah. Macam-macam alasan yang diberikan antaranya beliau jarang ada di rumahlah dan bapanya sedang sakit. Walaupun aku katakan itu bukan masalah aku tapi dia menuduh aku sebagai orang yang tidak berduit kerana sering mendesak bayaran wang sewa rumah itu. Pelik betul aku tengok perangai orang yang macam mamat ni. 

Selepas kawan-kawan yang lain berpindah, beliau mencari mangsa baru dan sewa rumah yang dibayar kepadanya tidak juga dibayar kepada aku. Kini setelah didesak, beliau telahpun berpindah dan sekarang aku mempunyai penyewa baru yang ada kaitan dengan mamat tadi. Beliau berstatus keluarga. Bulan pertama menyewa, bayaran sewa rumah ok, masuk bulan kedua dan seterusnya, masaalah aku datang lagi, kali ini bayaran yang dibuat tidak penuh. Kalau dulu kurang RM100 dan pada bulan ini kurang pula RM300  sedangkan aku perlu bayar kepada bank lebih dari itu. Jika dibiarkan berterusan, aku percaya beliau tidak mampu untuk membayarnya apatah lagi bila dah banyak tertunggak. Setiap panggilan telefon tidak lagi berjawap dan akhirnya aku memberi notis untuk beliau berpindah namun sehingga sekarang aku tidak mendapat sebarang 'respond' dari beliau.

Aku bercadang jika beliau berkeras tidak mahu berpindah, aku akan buat report Polis supaya apabila aku mengunci rumah itu nanti, Pihak Polis sudah tahu akan tindakanku dan jika berlaku kemalangan terhadap penghuni yang menyorok di dalamnya walaupun pintu sudah diketuk berkali-kali tapi tidak tidak dibuka. aku tidak akan bertanggungjawab keatasnya.    

3 comments:

  1. Tapisan penyewa mesti di lakukan. Elakkan sewakan rumah dari kawan or saudara mara penyewa lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
      * Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
      Pinjaman dari Allah yang takut Firma Pinjaman.
      * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
      * Pembayaran jangka panjang (1-30 tahun) Tempoh
      * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
      *. Berapa lama masa yang diperlukan untuk membiayai? Selepas memfailkan permohonan pinjaman,
      Anda boleh menjangkakan bahawa sambutan awal yang kurang daripada 24 jam dan
      pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kita perlukan
      dari awak.

      Hubungi syarikat pinjaman secara sah dan secara rasmi berlesen yang ialah Victoria Osteen Firma Pinjaman, A christian dibina Syarikat Pinjaman.
      Untuk maklumat dan permohonan yang lebih borang untuk pinjaman melalui Hubungi kini melalui e-mel- victoriaosteenloanfirm@gmail.com

      Delete
  2. Semoga Tuhan pujian
    saudara dan saudari saya, menangis lagi untuk tuan yang menjawab doa saya akan menjawab Anda, bagi mereka yang mengatakan tidak ada pemberi pinjaman yang benar di internet adalah pembohong, saya ingin Anda tahu bahwa masih ada satu yang baik dan kredit nyata pemberi pinjaman , dan ada satu yang Allah gunakan untuk menjawab doa-doa saya. saya telah menjadi korban penipuan internet dan saya ditipu dari 53 juta sebelum saya bertemu seorang teman yang bercerita tentang salah satu pemberi pinjaman yang benar, pada awalnya, saya meragukan dia karena pengalaman masa lalu saya, saya takut tapi teman saya mengatakan kepada saya tidak takut bahwa dia adalah satu-satunya yang dapat membantu saya dalam masalah keuangan saya, saya mengambil keberanian untuk mencoba kemudian saya meminta untuk melakukan pembayaran untuk transfer kredit saya dan saya mengatakan kepada teman saya dan teman saya memberi saya kata dia yang saya harus takut dan saya mengikuti kata dia dan saya melakukan pembayaran, tapi mengejutkan terbesar saya, setelah saya membuat pembayaran transfer, saya mendapat pinjaman saya dalam waktu kurang dari 2 jam. saya sangat senang, dan hari ini ibu Dewi Ahmad Badan Pinjaman membuat saya siapa saya. Itulah mengapa saya membuat kesaksian ini bahwa Ibu Dewi adalah pemberi pinjaman kredit benar dalam internet dan saya juga mencoba untuk memberitahu saudara dan saudari saya sangat berhati-hati sehingga Anda tidak akan ba korban seperti saya. jika Anda benar-benar membutuhkan pinjaman di internet, Anda lebih baik menghubungi Ibu Dewi dan saya memberikan jaminan penuh bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda dari perusahaan nya. email nya dewiahmad.loanfirm@gmail.com Anda masih dapat menghubungi saya via Email dafaaldo98@gmail.com untuk info lebih lanjut. Tuhan memberkati kalian semua

    ReplyDelete