Sunday, June 2, 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA (MAKAN ANGIN KE NEGERI SABAH...)

Percutian aku kali ini ialah bersama keluarga ke Negeri Sabah iaitu sebuah negeri yang sangat indah dan menarik yang mesti dikunjungi oleh setiap orang yang cintakan keindahan dan cabaran. Mendapat jolokan sebagai "Land Below The Wind" (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah, negeri ini begitu kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang sangat cantik. 

Dengan keluasan 76,082 km persegi, negeri Sabah mempunyai kawasan perairan seluas 200,000 batu nautika dan garis pantai seluas kira-kira 1,600 km atau 900 meter persegi.

Secara peribadinya, lawatan aku ke negeri Sabah pada kali ini adalah lawatan yang ke empat dan pertama kali bersama keluarga. Maka oleh itu, tidak hairanlah jika sekiranya aku sangat teruja dan seronok kerana dapat bersantai bersama mereka sambil melawat tempat-tempat menarik yang telah dirancangkan. Sebelum ini aku ke Sabah atas urusan kerja dan tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana jadual tugas yang terlalu sibuk.  

Tarikh 24 hingga 28 Mei, 2013 telah dipilih oleh kami kerana ianya sangat bersesuaian dan tambahan pula tarikh itu ialah tarikh bermulanya musim cuti sekolah selama dua minggu dan masa cuti tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Kami yang berjumlah seramai sepuluh orang terdiri dari aku sekeluarga seramai lima orang, dua orang abangku yang datang dari Taiping, Perak iaitu Mohd Izhar bersama isterinya Hamidah, dan Shamsuddin bersama isterinya Asni. Turut bersama ialah kakak Asni iaitu Pn. Pauziah dari Seremban.   

Seawal jam 6 pagi kami telah bertolak ke LCCT dari rumahku di Serdang, dan tiba pada jam 7 pagi. Oleh kerana masa penerbangan kami ialah pada jam 9.30 pagi maka masa yang ada kami penuhi dengan berbual-bual dan bertanya khabar setelah sekian lama tidak bertemu. Bagi anak-anakku pula, mereka sibuk merakamkan gambar-gambar di sekitar LCCT.

Gambar menunjukkan kami telah tiba dan 
berjaya menjejakkan kaki ke bumi Sabah...

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 12 tengahari telah disambut mesra oleh Aizuddin, isterinya Wati serta tiga anak mereka Adriana, Adam dan Aina yang masih kecil. Aizuddin adalah menantu kepada abangku Izhar dan ia telah menetap di Sabah selama lima tahun dan bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan di sana. Aizuddin yang kami panggil Din telah menyarankan supaya kami datang melawat Sabah sementara ia masih ada kerana berkemungkinan ia akan bertukar balik ke Semenanjung selepas lama bertugas di Sabah. Pelawaan beliau kami sambut dengan senang hati dan kami pun terus booking tiket secara online hampir lima bulan untuk menanti ketibaan cuti sekolah.

Dari lapangan terbang, kami dibawa ke sebuah apartmen yang disewa khas bersebelahan rumah Din di Putatan lalu menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh Wati. Selepas berehat sebentar, Din telah memaklumkan bahawa jam 5 petang nanti acara lawatan akan bermula dan kami diminta bersedia.

Untuk memudahkan perjalanan, kami telah menyewa sebuah Urvan pandu sendiri yang boleh memuatkan 15 orang dan sewanya satu hari ialah RM250. 

LAWATAN BERMULA.

24 Mei 2013 - Lawatan Ke Sutera Harbour...

Oleh kerana masa telahpun tinggal separuh hari, Din telah membawa kami ke Hotel Sutera Harbour yang terletak di tepi laut kerana di belakangnya kami boleh melihat  banyak kapal-kapal mewah  berlabuh. disamping itu kami juga boleh menikmati pemandangan  waktu senja dan ketika tenggelamnya matahari yang sangat indah.

Kelihatan kapal-kapal mewah yang sedang berlabuh...


 


Pemandangan indah ketika terbenamnya matahari...  

Bergambar ramai berlatarbelakang kapal-kapal mewah...





25 Mei 2013 - Lawatan ke Tanjung Simpang Mengayau (Tip of Borneo)...

Kami memulakan perjalanan ke Kudat pada jam 9 pagi dari Putatan dan tiba pada jam 1.48 petang. Kami singgah sembahyang Jamak Qasar Taqdim Zohor dan Asar di masjid  Assyakirin serta makan tengahari di restoran berhampiran.     

 Masjid Assyakirin...

Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju ke Tanjung Simpang Mengayau yang juga dikenali sebagai ‘Tip of Borneo’ (bahagian paling utara Borneo), terletak di daerah Kudat. Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Laut Sulu dan Laut China Selatan. Dalam bahasa kaum Rungus, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama ‘Tanjung Sampang Mangazo’. ‘Tanjung’ bermaksud hujung, ‘sampang’ adalah simpang dan ‘mangazo’ pula bermakna peperangan. Begitulah apa yang aku search di dalam internet.


Tetapi sebelum sampai ke sini, kami terpaksa melalui jalan yang tidak rata, berlubang, berbatu, dan berdebu yang jika hari-hari lalu boleh merosak dan meleraikan badan kereta. Walaubagaimanapun badan yang letih akhirnya terubat apabila melihat pemandangan yang begitu indah di sini. Adalah diharapkan supaya Majlis Daerah Kudat dapat memperbaiki segera jalan tersebut kerana ianya adalah jalan utama ke Tip of Borneo dan menjadi tumpuan pelancong.


Bergambar ramai di papan tanda bandar Kudat... 

Pemandangan dari bawah ke puncak Tip of Borneo... 


Mercu tanda Tip of Borneo... 

Dari kiri: Shamsuddin dan isterinya Asni serta isteri dan 
anak-anakku, Rini, Alia, Amsyar dan Salina...  


Dalam peta Sabah di penghujungnya kita boleh lihat
 batu ini seperti hujung tanduk...  


Bergambar berlatarbelakang pokok
yang rendang dan laut China Selatan... 

Abg. Din di puncak Borneo... 

Anak-anakku bersama dua pupu mereka
 Adam (kiri) dan Adriana (kanan)...  

Abg. Din di penghujung Tip of Borneo...

Anak saudaraku Wati, anak bongsu mereka Aina dan
Aizuddin (suaminya) bergambar di Tip of Borneo
Din juga bertindak sebagai tuan rumah dan
Pemandu Pelancong...   

Bayangan manusia di atas dataran Tip of Borneo...  




Mohd Izhar memberi satu pos istimewa untuk 
tatapan keluarganya di Taiping, Perak... 

Dari kiri: AJ, Lina, Asni, Pauziah, Izhar, 
Shamsuddin, Hamidah dan Wati... 


Semua orang mesti bergambar di Tip of Borneo, 
jika tidak bergambar, lawatan mereka ke Sabah 
dikira tidak lengkap dan perlu datang semula...

Pasangan bahagia Izhar dan isterinya Hamidah... 

Asni (kiri) dan kakaknya Pauziah... 

Sekali imbas macam Tembok Besar Negeri China...


 Berjalan pulang dengan membawa satu kenangan manis
 yang tidak akan dilupakan...



Bergambar bersama van yang disewa khas... 

Papan tanda yang mengucapkan selamat datang 
ke Simpang Mengayau Chalet (Tip of Borneo)...

26 Mei 2013 - Ke Pulau Manukan dan Taman Buaya...

Lawatan kami pada hari ini ialah ke Pulau Manukan menaiki speed boat yang memakan masa selama 15 minit dari Jeti Jesselton Point, Kota Kinabalu. 


Pulau-pulau di sekitar Kota Kinabalu ini dikenali sebagai pulau-pulau Taman Tunku Abdul Rahman. Ada 5 pulau yang ada di TAR park ni tapi hanya 3 pulau yang sentiasa menjadi pilihan pelancong iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Dua pulau lagi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.


Tapi untuk trip kali ini, kami pilih satu pulau sahaja iaitu Pulau Manukan seperti yang di cadangkan oleh Din dan kami bersetuju kerana kami rasa pulau Manukan adalah pilihan terbaik. Insya Allah, kalau ada peluang lagi ke Kota Kinabalu, kami akan pergi pula ke pulau-pulau lain yang disebutkan tadi.


Pemandangan di Jesselton Point... 



Kami sudah menaiki speed boat yang akan mengambil masa
 selama 15 minit untuk sampai di Pulau Manukan... 



Apa yang hang geram tu Din?

Ketibaan kami di Pulau Manukan disambut 
dengan cuaca yang panas... 

Pantai Pulau Manukan yang sangat bersih, pasirnya putih 
dan kejernihan airnya membuatkan semua pengunjung tidak
 melepaskan peluang untuk bermandi manda dan snorkeling...   



Tiga gadis dari Semenanjung adalah 
pengunjung Pulau Manukan pada hari ini. 
Mereka terdiri dari Hamidah, (kiri), Asni (tengah) dan Pauziah...   

Jalan masuk menuju ke chalet...


Dari kiri: Adriana, Alia, Salina dan Aina bergambar 
di papan tanda Pulau Manukan... 

Alia anakku yang ke 2 dari 4 orang adik beradik...

Abang Izhar bergambar di sebatang pokok yang cantik...

Abg. Izhar bersama anaknya Wati (Isteri Din) ...

Din, Wati dan anak bongsu mereka Aina...


Ikan-ikan yang menghiasi laut Pulau Manukan...

Selepas meninggalkan Pulau Manukan, kami pun terus menuju pula ke Taman Buaya yang terletak di Tuaran, Sabah yang mengambil masa 30 minit dari Kota Kinabalu. Buaya-buaya yang ada disini dikatakan ditangkap di sungai-sungai di Sarawak dan dibawa ke taman ini untuk dipelihara dan untuk tontonan ramai. 

Kalau nak ikutkan memang banyak gambar-gambar buaya yang unik. Macam tak percaya depan mata tu buaya hidup. Buaya-buaya kat sini agak pasif, duduk diam, mengeraskan badan, mulut ternganga lepas tu tidur. Pengunjung berpeluang juga bergambar dengan buaya hidup, 

Harga tiket untuk masuk ke Taman Buaya Tuaran ini adalah RM13 untuk orang dewasa. Kalau kanak-kanak umur 4 hingga 12 tahun tiketnya RM6. Tapi memang berbaloi lah tiket semahal tu sebab di dalam taman tu bukan setakat boleh 'menikmati' buaya, macam-macam ada termasuk rumah tradisional. Ada juga persembahan buaya dan tarian tradisional mengikut jadual yang telah ditetapkan. "jadi kalau nak tengok persembahan itu pastikan datang awal, kalau datang lambat, tengok je lah buaya-buaya yang mengeraskan diri di dalam kolam tu." Tapi penjaga buaya tu kesian juga pada yang datang lambat, jadi untuk menimbulkan buaya-buaya yang menyorok di dalam kolam tu, beberapa ekor ayam telah diumpan supaya ia timbul dan dapatlah dilihat oleh mereka yang datang lewat.

Bergambar di pintu masuk Tuaran Crocodile Farm... 

Sesiapa sahaja yang berani boleh memasukkan tangan 
atau kepala ke dalam mulut replika buaya ini... 


 Gambar-gambar persembahan buaya yang dirakam 
dipamirkan di sudut pamiran...

Kaunter tiket... 

Berjalan masuk ke dalam taman buaya... 

Persembahan kebudayaan turut diadakan 
untuk tontonan pengunjung... 

Seekor buaya yang terdapat di taman ini... 

Buaya tembaga... 

Semua kecut perut melihat buaya hidup di depan mata... 


Kelihatan beberapa ekor buaya sedang bersantai di kolamnya...


Aku telah perhatikan buaya ini selama 5 minit. 
Dalam tempoh tersebut sedikit pun ia tidak bergerak atau
 membuka matanya. Dia buat bodoh jer, pandai betul 
ia berlakon untuk memperdayakan mangsa...  

Di samping buaya, burung unta juga turut di bela di taman ini. 
Kelihatan Abg Din sedang memberi ia makan sayur kangkung 
yang dijual dengan harga RM2 seikat... 

Abang Izhar dan cucunya Adriana turut terhibur 
melihat gelagat burung unta yang sedang makan...

Buaya-buaya ganas dalam kelaparan... 

Dan menanti mangsa untuk dibaham...


Memerang juga dibela di sini...

Kolam ikan... 

Taman burung...

Abg Izhar bergambar bersama anak-anakku 
serta cucunya di dalam Taman Buaya...

Percaya atau tidak beg tangan dari kulit buaya ini 
berharga RM30,888.00.
Ada berani?

Tali pinggang dari kulit buaya ini pula
 berharga lebih dari RM1,000...

Beg duit ini harganya RM1,115

Yang ini pula harganya RM790.00. 
Walaupun semua aksesori di atas ini mahal harganya
tetapi menurut penjualnya, ianya sangat disukai oleh
pelancong asing dan merekalah yang selalu membelinya...

27 Mei 2013 - Lawatan ke Ranau, Kinabalu Park, Kundasang dan Pekan Nabalu...

Pulang dari lawatan ke Taman Buaya, kami telah merancang untuk keluar seawal 6 pagi esok menuju ke Kinabalu Park untuk melihat Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara. Kami terpaksa pergi awal kerana jika tiba lewat, kami tidak berpeluang untuk melihatnya kerana ia akan dilitupi awan sepenuhnya sehinggalah ia muncul semula selepas awan beredar pada jam 6 hingga 7 petang nanti.

Walaupun kami bertolak di awal pagi seperti yang dirancang, kami gagal juga untuk melihat Gunung Kinabalu di pagi itu kerana sepanjang perjalanan dari Putatan iaitu tempat penginapan kami ke Kinabalu Park, kami telah melalui beberapa jalan yang rosak teruk dan ada setengahnya sedang diperbaiki menyebabkan perjalanan kami terhalang dan terpaksa berhati-hati apatah lagi perjalanan kami dengan van dalam keadaan sentiasa mendaki. Akibatnya kami tiba lewat di Kinabalu Park pada jam 9 pagi dan Gunung Kinabalu sudahpun dilitupi awan.

Kelihatan di kejauhan sana Gunung Kinabalu sudah tidak 
kelihatan lagi akibat dilitupi awan. Gambar dirakam 
dari Pekan Kundasang...  



Untuk tidak menghampakan, kami semua bergambar lah jugak
 berlatarbelakang gunung yang 'hilang'... 

Kami akhirnya berpatah balik ke Kinabalu Park dan ke Timpohon Gate untuk merasai dan menyaksikan permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu oleh para pendaki di pagi itu sambil merakam gambar-gambar dan berharap apabila pulang dari lawatan yang seterusnya dan apabila tiba semula di tempat ini pada sebelah petang nanti kami akan dapat juga melihat Gunung Kinabalu apabila awan yang melitupinya akan beredar meninggalkannya.

Bergambar di pintu masuk sebelum berjumpa Timpohon Gate 
iaitu tempat permulaan pendakian ke Gunung Kinabalu... 

Setiap papan tanda wajib dibaca untuk mendapatkan info... 


Senarai nama-nama pendaki mengikut kategori yang telah berjaya
 dalam pertandingan mendaki Gunung Kinabalu 
berdasarkan kepantasan mereka...  

Adik Amsyar di papan tanda Summit Trail... 

Pauziah dan adiknya Asni bergambar di atas 
dataran bangunan yang disediakan... 

Cuaca sejuk mula dirasai di puncak ini... 



Seekor tupai dengan aksi-aksinya ketika kami memberinya makan... 

Din dan keluarga... 








Timpohon gate tempat permulaan pendakian... 


Kami berjalan menuruni bukit meninggalkan Timpohon gate 
untuk menuju ke van bagi lawatan seterusnya ke Ranau, Sabah... 

Abang Izhar dengan gaya lucunya ketika menuruni bukit... 


Aksi yang menunjukkan kami sangat gembira 
ketika berada di Kinabalu Park... 



Setiap mereka yang bergambar akan tersenyum 
sebagai tanda kepuasan...


Perjalanan kami yang seterusnya ialah ke Ranau yang terletak kira-kira 70 km dari Kinabalu Park kerana di sana kami akan melawat sebuah sungai yang di dalamnya terdapat ikan-ikan yang sangat jinak dan kita boleh bermain-main dan beraksi dengannya. Tempat tersebut di kenali sebagai "Tagal" Sungai Moroli, Kg. Luanti Baru.



Bayangkan jika kita sedang mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni kita. Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat. Ia boleh mengelus-elus badan kita. Kalau tak percaya, datanglah ke Kampung Luanti Baru , kira-kira 19 km dari Pekan Ranau menghala ke Sandakan.


Kampung Luanti Ranau yang kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang menarik kerana kewujudan pelbagai jenis ikan yang ramah itu, terkenal kerana sistem `tagal' yang diamalkan oleh penduduknya. Bahkan Kampung Luanti Baru pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya Anugerah River Cruise Award, Global Environment Centre, Anugerah Sistem Tagal dan sebagainya.


Pekan Ranau yang dirakam pada jam 11.50 pagi... 


Papan tanda arah ke Ranau yang tidak diletakkan jaraknya...

Alia bergambar di pintu masuk ke "Tagal" Sg. Moroli, 
Kg. Luanti Baru, Ranau untuk bermain dengan ikan-ikan jinak... 

Papan tanda peraturan yang perlu dipatuhi 
oleh setiap pengunjung semasa berada di sungai.. 

Apabila kita mencecah kaki ke sungai, ikan-ikan jinak ini akan  
datang mengerumuni sambil menggigit-gigit kaki kita seolah-olah ia
mengajak kita bermain dengannya. Bagi yang tidak tahan kegelian, 
mereka akan menjerit-jerit samada takut atau seronok...  

 Dari raut wajah mereka kita boleh melihat betapa gelinya kaki  
apabila digigit atau dihisap oleh ikan-ikan jinak itu...




Ikan-ikan jinak itu akan berebut-rebut apabila kita memberi
 ia makan di tangan. Makanannya boleh dibeli dengan harga 
RM2 sepeket yang dijual di situ... 



Turut mengunjungi sungai pada petang itu ialah 
sekumpulan murid sekolah bersama guru-guru mereka...


  Rakaman Video dokumentari dari youtube yang 
memberi penerangan tentang kisah ikan-ikan jinak ini...

 
Rakaman video yang aku ambil menunjukkan anak-anak dan
para pengunjung  sibuk bermain dengan ikan-ikan jinak sehingga
riuh rendah dan gamat bunyinya di persekitaran sungai....

Rakaman video menunjukkan Kak Midah
sedang memberi ikan jinak makan...

Di sungai itu juga kita boleh bermandi manda
 tanpa mengganggu ikan-ikan jinak tersebut...  

Adik Adam dan kakaknya Adriana sedang mandi sungai... 

Begitu juga dengan Amsyar dan kakaknya Rini... 

Di atas sungai itu terdapat sebuah jambatan gantung 
bagi mereka-mereka yang sukakan cabaran...
Kelihatan Abang Izhar sedang terketar-ketar menaikinya...   

Masa yang di ambil jika berjalan secara bersantai ialah 3 minit...  

Asni, Hamidah dan Salina sedang cuba berjalan 
di atas jambatan gantung tersebut... 


Begitu juga dengan Rini, Alia dan Amsyar yang sentiasa
 mencuba di setiap tempat yang terdapat cabaran...

Setelah puas bermain dengan ikan-ikan yang jinak, bermandi manda dan menaiki jambatan gantung, kami pun meninggalkan pekan Ranau untuk kembali semula ke Pekan Nabalu yang pagi tadi kami singgah tapi tak nampak Gunung Kinabalu sebab di litupi awan. Perjalanan kami sangat mencabar kerana kabus tebal dan menghalang pemandangan kami yang sedang bergerak menuruni bukit yang curam.

Kelihatan kabus di hadapan sana yang akan 
memberi masalah kepada Din yang sedang memandu...

Kabus semakin tebal dan sangat menakutkan kami... 

Sudahlah kabus tebal, pembaikan jalan tetap diteruskan. 
Kelihatan samar-samar pengawal lalu lintas sedang 
bertugas mengawal lalu lintas...

 Pandangan semakin rumit dan membahayakan bagi mereka 
yang sedang memandu apatah lagi jika menuruni bukit...  


 Di antara selekoh tajam yang sangat merbahaya...

Akhirnya kabus semakin menipis dan perjalanan kami 
semakin lancar walaubagaimanapun hujan pula sudah mulai turun 
"angkat kain di jemuran..."

Akhirnya setelah melalui perjalanan yang sangat mencabar, kami akhirnya tiba di Pekan Nabalu untuk membeli beberapa helai pakaian dan cenderahati di bazar yang disediakan untuk dibawa balik sebagai tanda kenang-kenangan. Ketika ini hujan sedang turun dengan lebatnya dan apabila reda nanti kami berharap dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelasnya sebelum pulang ke tempat penginapan kami di Putatan.







Setelah selesai membeli belah dan hujan sudahpun berhenti, kami akhirnya dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelas sepertimana yang sangat kami impikan untuk bergambar dengannya sejak dari pagi tadi. Tanpa membuang masa aku pun terus merakam setiap orang dari kumpulan kami yang ingin merakam gambar-gambar mereka berlatarbelakangkan  Gunung Kinabalu.

Gunung Kinabalu sudahpun menampakkan dirinya... 


Awan dan kabus yang meliputinya sebelum ini sudahpun
 beransur-ansur meninggalkannya...  

Abang Izhar tidak melepaskan peluang untuk bergambar 
berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang tersergam indah... 

Abang Din juga tidak melepaskan peluang... 

Asni dan kakaknya Pauziah sangat teruja 
bergambar di Gunung Kinabalu... 

 Abang Izhar bersama cucu-cucunya serta anakku Amsyar...

Din bersama isteri dan anaknya turut tidak melepaskan peluang... 

Rini dan Alia turut sama teruja...

Di kalangan penduduk tempatan, Gunung Kinabalu lebih dikenali 
sebagai 'Akinabalu' yang bermaksud 'Gunung Nenek Moyang'

Bersama isteri dan anakku yang ke 3 Asfarini... 

Kenangan terindah di Gunung Kinabalu...

Setelah puas bergambar, kami akhirnya pulang untuk berehat dan pagi esok adalah hari terakhir kami di Sabah dan akan pulang melalui penerbangan pesawat Air Asia jam 3.45 petang.

28 Mei 2013 - Lawatan terakhir di Pasar Filipina...

Tidak perlu diperkenalkan lagi bahawa pasar Filipina sangat popular di kalangan pelancong yang datang ke Sabah. Di sini terdapat berbagai barang-barang cenderamat serta aksesori kaum wanita dan juga lelaki. Di sebelah kanannya terletak pasar basah dan kering dari laut seperti ikan, ketam, sotong, udang dan sebagainya manakala di kirinya pula terletak pasar menjual berbagai jenis makanan seperti keropok, kuih, amplang dan makanan ringan dan lain-lainnya.

Salina dan Alia sedang mencuba barang perhiasan 
di salah sebuah kedai di situ... 

Berbagai jenis cincin dari mutiara...  


    Pasar menjual makanan ringan...

Selepas selesai membeli belah, kami terus ke restoran D'Lengkuas untuk makan tengahari dan kira-kira jam 2 petang, Din pun menghantar kami ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur jam 3.45 petang.

Aku mewakili semua yang melawat Sabah baru-baru ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Aizuddin (Din) serta keluarganya yang telah memberikan layanan terbaik semasa kami di sana, jasa dan budi baik kalian akan sentiasa dikenang dan harap kita dapat berjumpa lagi di lain masa. Insya Allah.

13 comments:

  1. salam...ada tak contact person yg sudi jadi tourist guide di sabah lps raya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ranau memang cantik dari segi landskapnya, hijau dan nyaman. lain kali kalau ada kesempatan mulakan perjalanan sekitar jam 4 atau 5 kerana antara 5.30 hingga 7.00 senja buka cermin tingkap kereta dan dengarkan bunyi penghuni hutan di sepanjang jalan yang sangat merdu dan mengasyikkan

      Delete
  2. Assalam. Terima kasih kerana sudi baca blog saya ni.
    Saudara/saudari boleh contact anak saudara saya En Aizuddin, mungkin dia boleh bantu mencarikan tourist guide.

    No. beliau 0138832552

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Anonymous atas komen yang diberikan. InshaAllah kalau panjang umur saya akan melancong lagi ke Sabah dan Ranau adalah destinasi yang wajib dikunjungi...

    ReplyDelete
  4. datang la ke New Zealand sabah, ia satu tempat pembiakan lembu tenusu yang didatangkan khas dari luar negara, seakan2 kita berada di newziland, nama tempat tu desa castel.. tempat memang best...yang bertempat di Ranau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En. Rusdi atas cadangan tuan...

      Selama 5 hari di Sabah rasanya tak cukup untuk kami melawat semua tempat. Insha Allah kami akan datang lagi di lain masa dan sudah semestinya kami akan pergi ke tempat-tempat yang di cadangkan itu.

      Kepada mereka yang membaca artikel ini dan mengetahui tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi sila beritahu supaya kami boleh pergi pada trip yang akan datang.

      Terima kasih...

      Delete
  5. syoknye bercuti d sabah...bykk tempat bole d kunjungi.sy juga ada menyediakn perkhidmatan kereta pandu sendiri...lbh senang drive sendiri sbb pejalanannye xsusah sgt mcm d semrnanjung.berminat boleh hubungi 0128284276

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah nanti saya rekomen pada kawan2 yang ingin melawat Sabah.

      Delete
  6. Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
    Call : +6282214441280
    +6282216270779
    WhatsApp : +6282214441280
    +6282216270779
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
    Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

    Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    sila hubungi kami untuk mendapatkan pakej yang lengkap.
    +6016 8392919 (whatsApp, wechat, Telegram & Kakao Talk)
    Email : borneokinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete
  10. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    Tel : 0129600702 / 0163751978
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    0129600702
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete