Gambar-gambar diatas aku agak bukanlah di rakamkan di negara kita, Ini adalah kerana seumur hidup aku, belum pernah lagi aku terjumpa dengan penunggang motosikal yang menggunakan motosikal mereka untuk membawa binatang ternakan seperti kambing, lembu, ikan yang sangat besar dan ayam yang terlampau banyak dan terlebih muatan untuk di pasarkan. Walau di kampung sekalipun aku tidak pernah menyaksikan peristiwa ini.
Tetapi, suatu hari nanti, peristiwa ini tidak mustahil akan dapat di saksikan di negara kita. Apakah yang mendorong untuk aku berfikiran begitu?
Bagi penduduk di negara-negara seperti Bangladesh, Thailand, Nepal, Myanmar, India, Indonesia atau Vietnam, pemandangan sebegini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan mereka kerana bagi mereka ianya tidak menyalahi undang-undang dan tidak menyakitkan mata.
Memandangkan sekarang ini negara kita sudahpun di banjiri dengan ramainya rakyat-rakyat pendatang dari negara-negara diatas, tidak mustahil lah mereka akan membawa budaya ini di Malaysia.
Dulu di Kuala Lumpur, di jalanrayanya, kita tidak akan berjumpa dengan penunggang-penunggang basikal kerana kita akan merasa malu jika menunggangnya di tengah-tengah bandaraya. Sebab-sebab lain ialah menunggang basikal di tengah-tengah bandaraya ini sangat merbahaya kerana kemalangan maut boleh berlaku pada bila-bila masa disebabkan pemandu di Kuala Lumpur ini memandu kenderaan mereka dengan laju.
Sekarang ini, sudah banyak pendatang asing yang menunggang basikal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur untuk ketempat kerja mereka, jika perbuatan ini tidak di bendung, suatu hari nanti akan bertambahlah penunggang-penunggang basikal dari kalangan pendatang-pendatang ini yang akan membawa satu masalah baru kepada sistem lalulintas kita.
Kemudian apabila ekonomi mereka sudah kukuh maka mereka ini akan membeli motosikal pula dan lama kelamaan motosikal itulah nanti akan digunakan untuk mengangkut barang-barang dagangan mereka untuk di jual di pasar Pudu, Chow Kit atau di pasar-pasar malam.
Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 nampaknya tidak kesampaian di sebabkan tiada bezanya negara kita dengan negara-negara seperti yang di sebutkan diatas.
No comments:
Post a Comment