Pages

Saturday, April 2, 2011

AKU MENDAPAT KAFARAH

Di sekitar tempat aku bekerja, terdapat 2 buah masjid dan 3 buah surau yang dinaik taraf sebagai masjid.

Pengiktirafan surau sebagai masjid dibuat adalah bagi membolehkan penduduk mengadakan sembahyang Jumaat apabila tiba harinya kerana masjid yang sedia ada tidak lagi dapat menampung kepadatan penduduk disekitarnya yang bertambah dari masa kesemasa.

Di Kuala Lumpur, sebuah surau yang dibina, bentuk dan besarnya adalah sama seperti sebuah masjid di negeri-negeri, malah ianya lebih besar dari sebuah masjid di kampung-kampung.

Sudah beberapa bulan aku bersembahyang Jumaat disalah sebuah surau bertaraf masjid yang paling hampir dengan ofis aku ini. Uniknya surau ini adalah kerana jemaah dapat menikmati hidangan beberapa jenis kuih-muih yang masih panas seperti karipap berintikan daging, kuih ketayap, cucur badak serta kuih apam yang disumbangkan oleh beberapa penduduk yang ingin mengambil kesempatan untuk membuat amal jariah. Kuih-muih yang dihidangkan itu adalah didalam kuantiti yang banyak dan AJK masjid telah menyediakan beberapa buah talam untuk meletakkannya.

Disamping kuih-muih, jemaah juga dihidangkan dengan buah-buahan seperti pisang dan ada juga sesekali itu buah epal manakala minuman pula seperti sirap bandung, air tembikai, air oren serta sirap limau yang dibuat secara bergilir-gilir antara satu Jumaat ke satu Jumaat yang lain. Aku merasakan kos penyediaan air minuman ditanggung oleh tabung surau itu sendiri.

Disamping santapan jasmani, pihak surau juga menyediakan santapan rohani kepada jemaah yang ingin mendapatkan ilmu agama sebelum masuknya waktu sembahyang Jumaat. Ustaz-ustaz yang diundang untuk memberi tazkirah adalah ustaz-ustaz yang terkenal dan mempunyai aura dan kaedah tersendiri ketika menyampaikan ceramah.

Suatu hari tu aku seperti biasa bersembahyang Jumaat disurau ini, seperti dilain-lain masjid, kehadiran kanak-kanak juga turut memeriah dan membingitkan surau ini dengan keletah mereka.

Sedang jemaah khusyuk bersolat, tiba-tiba terdengar seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 tahun menangis dan meraung dengan kuatnya kerana gagal mencari ayahnya. Tangisannya yang berterusan itu sedikit sebanyak telah mengganggu kekusyukan jemaah yang bersolat termasuk lah aku sendiri sehinggalah sembahyang itu selesai.

Didalam hati, bermacam-macam yang aku persoalkan tentang kewajaran seorang bapa membawa anak yang masih kecil datang bersembahyang tetapi tidak dapat mengajarnya supaya diam ketika orang lain sedang bersembahyang dan bermacam-macam lagi. Rungutan aku juga berterusan sama seperti berterusannya kanak-kanak itu menangis.

Setelah selesai sembahyang, aku kehilangan kunci motosikal, puas aku mencari ditempat aku bersembahyang tadi, dipersekitarannya dan juga didalam tandas tetapi hampa kerana aku tidak menemuinya.

Setelah hampir 20 minit mencari baru aku menjumpainya iaitu dibawah sebuah kerusi diluar dewan sembahyang. Ianya nampak seperti disorokkan oleh seseorang tapi aku tidak lah mahu menuduh.

Ketika aku keluar dari masjid menuju tempat rak kasut, kunci yang aku pegang tadi pula tidak semena-mena terjatuh kedalam longkang yang agak dalam dimana tangan aku tidak dapat dimasukkan melalui besi penutupnya. Ini memaksa aku untuk bekerja keras sedikit iaitu dengan mencabut dan mengangkat besi penutup tersebut bagi membolehkan kunci tersebut diambil.

Aku merasakan diri aku ini seolah-olah telah dihukum atas keceluparan dan bisikan didalam hati yang memarahi seorang bapa yang membawa anaknya bersembahyang di masjid. Walaupun benar anak tersebut telah mengganggu jemaah lain bersembahyang tetapi mungkin Allah telah murka kepadaku diatas perbuatan ku tadi.

Aku akhirnya beristighfar dan memohon ampun kepada Allah diatas apa yang telah berlaku.

5 comments:

  1. Ilmu manusia amat terhad. Kadang-kadang ape yang kite fikirkan tidak same dengan ape yang Allah takdirkan.

    ReplyDelete
  2. Aku syurkan supaya pada Jumaat akan datang ni hang buatlah sedekah, bawaklah makanan yang sedap-sedap sikit. Tapi ingat, yang penting tu setiap perbuatan hang hendaklah ikhlas.

    ReplyDelete
  3. Ketika khatib sedang membaca khutbah hendaklah kamu diam. Jika kamu berkata-kata walaupun perkataan diam sekalipun maka lagha lah iaitu perbuatan yang sia-sia dan kamu tidak mendapat pahala jumaat pada hari itu.

    Hadis sohih.

    Harap maaf kalau saye silap.

    ReplyDelete
  4. Ketika kamu memasuki masjid, hendaklah kamu sembahyang sunat 2 rakaat sebelum kamu duduk.

    ReplyDelete
  5. Itu lah hati.....payah untk ditarbiah sebab tu hati allah jadikan ia berwarna hitam kemerah2an bukan putih...setiap detik ianya mendorong manusia kearah melakukan perkara2 mungkar....ada banyak peribahasa yg menyatakan tentang hati...Hati batu,hati busuk, dan kalau dijalan raya org kata, hati2 dijalan raya krana banyak kecelakaan berlaku di jalan raya dek hati2 yg busuk!!!

    ReplyDelete