Pages

Wednesday, August 10, 2011

KULIAH ZOHOR DI BULAN RAMADHAN 1432 HIJRAH...

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, biro agama akan mengaturkan program mengimarahkan suaru Syarikat dengan Kuliah Zohor bermula jam 1 hingga 2 petang.

Pihak biro agama yang diketuai oleh Haji Zainuddin b. Muhammat telah bersiap sedia selama hampir 3 bulan untuk mendapatkan Ustaz-Ustaz yang telah disenarai untuk dijemput memberikan tazkirah. Tajuknya bukan sahaja berkaitan dengan Ramadhan tetapi juga hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan serta permasalahan yang berkaitan dengan agama Islam.

Sebentar tadi, tiba pula giliran Ustaz Jefri b. Isa dari Kelang, Selangor memberikan tazkirah. Beliau telah menggariskan beberapa kelebihan amalan yang patut dibuat di bulan Ramadhan, seperti berbakti kepada kedua ibu bapa, banyakkan bersedekah, menyempurnakan hajat saudara-saudara kita, bersembahyang berjemaah, kelebihan menuntut ilmu, berkasih sayang diantara suami isteri dan sebagainya.

Cara kupasannya yang menarik serta penyampaian dengan gayanya yang tersendiri telah memukau jemaah yang mengikuti kuliahnya. Kesemua mereka memberikan respon yang baik terhadap kuliah yang disampaikan. Kelihatan juga beberapa jemaah telah mencatatkan beberapa tips serta petua yang diberikan oleh Ustaz Jafri.

16 orang ustaz telah bersetuju untuk menyampaikan kuliah bermula pada 1 Ramadhan sehingga 25 Ramadhan seperti senarai dibawah :-

1 Ramadhan - Ustaz Arianto Rizal (Pendakwah Bebas)
2 Ramadhan - Ustaz Husni Abd. Rahman (PPZ Wilayah Persekutuan)
3 Ramadhan - Ustaz Johari Abdul Wahab (Bangi)
4 Ramadhan - Ustaz Haji Mohd Fadzil (Bkt. Tinggi, Kelang)
8 Ramadhan - Ustaz Sapidin Amran (Kelang)
9 Ramadhan - Ustaz Shakir Zainal (Ampang)
10 Ramadhan - Ustaz Jefri Isa (Kelang)
11 Ramadhan - Ustaz Dr. Jamnul Azhar Mulkan (Pendakwah bebas, Kedah)
15 Ramadhan - Dr. Rubiah K. Hamzah (Shah Alam)
16 Ramadhan - Ustaz Izat Ropi (Maahad Tahfiz, Padang Balang, K. Lumpur)
17 Ramadhan - Ustaz Datok Khalid An-Nadwi (Keramat)
18Ramadhan - Ustaz Faizal Hakim, (Ampang)
22 Ramadhan - Ustaz Mahmood Uda Kassim (Pendakwah bebas)
23 Ramadhan - Ustaz Prof Dr. Madya Yusof Hussain (UIA)
24 Ramadhan - Ustaz Drs. Sapawi Che Mat (Mantan Timbalan Pengarah RISDA)
25 Ramadhan - Ustaz Ghazali Ibrahim (Tg. Malim, Perak)

Ustaz Jefri Isa sedang menyampaikan kuliahnya.

Diantara Muslimin yang hadir.

Muslimat tidak pernah kurang kehadiran mereka.



Muslimin semakin bertambah dari semasa kesemasa...
biasalaaaatuuuu dah dekat pukul 2...
Ini pun dah kira ramai dah ni...

Saudara kita ni tersentuh hatinya mendengar kuliah ustaz.
Apa yang difikirkan, hanya dia saja yang tahu...

1 comment:

  1. slepas PR mentadbir Slangor,nampaknya masjid/surau di sluroh selangor meriah dgn kehadiran ustaz2 menyampaikan takzkirah sblom/slepas solat zohor,kuliah maghrib,subuh,doha...rata2 yg hadir muslimin/muslimat nampaknya sungoh khuyuk mendengar kuliah yg disampaikan.Keadaan macam ni sblom PR mentadbir,masjid/surau agak lengang,mgkin UMNO ta brapa suka majlis2 mcam ni....bab2 kuliah ugama pada mereka agaknya ta perlu ada,dan kdang2 mereka kata buang masa.

    ReplyDelete