Pages

Friday, September 23, 2011

IMEJ YANG MENAKUTKAN...

Balik beraya di Rembau tahun ini, banyak rumah saudara mara yang dapat kami kunjungi. Maklum sajalah bahawa keluarga sebelah isteriku memang mempunyai ramai saudara. Kadang-kadang yang bukan keluargapun mereka anggap keluarga juga kerana semangat kejiranan yang sangat akrab di antara sesama mereka.

Rumah terakhir yang kami kunjungi ialah rumah En. Azhar dan isterinya Ida yang terletak 1 km dari Pekan Rembau. Kami sangat teruja untuk berkunjung kerumahnya kerana rumahnya itu baru diubahsuai dengan menelan belanja yang besar juga tambahan pula kedudukannya di 'corner lot 'dalam sebuah taman perumahan.

En. Azhar dan isterinya Ida yang mengiringi kami kesetiap sudut rumahnya memberitahu bahawa anak bongsunya yang berumur setahun telah menunjukkan 'sesuatu' di salah satu pintu biliknya sebelum ini tetapi tidak di endahkan sehinggalah mereka selesai mengemas rumah. Keesokan harinya barulah mereka teringat semula akan kelakuan anaknya itu.

Setelah diamati betul-betul dipintu tersebut, barulah mereka perasan terdapat satu imej wajah yang menakutkan terlakar. Sebenarnya ia merupakan urat-urat kayu tersebut tapi biasa la orang Melayu ni, apa-apa yang pelik sikit semuanya nak dikaitkan dengan hantu syaitan.

Pada aku benda ni kebetulan saja dan tak ada apa yang nak ditakutkan tapi oleh kerana rumah mereka telahpun dibesarkan dengan 6 bilik dan hanya dihuni dengan 4 beranak dengan anak sulungnya berumur 13 tahun dan yang kecil berumur setahun menyebabkan mereka merasa seram jugak...terutama kepada isterinya apabila suaminya bertugas di luar daerah.

Nasihat aku kepada mereka supaya menghidupkan rumah tersebut dengan banyak membaca Al Quran agar dijauhi dari gangguan Jin dan Syaitan.

Sekarang ni aku serah kepada para pembaca sekelian untuk menilai dan membuat tafsiran sendiri, kalau boleh bagi lah sedikit nasihat di kotak post komen.


Hayati semua gambar-gambar
yang sempat
aku rakam seperti dibawah ini.





3 comments:

  1. Jangan percaya kepada perkara yang karut marut kerana ia boleh merosakkan akidah.

    ReplyDelete
  2. Berbagai cara dilakukan Jin dan Syaitan untuk mengganggu dan menyesatkan manusia.

    Tak payah cari bomoh untuk menghalaunya kerana Jin, Syaitan dan Bomoh adalah sahabat sejati dan tidak boleh dipisahkan.

    ReplyDelete
  3. Amalkan sentiasa membaca Ayatulkursi dan 3 Kul...insyallah, akan ada anugerah dari ALLAH akan ketenangan,malahan urat2 kayu itu akan dapat kita kaitkan dgn kebesaraan ALLAH....ingat, kebesaran ALLAH yg menjadikannya untk membentuk jiwa manusia kearah menyayangi ciptaannya yg halus dan berharga.Hindarkan dgn kerja2 kurapat/bida'ah yg boleh merosakan akidah.kurapat boleh diampunkan ALLAH kcuali Bidaah.

    ReplyDelete