Pages

Sunday, October 2, 2011

SEMOGA ALLAH MAKBULKAN DOAMU...


Doa merupakan ibadah rohani yang paling besar ertinya di mana makhluk merasakan betapakah kebesaran dan keagungan Allah s.w.t., setelah dilakukan ikhtiar mengikut sunah alam kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyuk dan tawaduk disertai dengan hati dan jiwa yang tenang mengharapkan sesuatu dari Allah Yang Maha Agung.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Doa itu adalah otak ibadah.” Doa itu adalah penyerahan yang sempurna dan pengakuan lengkap terhadap Allah yang kita wajib memperhambakan diri kepadaNya. Umpamanya seorang yang berdoa mengharapkan sesuatu dari Allah, mengangkat kedua tangannya dan menghampirkan diri kepadaNya dengan penuh tawaduk. Itulah harapannya. Itulah segala-galanya. “KepadaMu ya Allah, aku memohon restuMu.”


Allah s.w.t. berfirman:

“Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenaiKu, sesungguhnya Aku terlalu hampir, Aku perkenan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepadaKu.” (Al Baqarah: 186) 

WAKTU-WAKTU YANG DIGALAKKAN BERDOA :-

  • Satu pertiga akhir malam
  • Ketika azan sedang dilaungkan
  • Diantara azan dan iqamat
  • Selepas solat lima waktu
  • Ketika imam naik ke mimbar pada hari Jumaat
  • Penghujung akhir Asar
Rasulullah s.a.w. bersabda :-

Daripada Abu Umamah r.a. katanya:

Telah ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. , “Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengar?” Rasulullah bersabda, “Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu. (Termizi)

Daripada Abu Hurairah r.a.. katanya: 

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., “Seseorang hamba itu terlalu hampir kepada Allah apabila ia sedang sujud.” Oleh itu perbanyakkanlah berdoa (ketika sujud). (Muslim, Abu Daud, Nasa’i)



CARA-CARA BERDOA 

  • Bersungguh-sungguh semasa berdoa itu. Rasulullah pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa.”

  • Menghadirkan segala jiwa raga, khusuk, menghinakan diri di hadapan Allah kerana Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan lupa.
  • Hendaklah makanan, minuman dan pakaian berasal dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah s.w.t. itu baik dan tidak menerima melainkan yang baik belaka.
  • Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturrahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
  • Digalakkan supaya memperbanyakkan menyebut Asma-ul Husna dan dimulai dengan bertaubat, istighfar, Alhamdulillah serta selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Sebelum berdoa, bersedekah terlebih dahulu.

SIFAT DOA

  • Mengangkat kedua tangan sehingga separas dengan bahu. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri mengangkat tangan sehingga Nampak putih ketiaknya.
  • Kedua tapak tangan hendaklah terbentang ke atas.
 
ADAB BERDOA

  • Hendaklah dengan penuh perasaan pengharapan dan jangan cuba mengatakan : Ya Allah, ampunkanlah daku sekiranya engkau inginkan.”
  • Mengangkat kedua tangan sehingga ke paras bahu.
  • Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan, tapak tangan mengarah ke bawah.
  • Berdoa dengan suara perlahan.
  • Memuji Allah s.w.t. serta berselawat kepada Rasulullah s.a.w. sebelum melakukan doa.
  • Baik sangka terhadap Allah s.w.t. (jangan sekali-kali buruk sangka dan syak doa kita tidak di makbulkan oleh Allah)
  • Mengakui bahawa kita adalah seorang yang berdosa dan bersalah.
  • Memulai berdoa untuk diri sendiri. Umpamanya, memohon keampunan dosa diri sendiri, kemudian saudara mara yang beriman.
 
DOA-DOA YANG MAKBUL


Doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang yang dalam keadaan seperti berikut :


  • Orang yang terdesak
  • Orang yang kena zalim
  • Anak yang berbuat baik terhadap kedua orang tuanya.
  • Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim.
 
 TANDA-TANDA DOA YANG MAKBUL

  • Terasa sesuatu yang menakutkan
  • Menangis tatkala berdoa
  • Terasa menggeletar
  •  
SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN

  • Doa tidak dimakbulkan adalah berkemungkinan:
  • Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah
  • Kerana Allah mengetahui akibatnya. Sekiranya permohonan itu dimakbulkan, menyebabkan sesuatu yang menyusahkan orang yang memohon.
  • Atau berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap , seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan , hati tidak hadir, makanan tidak daripada yang baik, pakaian yang tidak halal.
 
Dan sebagai tambahan pada adab-adab berdoa ini, kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam memohon doa atau mengaminkan doa yang dibaca oleh imam  walaupun doa-doa tersebut umum untuk jemaah  dan orang ramai khususnya muslimin dan muslimat.

Jangan  masa berdoa kita berborak-borak dengan teman sebelah dan janganlah pula waktu berdoa itu dijadikan masa bergurau senda dengan menjolok atau menggeletek teman yang duduk berdekatan kita sambil itu tangan ditadahkan dan mulut mengucap 'amin'.   

Mengenai ‘menadah tangan’ pula janganlah pula tangan dikepal-kepalkan atau jari-jari kita menjolok-jolok hidung atau merapi atau mengurut janggut dan misai atau lain-lainnya.

Awasilah pandangan mata kita. Janganlah masa berdoa mata kita meliar memandang ke sana kemari dibimbangi kita terlihat sesuatu yang tidak elok atau terpandang ada jemaah wanita yang kita berkenan melihatnya. 

Atau apabila berada di majlis-majlis tahlil mata kita tertuju kepada hidangan-hidangan yang disediakan, sementara dalam dada bergelora untuk menikmati hidangan tersebut.  

Jagalah adab dan kesopanan kita ketika berdoa atau menadahkan tangan mengaminkan doa yang dibaca.


Sumber : Hidayah 

No comments:

Post a Comment