Pages

Tuesday, September 18, 2012

CENDOL PEKAN...

Mesyuarat persiapan terakhir oleh Jawatankuasa Kerja Jamuan dan Hidangan bagi sambutan Majlis Mesra Aidilfitri bersama YAB. Perdana Menteri yang diadakan sejak pukul 10  pagi tadi di Dataran Pekan, Pahang telahpun selesai.

Jam kini telahpun menunjukkan pukul 1.00 tengahari dan sebentar lagi azan akan dikumandangkan sebagai menandakan masuknya waktu untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat.   

Aku, Tn. Hj. Hassan Hilmi, Ridhuan dan Zaiful memilih untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah yang letaknya kira-kira 3 km dari Pekan menghala ke Rompin. Turut mengekori kami didalam sebuah lagi kereta ialah Tn. Hj. Rosli dan Olhusni yang menganggotai Jawatankuasa Pengangkutan dan Keselamatan.

Di kejauhan sana, kami lihat ramai orang berkerumun di tepi jalan berlatar belakangkan sebuah sungai yang menjadi salah satu landskap yang menarik di Pekan. Setelah menghampirinya, baru lah kami tahu bahawa  disitu rupanya ada mamak jual cendol. Patut lah ramai orang. "Wah! lepas Jumaat nanti kita pekena cendol, saya pun dah lama tak pekena cendol mamak ni" Kata Hj. Hassan.

Dalam hati aku nak ketawa pun ada sebab setahu aku, Hj. Hassan ni sangat cerewet orangnya dalam memilih makanan, tambah-tambah lagi yang menyediakannya bukan orang melayu. Ada satu ketika tu, selepas seorang pelayan menghantar makanan untuk kami, Hj. Hassan secara tiba-tiba bertanya kepadanya samada sudah sembahyang ke belum? apalagi terkedu la pelayan tu nak menjawabnya. Aku pula tak kira, hentam sajalah...patut la aku selalu rasa liat nak berbuat ibadat, rupanya aku tak berupa nak ambil berat soal penyediaan makanan ketika berada di luar.          

Selesai solat Jumaat, kamipun terus menuju ke mamak cendol untuk menikmati keenakan Cendol Pekan yang taukenya bernama Shahrul Hameed, seorang India Muslim berusia 46 tahun. Menurutnya, beliau sudah berniaga selama 15 tahun dan baru 3 tahun berniaga di tebing sungai Pekan ini.

Terdapat beberapa jenis cendol yang di jual olehnya iaitu cendol jagung, cendol campur, cendol pulut dan cendol kacang. Cendol beliau juga terkenal dikalangan orang kenamaan seperti PM kita sendiri dan Sultan Pahang juga telah merasa cendol beliau. Beliau juga banyak menerima jemputan keramaian dan sebagainya bagi memeriahkan majlis.


Selain cendol, Hameed juga menjual Air Batu Campur (ABC), rojak dan mee goreng dan dia mengaku memperolehi pendapatan antara RM300 ke RM500 sehari. 

Aku tidaklah terkejut sangat dengan pengakuannya itu kerana golongan mamak ni memang mendapat tempat di hati orang-orang melayu. Tengok sajalah di restoran-restoran mereka, sentiasa penuh dengan orang melayu. Mereka tak perlu pelayan cantik, tisu pun kedekut, tak macam restoran orang melayu yang pelayannya mesti gadis-gadis cantik dan menawan, setiap meja pula ada kotak tisu lembut. 

Sudah di banyak tempat aku perhatikan, kalau restoran melayu letak je di sebelah restoran mamak, alamatnya tak lama lah restoran melayu tu sebab tak boleh bersaing dan akhirnya terus tutup....Kesian orang Melayu!!!!! 
 

Inilah Masjid Sultan Ahmad Shah, 
tempat kami sembahyang Jumaat baru-baru ni...

Shahrul Hameed sedang menyediakan
 semangkuk cendol untuk pelanggannya...

Olhusni menunjukkan tanda bagus, 
walaupun aku perhatikan dia belum lagi merasanya...

Gambar-gamabar yang dirakam oleh Hameed 
menunjukkan Sultan Pahang, anakandanya Tengku Abdullah
 dan Datuk Seri Najib pernah menikmati cendolnya...



 Cun jugak anak dara Hameed ni...

Zaiful (2 kiri), Ridhuan dan Hj. Hassan 
sedang menikmati cendol Hameed...

Kalau dah 3 orang Pak Haji ni minum cendol, 
Takkan lah aku tak comfident lagi...


 AJ sedang minum cendol sambil di beri 
kata-kata perangsang oleh Hj. Hassan...
"Sedap J, sedap J...tambah lagi"...

Zaiful minum cendol sampai 
mangkuknya pun nak ditelan sekali... 
"Ingat Tuhan Zaiful!!!
Ingat juga anak bini kat rumah tu"

Mamak punya air tangan, 3 jer yang aku sanggup hirup
 Cendol, Sup Kambing dan Nescaffee Tarik...  

 En. Shahrul Hameed, tauke 'Hameed Cendol'

4 comments:

  1. Yang tinggal, baju melayu jer, lain-lain habis tergadai...

    Fikir-fikirkan lah...

    ReplyDelete
  2. Lambat sangat pilihanraya nie, letih aku tunggu bile la PM nak bubar Parlimen...

    ReplyDelete
  3. Apsal tarak bungkus sama aku. En AJ....Hahaha

    Makan Cendol sorang-sorang,
    Sambil makan menjeling si anak dara,
    Sudah sebulan makan perut dah kenyang,
    sekarang sudah tiba masa kena kempis pula...

    ReplyDelete
  4. Makan cendol di tepi sungai,
    Ikan di sungai takutkan bidai,
    Orang Melayu bermacam perangai,
    Bila bercakap merekalah yang pandai.

    Pantun...jangan tak pantun...

    ReplyDelete