Pages

Wednesday, September 19, 2012

LATIHAN PERSEDIAAN MENDAKI GUNUNG KINABALU......

Tinggal kurang sebulan saja lagi pasukan kami hendak mendaki Gunung Kinabalu bagi menutup tirai aktiviti KESURA tahun 2012 ini.

Kali terakhir latihan yang kami buat sebagai persediaan untuk mendaki Gunung Kinabalu ialah pada bulan Februari lepas dimana kami memilih Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebagai tempat latihan pendakian kami.

Sepatutnya kami telahpun mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Jun yang lepas, tetapi disebabkan ada desas desus yang mengatakan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan pada bulan tersebut maka rancangan kami telah ditunda ke bulan Oktober 2012.

Tarikh sebenar kami ke Gunung Kinabalu adalah pada 14 Oktober 2012 dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012. Oleh kerana masa semakin hampir, kami tiada masa lagi untuk melengah-lengahkan latihan dan sebagai pembuka tirai latihan selepas berehat panjang disebabkan kedatangan bulan Ramadhan serta menghadiri program Hari Raya yang tak habis-habis maka pada hari ini 19 September 2012 kami pun memulakan latihan ringan di persekitaran bangunan Ibu Pejabat bermula jam 5.30 hingga 7.00 petang.

Corak latihan adalah dimulai dengan streching dan diikuti dengan larian disekeliling bangunan Ibu Pejabat sebanyak 6 pusingan. Selepas itu latihan diteruskan dengan memanjat tangga bermula di basement hingga ke tingkat 6 dan turun semula lalu diakhiri dengan senaman di bahagian belakang bangunan.

Esok latihan akan diteruskan dimana kami akan berlari menaiki bukit yang terdapat di Seksyen 10. Ada juga rancangan yang kami akan mendaki gunung yang belum ditentukan kedudukannya samada Gunung Ledang, Gunung Datuk atau  gunung yang ada dalam rumah masing-masing sehinggalah tiba masa kami berangkat ke Sabah dalam misi menawan puncak Kinabalu.     

'SELAMAT BERJAYA'      

Sepatutnya 50 orang tapi yang datang latihan 30 orang jer... 

Suhaimi Mansor (baju hijau) mengetuai group ini...

 Idah berlari dengan penuh semangat...

Dua orang jejaka berbaju oren adalah peserta yang
dijangka akan dapat menawan puncak Kinabalu
 berdasarkan stamina mereka yang luar biasa...

Zamree ketinggalan di belakang... 

Awie mengangkat tangan setelah menamatkan 3 pusingan
 dan meneruskan latihan dengan berjalan... 

 Ajoi adalah orang kuat dan memainkan 
peranan penting  dalam menjayakan program ini 


 Azah berlari sambil menari  manakala Fiza pula meliuk lentuk
 dan happy kerana tiket kapalterbang untuk
 mereka ke Gunung Kinabalu telah di tempah...

Anis walaupun sakit kaki tapi 
tetap bersemangat menjalani latihan...

 Fariza (kiri) dan Julia menjalani latihan sambil bersantai
Apa nak risau, tiket kapalterbang mereka juga telah ditempah...  

Zainol (Kanan), Zaimee, Fariza dan Julia... 

Siti Khatijah memberikan sokongan 
kepada kami yang sedang menjalani latihan...



Ajoi memberikan sedikit taklimat 
semasa sessi rehat...

 
Zie (baju putih) dari KKF turut menyertai latihan...

  Idah (kiri), Nurul dan Fiza...

Amy (kiri), Zaimee, Rahman dan Zulkifli
diantara peserta yang berjaya menawan Gunung Angsi  

 Pegawai trafik kami semasa latihan ialah 
En. Roslan Mat dari Bahagian Inspektorat...
Beliau mendapat latihan di Pekan, Pahang minggu lepas...

Awie sentiasa ceria....

 Baju merah dan baju hitam tudung oren  (tiada dalam gambar ini) 
sentiasa berjauhan...cover line la tue...


 Selepas berlari Zie akan meneruskan latihan 
untuk memanjat tangga pula... 




 Tangga di tingkat 3 amat mencabar kerana 
terlalu tinggi  berbanding tangga di tingkat lain...
Tapi Olhusni steady jer....

Ihsan nampak macam dah penat tapi control macho...


Stamina Rahman sukar ditandingi
walaupun bergelar 'orang lama' 



 Awie dan Ihsan mengangkat tangan sebagai tanda
mereka berjaya mendaki dan menuruni bangunan 6 tingkat...


Semua gambar di bawah adalah 
sessi terakhir senaman ringkas sebelum bersurai... 


 





 




Rahman Isa kelihatan sentiasa awet muda...
Jangan di goda oleh puteri Gunung Kinabalu dah..


Ajoi dah lenguh lutut....

Fariza bersedia untuk pulang selepas latihan...
Gaya seorang penunggang motosikal Cub Prix...

 Pegawai yang mengawasi latihan kami pada petang tadi
 ialah En. Mohd Najib Miswan EXCO KESURA...

1 comment: