Pages

Sunday, September 23, 2012

KARNIVAL KOMUNITI ZON BERSIH MPSJ 2012...

Hari ini hari Sabtu 22 Sept. 2012. Selepas menunaikan solat Subuh, aku pun terfikir-fikir, apakah aktiviti yang akan aku lakukan pada hari ini. Kalau mengikut perancangan, aku ingin ke Bukit Broga yang terletak di Semenyih untuk melakukan latihan pendakian bagi memantapkan fizikal dalam XPDC di Gunung Kinabalu nanti.

Tapi memandangkan keletihan yang masih terasa semasa berjoging bersama pasukan pendakian semalam di Seksyen 10, Wangsa Maju, aku membatalkan niat tersebut sebaliknya hanya akan melakukan joging di Track joging yang terletak di Kolej ke 10 UPM ataupun menaiki dan menuruni tangga di salah satu apartment 5 tingkat yang ada di taman perumahan ini yang aku agak paling sesuai dalam latihan mendaki gunung.    

Selepas bersarapan pagi dirumah, aku pun bersiap-siap dan membuat keputusan untuk ke track joging di Kolej Ke 11 UPM sahaja.

Tiba-tiba di kejauhan sana, terdengar sebuah van Jabatan Penerangan membuat pengumuman tentang adanya satu program Karnival Zon Bersih di Taman Tasik Serdang kira-kira jam 8 pagi nanti. Hatiku berbelah bagi samada nak berjoging atau ke Karnival tersebut. Kalau ke Karnival, boleh aku merakam gambar-gambarnya kerana banyak aktiviti yang telah disusun didalamnya. 

Aku akhirnya membuat keputusan ke Karnival Komuniti Zon Bersih MPSJ 2012 jam 8 pagi sehinggalah tamat pada jam 2 petang. 

Saksikan gambar-gambar yang sempat di rakam dalam program ini...

 












  




























 
Adik Noor Asfarini, Naib Johan pertandingan 
sedang membuat persembahan...  
(Saksikan Video Penuh Persembahannya dalam artikel bertajuk
Bintang Cilik Karnival Komuniti Zon Bersih 2012)


Ketua Juri pertandingan karaoke ialah 
Penyanyi terkenal saudara Aris Ariwatan (kiri)...

















































































Adik Noor Asfarini, Naib Johan pertandingan karaoke 
bersama hadiah hamper yang dimenanginya...





No comments:

Post a Comment