Baru-baru ini, Pihak Syarikat telah meluluskan kenaikan pangkat kepada seramai 100 orang staf ladang yang terdiri dari 15 orang yang sebelum ini berjawatan Eksekutif Ladang (Gred E3) dinaikkan pangkat ke Eksekutif Kanan Ladang (Gred E1), 35 orang yang berjawatan Penolong Eksekutif Kanan Ladang (Gred PE1) dinaikkan pangkat ke jawatan Eksekutif Ladang (Gred E3) manakala 50 orang yang berjawatan Penolong Eksekutif Ladang (Gred PE3/PE2) dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Eksekutif Kanan Ladang (Gred PE1).
Kenaikan pangkat ini adalah sebagai pengiktirafan Syarikat kepada mereka yang selama ini telah memberikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, komitmen yang baik, pengkhidmat setia serta pendorong kepada lain-lain staf untuk terus menyumbang dan berbakti kepada Syarikat dan Negara khasnya dan masyarakat Peserta FELCRA Berhad seramai 98 ribu orang amnya.
Walaupun mereka ini mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas di bidang perladangan dan telahpun diiktiraf sumbangan mereka, tetapi Pengurusan Tertinggi merasakan mereka ini perlu juga diingatkan kembali tentang konsep asas perladangan yang telah lama ditinggalkan ekoran kerja-kerja ini telah diserahkan kepada buruh-buruh Tenaga Kerja Asing yang dibawa masuk dari negara sumber seperti Indonesia, India, Bangladesh dan baru-baru ini Pihak Syarikat telah membawa masuk Tenaga Kerja dari Pakistan berikutan kekurangan buruh yang semakin meruncing sehingga menjejaskan pengeluarah hasil dan juga penjagaan kawasan ladang dan sebagainya.
Maka itu satu kursus yang diberi tajuk Kursus Pengukuhan Diri dan Konsep Asas Pengurusan Staf Ladang yang dianjurkan oleh Bahagian Inspektorat, dengan kerjasama Bahagian Latihan, Ibu Pejabat telah diadakan di Pusat Latihan dan Rekreasi FELCRA Tebing Tinggi (PLRF), di Jementah, Segamat, Johor bermula dari 23 hingga 26 Jun, 2013 yang lalu.
Matlamat Kursus ialah untuk memberikan pengetahuan, kemahiran, kesedaran serta dorongan yang terbaik dapat diserapkan kepada mereka kearah membentuk pasukan pengurusan yang berkesan.
Di samping matlamat kursus, objektifnya pula ialah untuk meningkatkan pengetahuan mereka samada secara teori dan amali dengan tumpuan keatas beberapa aktiviti utama perladangan serta konsep asas pengurusan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa dan tugas-tugas pada masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti kelemahan atau kekurangan di kalangan pegawai tersebut terutama dalam aspek pelaksanaan, pengawasan, pengesanan dan penilaian aktiviti perladangan serta tindakan penambahbaikan yang perlu diambil untuk memastikan pengurusan ladang berjalan lancar dan sempurna.
Modul dan tajuk kursus ialah:
- Pengurusan Penorehan meliputi pengenalan kepada Jenis-jenis penorehan, Pengurusan penoreh dan penorehan, Disiplin penoreh dan penorehan serta Stimulasi.
- Pengurusan Penuaian pula memberi penekanan lebih kepada Piawaian kemasakan kualiti Buah Tandan Segar (BTS), Pengurusan Penuai dan Penuaian, Disiplin Penuai dan Penuaian serta Jadual pusingan tuaian.
- Pengurusan Rumpai pula memberi pengenalan dan Sains rumpai dan Kaedah pengurusan rumpai.
- Konsep Asas Pengurusan yang merangkumi Planning, Organizing, Leading dan Controlling.
- Manakala lain-lainnya ialah Perancangan Kerja, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Peserta. Pengurusan Kewangan, Pengurusan Perolehan dan Audit Dalam.
Jika sebelum ini dan pada kebiasaannya, Syarikat akan menjemput penceramah-penceramah dari luar untuk menyampaikan ceramah kepada peserta tetapi pada kali ini 100% penceramahnya adalah terdiri dari Pegawai-Pegawai Syarikat yang berpengalaman serta berpengetahuan luas samada di bidang Perladangan dan Pentadbiran.
Sepatutnya jumlah peserta adalah seramai 100 orang tetapi atas sebab-sebab kepentingan tugas, 9 orang dari mereka telah diberi kelonggaran untuk tidak mengikuti kursus ini menjadikan jumlah peserta kursus yang hadir adalah seramai 91 orang sahaja.
Saksikan rakaman gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang kursus ini berlangsung.
Pusat Latihan dan Rekreasi FELCRA Tebing Tinggi
tempat berlangsungnya Kursus...
Ice breaking disampaikan oleh En. Mohd Ridzuan Mohd Noor,
Pengurus Pertanian Bhg. Inspektorat merangkap Ketua Urusetia...
Pengagihan Bip untuk peserta kursus.
Sepanjang kursus berlangsung, pengenalan peserta
adalah berdasarkan nombor yang dipakai di bip .
Sepanjang kursus berlangsung, pengenalan peserta
adalah berdasarkan nombor yang dipakai di bip .
Kuliah 1: Pengurusan Kewangan
disampaikan oleh Tn. Hj. Md. Zaini Saad,
Pengurus dari Bhg. Kewangan, Ibu Pejabat...
Peserta kursus sedang memberikan tumpuan
terhadap kuliah yang disampaikan...
Diakhir kursus yang disampaikan, semua peserta
dikehendaki menjawab soalan berkaitan dengan
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Kawasan...
dikehendaki menjawab soalan berkaitan dengan
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Kawasan...
Peserta kursus sedang menjawab soalan
dan dibenarkan untuk berbincang...
Tn. Hj. Zainuddin Muhammat salah seorang
Urusetia Kursus dari Bahagian Latihan, Ibu Pejabat...
Kuliah 2 : Pengurusan Rumpai...
Disampaikan oleh En. Azman b. Hussain,
Pengurus Perladangan Wilayah Perak
En. Azman Hussain, Pengurus Perladangan
Wilayah Perak dan juga penceramah....
Turut memberi kuliah berkaitan Pengurusan Rumpai ialah
En. Zainin Othman, Pengurus Perladangan Wilayah Timur...
En. Zainin Othman sedang menyampaikan kuliah...
Perkara wajib yang perlu bagi setiap Kawasan
ialah mengadakan Roll Call setiap hari jam 6.30 pagi
kepada buruh sebelum mereka memulakan tugas di ladang
dan ianya dipraktikkan semasa kursus ini berlangsung...
En. Mohd Ridzuan diberi tanggungjawab untuk
mengendalikan Roll Call selama 3 hari kursus ini berlangsung...
En. Abdul Malek b. Hashim (tengah),
Pengurus Perladangan Wilayah Johor
betindak sebagai fasalitator...
Latihan amali meracun dan membaja dilakukan
di ladang FELCRA Pogoh 2A, 2B, 3 dan 4...
Para Peserta bersarapan pagi sebelum memulakan latihan amali
Keadaan ladang berjerubu...
Tong pam racun sudah disediakan oleh
Pengurusan Kawasan untuk latihan...
En. Zulkifli Zainon Abidin (bertopi) yang baru bertukar
dari Bhg. Pentadbiran ke Bhg. Khidmat Ladang
dilantik sebagai salah seorang urusetia dalam kursus ini....
Oleh kerana kualiti cuaca tidak sihat, Pejabat SUK Johor
telah mengarahkan supaya racun tidak digunakan
dalam latihan dan diganti dengan air...
dalam latihan dan diganti dengan air...
Gambar menunjukkan jalan masuk
ke ladang Pogoh, tempat latihan amali...
Seorang pekerja ladang sedang menghidupkan peralatan...
Ramai peserta kursus yang sudah lama tidak berjumpa
sesama mereka. Jadi masa terluang yang ada digunakan untuk
mereka bertanya khabar dan perkembangan terkini...
Pondok pengawal...
Taklimat akhir sebelum latihan amali meracun dan membaja
yang disampaikan oleh En. Malek Hashim,
Pengurus Perladangan Wilayah Johor
merangkap fasalitator...
(baju biru)
Pengurus Perladangan Wilayah Johor
merangkap fasalitator...
(baju biru)
En. Azman Hussain, Pengurus Perladangan Wilayah Perak
merangkap Fasalitator Kursus...
En. Mohd Ridzuan Mohd Noor, (kiri) Pengurus Pertanian
merangkap Ketua Urusetia bersama En. Malek Hashim...
Pengurus Kawasan Bukit Kepong,
En. Mohd Noor b. Hj. Taib
(berpeluk Tubuh)...
En. Zainin Othman, Pengurus Perladangan
Wilayah Timur merangkap Fasalitator Kursus...
Pengagihan penutup hidung (mask)...
Air digunakan bagi menggantikan racun dalam latihan praktikal
atas arahan SUK Johor akibat jerebu yang sedang melanda negara...
AJ pun sudah bersiap sedia dengan mask
untuk latihan meracun dan membaja...
Latihan sudah bermula...
Suasana di ladang berjerebu.
"Demi Syarikat kami sanggup berkorban"
En. Zainin Othman sedang mengawasi sessi latihan...
Semburan air laju, kalau sembur racun macam ni, rugi Syarikat...
Setiap bacaan direkodkan untuk analisa diakhir kursus...
En. Mohd Azrul Ayub, (PE1) Kg. Kandang
sedang membuat semburan racun (air)...
Kuliah 3: Pengurusan Sumber Manusia
Disampaikan oleh En. Zulhaidi Jais,
Pengurus Kanan PSM, Ibu Pejabat...
Kuliah 4 : Pengurusan Perolehan
Disampaikan oleh En. Othman Ramlan,
Pengurus Kanan Perolehan, Ibu Pejabat...
En. Othman Ramlan sedang menyampaikan ceramah...
Sessi makan malam dan kuliah akan bersambung
pada jam 8.30 hingga 10.malam...
En. Mohd Ridzuan (kiri) dan Tn. Hj. Zainuddin sedang melayan
En. Othman Ramlan makan selepas beliau selesai
memberi kuliah kepada peserta kursus...
En. Zainin Othman dalam tajuk
Pengurusan Rumpai (sambungan)...
Pengurusan Rumpai (sambungan)...
Pengurusan Rumpai (sambungan)...
Roll Call hari kedua sebelum ke Ladang Bukit Kepong
untuk latihan amali Penuaian...
untuk latihan amali Penuaian...
Taklimat dan minum pagi diadakan
di Dewan Serbaguna Bukit Kepong...
Latihan pagi ini dibuat di ladang Bukit Kepong,
En. Mohd Noor Hj. Taib, selaku Pengurus Kawasan
diminta untuk memberikan sedikit taklimat tentang
selok belok serta pantang larang yang perlu dipatuhi
di kawasannya kepada para peserta...
Latihan di ladang Bukit Kepong turut dihadiri oleh
Pengurus Besar Inspektorat, Tn. Hj. Abd. Rahman b. Ahmad.(jaket hitam)
Beliau akan menyemak dan menganalisa tentang latihan penuaian
dan pembajaan selepas latihan ini...
Tn. Hj. Abdul Rahman, Pengurus Besar Inspektorat
(jeket hitam) sedang memberikan taklimat di ladang...
En. Razilah Abu Bakar baru bertukar dari FELCRA Niaga
ke Kumpulan Perladangan dan turut dilibatkan
dalam kursus ini sebagai pemerhati...
dalam kursus ini sebagai pemerhati...
Dari kiri: En. Razilah, Hj. Zainuddin Muhammat dan
Zulkifli Zainon Abidin bergambar di ladang
Kawasan Bukit Kepong, Johor...
Kawasan Bukit Kepong, Johor...
Baja yang hendak digunakan mesti ditimbang terlebih dahulu...
Dan peserta kursus dikehendaki untuk
mencatatkan berat timbangannya.
Latihan menuai...
Bacaan mesti direkodkan untuk mengetahui berapa lama masa
diambil untuk menuai setandan buah sawit di pokok...
Buah sawit yang sudah dituai...
Buah relai mesti dikutip kerana pendapatan darinya
cukup untuk membayar gaji TKA ...
En. Wan Mohd Khouluddin (E3) Kawasan Jongok Batu, Terengganu.
beliau sedang merekodkan jumlah hasil yang dituai. Kami berdua
pernah dihantar ke Dhaka, Bangladesh tahun 2006 dalam
sessi temuduga pengambilan rakyat Bangladesh yang berminat
untuk bekerja sebagai buruh di ladang FELCRA Berhad.
Artikel mengenainya telahpun dikeluarkan dalam blog ini atas tajuk
'LAWATAN KERJA KE BANGLADESH'
pernah dihantar ke Dhaka, Bangladesh tahun 2006 dalam
sessi temuduga pengambilan rakyat Bangladesh yang berminat
untuk bekerja sebagai buruh di ladang FELCRA Berhad.
Artikel mengenainya telahpun dikeluarkan dalam blog ini atas tajuk
'LAWATAN KERJA KE BANGLADESH'
Latihan membaja...
En. Manja b. Bahari (E3) Teratak Batu, Kelantan
sedang merekodkan jumlah hasil yang dituai...
En. Mohammad Nassir Abd. Aziz,
Pengurus Perladangan Wilayah Pahang
bertindak sebagai pemerhati dan pemarkahan...
En. Razilah (kiri) dan En. Nasir, dua orang pegawai
yang berpengalaman luas di bidang perladangan dan
mereka merupakan aset FELCRA Berhad...
Penganalisa bersiap sedia untuk membuat
analisa latihan yang sudah hampir selesai...
Ianya diketuai oleh Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad,
Pengurus Besar Inspektorat...
Kuliah 6 : Sistem Pelaporan Peringkat Kawasan -
LPD dan Pelaksanaannya...
Disampaikan oleh Pn. Putrisal bt. Puteh,
Pengurus Kanan Sistem Maklumat (MIS)...
Beliau dibantu oleh En. Harmizi (kanan) dan En. Hakim...
Semua peserta kursus merasa segar
apabila Putrisal menyampaikan kuliah...
Tak nampak seorang pun yang mengantuk. Semua mata
tertumpu kehadapan kecuali kepada mereka yang pemalu...
Kuliah 7 : Pengurusan Peserta
Disampaikan oleh En. Mohamad b. Abd. Rahman,
Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Peserta...
En. Mohammad Abd. Rahman,
Pengurus Besar Pembangunan Peserta.
Sebelum ini beliau adalah PRO Syarikat...
Beliau dibantu oleh En. Rabaie Hashim
dari Jabatan Komunikasi Korporat Ibu Pejabat...
Beliau banyak menggunakan kaedah baru semasa menyampaikan kuliah
dan cara pendekatan yang diambil membuatkan semua peserta kursus
merasa sangat teruja. Pengalaman luas beliau semasa menjadi PRO dahulu
digunakan sepenuhnya dalam semua penyampaian maklumat....
Salah satu kaedah yang diambil untuk mengelakkan peserta merasa boring
ialah beliau telah menyediakan beberapa soalan teka teki untuk dijawab
dan beliau sendiri yang menyediakan hadiahnya...
En. Mohamad Abd. Rahman, Pengurus Besar
Bahagian Pembangunan Peserta, sedang mengutarakan
soalan kuiz kepada peserta kursus...
soalan kuiz kepada peserta kursus...
Gambar-gambar penyampaian hadiah kepada Ketua-ketua kumpulan yang berjaya
menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh En Mohamad Abd, Rahman.
Hadiah juga disumbangkan secara peribadi oleh beliau sendiri...
Sebagai penghargaan kepada beliau,
En. Ismail Hayan, Ketua Peserta Kursus (Tok Penghulu)
En. Ismail Hayan, Ketua Peserta Kursus (Tok Penghulu)
diberi penghormatan untuk menyampaikan cenderahati
kepada En. Mohamad Abd. Rahman...
En. Malek Hashim bertindak sebagai fasalitator
dalam sessi penggulungan analisa latihan pagi tadi...
3 orang urusetia kursus...
En. Ridzuan (ketua) dibantu Tn. Hj. Zainuddin
dan En. Zulkifli dari Bhg. Khidmat Ladang.
Cuba teka, yang di kiri sekali tu ayah siapa?
soalan khas ini ditujukan kepada staf HQ yang
membaca artikel ini. Hadiah minta kepada
En. Mohamad Abd. Rahman sebagai soalan kuiz tambahan...
En. Ridzuan (kiri) bersama boss beliau dan boss aku juga
iaitu Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad...
AJ dicelah-celah peserta kursus di bilik kuliah...
Bersama En. Manja Bahari (E3)
Kawasan Teratak Batu, Kelantan...
Kawasan Teratak Batu, Kelantan...
Para Penceramah merangkap Fasalitator.
Dari kiri: En. Zainin Othman, Pengurus Perladangan Wilayah Timur,
En. Azman Hussain, Pengurus Perladangan Wilayah Perak dan
En. Malek Hashim, Pengurus Perladangan Wilayah Johor...
Kuliah 8 : Konsep Asas Pengurusan
Disampaikan oleh Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad,
Pengurus Besar Inspektorat...
En. Sapawi, Jurulatih Fizikal dan senamrobik dari
Pusat Latihan Tebing Tinggi. Johor. Beliau merupakan pesara tentera
Video senamrobik yang dikendalikan oleh beliau akan diupload kemudian...
Video senamrobik yang dikendalikan oleh beliau akan diupload kemudian...
Kuliah 9 : Analisa dan Perancangan Kerja
Juga disampaikan oleh Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad,
Pengurus Besar Inspektorat...
Pemerhati Kursus. En. Razilah Abu Bakar (kiri)
dan En. Mohammad Nassir Abdul Aziz.
AJ mengendalikan slide ketika Bossnya menyampaikan kuliah...
Para fasalitator dan Urusetia bergambar ramai di akhir kursus...
Ujian akhir untuk para peserta bagi
mengetahui tahap kefahaman mereka...
mengetahui tahap kefahaman mereka...
Ucapan Penutup oleh Pengurus Besar
Bahagian Inspektorat Tn. Hj. Abd. Rahman b. Ahmad...
Bahagian Inspektorat Tn. Hj. Abd. Rahman b. Ahmad...
AJ seperti seorang celebriti... pelakon terkenal sekali... hehehe..
ReplyDeleteDari MIS bukan Tarmizi tapi Harmizi... hampir sama sebab bunyinya zizi juga.... hahahaha...
ReplyDeleteTerima kasih atas maklumbalas. Pembetulan telah dibuat. TQ.
ReplyDelete"Aku tahu jawapan pada salah satu gambar yang Tn. blogger bagi. Tapi aku tak nak jawap dan aku bagi peluang kepada staf Akaun Kilang sendiri untuk menjawabnya"
ReplyDeletememang terbaik ... ayat/perkataan seperti ahli dewan bahasa dan pustaka :) big smile ... Teruskan usaha anda !
ReplyDeleteAssalam, jawapannya ayah saya..nk claim hadiah kt sape nih..hehehe
ReplyDeleteMasa Nadia kahwin nanti saya datang bawa hadiah....
ReplyDeleteJangan lambat sangat, nanti kalau saye dah pencen, payah nak jumpe lagi....