Pages

Wednesday, December 11, 2013

BERTEMU KAWAN LAMA DAN KISAH PENDERITAAN BELIAU AKIBAT DIABETES...


Aku dan Tn. Syed Othman belajar satu kelas dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 di sebuah Sekolah Menengah di Taiping. Selepas menamatkan persekolahan pada tahun 1978, kami berdua membawa haluan masing-masing dan tidak lagi bertemu.

Awal tahun 2013, iaitu selepas 35 tahun tidak bertemu, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari Tn. Syed Othman yang ingin bertemu. Ia memaklumkan bahawa nombor handphone aku ia perolehi dari abang iparku yang memang ia kenali dan juga sudah lama terpisah seperti aku. Abang ipar aku juga bersekolah yang sama dengan kami dan ini menyebabkan kami saling mengenali. 

Satu pertemuan telah diatur di sebuah restoran di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Aku hampir tidak mengenali beliau kerana maklumlah dah lama tak jumpa, dulu beliau berkulit putih, tapi kini gelap sedikit akibat peredaran masa dan mungkin itu yang menyebabkan aku tidak mengecam beliau lagi. 

Menurut beliau, selepas tamat sekolah ia diterima bertugas sebagai anggota Polis Trafik di Ipoh dan kini setelah hampir 25 tahun bertugas ia telah meletakkan jawatan kerana lebih berminat dalam penulisan skrip filem dan drama yang telah banyak ditayangkan di TV.

Selepas beberapa kali bertemu, aku tidak lagi mendapat khabar berita darinya, aku cuba menelefon tetapi tidak berjawab dan akibat kesibukan tugas, aku pun terlupa dan tidak lagi menghubunginya. setelah empat bulan berlalu, semalam (10/12/2013) ia tiba-tiba menghubungi aku memaklumkan ingin bertemu. Dalam pertemuan semalam, ia memaklumkan bahawa ia terlantar di hospital di Kota Tinggi, Johor hampir empat bulan iaitu semenjak bulan Ogos lagi kerana menjalani rawatan kencing manis yang teruk. 

Punca ia tidak dapat menghubungiku kerana katanya ia kehilangan telefon dan telah menukar nombor yang baru dan tidak ingat nombor handphone aku. 

Untuk mengetahui kisah penderitaan beliau akibat kencing manis, ikutilah rakaman diatas.    

No comments:

Post a Comment