Pages

Monday, December 30, 2013

"RASAILAH KEPEDIHAN MAUT"...

Setelah sangkakala terakhir ditiup, semua penduduk dunia pun mati. Lalu Allah menitahkan malaikat Izrail turun ke bumi untuk mencabut nyawa iblis laknatullah.Turunlah lzrail dengan rupa yang amat mengerikan.

Apabila lzrail sampai kepada iblis, Izrail terus mengherdiknya. Iblis terus pengsan. Sebaik tersedar, malaikat lzrail pun membentak iblis sekali lagi.

"Kini aku rasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya orang yang telah engkau sesatkan seluruh abad sepanjang engkau hidup. Inilah hari kematianmu. Kemanakah engkau hendak lari lagi wahai iblis;" herdik Izrail.

Maka larilah iblis kerana ketakutan yang teramat sangat sampai ke hujung timur dunia. Sekelip mata sahaja lzrail muncul di hadapannya. Iblis cuba melarikan diri dengan menyelam ke dalam laut.

Namun lzrail dengan sekelip mata dapat menemuinya. Iblis lari pula dengan mengelilingi bumi. Namun lzrail tetap juga dapat menemuinya. Akhirnya iblis kepenatan dan berputus asa, lalu iblis lari mendapatkan kubur Nabi Adam a.s.

"Wahai Adam! disebabkan engkaulah aku dilaknat Allah dan dihalau dari syurga. Aduhai sekiranya aku tidak dijadikan... alangkah baiknya," ratap iblis sambil disaksikan lzrail yang sudah bersedia untuk mencabut nyawanya.

Iblis bertanya kepada Izrail: "Apakah minuman dan seksa yang akan dikenakan kepadaku; lzrail pun menjawab dengan suara bagai halilintar: "Engkau akan diberi minuman daripada neraka Ladha. Diseksa dengan seksaan berlipat kali ganda daripada ahli neraka lain yang telah engkau sesatkan!"

Iblis terlalu takut hingga bergulingan dan meraung sekuat-kuatnya. Kemudian iblis kehilangan punca akibat ketakutan teramat sangat sampai iblis berlari berulang alik dari Timur ke Barat.

Turunlah malaikat Zabaniyyah yang bertanggungjawab menjaga neraka untuk membantu Izrail. Zabaniyyah pun menghalang iblis dengan tombak berapi dari neraka ladha. Selepas itu tubuh iblis ditikam dengan tombak berapi itu dari serata arah.

Tersungkurlah iblis dalam keadaan sakaratulmaut. Kemudian datanglah Adam a.s. dan Siti Hawa untuk melihat sendiri keadaan iblis yang pernah menyesatkan mereka dan menyebabkan Allah mengeluarkan mereka dari Syurga.

Setelah mendapati iblis dalam keadaan nazak, Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa pun berdoalah kepada Allah: "Ya Allah Ya Tuhan kami. Sesungguhnya dikau telah menyempurnakan nikmat-Mu kepada kami!"

No comments:

Post a Comment