Suatu hari, aku dipanggil oleh Boss Tn. Hj. Rahman, beliau memberitahu bahawa Kumpulan Perladangan akan mengadakan Team Building di A' Famosa Resort, Melaka pada 3 hingga 4 Mei, 2014.
"Saya cadang nak masukkan satu aktiviti tambahan di dalam Team Building tu nanti" kata Tn. Hj. Rahman sambil memandang tepat ke arahku. Aku yang mendengar cadangan beliau terus berkata.
"Bagus juga cadangan Tn. Hj. Kita pun dah lama tak mengadakan Team Building, kali terakhir kita buat ialah pada tahun 2012 di Pulau Langkawi." aku berkata penuh yakin padahal aku sendiri pun tak ingat tahunnya, main pakai hentam je, entah ye ke tidak tahun 2012 tu" Tak kisahlah Boss aku bukan tau pun.
"Tadi Tn. Hj. kata, nak masuk satu lagi aktiviti di dalam Team Building kita, boleh Tn. Hj bagitahu apa aktiviti tu". aku mengemukakan soalan yang sedari tadi aku standby sebab nak tau sangat apa aktiviti yang boss aku nak cadangkan...
"Saya dah cadangkan 4 tahun lepas supaya kita buat Treasure Hunt, tapi sampai sekarang tak jadi-jadi lagi, nak tunggu sampai bila, saya pun dah nak pencen ni" kata Tn. Hj. separuh kecewa.
Memang aku akui, Tn. Hj. Raman pernah suruh aku handle Treasure Hunt kira-kira 4 tahun dulu, tapi masa tu aku tak ada pengalaman nak mengendalikannya, lagipun di Bahagian aku tak ramai staf lelaki yang boleh membantu, kalau aku kata Ok nanti, mampus aku.
"Kali ni kena buat jugak, tak ada alasan lagi sebab saya dapat tahu you pun dah pernah menyertai Treasure Hunt Johor Explore 2011 dan Motor Hunt 2012 anjuran News Straits Times (NST)" sambung Tn. Hj. membuatkan aku tersentak dan tersedar dari lamunan aku tadi.
Ya!, memang benar kata Tn. Hj. Rahman tadi, memang aku pernah menyertai kedua-dua Treasure Hunt seperti yang dikatakan olehnya. Masa tu aku bersama Ali Sidek dan Shah dari Bahagian Akaun Kilang dan juga Hafiz dari Bahagian Institusi serta Miswan Dukimin dari Bahagian Peserta.
Kata Ali, "kita masuk untuk cari pengalaman, nanti bolehlah kita cadangkan kepada Syarikat kita untuk buat program macam ni pula. Ini tidak, asyik-asyik Team Building, lepas tu mandi di Theme Water Park, itulah selalu yang dibuat. Dah jemu dah aku rasa" aku ketawa kecil mendengar penerangan Ali yang bersungguh-sungguh.
Cakap senanglah Ali ni sebab dia minat, nanti kalau boss terima cadangan tu, kita juga yang nak kena handle, ilmu yang ada sikit tu cukupkah? aku terus bermonolog sendiri.
"Ok, you bolehlah tubuh team sekarang untuk menjayakan program ni nanti, budget jangan bimbang, kita boleh cari, kalau setakat RM100 ribu tak ada masalah, kita boleh dapat." Kata Tn. Hj. Rahman penuh yakin.
Arahan dari Tn. Hj. Rahman, tidak boleh dibantah lagi, mahu tidak mahu, aku mesti buat juga. Aku tiada pilihan, Aku kena jadikan tugas ini sebagai satu cabaran yang aku boleh buat walaupun pengalaman tak sebanyak mana.
Selepas selesai menerima arahan tugas, akupun melangkah keluar dari bilik boss dengan seribu satu persoalan.
MISI TUGASPUN BERMULA
Keesokannya, aku berjumpa Ali yang bertugas di Bahagian Akaun Kilang yang pejabatnya bersebelahan dengan Bahagian aku di Kumpulan Perladangan. Aku memaklumkan kepada Ali akan kehendak boss aku tu.
"Memang baik sangat lah tu, aku pun memang dah lama tunggu nak buat program macam ni, nak tunggu Syarikat buat pun entah bila, tak pa, kita mulakan dengan Bahagian dulu, kalau berjaya nanti, ada peluanglah kita nak buat cadangan kat Pengurusan Tertinggi, ini kira projek perintis lah..." Kata Ali dengan semangat yang membara.
"Ok, nanti aku buat surat kat boss engkau, minta pelepasan, supaya kita boleh pergi mencari lokasi yang sesuai. Kita kena cepat, masapun dah suntuk." kata aku sambil terus berlalu untuk melaksanakan tugas yang telah terbengkalai hampir satu jam tadi.
Setelah beberapa perbincangan dibuat dengan Ali, maka kamipun bersetuju supaya lokasi-lokasi ini dipilih, ianya sudah tentulah ke arah Selatan. Lokasi yang dimaksudkan itu ialah seperti berikut : Bermula dari Pusat Perdagangan Wangsa Maju (KLSC) yang berhampiran dengan pejabat kami diikuti ke Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota, Bandar Baru Senawang, Rembau dan lokasi terakhir iaitu Tampin yang kedudukannya lebih kurang 15 km ke A' Famosa Resort, Melaka.
Pada 15 April 2014, kamipun bertolak ke tempat yang dikenalpasti. Untuk permulaan ini, kami ambil semua gambar-gambar signboard yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pembayang kepada soalan. Hampir 50 keping gambar signboard kami ambil dan bawa balik untuk diteliti.
"Aku rasakan hanya 14 signboard saja yang boleh dibuatkan soalan, tu pun dah banyak, takut peserta tak cukup masa nak mencarinya. Masa yang diberi kepada merekapun hanya 4 jam sahaja iaitu dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari." kataku kepada Ali sambil terus meneliti semula gambar-gambar tadi.
"Ok, aku setuju, bila kita nak pergi sekali lagi ke tempat yang kita dah setuju tu, iaitu 3 soalan di Pusat Perdagangan Wangsa Maju (KLSC), 3 soalan di Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota, 2 soalan di Bandar Baru Senawang, 3 soalan di Rembau dan 3 soalan di Tampin" kata Ali meminta kepastian.
"Aku rasa 25 April 2014 boleh pergi sebab report tugas yang nak dibuatpun banyak dah selesai, engkau macam mana, boleh ke pada tarikh tu?" Aku bertanya Ali.
"Boleh lah," kata Ali ringkas.
Pada hari yang ditetapkan, kamipun berangkat sekali lagi ke tempat-tempat yang telah dipersetujui dan menandakan pada gambar yang telah diambil tempohari untuk difikirkan soalan yang boleh dibuat. Setelah hampir 3 jam meronda, kamipun pulang semula ke Pejabat di Kuala Lumpur.
Pada keesokan harinya aku mengadap Tn. Hj. Rahman untuk memberikan taklimat tentang Treasure Hunt yang aku dan Ali dah buat selama hampir sebulan.
Alhamdulillah, Tn. Hj. Rahman berpuashati dan mengucapkan terima kasih kepada kami kerana memberikan perhatian dan bertindak pantas sebaik-baik sahaja mendapat arahan darinya. Kembang kempis jugak lah hidung aku yang tak berapa nak mancung pada hari itu kerana mendapat pujian boss.
Pada keesokan harinya aku mengadap Tn. Hj. Rahman untuk memberikan taklimat tentang Treasure Hunt yang aku dan Ali dah buat selama hampir sebulan.
Alhamdulillah, Tn. Hj. Rahman berpuashati dan mengucapkan terima kasih kepada kami kerana memberikan perhatian dan bertindak pantas sebaik-baik sahaja mendapat arahan darinya. Kembang kempis jugak lah hidung aku yang tak berapa nak mancung pada hari itu kerana mendapat pujian boss.
Kini 14 soalan berdasarkan signboard sudahpun disediakan, hampir 100% ideanya dari Ali yang otaknya sangat bergeliga dalam membuat soalan-soalan yang mengelirukan. Aku tidak membantah dan sangat bersyukur dapat kawan macam En. Ali yang sanggup berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi membantu menjayakan hasrat dan harapan boss aku Tn. Hj. Rahman. Kalau tak ada kawan macam En. Ali, tak tahulah pada siapa lagi aku nak mengharapkan. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan pada En. Ali Sidek.
Walaupun boss kata dah ok, tapi aku masih tak berpuashati lagi dan beberapa perkara perlu di "touch up" supaya nampak lebih kemas. Untuk itu, kamipun sekali lagi bertolak ke lokasi yang ditetapkan dan kali ini ialah untuk mengenalpasti jaraknya antara satu tempat ke satu tempat supaya ianya lebih tepat. Aku tengok Ali membuat peta lakaran (tulip) dan melukis gambar-gambar landmark seperti stesyen Shell, Petronas, KFC, Piza Hut, Masjid, dan sebagainya yang kedudukanya berhampiran di jalan-jalan yang dilalui untuk panduan para peserta. Walaupun sebelum tu dah lukis, bila kami pergi sekali lagi, rupanya masih ada yang tertinggal, nasib baik kami pergi balik, kalau tidak, mampus kena hentam dengan peserta kerana menyusahkan mereka dengan maklumat yang tidak tepat.
Setelah mengharungi detik-detik sukar, akhirnya kami berpuashati dan menunggu hari pelancarannya iaitu pada 3 Mei 2014 (Sabtu) dengan penuh debar. Setakat ini adalah disahkan bahawa jarak yang akan dilalui oleh para peserta Treasure Hunt adalah sejauh 159.4 kilometer iaitu bermula dari Ibu Pejabat, Kuala Lumpur sehinggalah ke pintu masuk A' Famosa Resort, Melaka.
Maka pada 3 Mei, 2014, bermulalah acara yang dinanti-nantikan itu iaitu TREASURE HUNT KUMPULAN PERLADANGAN 2014 yang disertai 28 orang peserta dengan 28 buah kereta iaitu terkurang 2 orang/kereta dari jangkaan awal sebanyak 30 buah kereta kerana mereka menarik diri di saat-saat akhir berikutan masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan. Mereka yang menarik diri itu ialah En. Mohd Ridha dan Yasmin, kedua-duanya Pengurus Perladangan/Pertanian Kumpulan Perladangan.
Apa-apapun hati aku merasa sangat lega sebaik-sebaik sahaja acara TREASURE HUNT yang sangat diidamkan oleh Tn. Hj. Rahman selama ini dapat direalisasikan walaupun terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dan akan diperbaiki pada kejohanan yang akan datang.
Terima kasih juga kami kepada Tn Hj Abd Muis Damuri, Pengurus Besar Kumpulan Perladangan yang sudi membuat flag off dan penyampaian hadiah kepada para pemenang, kepada Tn. Hj. Rahman, Pengurus Besar Khidmat Ladang yang sudi menyerahkan kertas soalan kepada peserta kejohanan, Tn. Hj. Saifuddin, Pengurus Kanan Penghasilan yang sudi hadir di hari pelancaran dan Pn. Zuraidah Mohamed, Pengurus Besar Inspektorat yang turut mengambil bahagian bersama keluarga dalam pertandingan ini. Juga kepada Rafia Ol Husni yang sudi membacakan doa dan merakam gambar-gambar semasa acara ini berlangsung. Tak lupa juga kami kepada Anak-anak Syarikat yang menyumbang wang bagi menjayakan acara ini. Jasa tuan-tuan akan sentiasa dikenang dan kami mendoakan supaya Syarikat tuan-tuan beroleh kejayaan di bidang perniagaan yang diceburi...Amin....
Rakaman video semasa ucapan perasmian...
Rakaman video semasa flag off...
Kenderaan peserta sedang disusun berdasarkan
siapa yang sampai dahulu dan tidak mengikut susunan nombor....
Ridhuan Nor dibantu oleh anak-anaknya melekat nombor di kereta...
Beliau menamakan pasukannya sebagai "AL IMAM"
(NO. 2)
Nani turut membantu suaminya Azmil...
Pasukannya diberi nama "Keluarga Aznani"
(No. 19)...
Peserta no. 13 adalah Nurasmaria...mungkin ayahnya kot
yang sedang membantunya melekat no di kereta.
Nama pasukannya : "GOLDEN SAND"
(No. 13)
Keluarga Jizah Sidek sudah bersedia untuk memberikan cabaran ...
Nama pasukannya : "JIZAH AND SONS"
(No. 4)
Suami Norhafizah Masirin sedang melekat no. di kereta.
Mereka mendaftarkan pasukan atas nama : "FIFA TEAM"
(No. 14)...
Erni dan kawan-kawan sedang mengemas kotak-kotak
makanan dan minuman untuk dibawa ke A' Famosa Resort...
Kelihatan para petugas @ peserta sedang sibuk
melaksanakan tugas masing-masing...
En. Malik (PK Purun) suami Aishah Ahmat
turut mengambil bahagian bersama keluarganya...
Keluarga Aishah dan Malik...
No. 2 kiri ialah Tasha yang turut serta bersama mereka...
Nama pasukan yang didaftarkan : "TRIPLE N"
(No. 17)...
Tn. Hj Abd Muis b Damuri (PBK Perladangan)
yang akan membuat flag off...
Dari kiri : Fiza dan Ida mendaftar kumpulan mereka
atas nama 'SUFIE SMART TEAM'
(no. 8)
Azril bersama isterinya yang sedang
sarat mengandung turut mengambil bahagian..
Semua peserta sudah berkumpul di hadapan
pintu utama pejabat untuk sessi taklimat akhir...
Ali Sidek organizer Treasure Hunt sedang
memberikan taklimat kepada para peserta...
Tn Hj Abd Muis b Damuri sedang
memberikan ucapan sebelum membuat flag off...
Keluarga Ruby menamakan kumpulan mereka 'SARURADA' (NO. 20)...
"Makna Sarurada tu, aku pun tak tau
"Tuan-tuan tanyalah mereka sendiri"
Rafia Ol Husni diberi tugas membacakan doa untuk memohon rahmat
dan perlindungan Allah untuk kami semua sepanjang tempoh Treasure Hunt
dan juga sehingga ke akhir hayat kami...
Semua peserta mengaminkan doa yang dibacakan
Mudah-mudahan kami semua beroleh selamat sepanjang masa
Insya Allah...
Bacaan doa oleh Rafia Ol Husni
menusuk ke kalbu Ida sehingga beliau terpegun...
"Tasha di sebelah tu aku pun tak tau apa yang dia fikirkan...
Mungkin suami yang disayangi tak dapat ikut sama kerana kepentingan tugas"
"Sabar la Tasha mudah-mudahan membawa pulang hadiah lumayan..."
Anak-anak salah seorang peserta yang mengambil bahagian...
Jizah (tengah) bersama anak gadisnya yang akan membantu beliau
menjawab soalan sepanjang pertandingan nanti...
Semua peserta bergambar ramai dihadapan banner pertandingan
berlatarbelakangkan Ibu Pejabat kami...
PENYERAHAN KERTAS SOALAN DAN FLAG OFF...
Pasukan "AL IMAM" (No. 2) dengan pemandunya Ridzuan Nor
mendahului lain-lain peserta
mendahului lain-lain peserta
Pasukan " MEYYIT GO!!! (No. 27) dipandu oleh suami Hani Hayati Abdul Rahim...
"Nasib baik "MEYYIT", Kalau "MAYAT"...Nauzubillah"...Simpang malaikat 44...
semua peserta akan lari lintang pukang...
semua peserta akan lari lintang pukang...
Pasukan "SARURADA" (No. 20) dipandu oleh Mat Sait, suami Ruby...
Nasib baik bukan "SAKIT DADA"
Kus semangat..
Pasukan : "TRIPLE S" (No. 11)yang dipandu oleh suami Zuraidah (PB. Inspektorat)...
Peminat Wrestling ni...Kawan TRIPLE H...
Peminat Wrestling ni...Kawan TRIPLE H...
Pasukan : "AISHETERU" (No. 6) yang dipandu oleh Nizwan suami Liyana...
"Ni pun satu nama yang menggoda jiwa aku...
"Manakan tidak, kalau sekali imbas, aku ingat AISHWARYA RAI tadi...
Kalau Aishwarya Rai, comfirm aku tolong dia bagi jadi juara...
Nama Pasukan : "NAMPAK CANTIK JE" (No. 24) yang dipandu oleh Azli...
"Kat office, dari pagi sampai petang, tu lah ayat yang dia ulang-ulang"
"Nampak cantik je, nampak comel je" sampai cemuih aku dengark...
(loghat utara, cemuih bermakna 'jemu' atau 'boring')...
Nama pasukan : "HANA FAMILY" (No. 15)
yang dipandu oleh suami Nurul Hana...
Feewittt!!!!!
Nama pasukan : "THE RED YOU'LL NEVER WALK" (No. 25)...
dipandu oleh Zul Hotrous ditemani isterinya yang comel lote....
Nama pasukan : "CASTELLO" (No. 30) yang dipandu oleh Isaroddin...
"Memang padan betul nama tu sebab sebijik macam Rosyam Noor (kepala botak)
yang melakonkan watak dalam filem tue...
Ni dia Isaroddin..."Ada tak macam CASTELLO?"...
"Gua dah cakap, tapi lu tak caya..."
Nama pasukan : "DOUBLE F" (No. 18) dipandu oleh Erni Fazrina
dengan ditemani suaminya yang macho Fakaruddin...
dengan ditemani suaminya yang macho Fakaruddin...
Nama pasukan : "IZAN FAMILY" (No. 20) dipandu
oleh Fauzan suami Zamzuriana
oleh Fauzan suami Zamzuriana
Nama pasukan : "KELUARGA AZNANI" (No. 19) dipandu oleh Azmil, suami Rosnani...
"Aku rasakan, nama yang sesuai untuk pasukan ni ialah "ANAK RUSA NANI"
hee...hee...heee, Jangan marah Nani, nanti Ahmad Nisfu jual, kesian Abg. Azmil...
Nama pasukan : "TUAH SOFEA TEAM", (No. 21) yang
dipandu oleh Naz, suami Sarah...
"Mengantuk pulak mata aku ni,
ingatkan "SOFA" tadi, rasa nak tidor la pulak..."
Nama pasukan : "GOLDEN SAND" (No. 13) yang dipandu oleh ayah Nurasmaria...
"Mentang-mentang la Maria ni orang Kelantan...Nama pasukanpun
nak dikaitkan dengan tempat asalnya "PASIR MAS"...
Kuat betul semangat kenegerian mek kelate niiii...."
Nanti Maria jumpa Tok Guru, kirim salam ya...
Nama pasukan : "TRIPLE N" (NO. 17) yang dipandu Aishah...
"Setau aku la, Aishah ni peminat filem Hindustan, bila pulak
dia minat TRIPLE H, seorang ahli gusti yang ganas tu...
"Seram aku nak rapat dengan Aishah ni,
nanti dia "SMACKDOWN" aku mampus tak bernyawa...."
Pelik-pelik betoi, nama semua pasukan yang ambik bahagian ni...
Nama pasukan : "IS IS HORAY" (No. 12), yang dipandu suami Nana (Nur Syazana)...
Ni lagi sorang, belum menang dah bersorak...
"Jangan angan-angan Nana, kalah nanti frust menonggeng...
"Ala abang ni, cakap sikit je nak marah"
"Aku bukan marah....nasihat"
(Pinjam kata-kata P. Ramlee pada Zaharah Agus dalam filem Madu 3)
Nama pasukan : "SUFIE SMART TEAM" (No. 8) yang dipandu Ida...
"Ini lah team yang paling aku sayang dan beri perhatian
kerana mereka berdua ni "ANAK DARA LAGI TAU"
Rasa-rasa macam aku nak tolong bagi jawapan jer...."
Nama pasukan : "FIFAA TEAM" (No. 20) yang dipandu suami Fiza Masirin...
"Fiza bagi tau kat aku, kalau dia menang, hadiah tu dia nak jual
sebab nak pergi Brazil bulan Jun nanti nak tengok World Cup..."
Aku doakan semoga impian Fiza tercapai...
Nama pasukan : "ELESYA" (No. 3) yang dipandu Helmy...
"Amy ni lauk aku masa main carom setiap petang"...
tapi kadang-kadang tu, aku bagi jugak lah dia menang...(Ambik hati...)
Jangan marah Amy....
Nama pasukan : "JIZAH AND SONS", (no. 4), dipandu oleh anak lelaki Jizah.
Gambar ni aku tangkap curi sebab pemandunya tak suka gambarnya diambil...
"Nak malu ape, abang kan hensem....
Nanti saya kenalkan dengan
"SUFIE SMART TEAM" Yer!!!!
Nama pasukan : "Tak dak nama", (No. 10), dipandu suami Rohana Hashim...
"low profile laa sangat cik kak ni....."
Ni lagi satu pasukan yang aku tak pasti...
"tak pa nanti aku check balik dalam list..."
Nama Pasukan : "Tak dak nama jugak" (no 5) dipandu Azril...
"Tak pa, aku maafkan sebab diapun tengah cari nama yang sesuai
untuk babynya yang akan lahir tak berapa bulan lagi...
Nama pasukan : "HAFIZS FAMILY" (No. 16) yang dipandu oleh ayah Hafiz...
Teringat pulak aku cerita "Friends In The Family" yang popular tue....
Nama pasukan : "KELUARGA NOLAN" (No. 9) yang dipandu oleh menantu Sawiyah...
"Eh!!!bila pulak Noslan yang kat Bhg. Ukur tu kawin dengan anak Sawiyah..."
Kebetulan nama sama kot...
*************************************************************************
MISI PENCARIAN BERMULA...
PESERTA DIKEHENDAKI MEMADANKAN JAWAPAN
DENGAN SIGNBOARD...
PESERTA DIKEHENDAKI MEMADANKAN JAWAPAN
DENGAN SIGNBOARD...
Erni bersama suaminya sedang mencari jawapan di KLSC...
Kelihatan beberapa kereta peserta sedang meninjau
di lokasi KLSC untuk mencari jawapan....
"Azril dan Amy sesat jalanke? "
KETIBAAN PESERTA DI GARIS PENAMAT
DI PINTU MASUK A' FAMOSA RESORT MELAKA...
Kelihatan beberapa peserta sudahpun tiba dan tugas terakhir mereka
ialah mesti bergambar berlatarbelakangkan A' Famosa Resort
sebelum menyerahkan jawapan kepada urusetia...
ialah mesti bergambar berlatarbelakangkan A' Famosa Resort
sebelum menyerahkan jawapan kepada urusetia...
Contoh gambar yang mesti diambil adalah macam mereka buat ni...
SUFIE SMART TEAM dah sampai....
"Cekap juga Ida pandu kereta jauh-jauh yer..."
Pasukan Low Profile dah sampai yang dipandu suami Rohana Hashim...
"Jangan lupa aaaa...ambik gambar dulu sebelum masuk...
******************************************************************
PENYERAHAN KERTAS JAWAPAN KEPADA URUSETIA...
Hafiz dari pasukan HAFIZS FAMILY sedang menyerah
borang jawapan kepada En. Ali Sidek...
Turut menyerah borang ialah Rohana (kiri sekali) dari Pasukan
yang aku namakan LOW PROFILE diikuti
oleh Ida dari SUFIE SMART TEAM (No. 3 kiri).
Turut memerhati ialah Tn. Hj. Saifuddin Omar...
Amal dan suaminya Shahrul (Yassin) dari pasukan yang diberi nama "KACANG"
sedang menyemak jawapan sebelum menyerahkan pada urusetia.
Masa pelepasan tadi aku tak nampak pun pasukan KACANG Nie?....
Aishah (Tudung biru) dari pasukan TRIPLE N adalah peserta
yang terawal sampai dan sedang ushar markahnya....
Pasukan JIZAH AND SONS yang diwakili
anak-anaknya turut menyerah borang jawapan...
Diikuti Ruby dari pasukan PAYUDARA...
"Oppsss silap...sory..sebenarnya SARURADA....
En. Mohamad Nordin dari pasukan SEJOLI juga menyerahkan borangnya...
Masa pelepasan tadi, pasukan SEJOLI pun tiada dalam gambar kerana datang lewat...
Pasukan MAYAT Go!!! opps sori, MEYYIT GO yang di ketuai
Hani Hayati sedang menyerahkan borangnya...
Rosnani dari Pasukan KELUARGA AZNANI
juga sedang menyerahkan borang beliau....
SOALAN DAN JAWAPAN TREASURE HUNT...
********************************************************************
SOALAN 1 : "Ada harapan di sini ...
Mudah-mudahan Si Comel kembali aktif"
Mudah-mudahan Si Comel kembali aktif"
Jawapan seperti Gambar di bawah :
Klinik Haiwan HOPE VETERINER CLINIC...
LOKASI : PUSAT BANDAR WANGSA MAJU KLSC...
LOKASI : PUSAT BANDAR WANGSA MAJU KLSC...
********************************************************
Jawapan kepada soalan 2 seperti gambar bawah...
MATHS CLINIC...
LOKASI : PUSAT BANDAR WANGSA MAJU KLSC...
*****************************************************************
**********************************************************************
MATHS CLINIC...
LOKASI : PUSAT BANDAR WANGSA MAJU KLSC...
*****************************************************************
SOALAN 3 : "Birthday FELCRA Berhad sesuai
diraikan di sini"
diraikan di sini"
Jawapan seperti gambar di bawah :
Salun Pendandan Rambut SEPTEMBER...
LOKASI : PUSAT BANDAR WANGSA MAJU KLSC...
Keterangan : Sempena Pengkorporatan FELCRA Berhad
LOKASI : PUSAT BANDAR WANGSA MAJU KLSC...
Keterangan : Sempena Pengkorporatan FELCRA Berhad
pada 1 September 1997...
**********************************************************************
SOALAN 4 : "Baik-baik belaka. Anda
boleh yakin tiada unsur penipuan oleh penganjur"
Jawapan seperti gambar di bawah :
HASANAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
LOKASI : BANDAR SERI PUTRA/BUKIT MAHKOTA...
Keterangan : Hasanah dalam bahasa Melayu adalah Jujur...
LOKASI : BANDAR SERI PUTRA/BUKIT MAHKOTA...
Keterangan : Hasanah dalam bahasa Melayu adalah Jujur...
****************************************************************
SOALAN 5 : "Samada dia ni mak long,
mak ngah, mak uda atau mak andak?
mak ngah, mak uda atau mak andak?
Nampak macam setuju aje......."
(Keempat-empat mereka ini bermadu)
Jawapan seperti gambar di bawah :
MAMA Madu Nasi Ayam
LOKASI : BANDAR SERI PUTRA/BUKIT MAHKOTA...
LOKASI : BANDAR SERI PUTRA/BUKIT MAHKOTA...
Keterangan : Jawapan adalah sempena perkataan Madu
*********************************************************
SOALAN 6 : "Pusat 3S untuk orang-orang Pattaya"
Jawapan seperti gambar di bawah :
SWEET & SPICY THAI SEAFOOD
LOKASI : BANDAR SERI PUTRA/BUKIT MAHKOTA...
***********************************************************************
SOALAN 7 : "Terang dan bergemerlapan
seantero dunia ,
seantero dunia ,
cerah masa depan YAB
Mohamad Hasan"
Mohamad Hasan"
Jawapan seperti gambar di bawah :
Kedai Lampu MB THE WORLD LIGHTING...
LOKASI : BANDAR BARU SENAWANG...
LOKASI : BANDAR BARU SENAWANG...
-----------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 8 : "Adik beradik Bahar ni pasti bertindak pantas
dalam bisnes mereka"
dalam bisnes mereka"
Jawapan seperti gambar di bawah :
SYARIKAT BAHAR BERSAUDARA...
LOKASI : BANDAR BARU SENAWANG...
LOKASI : BANDAR BARU SENAWANG...
************************************************************
SOALAN 9 : "Menantu Sadiq
Segaraga…….juga pasangan kepada
Segaraga…….juga pasangan kepada
Hamidah, Rafidah dan Ghasidah"
Jawapan seperti gambar di bawah :
LOKASI : REMBAU...
**************************************************************
SOALAN 10 : "Rembau’s most wanted person"
WARIS CAFE (LOGHAT NOGOGHI : WARIS ADALAH WAGHIH)...
LOKASI : PEKAN REMBAU...
LOKASI : PEKAN REMBAU...
***********************************************************
SOALAN 11 : Sarra tersepit di tengah paya yang besar.....
Keterangan : PASARAYA....GIANT (Besar)
LOKASI : JALAN BESAR TAMPIN
LOKASI : JALAN BESAR TAMPIN
***********************************************
SOALAN 12 : "Lahirnya pada 1 Januari 1964.
Raj Kapoor berperanan utama dapat dirasai suka dan duka"
LOKASI : PEKAN TAMPIN...
Keterangan : "Raj Kapoor adalah salah seorang hero
di dalam filem Hindustan di tahun 50-70an.
Salah satu filem box office beliau ialah "SANGGAM"
Salah satu filem box office beliau ialah "SANGGAM"
******************************************
SOALAN 13 : A son in panic…
Kedai PANASONIC...
LOKASI : PEKAN TAMPIN
LOKASI : PEKAN TAMPIN
***********************************************************
SOALAN 14 : "Gosok, gosok keluarlah ia
. Diceritakan mereka ini
. Diceritakan mereka ini
boleh membantu
kita di kala susah"
kita di kala susah"
Jawapan seperti gambar di bawah...
JIN JIN Tukang Jahit...
LOKASI : PEKAN TAMPIN...
Jawapan : 100 PLUS LEMON…
S 1 Anda dikehendaki mengambil gambar mana-mana ahli pasukan anda
LOKASI : PEKAN TAMPIN...
***********************************************************
BAHAGIAN II
HARTA KARUN/TREASURES ( 6 pts each)
(Selesaikan,tuliskan
jawapan dan ; serah barangan di garis penamat)
jawapan dan ; serah barangan di garis penamat)
S 1 TH + One + Scarf-Thor+É
Jawapan : NESCAFE…
S 2 Usain Bolt berlari di Lebuhraya Utara Selatan
sambil memegang buah lemon.
sambil memegang buah lemon.
Jawapan : 100 PLUS LEMON…
S 3 Now
that Amber has a son
that Amber has a son
When
her son has a son
her son has a son
Kampong
folks will refer Amber son’s son as this…..
folks will refer Amber son’s son as this…..
Jawapan : CUCUMBER
…
…
S 4 Rumahku
dibuat dari kayu
dibuat dari kayu
Hanya
bertiang sebatang dan tiada bumbung
bertiang sebatang dan tiada bumbung
Kanak2
dan dewasa pun suka memegang aku
dan dewasa pun suka memegang aku
Kekadang
mataku hampir buta jika dibiarkan dinding rumahku menutup mata ku….
mataku hampir buta jika dibiarkan dinding rumahku menutup mata ku….
Jawapan : …PENSIL…
S 5 Sebahagian identitinya bermakna lelaki
Bakinya dari belakang bunyi macam bibik memesan Ice O Tea
7 perisa buah-buahan mewakili 7 warna pelangi
Enak dikunyah , pembalutnya berwarna- warni
Mudah dicari sila anda beli…..
Jawapan : Gula MENTOS Rainbow…
CHECK POINT TASK ( 5 pts
each)
each)
S 1 Anda dikehendaki mengambil gambar mana-mana ahli pasukan anda
berlatarbelakang Wet World Air Panas Resort.
**PERINGATAN: JANGAN LINTAS JALANRAYA.
S 2 Setiba anda di pintu masuk A’ Famosa Resort, sila ambil gambar kenderaan anda.
**PERINGATAN: JANGAN LINTAS JALANRAYA.
S 2 Setiba anda di pintu masuk A’ Famosa Resort, sila ambil gambar kenderaan anda.
Sticker Treasure Hunt hendaklah kelihatan.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN DAN
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG...
En. Ali Sidek sedang memberi penjelasan tentang
rasionalnya jawapan kepada soalan yang diberikan...
AJ Blogger bertanggungjawab memancarkan
gambar-gambar jawapan melalui komputer...
Keputusan sudahpun diterima dan akan diumumkan sekarang...
Jeng...Jeng...Jeng....
Hadiahnya ada 10 sahaja...
No. 10 dimenangi oleh Pasukan HANA FAMILY. (Nurul Hana Azmi)
Hadiahnya berupa Hard Disc Drive 500 GB...
Tempat ke 9 dimenangi oleh Pasukan AZNANI (ROSNANI AHMAD)
Hadiahnya juga Hard Disc Drive 500 GB...
Tempat ke 8 dimenangi oleh Pasukan NOLAN (Nor Sawiyah Jaafar)
Hadiahnya Hard Disc Drive 1 TERA (1,000 GB)...
Tempat ke 7 dimenangi oleh Pasukan HAFIZS FAMILY (Muhamad Hafiz Abd. Rahman)
Hadiahnya juga Hard Disc Drive 1 TERA (1,000 GB)...
Tempat ke 6 dimenangi oleh Pasukan NOMAD TEAM (Juzaili Hasbul Wafi)
Hadiahnya Camera Digital Canon...
Masa pelepasan tadi pasukan ini tiada dalam gambar kerana datang lewat...
Tempat ke 5 dimenangi oleh Pasukan HANG TUAH (Che Norma Mat Nasir)
Hadiahnya juga Camera Digital Canon...
Tempat ke 4 dimenangi oleh Pasukan IS IS HORAY (NurSyazana Bashar)
Hadiahnya sebuah Lenovo Tab...
Tempat ke 3 dimenangi oleh Pasukan AISHTERU (Liyana Tajuddin)
Hadiahnya sebuah Camera Digital Samsung dilengkapi WI FI...
Tempat ke 2 dimenangi oleh Pasukan MEYYIT GO!!! (Hani Hayati Abd. Rahim)
Hadiahnya sebuah Samsung Tab...
Juara Treasure Hunt Kumpulan Perladangan 2014
jatuh kepada Pasukan SARURADA (Rubiah Yatim)
Hadiahnya adalah sebuah Komputer Riba jenama Lenovo...
Tahniah kepada Pasukan SARURADA...
Pasukan SARURADA bergambar bersama Tn Hj Abd Muis b Damuri
PBK Perladangan, (2 kiri) dan Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad
PB Khidmat Ladang, (kiri sekali).
KEPUTUSAN PERTANDINGAN DAN
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG...
En. Ali Sidek sedang memberi penjelasan tentang
rasionalnya jawapan kepada soalan yang diberikan...
AJ Blogger bertanggungjawab memancarkan
gambar-gambar jawapan melalui komputer...
Keputusan sudahpun diterima dan akan diumumkan sekarang...
Jeng...Jeng...Jeng....
Hadiahnya ada 10 sahaja...
No. 10 dimenangi oleh Pasukan HANA FAMILY. (Nurul Hana Azmi)
Hadiahnya berupa Hard Disc Drive 500 GB...
Tempat ke 9 dimenangi oleh Pasukan AZNANI (ROSNANI AHMAD)
Hadiahnya juga Hard Disc Drive 500 GB...
Tempat ke 8 dimenangi oleh Pasukan NOLAN (Nor Sawiyah Jaafar)
Hadiahnya Hard Disc Drive 1 TERA (1,000 GB)...
Tempat ke 7 dimenangi oleh Pasukan HAFIZS FAMILY (Muhamad Hafiz Abd. Rahman)
Hadiahnya juga Hard Disc Drive 1 TERA (1,000 GB)...
Tempat ke 6 dimenangi oleh Pasukan NOMAD TEAM (Juzaili Hasbul Wafi)
Hadiahnya Camera Digital Canon...
Masa pelepasan tadi pasukan ini tiada dalam gambar kerana datang lewat...
Tempat ke 5 dimenangi oleh Pasukan HANG TUAH (Che Norma Mat Nasir)
Hadiahnya juga Camera Digital Canon...
Tempat ke 4 dimenangi oleh Pasukan IS IS HORAY (NurSyazana Bashar)
Hadiahnya sebuah Lenovo Tab...
Tempat ke 3 dimenangi oleh Pasukan AISHTERU (Liyana Tajuddin)
Hadiahnya sebuah Camera Digital Samsung dilengkapi WI FI...
Tempat ke 2 dimenangi oleh Pasukan MEYYIT GO!!! (Hani Hayati Abd. Rahim)
Hadiahnya sebuah Samsung Tab...
Juara Treasure Hunt Kumpulan Perladangan 2014
jatuh kepada Pasukan SARURADA (Rubiah Yatim)
Hadiahnya adalah sebuah Komputer Riba jenama Lenovo...
Tahniah kepada Pasukan SARURADA...
Pasukan SARURADA bergambar bersama Tn Hj Abd Muis b Damuri
PBK Perladangan, (2 kiri) dan Tn. Hj. Abd. Rahman Ahmad
PB Khidmat Ladang, (kiri sekali).
Kepada para pemenang diucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa, dan cuba lagi di tahun hadapan yang lebih mencabar dengan hadiahnya lebih lumayan iaitu sebuah banglo yang berukuran 6' x 9'
Salam hormat dari saya yang membuat liputan dari A' FAMOSA RESORT'...
Tresure hunt 2014 Kumpulan Perladangan blh dianggap terbaik dan cemerlang tahniah kepada semua urusetia yg terlibat.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi peluang untuk sama-sama memeriahkan Family Day Perladangan walaupun saya dan Ida je yg single..hehe...sangat seronok dan enjoy... Next time buat lagi ye En.Mad..
ReplyDeletetersangatlah seronok walaupon x menang... tahun dopan buek laie yo... den nak monang plk... eheheh~
ReplyDelete