Pages

Wednesday, April 1, 2015

SAMPAH OH SAMPAH...KENAPALAH JADI SAMPAI MACAM NI?

Sampah yang terbiar dan menjijikkan ini memberi satu persepsi 
yang kurang baik terhadap semua penghuni Taman Perumahan ini...

Semalam 31 Mac 2015 aku ambil cuti sebab ada urusan di Bandar Baru Ampang. Urusan selesai dalam tempoh dua jam sahaja. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 12 tengahari, nak balik rumahpun awal lagi. Jadi aku bercadang nak singgah di Taman Dato' Ahmad Razali di Ampang sebab nak jumpa kawan lama. Lagipun aku dah lama tak kesitu. 

Tapi kawan yang aku nak jumpa tiada pulak di rumah. Telefon pun tak berjawab. Jadi aku pun pusing-pusinglah dalam kawasan taman perumahan tu, manalah tahu kot...kot kawan aku pergi kedai ke...makan ke...dan handphone pulak terlupa nak bawak. Akhirnya sampai kesudah aku tak jumpa kawan yang aku cari tu.

Kebetulan pulak, tengahari tu angin bertiup agak kencang. Pada kebiasaannya jika angin bertiup kencang, kita akan merasa nyaman dan segar di sebabkan cuaca panas. Tapi pada tengahari tu, bukan nyaman yang aku rasa tapi hidung aku menangkap bau busuk dan meloyakan. Bau busuk dan meloyakan itu tidak lain dan tidak bukan datang dari sampah-sampah yang berselerakan yang tidak dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan tapi dicampak begitu saja oleh beberapa orang penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Aku hairan macamana penduduk di taman tu boleh hidup dalam keadaan yang macam tu. Takkan lah tak sensitif langsung dengan sampah-sampah yang bertabur. Bukan mata saja sakit, jiwa pun boleh sakit tengok sampah-sampah yang tidak dibersihkan.

Setahu aku, Taman Dato Ahmad Razali terletak di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang ditubuhkan pada 1 Julai 1992. Bandar Ampang pula telah diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993 jadi tak kenalah gelaran yang diberikan itu . Bunga Tanjung pun malu kalau dia tahu namanya dipilih untuk bandar yang mempunyai taman perumahan yang berkeadaan macam tu. Taman perumahan tu pulak letaknya berhampiran dengan pusat membeli belah Ampang Point, sebelahnya ada hotel de Palma, di situ juga ada Hospital Pakar Ampang Putri, Stesen LRT dan Kolej PTPL. Jiran-jirannya yang berdekatan adalah Taman Dagang, Desa 288, Kg. Melayu Ampang, Bandar Baru Ampang, Taman Ampang Utama dan banyak lagi. Aku tengok ramai pelancung dari Negara Arab yang tinggal di Taman Desa 288 yang bersebelahan dengan Taman Dato' Ahmad Razali.

Sampah....Oh.....Sampah...siapalah yang punya kerja nie?...

 

Taman Dato' Ahmad Razali juga terkenal sebab ada pasar tani pada setiap hari Ahad bermula jam 6 pagi hingga ke tengahari. Jadi aku rasa, para peniaga juga adalah  penyumbang kepada sampah-sampah yang dilonggokan itu.  


Aku rasa ni mesti emak bapak yang suruh anak-anak kecil buang sampah...
tapi budak-budak tu manalah sampai tangan nak buang sampah 
dalam tong sampah yang tinggi tu. Jadi lebih baik
mereka campaklah kat bawah tu jer kan...

Dari beberapa orang penduduk yang aku temui pada hari itu, rata-ratanya mereka mengatakan bahawa sampah yang dibuang itu bukan semua dari mereka tetapi dibuang oleh penduduk yang tinggal di kawasan bersebelahan yang didiami pendatang. Mereka ini sebenarnya tiada hak untuk membuang sampah di sini kerana mereka tidak membayar sebarang cukai. 

 

Satu lagi sebab yang dikenalpasti ialah, kebanyakan penghuni dan pemilik asal rumah flat itu telah berpindah ke tempat lain lalu mereka sewakan rumah mereka kepada pendatang asing yang kebanyakannya warga Indonesia, jadi mereka inilah yang selalu membuat kotor dan tidak bertanggungjawab.

Mereka sering membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada kesempatan. Natijahnya, kita dapat lihat di mana-mana sahaja ada sampah tidak kira di rumah, di kedai, di tepi jalan, dalam sungai dan seumamanya. Keadaan ini bukan sahaja mengotorkan alam sekitar tetapi jika dibiarkan ia akan menyebabkan keadaan sekeliling berbau busuk dan seterusnya menarik perhatian haiwan perosak seperti tikus dan lalat di mana haiwan ini turut merupakan pembawa penyakit seperti Taun.

Satu lagi keadaan yang akan berlaku ialah apabila takungan-takungan air seperti di tempat pembuangan sampah ini akan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan ini akan mendorong kepada penyebaran penyakit Deman Denggi yang boleh membawa maut kepada manusia.

Bangkai tikus dibiarkan begitu sahaja di kaki lima tanpa ada seorangpun yang ingin membuangnya. Cuba lihat lalat-lalat yang menghurungi bangkai tikus ini. Tidakkah kita merasa loya melihatnya. Inilah di antara perkara yang menyumbang kepada bau busuk tersebut...

Cuba lihat bangkai tikus ini. Penduduk tidak mempedulikannya langsung. Padahal ia terletak di kakilima salah satu blog di situ. Bangkai tikus terus dibiarkan kering tanpa ada seorang pun yang peduli. Habis-habis pun bila mereka lalu di situ mereka hanya mampu menutup hidung sahaja.

Cuba kita bayangkan kalau hujan turun dengan lebatnya...
sampah ni sudah tentu akan dihanyutkan ke tengah jalan dan
airnya yang mengalir akan merebak ke sekitar kawasan flat yang berdekatan...
bila dah kering nanti tentulah akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. 

Tikus, lipas, lalat yang membiak akan mendatangkan
 berbagai penyakit berjangkit yang boleh
mengancam nyawa manusia... 



Sia-sia sahaja MPAJ menyediakan tong sampah 
kalau tidak dihargai oleh penduduk di sini...

Tempat pembuangan sampah ini pula letaknya berhampiran surau 
dan dewan orang ramai yang selalu di tempah untuk majlis kenduri kahwin...
Bagaimanalah agaknya kalau tetamu jemputan dari luar datang dan lihat keadaan ini...

Tong sampah ini pulak letaknya di sebelah kedai makan...


Ada jugaklah orang yang perihatin dan 
beri nasihat sepertimana yang ditulis tu...
Tapi yang buang tu pulak akan kata...
"Ada aku kesah"

Tong sampah yang besar ini tidak sepadan dengan 
kapasiti sampah yang dibuang ke dalamnya...

Untuk memberi keadilan dalam laporan ini...petang tadi 1 April 2015 jam 6.30 petang aku round sekali lagi di taman ni dan tengok keadaannya masih tidak berubah jadi laporan yang aku buat ini adalah berdasarkan keadaan sehingga jam 6.30 petang tadi...Kalau besok ada yang datang melawat dan tengok dah dibersihkan janganlah kata aku buat fitnah pulak yer....

4 comments:

  1. Tabiat org2 tempatan kita ni, mereka dah terbawa2 dgn tabiat pengotor pendatang yg budaya mereka memang dari jnis pngotor.Dimana2 sahaja skg ni maasalah sampah dah jadi isu nasional.PBT khususnya dah ta kuasa nak ambil tindakan krana dah ta terkawal maasalah ini,bukan itu sahaja,stiker2 ALONG banyak yg dah menganggu papan2 tanda jalan dan pejabat serta papan2 knyataan,cumanya lampu trafik sahaja yg blom mereka tampal,jika terjadi hal itu baru agaknya PBT atau JPJ dan Polis nak bertindak....Rimas rasanya, bilalah tindakan nak diambil,tapi diMelaka ta ujud budaya ni,mgkin pihak PBT disana sentiasa mjalankan tugas membentras dari awal.Di Johor [Taman Daya] nama2 jalan ditaman prumahan habis ditampal dgn stiker ALONG,sahinggakan bila ada majlis knuri kawin agak payah nak berjumpa rumah pngantin,terpaksa pusing2,pning kepala.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kempen kebersihan yang kerajaan buat selama ni tak berkesan lah...
    Rugi wang, rugi masa dan rugi segala2nya.
    Malaysia oh Malaysia negara yang kucin tai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku maleh nak main isu politik di sini...
      Kontraktor mcm sabotaj jer....

      Delete
    2. Hai yb zuraidah....awak kat mane...awak kat mane....awak...awak kat mane....

      Delete